Tuesday, June 29, 2010

KALAU AKU ADA ANAK DALAM MASA 10 KE 20 TAHUN AKAN DATANG

Kalau aku ditakdirkan ada anak bila dah besar nanti, aku nak bawa anak-anak aku melancong. Paling kurang pun, pelancongan domestik. Naik kereta. Waktu itu mungkin aku dah pakai kereta Persona Elegant paling kurang. Ingat, paling kurang. Mungkin juga aku pandu kereta yang lebih mewah. Nissan Fairlady Z misalnya.

Mula-mula nak bawa mereka jalan ke pantai timur. Kena bawa waktu siang. Biar mereka nampak laut. Biar mereka hargai alam semulajadi. Kan cantik tengok laut waktu siang. Kalau tengok laut waktu malam, kebarangkalian nak nampak "belangkas" memang tinggi. Tak sesuai pengaruh itu untuk anak-anak aku.

Kemudiannya, bawa mereka ke pantai barat. Tengok matahari terbenam. Mungkin sambil makan makanan laut yang mewah seperti ikan siakap 3 ekor masak masam manis, bakar dan stim. Sambil layan matahari terbenam. Tapi bukan ke waktu peralihan waktu itu masa yang syaitan suka? Eh, tak jadi la. Aku bawa anak-anak aku solat Maghrib berjemaah di Masjid Kampus Utara kemudian makan nasi kandar Subaidah Kampus Utara. Tak pun makan roti canai kuah parpu.

Untuk melengkapkan perjalanan pelancongan domestik, aku bawa anak-anak aku ke Kolumpo, ibukota Malaysia. Pergi tengok tugu negara, KLCC, naik LRT. Kemudian waktu tengah malamnya pula, aku bawa anak-anak aku lalu Jalan Hang Tuah atau Jalan Pudu. Waktu itu jalan dah luas. Tak macam sekarang.

Kemudian aku akan berhenti di bahu jalan. Aku suruh mereka pandang sekeliling. Kalau nampak hantu gantung diri, bagitahu aku. Kalau ada dengar orang jerit-jerit tak tentu pasal, bagitau aku. Biar mereka seram. Biar mereka tertanya-tanya, "What in hell dekat tengah bandar ada suara hantu?"

Ha ha ha ha.

"Urban legend ni anak-anak," Kata aku, "Kat sini dulu tapak penjara pudu. Tempat orang kena penjara. Banyak orang mati."

Kalau mereka tak percaya, aku akan suruh mereka tonton dokumentari pasal penjara pudu.

Eh, ada ke dokumentari pasal penjara pudu?

Harap ada pihak bertanggungjawap dan buat dokumentari ini. Apa aku nak cerita kat anak-anak aku nanti? Karang mereka kata aku kaki putarbelit pulak! Takkan aku nak cerita pasal Terminal Bas Pudu pulak. Kongruen tu...

Monday, June 28, 2010

ORANG KITA ORANG BERADAT

Pergh!!

Balik dari menunaikan hasrat bertunang sepupu aku di Kuala Muda, Kedah Jumaat hari itu, aku dah mula rasa tertekan. Mau tak nya, sepupu aku ini seorang lelaki yang lebih muda dari aku. Kerja tetap pun belum ada lagi. Tapi dah nak bertunang. Yang paling bestnya, sepupu aku yang berstatus "buaya" ini terlalu awal menamatkan zaman "buaya"nya. Dari jadi buaya laut sampai jadi buaya darat, tak ada chikaro yang dia nak ngayat yang tak dapat.

Tapi aku pelik. Awalnya nak pencen dari status "buaya". Awal lagi kot. Tapi kalau dah lama-lama sangat, berkarat macam aku pulak.

Ini acara bertunang pertama yang aku libatkan diri secara langsung. Dari penat pandu ke utara, hias ala-kadar barang hantaran, angkat dulang hantaran hingga makan mee udang di rumah tunang sepupu aku. Semua aku terlibat.

Dan aku baru tersedar sesuatu. Aku tak tahu rupanya adat-adat orang nak merisik la, bertunang la, hantar tanda la. Ish, naifnya hamba-Mu ini Ya Allah!

