Tuesday, June 30, 2009

DAN KAMI MEMERIAHKAN HUJUNG MINGGU KAMI DENGAN..............





.....majlis perkahwinan berbudayakan masyarakat Johor, di mana ini amat baru buat Muaz yang selama ini hanya menghadiri majlis perkahwinan berbudayakan masyarakat Kedah.

Satu pengalaman baru buat Muaz dan satu pengalaman berulang buat diri aku sendiri.

Selama aku merantau ke belantara Sintok untuk jangkamasa 3 tahun setengah, banyak majlis perkahwinan sepupu sepapat yang aku terpaksa lepaskan. Terpaksa memilih samada ponteng kelas dan menghabiskan duit tiket (yang mahal nak mampos) untuk pulang ke Johor (dan menghadiri majlis perkahwinan sepupu sepapat), atau menghadapi kemungkinan dihalang ke peperiksaan akhir akibat ketidak-cukupan peratusan kehadiran ke kelas.

Ini adalah yang pertama dalam jangkamasa 3 tahun ini. Mana mungkin aku lepaskan peluang untuk membantu bersama-sama rewang pada majlis ini. Lalu aku bawa Muaz bersama.

Oleh kerana ramai sanak saudara yang hadir, maka sedikit sebanyak kami menggunakan beberapa perkataan jawa yang sempat juga aku ajarkan kepada Muaz seperti Centong (Senduk), Mentong (Makan 2nd time), Rewang (Bantu di pada majlis) dan 2,3 perkataan lain.

Satu pengalaman baru juga bagi Muaz bila penanggah (pembantu majlis) akan diberikan rozet yang diselitkan duit kertas RM5. Ini adalah kebiasaan bagi masyarakat Johor sebagai penanda bahawa dia adalah pembantu majlis selain RM5 itu sebagai sedekah. Muaz tak biasa, dapat je rozet tu terus dia simpan dalam poket. Takut hilang, katanya.

Selain itu, Muaz juga baru mendapati bahawa masyarakat Johor akan beri nasi berkat kepada para tetamu terpilih. Berlainan sama sekali dengan masyarakat di tempatnya.

Hari minggu kami amat penat sekali. Woh!

Friday, June 26, 2009

ROAD TO JOHOR BAHRU (PROLOG)




Perjalanan kami bermula seminggu yang lalu. Dengan hati yang patah tetapi apa kan daya, itu perintah Big Boss. Kena akur untuk dapat keputusan cemerlang dalam subjek Latihan Industri. Belum sampai sebulan kami mula berpraktikal, kami dah kena outstation 2 bulan. Gila tak gila la.

Tapi dalam keadaan kami yang sedih, ada lagi yang lebih sedih. Kena duduk Villa Mewah Cahaya Ampang sorang-sorang.

Siapa?

Biar la aku, dia dan dia yang tahu.

DINNER SEMALAM.....

....sangat sedap sekali.

Lebih-lebih lagi bila Big Boss yang bayar. Tidak, bukan di cawangan induk tapi di cawangan JB.

Ya, kami makan makanan laut. Ops, perut saya yang besar dan luas ini pun tak tertampung makanan yang banyak dan lazat semalam.

Selain saya dan Muaz, turut diundang ialah 2 pelajar Vietnam, Daniel dan Nhong. Oh, bos-bos kecil cawangan JB turut sama sertai kami. Wah, mereka semua bangsa Cina rupanya.

Mesti awak fikir kami makan di restoren bukan melayu. Oh! Salah sama sekali. Kami makan di Restoren Sayam, Stulang. Makanan ala Thai. Antara semua tetamu, hanya kami berdua sahaja orang Islam dan kami cuma makan makanan halal. In respect of that, Big Boss bawa makan di sini.

Terbayang-bayang juga saya jika Big Boss bawa makan di Restoren Cina. Apa yang saya perlu order ye? Oh!

Ya, semalam kami makan "Butter Prawn", Sotong Goreng Tepung, Kangkung Goreng Belacan, Siakap Stim Ala Thai (Stim je bau ikan enak ini) dan minuman berupa ais kisar (ice blended).

