Monday, December 31, 2007

2008 : MEMPERBAHARUI AZAM YANG BELUM TERCAPAI. BERLARUTAN SELAMA BEBERAPA TAHUN KEBELAKANGAN INI. KINI, TAMBAH LAGI SATU TAHUN.

Tahun 2008 bakal menjengah. 2007 dah nak sampai tarikh luputnya. Azam tahun 2007 yang merupakan azam 5 tahun lepas juga masih belum tercapai. Actually, dah tercapai sedikit la. Tak sampai 10% daripada azam keseluruhan. Secara rasminya, aku membawa azam yang masih belum tercapai tahun ini, iaitu azam 5 tahun lepas untuk ke tahun 2008. Aku tak pasti sampai bila aku akan memforwardkan azam aku ini. Harap-harap azam ini akan berakhir tahun hadapan.
~
Setiap tahun aku tak fikirkan pun pasal azam aku. Langsung tak hirau. Langsung tak sibuk-sibuk nak buat azam baru. Sebab aku masih ada azam yang belum tercapai. Azam 5 tahun lepas pun tak tercapai-capai lagi. Azam ape lak ni sampai 5 tahun tak settle-settle lagi ni? Pelik?
~
Kalau pun aku cerita, nak ke korang dengar? Aku tak kesah...
~
5 tahun dulu aku masih lagi menuntut di Politeknik Port Dickson. Aku mula belajar tentang kehidupan. Realiti kehidupan yang aku terpaksa telan. Realiti mengenai manusia yang prejudis terhadap saiz. Apa yang aku buat semuanya tidak kena di mata mereka. Kadang kala aku diejek. Dijadikan badut tak bertauliah. Bahan lawak yang bagaikan tiada perasaan. Tapi aku buat tak tahu je. Walaupun aku diam tidak bermakna aku mengalah. Diam-diam ubi berisi. Aku banyak bersabar dengan keadaan aku masa itu. Tahun demi tahun aku lalui dengan penuh kesabaran. Tapi masih lagi bergelumang dengan manusia-manusia prejudis ini. Ejekan, kutukan, bahan lawak semuanya telah imun di telinga aku. Tak rasa apa-apa lagi. Dah pelbagai cara aku cuba lakukan. Dari ubat-ubatan klinikal hinggalah jamu-jamu tradisional. Akhirnya, aku mengalah pada takdir. Aku memang dilahirkan untuk menjadi manusia bersaiz XXXXL. Kini aku tetap mahu menguruskan badan tapi bukan kerana apa yang orang asyik perkatakan, orang ejekan. Aku kuruskan badan untuk menjadi orang yang lebih sihat. Azam lama yang telah diperbaharui.
~
5 tahun dulu aku masih lagi menuntut di Politeknik Port Dickson. Aku mula mengenal dunia dewasa. Aku agak ketinggalan dalam hal-hal seperti ini. Aku suka keseorangan di tepi pantai. Ambil angin serta cuci mata. Kelihatan ramai pasangan-pasangan berdua-duaan bersengkerama di sepanjang pantai poli [Nama pantai ini tidak rasmi]. Bagaikan di awangan. Si dewa cupid sibuk memanah rasa cinta dalam setiap hati pasangan itu. Aku teringin juga dipanah oleh cupid. Perasaan yang setiap insan di muka bumi ini ingini. Aku terpaksa menyimpan kemas perasaan ini dari pengetahuan orang lain. Seperti Tan Hong Ming, aku tak mahu seluruh dunia tahu tentang cinta aku. Kerana aku malu dengan kondisi badan aku. Bagaimana jika manusia-manusia prejudis itu tahu? Jadi bahan gelak sepanjang zaman nanti. Aku tak mahu keturunan aku malu dengan ejekkan itu. Aku mula menjadi paranoid. Setiap tahun aku mula belajar untuk mengenal diri sendiri. Cuba tingkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri. Kini aku berazam untuk memiliki teman hidup yang aku mahu hadiahkan kepada ibu bapa aku sebagai menantu. Aku rasa telah tiba masanya untuk aku mencari satu dengan lebih serius sebab benda-benda subjektif begini susah nak dijangkakan. Azam lama yang telah diperbaharui.
~
Bagaimana dengan anda? Mesti ada azam sebagai tanda aras untuk anjakan paradigma. Untuk memperbaiki kelemahan diri. Cipta satu. Kita tengok hasilnya nanti.

PENDEDAHAN RAHSIA KERAJAAN : SECRET REVEAL!

Kasihan pada rakan-rakan yang bersusah payah menyiapkan tagged yang ditag oleh aku. Nah! Baca yang ini pula. Biar yang ini puaskan hati kalian.
~
Sekolah Rendah
~
Roy - Digelar oleh Cikgu Saiful sebab aku boroi. Sampai hati cikgu kata kat saya lagu tu naa...
~
~
Sekolah Menengah
~
Penguin : Diberi oleh Katak a.k.a Zulhilmi. Sebab aku lari macam penguin. Macam celaka perangai. Entah jadi orang ke jadi apa sekarang ni.
~
Wiwin : Diberi oleh Samad. Pemidato anti-rokok yang merokok. Dia kata nak panggil penguin tu panjang sangat. So, dia pendekkan.
~
Meguk Ria : Tak silap aku, Hasbullah la yang gatal-gatal bagi nama ni. Dia tak puas hati kot sebab dia dah rupa jerangkung. Keding. Takde air.
~
~
Politeknik
~
Moque - Singkatan perkataan gemuk. Sebab aku yang paling terbesar dalam batch kami. Aku dah kata, mereka memang prejudis terhadap saiz.
~
~
UUM
~
Ucop - Masa aku mula-mula masuk, aku sorang je yang dari Politeknik Port Dickson. Masa orientasi, bebudak tak tahu nama aku tapi teringin nak tegur sapa dengan aku. Dia panggil aku Ucop sebab kat kolej lama dia ada budak besar macam aku sebijik rupa aku. Melekat terus.
~
Eddy - Kes yang sama macam di atas. Aku redha.
~
Sasa - Bukan sebab aku gagah perkasa. Sebab aku besar macam raksasa. Mereka pun prejudis terhadap saiz. Menci.
~
Aben - Sebab mereka kata suara aku sebiji macam Afdlin Shauki dalam "Baik Punya Cilok". Bukan aku kata. Mereka yang kata.
~
Manja - Awal semester lepas, kami dok bersembang di cafe sambil bercerita tentang rancangan menarik sepanjang cuti semester yang lepas. Ada sorang member ni baru je gondolkan kepalanya sebiji macam degawan. Terus lekat nama degawan pada dia. Dia tak puas hati sebab dia sorang je yang kena. Dia bagi aku nama "Manja" sempena rancangan "Manjalara" di TV3 tu. Terus lekat. Macam - macam perangai manusia prejudis. Kalau lelaki sebut, memang macam haram. Kalau wanita yang sebut, boleh cair woo...
~
Aku harap dia berakhir sampai takat ni je. Cukup la. Banyak sangat nama aku ni weh!

TOLONG JANGAN BACA. ANDA PASTI MENYESAL. 2007 : MENINGGALKAN KENANGAN PELBAGAI PERASA. MEMANG BUKAN GAYA AKU UNTUK REBUT PACAR ORANG.