Oleh kerana sepupu aku ini orang Johor dan bakal mertua di Kedah, maka acara merisik dan tawar-menawar hantaran dilakukan secara atas talian oleh pakcik aku. Mungkin melanggar adat kalau sepupu aku sendiri yang buat urusan tawar-menawar dengan bakal mertuanya. Bukan YM, bukan Twitter, bukan Facebook. Hanya guna telefon sahaja. Selesai kata sepakat tercapai, makanya tarikh menghantar hantaran tunang, tanda dan cincin ditetapkan.

Dalam fasa ini, aku tidak terlibat sebab ini urusan orang tua-tua. Aku ni muda lagi.

Oleh kerana sepupu aku ini belum kerja, maka hantaran tunangnya hanya level runcit-runcit sahaja. Kira jenis asalkan ada saja. Tepak sirih, sebentuk cincin, kek lapis, tudung Ariani, sepasang kain baju kurung Jakel, sebakul buah-buahan, kasut jenama Summit dan beg tangan jenama Carlo Rino.

Oh, aku dah melalut!

Yang buat lain cara bertunang orang Johor dengan negeri-negeri lain ialah ada bagi "tanda" kepada bakal mertua. Selain menetapkan tempoh bertunang, pihak lelaki akan beri wang simbolik menurut kiraan 1% dari wang hantaran yang dipersetujui dalam bentuk tunai.

Contoh :
Kalau hantaran RM 10,000, pihak wanita akan dapat RM100.

Ini bukan wang deposit. Jangan salah faham. Wang ini sebagai simbolik persetujuan wang hantaran antara pihak lelaki dan pihak wanita. Kira macam MoU la. Sungguh aku tak tahu adat ini. Patutla aku tak kahwin-kahwin lagi. Huhuhu.

Ok, ambil perhatian bagi sesiapa yang bertunang dengan orang Johor ye. Din Viva misalnya.

Ok, kalau adat orang Kedah pula, wang hantaran rasanya terbahagi kepada dua. Pertama, wang belanja kenduri dan keduanya hantaran, boleh pilih nak bagi barang atau tunai. Aku tak faham sangat. Tapi apa yang aku tengok, macam itu la.

Sekarang, yang aku tak faham ada beberapa istilah.

1) Serba berdiri / serba duduk.
2) Belanja hangus.

Sebagai persediaan. Mana-lah tahu. Jumpa yang berkenan tapi adat nak bertunang tak tahu. Tak ke haru.....


Tuesday, June 22, 2010

BUNYI APA TU?


Setiap pagi, aku, ayah dan adik akan mengadap televisyen dan menonton highlight-highlight perlawanan bola sepak yang kami anggap kurang menyengat dan di'ignore'kan. Dari perlawanan pukul 7, pukul 10 dan pukul 2. Mana yang rasa macam tak best, kami tak layan.

Lantaran itu, jadual keputusan perlawanan juga akan dikemaskini setiap pagi. Dan setiap pagi juga emak dan kakak terpaksa menghadap televisyen bersiarankan tema bola sepak. Sejak World Cup bermula, drama "Bicara Cinta" di Astro Prima ulangan tiap-tiap pagi memang dah tak layan.

Sedang kami dok ralit layan highlight ada satu pagi tu, emak pun sama dok ralit layan sambil tunggu kakak siap goreng terung masak taucu.

"Diam, diam. Bunyi apa yang macam langau tu?" Tiba-tiba emak tanya. Telinga dan hidung emak memang power. Bau bangkai cicak pun emak boleh tau.

.......................
.......................

*Soalan emak memecah kebuntuan pagi itu*

"Ala... Biasa la, bunyi-bunyi orang jerit la, orang tiup wisel la." Aku jawap penuh konfiden.

"Ooooo...."



Selang 2,3 hari kemudian, baru aku tahu bunyi bising itu datang dari Vuvuzela. Entah telinga tahap pekak apa entah sampai tak boleh beza bunyi langau dengan orang jerit-jerit.

Nasib baik emak ada telinga dan hidung power, makanya dapatlah saya ilmu baru tentang alat muzik :p

Friday, June 18, 2010

SEMUA DAH LEPAS MINGGU LEPAS. ALHAMDULILLAH.


Pengantin berpakaian seragam. Pengapit pun sama. Ini bukan perbarisan badan beruniform ok?



Dah kahwin baru boleh pegang-pegang puas-puas ye Poji. Balas habis!