Eh, Kutak, nak tanya sikit. Di Villa Mewah Cahaya Ampang sekarang, awak tonton Keliwon dengan siapa ek? Hati-hati tau. Awak duduk sorang-sorang tahu. Kalau mengigau, tiada siapa yang boleh tengok-tengok, kan.

Thursday, June 25, 2009

PEJABAT TINGGI PUN LETIH JUGA

Di pejabat baru sekarang, segalanya mudah. Segalanya istimewa. Betul. Aku tak kencheng kamu. Ini serius. Jauh sekali keadaannya dengan pejabat induk di Kuala Lumpur itu.

Dah tak perlu panjat tangga 3 tingkat untuk masuk pejabat. Pejabat sini rendah ja, tingkat satu. Dah la tingkat satu, naik lif pula tu. Memang lemak la aku sepanjang 2 bulan di sini.

Lagi satu, pejabat aku ini di dalam bangunan hotel, kiranya pejabat aku ini tinggi la juga. Kira-kira 24 tingkat. Bukan macam di pejabat induk tu, ada 4 tingkat ja. Kena panjat tangga pula tu. Tak senonoh sungguh.

Ha, lagi satu. Surau kami agak istimewa dari pejabat induk. Kalau di pejabat induk, ruang solat cuma boleh muat untuk seorang. Langsung tak boleh nak jemaah. Langsung tak dapat pahala yang afdal itu. Tapi di pejabat ini, surau kami nun jauh di tingkat 24. Kami naik lif, bukan panjat tangga. Langsung tak penat. Ruang solat yang agak luas, boleh la kalau nak jemaah 4,5 orang sambil ber-imamkan Muaz.

Semua buat aku gembira.

Tapi aku sangat naik angin bila ada orang main suis lif. Masa yang perlu diambil dari tingkat 1 ke tingkat 24 yang mengambil masa kurang dari 3 minit, akan mengambil masa yang lebih panjang jika di lif berhenti di setiap tingkat.

Tingkat 1 ke tingkat 24. Kau kira la sendiri berapa lama aku perlu tunggu dalam lif jika lif singgah di setiap tingkat. Kiranya, kalau aku keluar pejabat jam 3.45pm untuk solat Zohor, aku akan sampai tingkat 24 selepas azan Asar.

So, pathetic. Nyampah.

TAG OLEH AIN

1. Adakah anda rasa anda hot?
Cuma baru-baru ini saja baru saya rasa ke-HOT-annya.

2. Upload gambar kegemaran anda.


















3. Kenapa anda suka gambar ini?

Sebab saya nampak lebih executive dari biasa. Tatarias dinding itu pun menarik. Tapi yang paling menarik itu sudah tentu, saya-lah. Hahaha.

4. Bila kali terakhir makan?
Sarapan pagi tadi. Beehoon goreng emak masak.

5. Lagu terakhir anda dengar?
Bencinta - Akim AF7. Pagi tadi, versi MP3.

7. Selain nama anda, apa nama lain yang anda suka orang panggil anda?
Si Cute. Hensem.

8. Tag 5 orang.

1. Katy Perry
2. Yuna
3. Lisa Surihani.
4. Afifah Johari
5. Miley Cyrus

9. Siapa nombor 1?

Penyanyi luar negara yang jauh di mata tapi dekat di hati.

10. Siapa pula nombor 2?

Penyanyi bertudung yang baru popular di persana seni arus perdana.

11. Orang nombor 3 ada hubungan dengan siapa?

Baru-baru ini, dia dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Farid Kamil. tapi dia menafikan. Aku pun menafikan gak. Tak kan la Farid Kamil je, aku kan ada.

12. Bagaimana pula dengan nombor 4?

Afifah Johari. Dia awek adik aku. Aku suka baca blog dia sebab dia selalu cerita pasal adik aku. Dark side of my brother. Can you see it? Ini sebagai ugutan kepada adik aku. "Kalau tak nak ayah tahu aktiviti buruk kau, bayar la aku sehari RM10". Amacam?

13. Katakan sesuatu tentang nombor 5.

Dia ialah Hannah Montana. Tapi saya tak suka Hannah Montana, saya lebih suka Miley yang gedik itu.