Kisah ini mungkin tak sesuai untuk tatapan ramai. Aku malu. Tapi kalau nak baca, bacalah. Tak semua suka baca material sebegini. Kisah fantasi ciptaan minda aku yang sedang bercelaru. Mendapat berita sedih di kala umat manusia sedang sibuk membakar bunga api dan menyediakan tekak untuk melaungkan “3...2...1...YAY!!!”. Ya, aku tak faham situasi aku sekarang. Apa perasaan sebenar aku pada masa ini.
~
Aku memang bukan manusia yang dilahirkan untuk menjadi pasangan Rose dalam percintaan Titanic. Juga bukan pasangan secocok untuk Juliet. Aku hanya insan gopoh yang perlukan tunjuk ajar dari yang pakar. Aku pasti akan ada yang salahkan aku atas kegopohan aku ini. Tapi aku dah tak boleh nak undurkan masa. Aku tak tahu nak mengadu pada siapa lagi. Aku tak jumpa medium yang sesuai untuk menyatakan ekspresi aku sekarang ini. Stress!!
~
Januari 2005
~
Aku kenal si dia sewaktu aku memulakan zaman pekerjaan aku di sebuah kilang di Johor Bahru. Si dia pelajar praktikal dari politeknik yang sama seperti aku. Pada mulanya, aku agak jangkal untuk berborak dengan dia memandangkan aku seorang yang amat kurang ramah kepada orang yang baru dikenali. Tapi si dia seorang yang suka bercakap. Lama kelamaan kami menjadi semakin rapat memandang di dalam pejabat itu, hanya kami berdua sahaja yang berada dalam golongan remaja dan berbangsa melayu. Kami sarapan bersama, lunch bersama, solat bersama, hujung minggu bersama. Walaupun kami banyak menghabiskan masa bersama, aku tahu batasan antara kami kerana si dia telah mempunyai teman istimewa yang ketika itu baru bekerja di Pulau Pinang. Sesekali pada hujung minggu, aku menghantarnya pulang ke kampungnya di Kota Tinggi setelah kami menghabiskan masa seharian bersama. Aku tak nak mulakan bibit percintaan kerana aku tahu hatinya milik jejaka lain yang jauh lebih baik dari aku. Hati sudah tertarik tapi mulut bagai dibius. Kata tak terungkap.
~
Jun 2005
~
Aku bukan jenis suka luahkan apa yang aku rasa. Aku lebih suka si dia sendiri faham apa yang aku rasa. Semasa cuti semester sebelum naik semester pembelajaran, kami kerap kali berjumpa. Hubungan menjadi semakin rapat. Asal ada plan nak berjalan, aku tak lupa untuk mengajaknya bersama. Dia duduk menumpang di rumah makciknya di Skudai. Jadi mudah la aku nak mengajaknya keluar. Tapi baginya, keluar sebagai sahabat. Lebih menganggap aku ini sebagai teman rapatnya. Tak lebih dari itu. Tapi bukan pada fikiran aku. Hubungannya dengan teman istimewanya sudah berantakan. Aku perlu cucuk jarum cepat-cepat. Banyak kenangan pada waktu itu. Bantuan yang aku hulur sebelum dia naik semester adalah langkah pertama aku untuk proses seterusnya.
~
Bila si dia semakin berjauhan, hati ni dah bukan di pejabat. Mula la melilau. Melayang entah ke mana. Aku mengambil keputusan untuk sambung belajar. Dengan harapan, lepasan degree, tarif gaji menjadi lebih tinggi. Boleh la aku propose si dia. Tinggi angan-angan aku. Mat jenin pun kalah.
~
Januari 2006
~
Semester pertama aku di universiti berjalan lancar. Pada mulanya, agak kekok. Lama-lama okay la tu. Akhir semester pertama, dugaan muncul dalam hubungan kami. Mesej aku mula tak dilayan. Bila di telefon, mula kata sibuk. Aku faham tahap kesibukan pelajar semester akhir seperti dia kerana aku pernah melaluinya dulu. Tapi takkan la sampai hantar mesej seminit dua pun susah. Syaitan dah mula menyumpah seranah dalam hati aku. Dicucuk-cucuknya dengan api kemarahan. Aku mulakan pergaduhan. Dengan harapan dapat perhatian dari si dia. Sebaliknya berlaku. Si dia bagai menantikan saat ini. Aku tak tahu apa dia fikirkan. Yang penting aku sangat marah. Seminggu sebelum peperiksaan akhir berakhir, aku pergi ke Port Dickson untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi si dia enggan berjumpa dengan aku dengan alasan sibuk dengan peperiksaan pertengahan semester. Arghh!! Alasan, alasan, alasan. Aku bosan. Aku tinggalkan warkah yang sengaja melukakan hatinya. Sekali lagi dengan harapan untuk dapatkan perhatiannya. Tapi, hampeh. Makin teruk. Am i suck?
~
November 2006
~
Sesekali sahaja dapat berjumpa dengannya memandang salah faham sebelum ini belum berjumpa jalan penyelesaian. Sampai ke satu tahap, dia terus malas nak berhubung dengan aku. Mungkin aku terlalu mendesaknya untuk memilih aku. Aku rasa. Bukan, aku pasti. Kemuncaknya pada peristiwa banjir besar yang melanda Kota Tinggi. Aku sering bermesej dengannya dengan menyamar menjadi salah seorang kawannya. Apa awalnya dia tak mengesyaki apa-apa. Pada waktu itu, aku baru sedar bahawa dia telah jumpa seorang yang jauh lagi hensem dan matang dari aku. Bila dia kenal? Ketika aku datang ke politeknik januari lalu. Love is suck! Bila dah kantoi, dia langsung tukar nombor telefon bimbitnya. Terus tak dapat nak kontek. Padan muka aku.
~
30 Disember 2007 [Kisah sedih akhir tahun bermula]
~
Aku bermesej dengan jiran aku yang merupakan rakan sekelas si dia sewaktu di politeknik. Sambil menyelam minum la air. Mula-mula aku tanyakan khabar jiranku. Untuk dia tak mengesyaki apa-apa. Bila aku minta nombor telefon bimbit si dia yang baru, jiranku ragu-ragu untuk memberinya. Mungkin dia dah tahu apa yang terjadi antara kami. Dia jadi takut untuk memberinya. Dia bagai sengaja perah air limau pada luka lama aku ni. Pedih. Baru aku tahu si dia telah bertunang dengan jejaka itu pada sekitar Julai 2007. Nasib baik aku pandai kontrol mata ni jangan bagi keluar air. Hilang macho aku kalau orang nampak. Dan lebih terperanjat lagi bila dapat tahu majlis nikahnya akan berlangsung sekitar Julai 2008. Hati mana yang tak luruh....
~
“Kawen muda. Bgs la. Masing2 dah pndi buat duit.” Ayat-ayat terakhir yang aku mampu send pada jiran aku. Collapse. Celaka, dia kata nak kahwin sekitar umur dia 25,26 tahun. Sekarang ini, dia baru 22 tahun. Wanita pembohong. Penat aku tunggu kau.
~
Kenangan yang menjadi penutup tirai episod sedih dalam hati aku. No word can describe my feeling right now. Lalalala.....lalala..... aku lalokkk.... Bintang pusing-pusing. Air longkang busuk. Lalala.... lalala....aku lalok.

Sunday, December 30, 2007

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG SEORANG PELAJAR 7

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
~
Zaman persekolahan adalah zaman yang paling “manis” pernah aku lalui seumur hidup aku ini. Zaman di mana minda aku dididik untuk menghormati orang yang lebih tua. Didikan secara ekstrem. Zalim. Siapa yang tak bagi salam pada senior, cukup bulan, satu batch kena panggil kat surau then kena bantai beramai-ramai. Biasalah, gangster sekolah. Time nak gaduh bukan berani one by one. Dibawanya satu batalion pengganas untuk pukul budak kecik atas kesalahan tak bagi salam pada senior. Rasional ke? Agaknya mereka ni pengembara zaman paleolitik yang tersesat setelah naik time machine kot. Minda tertutup dek naluri haiwan yang masih menebal dalam diri mereka.
~
Aku bukan nak cerita pasal aku kena pukul. Bukan nak cerita tentang kawan-kawan aku kena pukul. Aku cerita lain kali pulak ye.
~
Aku just nak kongsi pengalaman dapat makanan percuma sepanjang tahun tanpa menyertai “Program Susu Percuma Sekolah” yang hanya dikhaskan untuk pelajar kurang berkemampuan dan pelajar kurang sihat. Aku pasti kalian pasti cemburu.
~
Kita mula.
~
Pernah sekolah korang bagi secara PERCUMA susu lembu pelbagai perisa secara percuma sepanjang tahun tak? Ada perisa strawberi, jagung yang segar, diambil terus menaik van sekolah kaler putih dari ladang susu lembu terulung di Johor. Ladang yang mempunyai reputasi yang tinggi dan menjadi idaman pelajar veterinar untuk membuat latihan praktikal. Abang Sanib [Driver sekolah] ambil susu-susu ini dari Institut Haiwan Kluang, Johor setiap 2 hari sekali.
~
Ada lagi.
~
Ada sekolah korang bagi secara PERCUMA buah-buahan import segar, setiap orang sebiji, setiap kali tamat kelas prep/persediaan malam? Buah-buahan yang masih sejuk membeku lagi tatkala kami berebut mengambilnya dari dalam van sekolah kaler putih. Buah-buahan seperti epal, lai dan pear berselang seli mengikut stok yang masih ada pada pemborong. Sekolah kami ada.... Tapi pada masa aku tingkatan 1 la sahaja la. Buah-buahan ini ada diselang-selikan dengan susu-susu segar ni. Tiap-tiap hari prep/persediaan, sepanjang minggu, sepanjang tahun 1996. Hahaha... jealous tak? Sebab ini la saya sayang sekolah saya.
~
Saya sayang sekolah saya bukan sebab Cikgu Kamal Hasannya. Juga bukan sebab Cikgu Yahya Awangnya. Turut bukan kerana Cikgu Wahab Gedongnya. Saya sayang sebab saya dapat makanan percuma ni. Tanpa bayaran tersembunyi. Tiada caj tambahan.
~
Orang Malaysia memang gemar benda percuma. Lihat sahaja la di booth-booth bergerak Milo, Nescafe et cetera. Pasti ramai yang dok berebut dan minum beberapa kali kerana kepercumaannya.
~
Tepuk dada, tanya selera ogre dan raksasa anda..

CATATAN PERJALANAN PENGEMBARA MUSIM SALJU: THE WEDDING

23 Disember 2007
~
11.00am
~
Catatan saya bermula seawal jam 11.00am pada 23 Disember 2007 dengan menaiki kereta Gen 2 dan dipandu oleh rakan saya. Perjalanan bermula dengan menghadiri majlis perkahwinan rakan politeknik saya [Azrif Rashid] seorang Pegawai di Tabung Haji Travel, yang dilangsungkan di tingkat 7U, bangunan Tabung Haji Johor Bahru. Agak lama menanti rakan-rakan politeknik yang lain kerana pemandunya [Jamaludin Mohammed] terlewat bangun tidur sekaligus lambat bertolak dari Endau. Agak gembira bertemu dengan rakan yang sibuk bekerja [Hamba Wang] sehingga lupa untuk menjenguk saya yang keseorangan di Johor Bahru.

Azrif & Isteri bersama rakan-rakannya
~
Perjalanan selama 45minit diteruskan selepas sesi fotografi bersama pengantin. Kereta dipandu dengan kelajuan cahaya kerana bimbang Fauzi Basar akan membebel di atas kelewatan kami. Titik pertemuan kami adalah di Masjid Air Hitam. Gambaran gembira dan bengang jelas kelihatan pada air muka Fauzi Basar, Muhaimin dan Arbain [Rakan-rakan Tingkat 6 rendah]. lebih kurang 2 jam mereka menunggu ketibaan kami.
~
“Sorry geng, flight gua delay la.” Aku rasa alasan ini paling kukuh sekali.
~
3.30pm
~
Perjalanan diteruskan ke rumah rakan tingkatan 6 yang lagi satu, Najib Rahmat di Kg Baru, Parit Raja. Kami terkandas di rumahnya dalam ½ jam kerana dia menghidangkan kami dengan keropok ikan, keropok belinjau panas dan air oren sejuk. Ok la tu. Juadah orang bujang. Najib Rahmat a.k.a Jimat baru tamat pengajian peringkat diploma di UiTM dan akan menyambung pengajiannya peringkat Sarjana Muda Pendidikan di UIA pada semester hadapan. Tahniah.

G-Mart bersama Keropok belinjau dan oren sejuknya.

~
Perjalanan ke rumah pengantin lagi satu, Rohani Shamsi di Parit Sulong diteruskan. Kami tiba lebih kurang jam 5.00pm. Waktu orang kampung dah kemas meja, basuh periuk, kami baru sibuk-sibuk nak sampai. Malu. Nasib baik makanan masih belum dikemas lagi. Apa yang menarik di sini ialah juadahnya. Ayam goreng, sambal goreng, sambal belacan, ulam keceper [Kacang Botol], sayur pisang masak lemak dan dalca sangat membuka selera kami. Mungkin bagi sesetengah warga metropolitan, juadah sebegini tak dipandang. Tapi bagi kami yang mengalir darah jawa dalam badan ini, juadah jawa sebegini sangat menggoda selera kami. Sedap. Rohani Shamsi yang kini guru JQAF di sebuah sekolah di Batu Pahat, mengahwini jejaka hujung kampungnya yang ala-ala abang askar gitu. Tahniah. Selepas sesi fotografi dan sesi salam keruk berakhir, kami pun beredar dengan goodie bag berisi jajan, telur dan cenderahati.

~

Rohani bersama suami dan rakan-rakannya.

~
Di sini cerita malang kami bermula. Dalam suasana sedih berpisah dengan Jimat dan Bain kerana kami akan menghala ke laluan berbeza, kami terpaksa lebih bersedih kerana kereta Gen 2 tak dapat dihidupkan. Nasib baik mekanik kami [Arbain lagi] belum balik lagi. Dengan kepakaran yang dia miliki, kereta berjaya dihidupkan. Yay! Perjalanan kami berjaya diteruskan lagi ke majlis perkahwinan yang terakhir hari itu. Seorang rakan kepada Fauzi Basar. Sekali lagi kami mendapat layanan khas kerana sampai ke majlis jam 6.30pm. Lauk special. Sebelum balik, siap dapat bungkusan barkat lagi dengan jajan-jajan kenduri dan bunga telur. Oh ya! Sebelum terlupa. Kami sempat mengambil Encik Noorulfaiz di hadapan Balai Polis Parit Sulong untuk menyertai kami dalam perjalanan ke majlis perkahwinan rakan Fauzi Basar dan ke Kuala Lumpur. Agak kemalu-maluan kerana menghadiri majlis dengan berseluar ¾ khakis. Agak berisi tubuhnya setelah lebih kurang 1 tahun ngak ketemu. Kangen dengan perutnya.
~

Arbain, rakan merangkap mekanik kami.

7.15pm

~
Perjalanan ke Kuala Lumpur diteruskan melalui Lebuhraya baru Muar Melaka. Cadangnya untuk menjimatkan kadar pembayaran tol. Sedang-sedang elok untuk merempit di sini. Perjalanan memakan masa 2 jam melalui lebuhraya ini dan memasuki lebuhraya PLUS. Kami berhenti rehat dan rawat di Restoren Jejantas Air Keroh. Sambil minum root beer float di A&W, kami cuba menghubungi seberapa banyak pilihan yang kami ada bagi menyelesaikan masalah kereta Gen 2; bateri kong. Mekanik peronda PLUS cuma berjaya hidupkan enjin sahaja, bukan menyelesaikan masalah. Kami dapat bantuan tambahan iaitu pertolongan rakan kami di Simpang Ampat. Kami berehat di Rumah Besar Simpang Ampat sementara menunggu mekanik rakan kami mengenalpasti kerosakan. Hahaha.... keramahan tuan rumah amat luar biasa. Terkujat sebentar. Kami bermalam di rumah itu sementara kedai bateri buka keesokkan harinya. Bilik umpama suite hotel lima bintang [Ayat mengampu] ini dilengkapi penyaman udara yang bocor, permainan PS2 yang ada 4,5 game yang tak best, bilik air dengan water heater dan roti putih bawah televisyen, cukup untuk kami tidur lena malam itu. Melupakan sementara masalah kami. Lalalala.... lalok lalala....
~


Ruang dalam bilik "kami" di Rumah Besar Simpang Ampat.

Wednesday, December 26, 2007

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 6

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
Pada mulanya aku bercadang untuk menulis kisah silam zaman pembelajaran aku ini mengikut susunan kronologi. Aku rasa aku tak dapat nak tahan keinginan aku kali ini. Kenangan Aidil Adha ini memang tidak sabar untuk aku cerita memandangkan Aidil Adha baru sahaja berlalu.
~
Kisah ini berlaku seawal kemasukan aku ke Politeknik Port Dickson. Kedudukan yang agak jauh dari Johor Bahru terchinta. Bagi remaja usia belum cecah 20 tahun, ini adalah satu pengalaman yang hebat. Pengalaman berada di tempat orang. Untuk menimba ilmu dan bergaul dengan penduduk tempatan yang kebanyakkan anak mudanya masih berfikiran kolot akibat tak tahu dunia luar. Gangster kampung. Tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan di sini.
~
Pada masa itu [2002], pelajar semester 1 lelaki dan wanita adalah diwajibkan untuk menetap di asrama. Dan kami akur dengan arahan itu walaupun keberatan memandangkan semua telah menyangka bahawa zaman selepas sekolah adalah zaman di mana peraturan sekolah tidak digunapakai. Lain pula yang berlaku. Blok C tingkat 3 adalah paras di mana kebanyakkan pelajar Perdagangan ditempatkan.
~
Kisah pertama kali menyambut Aidil Adha di perantau amat mengujakan kami yang kebanyakkannya berasal dari Johor. Pada mulanya, kami mahu pulang ke kampung tetapi memandangkan kami hanya mempunyai cuti 2 hari sahaja, agak tidak berbaloi jika kami berasak-asak menaiki bas Lien Hoe ke Seremban untuk pulang ke kampung dan bergegas pulang ke asrama pada hari berikutnya. Rugi RM40 aku nanti. Ada la dalam 5 orang yang tak balik masa itu. Aku, Zarul, Jamal, Malek, Matpit. Bagi aku, kalau tak balik sekalipun asalkan ada geng. Kalau tak mati kering woo. Sebelum tidur malam raya tu, kami dijanjikan oleh Ustad, pelajar perdagangan semester 2 merangkap imam ganti di surau, bas yang akan menghantar kami ke Masjid. Berbunga hati seketika. Kerana jika kami dapat ke masjid yang jauhnya dalam 2 kilometer dari situ [Masjid Kem Askar], juadah hari raya dapat la kami rasa.
~
Keesokkan harinya, seawal jam 8am kami [terdapat beberapa pelajar blok lain turut tak balik] telah menunggu di garaj bas. Masing-masing bergaya dengan baju raya. Aku simple. Baju melayu hijau, kain pelekat maroon dan ketayap. Cukup la.
~
15minit berlalu....
~
30minit berlalu...
~
Celaka! Bas driver tak datang. Sah kami tak sembahyang raya tahun tu. Dengan perasaan marah, aku pulang ke bilik, Buka locker, keluarkan maggi kari 2 bungkus, jerang air. Semalam petang makan maggi ayam. Malam semalam makan maggi asam laksa. Pagi raya makan maggi kari! Apa la punya nasib. 4 rakan yang lain turut serta. Pada mulanya, mereka semua berpakat nak korbankan aku je, untuk menghidupkan suasana raya korban. Tetapi aku bijak memancing mereka dengan maggi pelbagai perasa. Aku selamat.
~
Tengah hari raya, kami berpakat nak mencari nasi. Orang Malaysia memang selalu idamkan nasi. Sampai kat bandar PD, semua kedai makan tutup termasuklah kedai mamak. Hari Raya Haji la katakan. 1 kedai je yang buka. KFC. Kami order set yang paling besar. Makan puas-puas. Curi 2 botol sos cili. Lepas beli stok maggi secukupnya [Untuk pancing orang. Takut jadi mangsa korban lagi]. Kami terus pulang ke asrama yang kosong.
~
Esoknya, Kedai Makan Kak Ti dah buka. Kami pergi beli nasi. Keghairahan primitif menular dalam badan memandang kami idamkan nasi. Puas! Aku siap tapau lagi. Mana la tau Cafe Mek kat dalam tak bukak malam ni. Mek orang kelantan, mungkin cafe tutup lama sikit.
~
Itulah sedikit sebanyak pengalaman Aidil Adha yang memang tak mungkin saya lupa sepanjang hidup di perantauan.