Sunday, June 21, 2009

CINTA MONYET

Aku bukan nak memperkatakan tentang aku punya cinta monyet. Aku tak kan menceritakan tentangnya sebab aku tak pernah ada cinta monyet. Aku nak cerita pasal cinta monyet adik aku. Cinta monyet masakini. Yang menjadi trend dan ikutan anak-anak muda yang beriya-iya nak masuk institut pengajian kerana nak cari awek edukated. Tak boleh blah!

Ya, adik aku sebenarnya jauh lebih untung dalam bidang percintaan. Kalau bidang akademik, aku dah tinggalkan dia dekat 5,6 tiang juga. Sekarang, ambil kalkutor sekarang dan tolong kira untuk aku.

Dia sudah ada nak ber-awek sejak berumur 6 tahun. Waktu tu hingus meleleh pun tak reti lap sendiri. Dan kejayaan yang berjaya dilakarnya ialah bertukar awek setiap tahun. Ya, SETIAP TAHUN, perempuan yang berlainan akan bertukar status "awek adik aku". Itu belum kira yang kekasih gelap lagi. Sekarang dia berumur 19 tahun. Soalan, kirakan jumlah perempuan yang pernah menjadi aweknya (tak termasuk kekasih gelap).

Tiada hadiah untuk soalan ini. Tetapi dengan jawapan ini, secara tidak langsung menghuraikan misteri "mengapa selama ini aku tidak pernah punya awek."

Aku saspek, 'luck' aku tertinggal dalam perut emak aku. So, bila turn adik aku nak keluar, baru 'luck' tu melekat pada dia.

Sheesh....mengarut.

p/s : Awek terbaru dia ini, baru declare awal bulan ni, lepas habis final exam politeknik dia. Itu pun selepas 2 minggu clash dengan awek lama. Dasar buaya brengsek. Huh...

Thursday, June 18, 2009

BAWA PAK LONG JALAN KLCC NAIK STAR DAN PUTRA.


Pak Long yang tengah dok cangkung tu mai dari Penang. Dia dok umah kak dia kat Bandar Tun Razak masa dia dok ngajaq kat sekolah dekat-dekat situ. Oh ya, Pak Long ni cikgu praktikal. Tapi kesian, sepanjang dia dok KL ni, takdak sapa yang nak bawak dia jalan-jalan KL. Dia parpu sorang-sorang dia dalam umah kak dia tu. Oleh kerana kesian, kami pun mai umah kak dia nak bawa Pak Long jalan-jalan tengok KLCC naik STAR dan PUTRA. Kami kan orang KL.

Masa naik STAR dari Bandar Tun Razak tu, Pak Long dok pegang lengan kami ja. "Gayat naik ketapi laju-laju." kata dia tersengih-sengih. Sepanjang perjalanan, mata Pak Long dok usha2 awek seksi dalam STAR la, dok tengok bangunan tinggi-tinggi la. Kesian dia. Dulu kat kampung, benda yang paling tinggi dia pernah nampak cuma hantu galah ja. "La ni, ghumah pon lagi tinggi dari hantu galah naa..." Kata dia lagi.

Kami makan tengahari dekat McDonald depan stesen STAR Masjid Jamek. Alang-alang dah sampai bandaq, ajak Pak Long makan tengahari cara bandaq pulak. Kami pun beratuq la sorang-sorang dekat kaunter. Tiba turn Pak Long..

"Na'aram, kedai makan besaq lagu ni dok ada jual roti dengan dagin ja ka? Nasi kandaq takdak ka?"

Kalut semacam kami tengok Pak Long. Yang kami malu sikit, bila dok pung pang pung pang sembang dengan Pak Long, dia sembang deraih nak mampos. Na'aram, buat McDonald tu macam warong kampung dia tu. Orang dalam tu usha serong ja dengan kami.

Bila tiba KLCC, Pak Long diam ja. Cuma tangan ja bergerak ambil gambar guna telefon henset. Self potrait. Nak MMS bagi pada marka, katanya. Lantak kau la Pak Long, jangan kau dok panjat KLCC tu dah la. Tak pasai-pasai kena ligan dengan makcik jaga tu.

Sebelum balik, kami singgah SOGO dulu. Saja nak bagi Pak Long tengok pasaraya jual baju. Na'aram, kami suruh dia tengok-tengok. Mana tau dia ada banyak duit. Borong sakan beli boxer lukisan pokemon dengan kemeja jalur-jalur. Dari tadi dok pau kami duit tambang LRT, la ni kami tak shopping, dia plak shopping sakan.