AIDILADHA : ADA YANG BERKORBAN, ADA YANG TERKORBAN, ADA YANG TERPAKSA TERIMA PENGORBANAN

Sedikit kisah aidiladha yang sedih. Walaupun telah diselangi dengan raya yang lagi satu.
~
~
Pagi aidiladha aku seperti umat islam yang lain. Bangun awal. Sarapan. Pakaian baju raya. Pergi Solat Aidiladha. Selesai solat lepak melepek terbongkang dekat umah atok aku. Musim hujan. Tak boleh nak merayap sangat. Tapi meriah. Semua saudara mara pulang berhari-raya. Petang itu dapat banyak dapat daging yang terkorban. Cuma daging je la. Urat dan organ dalaman tak dapat. Itu makanan Ogre dan raksasa sahaja.
~
Selang 3 hari kemudian. Aku bersiap untuk ke Kuala Lumpur. Menghadiri majlis persandingan member aku yang duda. Di sini la kisah menghayat hati bermula. Pagi 24 Disember itu aku menerima panggilan dari emak aku dalam keadaan teresak-esak. Makcik aku telah pulang ke Rahmatullah. Berpunca dari komplikasi buah pinggang kerana penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya. Aku tak dapat menghadiri majlis pengkebumian dan doa arwah kerana kenderaan aku masih lagi tersangkut di Rumah Besar Simpang Ampat. Apa lagi aku boleh buat selain bertafakur dan berdoa supaya rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aku terlalu emosi dalam hal ini. Mungkin anda tengok aku ceria and what-so-ever, tapi aku rasa sangat sedih. Aku tak dapat tumpukan perhatian sepanjang majlis-majlis berlangsung. Minta maaf. Ini sudah ketentuan Ilahi.
~
~
Al-Fatihah

Monday, December 24, 2007

CUBA MENGETAGGED KAWAN-KAWAN DENGAN TAGGED YANG MENJENGKELKAN

Secara rasminya saya memerintahkan kawan-kawan saya seperti Pais Balgat, Syihan Bola Ping Pong, Afzan Jojane, Zai Jojo, Ain nafer Kelembai, Ilya Ilyok Badut dan kawan-kawan yang tak tersebut namanya di sini tapi membaca entry ini, untuk menyiarkan secara rasminya nama gelaran/ jolokan zaman belajar mereka tak kira la di mana pun anda belajar.
~
~
Selamat mencuba dan renung-renungkan!

Sunday, December 23, 2007

"CAN YOU HELP ME ON PAGE 47?" - PRESIDENT OF UNITED STATE OF AMERICA


Malam tadi saya berkesempatan untuk menonton filem yang berada dalam senarai “Mesti Tonton” saya selama beberapa tahun kebelakangan ini, “National Treasure 2: Book Of Secret”. Saya menonton bukan kerana pelakonnya walaupun saya sedikit meminati Nicholas Cages sejak menonton filem lakonannya, Con Air. Saya menonton filem ini kerana saya sangat teruja dengan prequelnya sebelum ini iaitu National Treasure 1, berkaitan dengan harta yang diburu oleh Illimuniti atau Ahli Free Mason. Sangat menarik jalan ceritanya.

Jika anda sememangnya kipas-susah-mati Nicholas Cages dan juga peminat filem aksi ala-ala Indiana Jones, anda perlu luangkan masa untuk menontonnya walaupun awek atau rakan wanita anda merengek untuk menonton filem Cintaku Forever lakonan Yusry si duda Erra dan heroinnya, Revalina S.Teman si Bawang Putih.

Sedikit perkara yang saya ingin kongsikan. Saya amat tertarik dengan penggunaan kod rahsia di dalam “Booth’s Diary”. Yang kelihatan agak kompleks dan tak ramai yang mengetahui penggunaannya. Bagaimana kepintaran golongan zaman perang saudara mencipta kod rahsia yang merupakan permulaannya susur galur penggunaan “encryption” dalam teknologi masa kini. Juga yang membuatkan saya rasa kagum ialah penciptaan sejarah yang kelihatan sangat “real” seolah-olah ianya benar-benar pernah berlaku dalam lipatan sejarah. Walaupun saya bukanlah pelajar cemerlang subjek sejarah, tetapi saya masih mampu untuk bezakan sejarah dan fiksyen. Meja Kembar Resolete yang terletak di Istana Buckingham dan Oval Office di Rumah Putih, kediaman rasmi presiden U.S yang mempunyai peti rahsia yang memerlukan kata laluan ke peta harta karun, Buku Rahsia Presiden yang diturunkan secara rahsia oleh presiden yang terdahulu kepada presiden sekarang dan hanya presiden sahaja yang tahu wujudnya buku itu dan lokasinya serta Kota Emas bawah tanah di pergunungan Rushmore. Can you spot the not? Meja Resolete itu benar tapi peti rahsia itu tidak. Buku itu hanya penambah perisa filem ini begitu juga dengan Kota Emas bawah tanah. Segala-galanya nampak benar. Tapi saya agak bingung memikirkan samada yang dikatakan “Book Of Secret” itu adalah “Booth’s Diary” atau “President’s Black Book”. Jika saya terus bercerita di sini, nanti anda kata saya ni penipu la, pembohong la. Cepat pergi tempah tiket untuk filem ini sebelum awek atau rakan wanita anda membeli tiket filem Cintaku Forever.

Lupa untuk beritahu anda. Tiket wayang jam 11.55pm, 22 Disember 2007, seat T8 & T9, hall 1, berharga RM11 setiap satu ditaja sepenuhnya oleh rakan semasa di politeknik dahulu, Malek, Pembantu Pegawai di Bira Pengaduan Awam tingkat 12 Menara Komtar Johor Bahru. Terima kasih Malek. Err... Malek. Bulan depan filem Cuci nak release. 24 Januari. Kau nak belanja aku lagi tak?

Wednesday, December 19, 2007

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 5

Entry terakhir sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha. Saya ucapkan semoga hari raya ini memberi 1001 pengertian kepada para bloggers sekalian.
~
Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
~
Aku yakin dengan sepenuh hati aku yang setiap pelajar asrama pasti mempunyai nama jolokan/gelaran yang merapu sakan. Samada suka atau tidak, itu lain ceritanya. Yang penting ianya telah pun dikurniakan walau dalam keadaan terpaksa sekali pun. Seburuk-buruk nama itu lah yang akan menjadi kenangan kita pada masa akan datang. Dan sapa tahu, nama-nama itu digunapakai sampai anda beranak pinak pula.
~
Ada nama yang dapat atas dasar kejadian memalukan/membanggakan seperti contoh seorang senior kami dipanggil nama kodok. Dia bukan peminat Afdlin Shauki ketika itu. Jersi yang dipakai olehnya tertera nama “Coudoux”. Agaknya nama ini sukar untuk disebut oleh lidah-lidah jawa pelajar, dipermudahkan menjadi “Kodok”.
~
Pengalaman seorang rakan saya yang pernah menuntut di Kolej Profesional MARA Melaka untuk kursus diplomanya. Dia diberi nama “Kutak” sebaik sahaja minggu orientasi berakhir. Apa makna disebalik nama itu? Ia berasal dari 2 perkataan iaitu “Kuli” dan “Batak”. Disatukan menjadi “Kutak”. Rakan saya yang lain, yang turut dari kolej yang sama, diberi nama “Lobo”. Nama yang nampak garang. Ia bukan berasal dari mana-mana gangster terkenal. Ia juga berasal dari 2 perkataan iaitu “Lobang” dan “Jubo”, Maka terhasillah nama “Lobo” yang digunapakai sehingga sekarang dan mungkin sehingga dia mati.
~
Ada juga nama jolokan ini terhasil kerana nama asal mereka telah banyak digunapakai dalam masyarakat asrama. Ini menjadikan ianya susah nak disebut kerana terpaksa disebut dengan nama bapanya sekali. Sebagai contoh nama “Fairuz” yang ramai digunakan. Jika orang itu bernama “Fairuz Johari”, ia akan dipanggil “Fairuz Johari” kerana ada lagi orang lain yang “Fairuz”. Takut tersalah orang. Jadinya, persepakatan diambil dengan menggabungkan kedua nama itu sebagai contoh, “Fairuz” biasanya orang akan panggil sebagai “Apai”, nama “Pai” akan digunapakai dan digabungkan dengan perkataan “Johari” menjadikannya “Paijo”. Nama lain “Fairuz” yang telah digabungkan ialah “Paino” – Fairuz Mohd Noh, “Paimen” – Fairuz Amin.
~
Ada juga nama jolokan diberikan mengikut perangai si penama tersebut. Kelakuan yang pelik, yang di luar norma-norma manusia biasa ini, kebiasaannya akan menjadi perhatian orang ramai. Dan kelakuan pelik mereka akan menjadi biasa pada pandangan orang tetapi luar biasa apabila perangai pelik ini dilakukan oleh orang lain. Sebagai contoh seorang sahabat yang bernama “Bigor” kerana perangainya yang agak bigor. Juga sahabat yang dinamakan “Ser..” kerana keadaannya yang serabut.
~
Para guru dan staf juga tidak terlepas daripada panggilan nama jolokan yang diberikan oleh pelajar. Asal nama berkenaan ada yang agak kabur kerana nama itu diturunkan oleh senior-senior sebelum ini. Sebagai contoh, “Wajin”. Seorang guru sains dan warden asrama lelaki. Dengar kata senior, perkataan wajin berasal dari perkataan “rajin” yang disebut oleh seorang warga asrama yang pelat “R” lalu disebutnya sebagai “Wajin” instead of “Rajin”. Diberitahu lagi yang guru ini tersangat la malas dan bersikap ala kadar. Melekat la nama itu sampai la sekarang, dah lebih dari 10 tahun tapi tak tahu la kalau guru itu tahu ia dipanggil sebegitu. Staf juga tak terlepas dari menjadi mangsa. Beliau berjawatan Pengurus Asrama dan tinggal di bilik warden di asrama lelaki bersama dengan keluarga yang terdiri daripada isteri, anak lelaki dan anak perempuannya. Ketika itu kes Anwar Ibrahim sedang panas dan nama peguam negara sering disebut-sebut. Dan memang malang bagi pengurus asrama ini kerana pada ketika itulah dia pindah masuk ke asrama. Dicampur dengan perangainya yang macam peguam pencen, secara rasminya dia dipanggil “Patail”. Anak lelakinya yang chinese look sebab emaknya memang chinese, dipanggil “Ah Seng” kerana tersangat la nakal. Setakat tengok dia kencing merata-rata dan menunjukkan kemaluannya adalah perkara yang biasa. Anak perempuannya yang juga chinese look dan tak pernah buat salah pun dapat nama sebagai “Ah Kao”. Malangnya....
~
What’s yours?

Tuesday, December 18, 2007

CUCI MATA SAMBIL BERTEMANKAN ROTI YANG BOLEH BERBUAL


Lepas aku menonton filem “I Am Legend” secara solo tadi, aku sempat la juga ronda-ronda dalam AEON Jusco Tebrau City tu. Nak terus balik rumah, tak boleh sebab hujan lebat dan aku pula menaiki motosikal Modenas Kriss hitam aku. Kena la tunggu sampai reda sikit, kalau main redah saja, konfem lencun aku nanti. Aku pun tak tahu nak buat apa di Jusco ini. Setakat window shopping sahaja. Survey barang pun tak. Penat kaki aku jalan di Jusco terbesar di asia tenggara ni. Last-last aku dok melangut je di kerusi-kerusi yang disediakan untuk pengunjung.
~
Hari kerja begini, jarang dapat tengok orang malaysia berjalan-jalan buang masa di Jusco ini melainkan budak-budak sekolah yang tengah cuti; merayap dengan kawan-kawan dorang dan berkepit dengan aweks masing-masing. Rata-rata pengunjung Jusco pada hari ini ialah warganegara Singapura. Mungkin dorang cuti hari selasa kot, instead of ahad. Ramai antara mereka membawa keluarga untuk menonton filem-filem terbaru di pawagam. Ada juga yang puas bershopping di butik-butik baju berjenama. Tak menang tangan nak bawa semua paperbag. “Permandangan Indah” tak payah nak kata la. Ah moi chantek! Kata Hujan. Bersepah-sepah dengan pakaian yang pelbagai fesyen dan tak cukup kain. Masa ni la kasi cuci bersih sama ini mata.
~
Sebelum aku duduk berehat di kerusi panjang ni, aku ada singgah di kedai roti yang paling ramai pengunjung di sini; Bread Talk. Walaupun agak mahal, atas nama curiousity yang mendalam, aku masuk juga ke kedai ini. No wonder la ramai pengunjung, roti yang disediakan di sini amat berlainan sekali dengan roti-roti yang di jual di kedai roti yang aku biasa pergi seperti Season’s, Dunkin Donut etc. Aku ingin cuba Peanut Twist yang diselaputi kacang bercoklat dan Chocolate Croissant [Fakta: Coklat boleh menurunkan tahap stress anda dan ia juga menaikkan kadar kolestrol anda jika diambil secara berlebihan]. Jumlah RM5.88. Aku ada dengar soseh-soseh seorang pengunjung yang sibuk mencari roti Californian Cheese. Speaking boleh tahan. Mesti chinese ni. Guess what? Yang cakap tadi tu Cuma seorang nenek melayu yang berkain batik, berbaju kurung kedah dan pakai tudung zas je. Biar betul? Ya, nenek ini orang Singapura yang rata-rata antara mereka pelat untuk bertutur dalam bahasa melayu termasuk la juga Imran Ajmain, penyanyi lagu “Seribu Tahun” OST Emil Emilda.
~
Menikmati makanan mahal [bagi sesetengah orang, ianya biasa je] sama ertinya menikmati malam pertama. Kena sempurna dan yang penting puas dan sedap. Dan aku berpuashati dengan rasa roti yang marvelous ini. Terima kasih Bread Talk! Lain kali, turunkan harga sikit ye.

I WANT TO LIGHTEN THE DARKNESS - DR ROBERT NEVILLE

Saya baru berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam pada hari ini. Saya tertarik untuk menonton filem ini adalah kerana teruja dengan kredibiliti Will Smith dalam filem-filem yang dibintanginya sebelum ini seperti Man In Black, Bad Boys [Hanya beberapa filem dinyatakan].

~

Jika anda bukan peminat Will Smith, saya cadangkan agar tonton filem lain. Saya berani nyatakan yang anda akan memaki hamun sejurus selepas [atau sebelum] keluar dari pawagam. Tapi bagi saya, RM8 yang saya belanjakan amat berbaloi.

~

Anda suka tengok filem "Cast Away" yang dibintangi Tom Hanks satu ketika dahulu? Dan anda juga peminat filem zombie dan virus penyebar penyakit seperti "28 Week Later" atau "Resident Evil"? Manusia yang berupa menjadi raksasa kerana virus yang dicipta manusia? Haa... Anda pasti teruja menonton filem ini kerana elemen-elemen dalam filem yang saya katakan tadi ada diterapkan dalam filem ini. Walaupun filem ini tak sebagus dari apa yang sangkakan, tetapi ia menghiburkan saya. Saya beri 3.5/5.0.

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 4

Percutian akhir tahun kami di Cherating.



Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
Aku belajar tentang kehidupan berdikari di sini. Tentang persahabatan yang sukar untuk diperolehi. Tentang pengalaman hidup dengan persekitaran yang penuh dengan kepura-puraan. Jumpa warden kena berpura-pura. Jumpa senior kena beri salam. Pura-pura lagi. Padahal bukan suka sangat pun senior tu. “Assalamualai....kumbang...”. Lastly jadi, “A..kumbang”. Jumpa Jenal pun kena pura-pura baik. Aku pun tak faham sangat, kenapa la bebudak ni takut sangat dia. Aku tak pernah pun nampak dia hukum budak walaupun dia ada kuasa. Dengar bunyi enjin motor C70 dia waktu subuh saja dah boleh bergegar satu asrama. Semua berebut turun surau. Baru dengar bunyi enjin tu... Hebat reputasinya. Jumpa dak puteri pun kena pura-pura. Kononnya baik sangat la. Budget nak mengorat waktu tu.

Di sini juga aku kehilangan banyak harta benda yang bernilai dan kerap kali hilang atau dalam ertikata yang lebih mudah, kena rembat. Harta aku seperti kasut sekolah dan samping coklat baju melayu mempunyai kadar kekerapan membeli yang tinggi iaitu 2 kali sebulan [pada tingkatan 1 sahaja]. Kadar ini menurut mengikut peningkatan tahap ke”senior”an. Pantang lepa sikit, memang la hilang. Lebih sakit lagi apabila hilang pada hari isnin iaitu pada hari pertama selepas kasut itu bersih dibasuh serta dikapur dan hanya ditemui pada hari jumaat iaitu selepas kasut itu lunyai dan macam belacan. Pencuri itu menjadikan kasut ini sebagai kasut sukan selain menjadi kasut sekolah. Sungguh celaka perangai itu.

Aku juga benci pagi ahad di asrama pada masa aku tingkatan satu. Iaitu pagi gotong royong. Tiap-tiap minggu dorm kami akan ditugaskan membersihkan tandas. Guna sama-sama tapi yang kena basuh kami je. Lepas kami, kami. Lepas kami, kami. Naik bosan dah. Kalau bersihnya berkekalan sampai seminggu takpe la juga. Pagi bersihkan, petangnya dah macam haram balik. Kotor! Busuk! Budak-budak ni memang tak makan saman la. Menci! Dah la selalu tak ada air. Kena mandi air kolah je. Tapi layan jugak. Lagi puas jika dibandingkan dengan air shower yang kadang kala kuat lagi air kencing kuda. Tapi yang tahannya kalau nak mandi di kolah pada waktu subuh. Sejuknya memang tak hingat la. Sampai ke tulang hitam!