Senyap-senyap kami biarkan dia sorang-sorang dia bershopping. Naik LRT terus balik rumah.

Pak Long? Lantak dia la.

Text by : Fikrikacak
Edit by : Kutax

Monday, June 15, 2009

BER'HANG-OUT' BERSAMA MUFFLER DAN JIBAM

Malam sabtu kami perlu ada pengisian sebelum aku dan Muaz berpindah ke cawangan Johor Bahru. Kami rasa seperti tidak di'KL'kan lagi selagi belum lepak dengan manusia paling sibuk di Gombak, Muffler. Akhirnya, selepas beberapa panggilan dan pesanan ringkasan dibalas serba ringkas, kata sepakat akhirnya tercapai.

Kami menunggu kedatangan Muffler di bawah Villa Mewah Cahaya Ampang sahaja. Muffler tak perlu tahu tempat tinggal kami. Risau juga dia datang kediaman kami secara kerap kerana ini akan mendatangkan ketidakselesaan kepada jiran-jiran kami lantaran gelak tawa Muffler yang agak kasar dan hodoh.

Jadinya, kami ber'hang-out' ke downtown Cheras saja-lah.

Kami mempunyai rancangan sendiri. Selain makan, kami teringin hendak merasa duit orang sibuk ni. Lantaran itu, kami memesan shisha perisa daging.. errr....perisa anggur se-paipon. Asap paipon shisha duit sendiri dan orang belanja, jauh benar beza rasanya.

Selain mengimbau kenangan-kenangan sepanjang 3 tahun tempoh pengajian, terselit juga kutuk-kutukan semasa. Berita-berita yang tak tergapai oleh Muffler sepanjang semester lepas, dikongsi bersama. Juga berkongsi pengalaman menjadi pelajar praktikal sebelum kami.

Kutak menyusul kemudian ditemani kekasih hati, Apap. Walaupun agak ketakutan untuk merasa shisha, namun Kutak gagahi juga hatinya. Takut dengan jelingan Apap yang memicing dan juga takut pengalaman lama, termuntah, terjadi kembali. Namun, segalanya berjalan dengan baik. Encik Jibam menyusul kemudiannya.

Sebagai kawan yang lebih 8 tahun tidak berjumpa, kami berborak bagaikan brader-brader. Cerita hal-hal kerja dan kehidupan. Pasal perkembangan kawan-kawan juga terselit. Langsung tak sentuh perihal awek-awek kerana kami sedang memfokus tentang kerjaya terlebih dahulu.

Setelah brader shisha minta Muffler bayar duit shisha dan selepas brader kedai makan paksa kami bayar makan, sebab dah lama kot kami lepak situ. Then agenda Muffler untuk meng'KL'kan kami bertiga pun bermula.

Bermula dengan Lorong Haji Taib. Gerai menjual alatan permainan seks bersepah-sepah orang jual. Bapok yang agak cute dan bagak juga bersepah. Tapi muka masing-masing macam haram bila solek tebal-tebal. Kalau natural beauty, aku rasa lebih elok kot :)

"C***p dalam tin pun orang jual jugak ek?" Kata Kutak tercengang tapi pura-pura cool.

Setibanya di hujung lorong.

"Wah, bapok pakai sari pon ada ka?" Tanya Muaz malu-malu sambil mata memicing ke arah bapok yang bersari sambil ber-pose atas motor kapcai.

Kami melungsuri jalan di tengah ibukota. Melihat gelagat manusia mabuk arak dan mabuk perempuan sibuk mencari teksi untuk pulang. Jam mencecah jam 3.38 pagi. Tapi jalan masih lagi penuh dengan umat manusia yang baru keluar dari pub-pub terkenal dan kurang terkenal. Berduyun-duyun. Orang balik surau pun tak ramai macam ni. Disebalik keghairahan mereka berhibur, ia juga menjadi sumber rezeki kepada pemandu-pemandu teksi.

Oh, kami rasa sungguh KL sekali malam itu!

Wednesday, June 10, 2009

PERASAAN INI

Seminggu pulang dari Johor tempoh hari, hati aku jadi tidak tenang. Tidur jadi tidak lena tapi aku hairan, makan tetap berselera.