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 3

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
~
Dengan berbekalkan kejayaan aku dalam UPSR dengan menggondol 4A dan cemerlang dalam PAFA serta kejayaan yang kurang gemilang di peringkat sekolah agama, aku meneruskan kehidupan aku sebagai pelajar asrama pula. Kali ini amat jauh dari rumah aku iaitu di Segamat [Segar~amat].
~
Segalanya amat janggal bagi aku. Dengan pengalaman selalu menyertai summer camp anjuran majikan bapa aku, aku menggagahi jua perjuangan ini. Aku ditemani 3 orang rakan dari sekolah rendah iaitu Ahmad Syihan b. Suhairon [Rakan yang aku nak rampas aweknya :-p], Syafiq Azwan b. Zalil – Masa tu bapanya belum dapat gelaran “Dato’” [Someone ex-sweetheart :-p] dan Ashraf [Kecundang selepas seminggu di sekolah itu]. Aku ditempatkan di dorm yang ketuai oleh Ramaizak b. Rasak [Nama yang ingat sebab aku menci] yang macam haram perangainya. Tak percaya tanya la dorang [Merujuk kepada bekas ahli sedorm dengan aku]. Aku tak akan cerita pasal dorm ini sebab ia bukan suatu kenangan yang indah. Mungkin kisah korang jauh lebih indah dari cerita dorm aku. Hahaha... Sangat celaka.
~
Minggu orientasi la peristiwa yang sukar untuk aku delete dari permenant hard disc ni. Zaman dulu [1995] cara minggu orientasi dijalankan sangat la tak mengikut peraturan sekolah. Kami diminta mengambil tandatangan semua pelajar tingkatan 5 dan 6 atas. Denda akan dikenakan atas budi bicara abang-abang itu. Ada rakan aku kena bagi penyangkut baju kaler merah jika nak dapatkan tandatangannya. Macam-macam lagi la seperti kena bagi duit syiling 10 sen tahun 1983 [Tahun kelahiran kami], nyanyi lagu negaraku di atas tembok beranda, hafal makna surah Al-Fatihah, minta belanja nasi goreng kantin 50 sen. Sekadar beberapa contoh. Nak lagi kena la tanya rakan-rakan korang sendiri. Waktu tu senior kami kebanyakkannya berbadan besar. Jauh lebih besar jika hendak dibandingkan dengan pelajar tingkatan 5 sekarang. Mungkin bebudak ni tak makan sayur, tu yang lambat besar. Nama-nama seperti Shful, Wanning, Pekgi, Anep dan beberapa pelajar lain memang digeruni pelajar sekolah. Gangster sekolah.
~
Tahun pertama aku di sekolah menengah berakhir dengan aku dapat nama jolokan yang pada mulanya aku tersangat menci, aku bergaduh ala kanak-kanak dengan seseorang yang menjadi arkitek, currently.
~
~
~

Pelajar sekolah menengah memegang bunga raya dan jalur gemilang.

Monday, December 17, 2007

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 2

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.

~

Zaman sekolah rendah turut menggamit kenangan aku. Di sini la aku mengenal erti pelajaran dan ketakutan terhadap cikgu. Cikgu disiplin dan cikgu GPK HEM yang tersangat la garang dan bermuka bengis. Bekerja hanya untuk takutkan dan mengajar pelajar erti berdisiplin dalam menjalankan kehidupan sebagai manusia yang bertamadun.

Pernah sekali ... Erm... Actually 2 kali aku terpaksa menghadap muka cikgu-cikgu tersebut. Sekali atas sebab bergaduh ketika subjek Pendidikan Jasmani [Macam la Cikgu Iza Fahmi ajar murid-muridnya subjek ini ye]. Pada masa itu, muda lagi. Darah masih panas. Asyik nak bergasak jek. Sekali lagi ketika hari Guru. Bukan sebab aku salah tapi nak bagi hadiah. Kununnya nak amik hati la. Kehidupan harian aku sebagai pelajar sekolah rendah amat indah. Masa itu aku la penjaga gol bola sepak terunggul batch aku. Tapi kini... Hahaha... That old days.

Ketika tahap ini, aku tak pernah terfikir lagi nak bercinta ke belajar ke. Yang penting bagi aku ketika ini, aku kena pergi sekolah sebab takut ayah aku marah. Dan pergi sekolah mesti dapat RM2 [Include untuk belanja sekolah petang sekali]. Boleh la aku makan puas-puas. Ketika ini [1990 – 1995], RM2 adalah satu amaun yang sangat besar. Waktu rehat bergasak main lari-lari dekat padang. Masuk kelas badan dah bau macam haram. Lepas waktu sekolah rendah, aku terus ke sekolah agama petang. Walaupun kelas aku bermula pada jam 1600, aku dah berada di sekolah seawal jam 1300, selepas sekolah rendah. Tolong makcik kantin [Sebenarnya jual dekat kolong sekolah saja. Kantin belum siap] jual air dengan kueh mueh. Dapat la minum dengan makan kueh secara percuma. Terima kasih makcik! Lepas penat, aku lelap dalam surau. Hermmm... Jadinya sejak sekolah rendah la ek aku dah berdikari? Very unforgotten moment and priceless memories.

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 1

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.

Aku dah jadi seorang pelajar sejak berumur 6 tahun lagi. Sekarang umur aku dah hampir 25 tahun. Lebih separuh umur aku, aku habiskan dengan kawan-kawan berbanding dengan keluarga. Lebih-lebih lagi aku bersekolah asrama seawal umur aku 13 tahun. Lebih 10 tahun aku hidup berjauhan dengan keluarga. Dari sekolah menengah [PMR, SPM], politeknik [Diploma] hinggalah peringkat universiti ini [Sarjana Muda]. Liku-liku kehidupan aku diharungi bersama-sama kawan-kawan. Amat kurang bersama keluarga. Aku akan menikmati saat-saat bersama keluarga. Sebab itu la setiap saat kalau aku ada masa terluang, aku lebih selesa telentang dan terbongkang atas katil di rumah keluarga aku ini berbanding keluar merayap tak tentu hala. Salah satu sebab lain ialah aku tak ada duit. Macam mana la aku nak berhibur. Ye tak?

Kehidupan aku sebagai seorang pelajar bermula ketika aku sekolah Tabika Kemas Puncak Bukit [Bukan nama sebenar]. Aku ada kawan yang agak baik dari dulu sampai la ni. Ayem. Pergi sekolah sama-sama, ponteng sekolah sama-sama, balik sama-sama. Kamceng la kiranya. Sebab lepas sekolah, aku stay rumah dia. Parent aku kerja. So, emak dia babysitter aku la. Satu kejadian yang aku tak lupa. Dalam perjalanan ke sekolah yang mengambil masa 10 minit [Berjalan kaki], kami punya la leka kutip siput [Bukan jenis yang boleh makan]. Waktu tu siput juga adalah salah satu permainan yang menarik selain dari “Ding Dang”, “Tora”, permainan robot “Transformer”. Kami pun tiba la kat sekolah lewat 30 minit. Agaknya cikgu tu dah bengang menjaga rakan-rakan aku yang lain [Yang mana nakalnya berganda-ganda dari aku], cikgu tu dengan selamba suruh aku balik. Dengan harapan kami rasa menyesal dan tunggu je depan pintu kelas. Takdenya... Kami pun balik rumah. Sambung kutip siput lagi. Seronok. Sampai kat rumah Ayem, Makcik Pidah [Mak Ayem] rasa pelik sebab cikgu suruh balik awal. Dia hantar kami balik. Teruk cikgu tu kena “sekolahkan” dengan Makcik Pidah. Gurau dengan budak kecil lagi. Amek ko! Sedang cikgu kena “sekolahkan”, kami berkongsi siput tersebut dengan rakan-rakan lain. “Jangan makan dik... Benda ni tak sedap!”...
~
Sekolah ni dah takde dah. Tapaknya pun dah takde. Dah jadi tapak Institut Memandu Intensif.
~
Sekarang Ayem baru menamatkan pengajiannya dalam bidang Elektrik Komunikasi di University Of York, UK. Baru 3 minggu balik Malaysia. Wa caya sama lu la bro! Aku?! Masih berjuang.

Ayem pada hari konvokesyennya.

Sunday, December 16, 2007

KISAH KAHWIN, RAMBUT, PERSADA DAN RAKAN AKU

1.
Kahwin.
Aku menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat sekolah rendah yang sudah 11 tahun tidak bertanya khabar dan bersua muka. Aira nama dia. Sweet name. Chubby face. Kira-kira sebulan lepas, tiba-tiba dia muncul dalam FS aku dan meninggalkan comment: "Bg alamat ya. Nak kirim kad jemputan." Ringkas tapi aku faham maksudnya. Dia yang bekerja di Nusajaya sebagai ape-pon-aku-tak-tau. Terima kasih kerana ingat lagi pada aku. Tapi kenapa dia bermuka pelik ketika aku datang pada dia untuk ucapkan tahniah? Hairan. Kau kenal aku ke tak ni?!
~
2.
Rambut.
Aku ada kenal seorang wanita ni. Kenalan Pais jugak. Dia online malam tadi dan "on"kan webcamnya. Aku memujuk untuk mendapatkan permisinya. Aku cuma nak tengok wajah dia yang kini berambut pendek. Dia setuju. Betul. Memang rambut dia dah pendek. Aku minta dia belanja minum bila dia sampai JB nanti. Dia menolak dan kata aku jantan materialistik. Aku kata biar la aku jadi kaki kikis sebab selama ini wanita saja yang mendominasi. Aku kata lagi yang dia pemikiran sempit. Dia berkata lagi dan terus sign-out "Kau ada awek tak? kalau kau selalu cakap macam gini, susah la kau". Jahanam! Kau ke yang selama ini sumpah aku? Kau punya pasal la aku takde awek sampai ke hari ini.
~
3.
Persada.
Aku sukar bernafas kerana bau-bauan wangi bercampur masam di mana-mana. Bau Bvlgari amoi tadi wangi. Bau leng chai tadi macam haram. Masam. Suara anak-anak kecil merengek dah bosan aku dengar. Laungkan exhibitor muda yang cuba promosikan produk boothnya itu dah pekak aku dengar. Tangan aku dah jenuh pegang pelbagai jenis kertas iklan pelbagai kedai. Tu tak kira lagi kertas yang terjatuh dari tangan aku [Tersengaja]. Ah, aku dah jumpa. 1gb DDR2 Notebook RAM kingston harga RM63, HP Thumb Drive 4gb RM76 dan headphone murah jenama "Modern Gear" RM8. Aku sempat rembat Tetikus Optikal cap ayam RM10. Tu pun lepas aku puas ngorat awek tu. Hujan lebat pun orang sibuk pergi beli aksesori komputer. Pergi tolong mangsa banjir la weh daripada korang menyemak kat Persada Johor ni. PC Fair next year kan boleh pergi lagi...
~
4.
Rakan aku.
Rakan, aku minta maaf kerana menyiarkan perbualan kita tempoh hari. Tak sangka pula jadi perbualan hangat. Glamour la hang ye. Dah glamour nanti, jangan lupa aku, aku yang beriya nak rampas awek kau. Hehehe... Jangan marah ha....