Sejak umur 13 tahun iaitu 13 tahun yang lalu, perasaan ini langsung tidak pernah menyinggah dalam diri aku. Aku meniti hari-hari lalu dengan perasaan gembira bersahaja. Tak pernah fikir akan kewujudan perasaan ini. Cuma selalu ejek dan kutuk kawan-kawan dan junior-junior yang mempunyai perasaan ini. Sekolah menengah 6 tahun, peringkat diploma 3 tahun, peringkat ijazah 4 tahun. Ini semua berjaya aku harungi.

Ah, dah 2 malam perasaan ini menghantui mimpi malam aku. Tidur termimpi. Mandi terasa. Makan terbayang. Damn, patutnya aku dah cukup dewasa untuk menepisnya. Pengalaman 13 tahun itu sepatutnya menjadi guru paling hebat. Minda aku juga seharusnya hebat seperti guru.

Ah, perasaan ini datang lagi. Syuh... syuh....

Homesick :p

Tuesday, June 09, 2009

PELUH WAKTU PAGI

Pagi tadi, aku bangun awal. Awal sampai sempat mandi, gosok gigi, beristinjak dan solat subuh. Sambil melengah-lengahkan waktu pagi nan hening, sambil menghirup air kosong sejuk dan sepam dua winston ringan, aku menonton Malaysia Hari Ini. Itu pun sebab aku budget-budget Wardina jadi pengacara untuk hari ini. Dia sungguh berverstail di mata aku.

Sebelum rancangan bermula, sesi buletin pagi mengambil bahagian dulu.

Ada satu berita yang benar-benar meragut mood sedap aku pagi-pagi. Putus selera mahu teruskan hisap asap. Nak pakai stokin pun teringat-ingat berita pagi tadi. Apatah sedang mencilok Kriss aku di celah-celah kesesakan MRR2.

Sampai ofis, aku termenung sayu pada laptop aku. Aku tak pasti apa fungsi utama dia bila tiba waktu 'itu'. Sejak dari zaman belajar sampai la sebelum praktikal, tugas mendownload movie telah digalas dengan baik.

Aku harap Akta Muat Turun Internet belum lagi dilaksana dalam masa terdekat. Sebab aku terpaksa pikir masak-masak untuk beralih kepada hobi baru.

Monday, June 08, 2009

ISNIN NAN BIRU

Ah, hari Isnin adalah hari yang paling tak best dalam seminggu.

Baru la aku terasa.

Friday, June 05, 2009

PENGALAMAN BARU DUDUK KEY-ELL

Villa Mewah Cahaya Ampang memang mewah macam namanya. Ini adalah kediaman aku yang pertama di metropolitan ini. Aku rasa macam berada di Manhattan pula bila tinggal di Villa Mewah Cahaya Ampang ini.

Selalu kedengaran bunyi tren LRT. Kadang-kadang nak bangun kencing tengah malam pun boleh dengar lagi bunyi tren tu. Bunyi hon kenderaan pun bingit-bingit. Asap kenderaan jangan cerita la, sama banyak macam sedut oksigen. Pemuda-pemudi bergaya bersepah-sepah. Tapi aku tahu, poket kosong asalkan bergaya je semua tu.

Budak-budak rumah aku tu, nasib baik la semuanya bertamadun. Masing-masing paham bahasa manusia. Rumah tak la bersepah.

1MALAYSIA. 1 ASEAN.

Wednesday, June 03, 2009

LAMBATNYA MASA BERJALAN PADA MINGGU INI

Aduyai....

Bila nak hari Jumaat ni? Penat. Tapi belum la sampai tahap tidur bawah meja atau tak balik rumah 2,3 hari. Cuma, aku rindu nak tengok rancangan-rancangan di Astro.

Damn, rumah aku sekarang guna aerial RM8 yang beli di Carrefour Wangsa Maju tempoh hari. Apa program aku nak tengok dengan aerial murah ni?

Tuesday, June 02, 2009

MULAKAN ITU LATIHAN

Bermula semalam dengan hati yang tenang dan penuh bermotivasi dari boss.

Berakhir pada hari semalam dengan dengan air liur basi penuh kepenatan.