Saturday, December 15, 2007

MAJLIS UNTUK KARYAWAN. TAPI KAMI TURUT TERHIBUR. KITA KAN MADU.

1.
Anugerah Skrin TV3 2007 tadi sangat menarik. Menarik ke? Boleh la. Layan gak la berbanding tengok cerita "Dakolin Dakossi". Banyak kemenangan yang luar jangkaan dan dalam jangkaan. Asyik muka tu je yang menang. Lepas dia, dia. Lepas dia, dia. Rezeki masing-masing kan?
~
2.
Yang sangat-sangat menarik perhatian aku dan keluarga bila penyampai anugerahnya ialah Awie dan Hans Isaac. Anda tentu tahu kredibiliti Awie dan Hans dalam filem "Baik Punya Cilok" dan filem terbaru Hans "Cuci" yang menampilkan rakan-rakannya yang sangat wacko dan sangat gila. Lawak sempoi yang Awie bagi tadi, tepat mengenai saraf ketawa Hans. Selamba je dia kata "Ala...Kita kan Madu". Kalau Yusry join sekali tadi, confirm Emran nangis, Erra terus keluar majlis. Dorang punya gelak sakan, audience pun join sekali. Yang paham lawak tu je la. Yang tak faham, sibuk tanya orang sebelah. Sempoi la lu bro!
~
3.
Satu lagi bila penyampai anugerahnya ialah Kak Ogy si Remaja Purba dan Fafau yang sasau. Kredibiliti Kak Ogy sebagai mulut laser memang susah nak sangkal dan tiada penggantinya. Makin tua makin menjadi gamaknya. Habis semua orang kena sembur. Dari Michelle melodi hingga la ke Azwan Ali. Cantas habis. Bisa beb. Susah tu nak pi mintak maap kat orang yang dia laserkan bila kat padang masyhar nanti. Jenuh nak mencarinya.
~
4.
Idea penganjur untuk menampilkan adik Maisara sebagai penyampai anugerah juga adalah satu langkah berani. Tahu-tahu je la bila penyampai anugerahnya budak yang belum akil baligh. Kena banyak bersabar la Ally Iskandar mengajar Maisara. Kesian. Sweet Maisara as sweet as Kaisara ;p
~
5.
For Afzan, your Mr.Rockenstein's performance is not bad dengan lagu "Batu dan Golek" [Rock and Roll]. Tak mengada-ngada macam dalam Muzik-muzik separuh akhir. Tahniah. Anda boleh teruskan sokongan anda.
~
6.
Secara keseluruhannya, MC majlis Aidil dan Kak Engku nampak serabut. Tiada chemistry antara mereka. Terabur. Sebagai peminat Aidil [Suara dia macho tu], aku malu nak tengok keserabutan itu. Jadi, tunggu kedatangan filem "Cuci" di pawagam berdekatan anda. Aku cuma nak saksikan, lawak apa pulak yang Hans nak tampilkan. Aku jamin potong rambut la kalau filem ni tak kelakar. Hehehe... Semoga terhibur.

Friday, December 14, 2007

TANAM PINANG RAPAT-RAPAT, SUPAYA SENANG PUYUH BERLARI... sambungkan...

Rakaman perbualan aku dan rakan melalui YM mengenai kehadiran awek dia ke majlis perkahwinan rakan sekolah rendah kami, Aira pada Sabtu 15 Dec 07.
~
mohd fikri: zibi ke?
~
syihan Syihan: x sgt
~
syihan Syihan: tgh bace document penting psl pengurusan kewangan
~
syihan Syihan: huhuhuhu
~
mohd fikri: ckp kat farah kalau nak follow kami, esok tggu kat masjid kolam air
~
mohd fikri: lps zohor trus gerak
~
syihan Syihan: la, apsal x ckp direct tp rasenye die gerak sndiri
~
mohd fikri: kalau aku letak kat FS ntah bila dia nak baca plak
~
mohd fikri: kalau nak grak sendri takde hal la
~
syihan Syihan: hmm nnt aku inform die, nnt die sms kat ko
~
mohd fikri: hehehe
~
mohd fikri: yatta!!!!
~
mohd fikri: berjaya
~
syihan Syihan: pe no hp ko?
~
mohd fikri: kau kan ada, tak simpan no aku ke?
~
syihan Syihan: mls nak cari dlm phone books, aku tgh type sms
~
mohd fikri: gile malas, 0127533234
~
mohd fikri: usaha tangga kejayaan
~
mohd fikri: kalau dia tak follow, hanya kami ber3/4 la. Aku, daus, nik, ashrap.
~
syihan Syihan: ko discuss la dgn iwa. Nak ikutkan die ade kursus ari tu.
~
mohd fikri: pi je la kursus tu, lg penting.
~
syihan Syihan: kursus tu x relavan
~
mohd fikri: kursus ape?
~
syihan Syihan: kursus pe ntah. Last minit.
~
mohd fikri: aku tak paksa tau
~
syihan Syihan: tau x pakse
~
syihan Syihan: die yg nak p
~
mohd fikri: pi kursus ke?
~
syihan Syihan: rumah aira la
~
mohd fikri: owh, ingatkan pi jumpa aku
~
~
~
Selepas itu, rakan aku pun malas nak layan aku yang membuat percubaan mengorat awek dia. Baca dokumen pengurusan kewangan lagi bagus.
~
[As per request] Ain,Tahniah kerana mempunyai peluang yang cerah secerah mentari merah di ufuk timur untuk mengorat Sheikh Muszaphar. Gandakan usaha. Tingkatkan prestasi. Yakin boleh.

Wednesday, December 12, 2007

NOTUS, TIUPKAN ANGIN SELATAN. BIAR SEMUA ORANG TAHU PERASAAN AKU.

1.
Aku takde cerita yang best. Sebab hidup aku memang tak best buat masa ini. Sangat-sangat tak best sehinggakan aku pun kata tak best. Takde aktiviti berperang games macam balgat. Takde awek macam Syihan. Tak boss macam Ain yang boleh borak-borak pasal Botox la, cucuk tang sana, cucuk tang sini. Takde PA macam Afzan. Takde kisah-kisah fantasi bersama-sama sahabat handai ala-ala Enchanted. Flat and blur. Berterusan sampai bila, aku pun tak tahu...
~
2.
12.01am 13.12.2007 ~ Aku YM dengan Balgat, dia tak reply. Baru nak gossip dengan dia. Last-last aku gossip-gossip dengan Syihan dengan Sue je. Jadi la. Teman berbual. Bukan teman tapi mesra ye. Dah lama aku tak borak-borak dengan orang luar. Walaupun takde isu berat, hanya bual-bual kosong yang sememangnya tiada pengisian rohani.
~
Aku teringat pada zaman-zaman aku mula berkenalan dengan bidang chatting melalui ruang MiRC. Macam-macam channel. Kampung la... Mamak la... JB la... Kira menjadi satu kebanggan la kalau tahu guna komputer masa tu. Gempak gila la. Tapi masa tu yang paling terer bab-bab komputer ni cuma balgat sorang je. Lebih gempak dari Ustaz Manap-Motor-Jaguh. Teknologi masa tu lambat sikit sampai pada aku. Emel pun ada masa form 3. Tu pun bukak sekali sekala. 2,3 bulan sekali. Katak bawah tempurung masa tuh...
~
3.
Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
~
Semua tentang kita. Diperkenalkan oleh Balgat lepas dengar dia memekak melalui YM call. Kul 12.30am baru dia reply msg aku. Celaka buat aku tertunggu. Dia perkenalkan aku tentang Marie Digby jugak. Best gak suara minah nih. Kata Balgat, tu la awek dia. Orang Irish + Japan.

PANGGIL MEDUSA. ADA MUSUH YANG IDAMKAN ULARNYA.

1.
Aku bukan Eddie. Aku tak mahu jadi macam Eddie. Aku 1000 tahun cahaya jauh dari Eddie. Si tua yang terperangkap dengan mainan cinta wanita. Si jantan sengal yang tak tahu menghargai kesetiaan wanita. Si bujang terlajak yang masih mudah dipengaruhi oleh rakan dan bapanya. Si Janus yang menagih cinta Miranda dan sanggup lepaskan Layla [Kalau aku pun, aku tak nak kat Layla]. Screwed up! I'm joking man! Siapa la aku nak marahkan manusia yang tak boleh lupakan cinta pertama mereka. Anda dah lupakan cinta pertama anda? First love is hard to forget. Pengalaman pertama untuk 2 insan yang berlainan jantina. Yang aku marah betul, bila dia dah ada Eva Longoria tapi masih sukakan Miranda. Eva Longoria tu... Screwed up! I'm joking man! Kuasa cinta :p
~
2.
Lelaki dan wanita memang menarik. Penghias dunia yang berlainan sifat. Berbeza fizikal dan juga pendapat. Apa pendapat wanita tentang Sukan SEA Korat 2007? Apa pula kata lelaki? Ini realiti. Bukan lagi fantasi si Luncai. Hadapi dengan senyuman ok :p
~
Lelaki:
* "Rugi betul bola semalam. Boleh plak seri. Amenda la." Pakcik Halim, tokey Lempeng Ent.
* "Jauh lagi la nak kejar Thailand. Belas-belas emas jugak la tertinggal." Supian, 10 thn, jiran aku.
* "Yahoo!! Futsal masuk final. Bola tak layak, futsal pun jadi la..." Uncle dekat pam minyak SHELL.
* Nak lagi? Cukup la...
~
Wanita:
* "Dah dapat emas, mesti lupa diri la. Biasa la pompuan zaman sekarang." Makcik kat kedai runcit. Pengulas tetap taman versi wanita.
* "Ish... Lawanya baju budak yang hulurkan hadiah tu. Kat Malaysia ada jual kat mana ek?" Kawan emak aku kat ofis. Diceritakan kembali oleh emak.
* "Huii...seksinya. Anak sapa la ni... Confirm ada Dato' bela ni..." Kawan makcik kat kedai runcit.
* Anda bagaimana?
~
3.
Heartbreak Kid sangat memualkan. Meruntun jiwa merobek hati. Tonton dengan jiwa yang tabah [bagi wanita]. Sediakan tenaga dan bersedia untuk gelak [bagi lelaki]. Reputasi Ben Stiller masih belum reput dan luput. Selamat menonton.

Tuesday, December 11, 2007

VIVALDI, MAINKAN LAGU THE FOUR SEASON. VENUSKU BELUM PUAS MENARI.

1.
Sungguh seronok rakan-rakan yang berada di KL hang out dan habiskan duit bersama-sama. Lagak bagai tiada masalah. Berseronoklah anda sementara ada masanya. Habiskan la sisa-sisa usia muda korang sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan 3,4 tahun dari sekarang.
~
2.
Tahniah kepada Cik Afzan yang berjaya memperdaya ramai orang dengan muka ala-ala student baru habis SPM. Hakikatnya, dia hanya makcik peguam yang masih menanti cinta hatinya pulang dari oversea. Orang lain tak tahu. Tapi kami tahu.
~
3.
Sedang mereka bergembira tak hingat dunia di tengah kota metropolitan, adakah mereka sedar akan kesusahan yang saudara se"JOHOR" mereka alami sekarang? Hampir 8,000 orang mangsa dari seluruh negeri Johor telah dipindahkan ke pusat pemindahan. Jangan lupa untuk menderma ya.

I WAS TAGGED. I LIKE TO BE TAGGED. NOW, I TAGGING OTHERS.

I was tagged by Soraya... Why me?

1) Name one person who made you laugh last night.
~ Dr Gregory House M.D
~
2) What were you doing at 0800?
~ Kemas bilik tidur.
~
3) What were you doing 30 minutes ago?
~ Beli sarapan untuk singa kelaparan kat umah.
~
4) What happened to you in 2006?
~ Study hard for my new degree study journey in UUM
~
5) What was the last thing you said out loud?
~ Roti Canai 7!
~
6) How many beverages did you have today?
~ Cold water for breakfast
~
7) What color is your hairbrush?
~ Bright brown
~
8) What was the last thing you paid for?
~ Roti Canai 7!
~
9) Where were you last night?
~ Rumah
~
10) What color is your front door?
~ Pearl white
~
11) Where do you keep your change?
~ In my big blue pocket
~
12)What's the weather like today?
~ Gloomy near to rain
~
13)What's the best ice-cream flavor?
~ Strawberry Chocolate with Cruchy Hazelnut
~
14)What excites you?
~ Blog?
~
15)Do you want to cut your hair?
~ Of course. Tapi duit tarak.
~
16)Are you over the age of 25?
~ Not yet. Lagi 1 tahun.
~
17)Do you talk a lot?
~ Yes
~
18)Do you watch the O.C?
~ Tak. Best ke?
~
19)Do you know anyone named Steven?
~ Yes. Cat Steven.
~
20)Do you make up your own words?
~ Nope.
~
21)Are you a jealous person?
~ Yes.
~
22)Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
~ Aminudin Salleh
~
23)Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
~ Kamal Hassan
~
24)Who's the first person on you received call list?
~ Ayah saya
~
25)What does the last text message you received say?
~ "Iyolah..." by Boboy
~
26)Do you chew on your straw?
~ No
~
27)Do you have curly hair?
~ No. Dulu, Yes.
~
28)Where's the next place you're going to?
~ CIMB Taman Daya JB
~
29)Who's the rudest person in your life?
~ My brother
~
30)What was the last thing you ate?
~ Err... 3 roti canai
~
31)Will you get married in the future?
~ Not Sure. Depend to my future mood.
~
32)What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
~ Music & Lyrics
~
33)Is there anyone you like right now?
~ No.
~
34)When was the last time you did the dishes?
~ Yesterday for my breakfast.
~
35)Are you currently depressed?
~ Yes
~
36)Did you cry today?
~ Not yet.
~
37)Why did you answer and post this?
~ I'm interested.
~
38)Tag 5 people who would do this survey.
~ Syihan
~ Balgat
~ Ain
~ Afzan
~ Ilya

Sunday, December 09, 2007

KISAH SAWI, UDANG DAN SARAPAN PAGI AKU

Pagi tadi aku ke kedai runcit berhampiran untuk membeli udang dan sawi sebab emak aku nak masak bee hoon goreng putih. Dengan sepenuh rasa malasnya aku melangkah bangun dari katil aku.
~
"Emak, hari minggu camni, mana boleh bangun pagi-pagi. Orang penat la."
~
Macam la kau kerja.
~
Tibanya aku di kedai, aku disambut dengan gelak hilai makcik-makcik kepoh kawasan kejiranan yang telah sedia tahu sebagai Kepochi Taman.
~
"Ton, kau dah dengar cerita baru blum?" Kata Si Kepoh 1.
~
"Cerita ape pulak tu Nab? Aku duduk kedai je ni ha. Tak sempat nak dengar gossip lagi." Kata Si Kepoh 2, pemilik kedai.
~
"Anaknya Si **** tu. Dah kahwin minggu lepas." Kata Si Kepoh 1.
~
"Eh, ye ke? Aku tak tahu pun. Kad pun tak dapat. Anak dia yang mana satu ni?" Tanya Si Kepoh 2 lagi.
~
"Ala, yang baya anak bujang kau tu la... Dia buat kecik-kecik je" Jawap Si Kepoh 1 selamba.
~
"Yang itu? Budak kecik lagi tu. Baru 20 tahun kan. Gatal benor nak kahwin ke? Ke...." Kata Si Kepoh 2 tak menghabiskan kata-katanya.
~
"Entah la Ton. Kata orang, bapaknya kawenkan sebab dah asyik bekepit je. Dari orang bawak mulut, baik dikawenkan je.." Kata Si Kepoh 1 diselangi dengan ketawa jahatnya.
~
Ah... Makcik. kau dah tengok ke perangai anak kau sebelum kau kata anak orang lain? Lebih kurang sama kot sebab anak korang tu teman sepermainan. Perangai pun tak berubah jauh.
~
Tak kuasa aku nak dengar sampai abes. Perut lapar, mata gua berat. Lepas pekena Bee Hoon Goreng Putih Extra Special dengan Keropok Ikan Tambun Terengganu Super Special, aku terus lena dibuai mimpi venus aku. Indahnya bila duduk di rumah kan?

Ini bukan udang yang aku beli!!!

Saturday, December 08, 2007

CIPTAKAN AKU RUANG DONGENGAN AGAR AKU DAPAT TERUS BERMIMPI

1.
Hari ini hari penuh debaran. Hari pembukaan pekung di dada. Bukan pekung aku, orang lain punya. Hari pemecahan rahsia terpendam. Rahsia yang aku seorang je yang tak tahu lagi. Jahanam... Kenapa asyik aku je yang lewat terima informasi penting. Kini aku dah tahu. Aku naik pening. Dulu masa aku belum tahu, aku juga pening.
~
2.
Dia memang hebat. Aku belum pasti ilmu hitam apa yang digunakannya. Mungkin bantuan Dukun Degawan. Siapa tahu. Macam-macam boleh jadi. Mungkin kebolehan mengayat wanita yang diperolehi ini secara semulajadi atau warisan keturunan. Siapa aku untuk mengetahui semua benda. Aku tak kecewa. Erm... Mungkin ada sedikit. Aku tak iri hari. Tapi entah mengapa hati aku belum berhenti sumpah seranah sejak petang tadi. Terlalu mengejut. Tampak lebih hebat dari kezutan Akademi Fantasia. "Takut kau tak percaya je nanti". Tak pasti samada ayat ini bertujuan untuk berlagak atau bicara secara jujurnya.
~
3.
Aku sedang berusaha untuk memujuk hati aku supaya banyakkan istighfar. Belajar terima kejutan mendadak. Rezeki masing-masing. Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Hang Tuah di Taming Sarinya. Tuah dia... Malas aku nak sambung... Nyampah! Selepas 1 bulan dia memosting post itu, aku baru tersedar... S***! Dia seseorang yang aku kenal. Seseorang yang pernah minat aku... Err... Pernah aku minat. Kau melangkah dulu sebelum aku. Langkah kau panjang sahabat. Baru 3 bulan dah ada pengganti. Kau hebat. Hidup anda gelap tanpa wanita. Ya! Aku cemburu. Best Man Win ok? :p
~
Anyway, congrate sekali lagi sahabat...
Jangan tanya aku siapa.
Jangan tanya aku kenapa.
Tanyakan dia, bagaimana?