Bunga pahar dah lawa. Khemah makan dah lawa. Pengantin pun dah lawa. Tang pengapit, hensem lagi pengapit Balgat weh! :p


Minggu lepas merupakan hujung minggu yang paling mengujakan. Kawan itu kahwin. Kawan ini kahwin. Tapi yang buat aku teruja, ketiga-tiga kawan ini merupakan kawan yang pernah aku ajak keluar minum-minum, borak-borak, lepak-lepak sewaktu muda kami. Ye, waktu kami muda dulu. Sekarang? Muda lagi. Cuma kurang.

Pengantin Pertama.
Kami mula bertemu kembali sewaktu dia kembali ke JB untuk kursus isi-masa-lapang di sini selama 6 bulan sebelum menyambung pelajaran ke UKM. Dari mula dia membesar selepas praktikal (yang menyebabkan dia mem"bulat" sekali ganda) sehingga kerja dan tinggal keseorangan di Kota Kemuning. Dari dia mempunyai laptop canggih sehingga beralih ke desktop secondhand. Dari pekerja kontrak sehingga telah jadi pekerja tetap.

Tak membalas walau dipanggil "gemok". Banyak menyimpan rahsia berbanding rakan lain. Dalam diam. Ye, diam. Dulu, senior panggil dia "Si Bisu" sebab dia pendiam.

Dan majlis dia ini, aku diminta jadi pengapit. Nervous bukan main. Al-maklum la, first time. Benda-benda yang pertama kali terjadi ini biasanya akan jadi nervous. Itu tak kena. Ini tak kena. Tapi alhamdulillah, semuanya kena. Dari mengelap peluh pengantin hingga memayungkan pengantin. Dari berpantun sehingga la ke tabur duit "tol". Dari sediakan makan pengantin, hinggalah ke aku sendiri kelaparan. Ha ha ha.

Tahniah, Noorulfaiz Hj Ateman dan Famizah Hj Girun.

Akhirnya, kan?



Pengantin Kedua
Percanggahan pendapat mengenai muzik bukan penghalang bagi kami untuk bersosial. Taraf kebijaksanaan dan CPGA juga kami ketepikan. Kami berfesyen berbeza tapi berborak taraf mulut-longkang berada di tahap yang sama.

Kalau nak diikutkan dulu, kisah percintaan dia lebih kurang sama dengan aku. Penuh dengan kegagalan. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Gagal. Pergi naik motor jauh-jauh pun boleh gagal.

Rupanya, bidadari di depan mata sahaja. Mencari sampai ke kampus orang lain, rezekinya muncul di kampus sendiri. Ini yang dikatakan "Kuman diseberang nampak, gajah depan mata boleh pula tak nampak. Aje gile!"

Tahniah buat Nur Fauzi Bassar dan Hafiza Hartini Halimi.

Jangan lupa baca bismillah tau masa "makan".



Pengantin Ketiga.
Sejak dia pindah ke JB dan bekerja jadi pegawai bank, aku mula ajak dia keluar minum-minum. Dari duduk di rumah sewa yang selalu kena pecah masuk orang hingga ke rumah bujang mewah di Larkin Perdana.

Jarang sebenarnya dapat berjimba dengannya seperti dengan The Jantans. Tapi bila berjumpa, boleh tahan juga berborak mulut-longkang. Itulah kelebihan NTMTTS.

Selamat pengantin baru Anuar Masudi dan Isteri (yang tak sempat aku jumpa pada hari mereka kahwin sebab outdoor photographing lambat mengalahkan pelakon blue weh!)

Tuesday, June 15, 2010

IKUT TREND MUSIM SEKARANG


Kadang-kadang aku rasa macam aku ini orang penting. Orang itu lapor pada aku. Orang ini lapor pada aku. Orang itu kongsi kisah sedih dengan aku. Orang ini kongsi kisah gembira dengan aku. Orang sana ajak gosip. Orang sini ajak ngeteh.
Jadual hidup aku penuh. Aku tak rasa kosong membaring di atas katil sahaja. Lebih-lebih lagi pada musim kegilaan bola sepak seluruh dunia yang sedang memuncak sekarang ini. Ada sahaja panggilan yang ajak aku keluar ngeteh sambil menonton 25 lelaki di atas padang sambil mengikut arah bola ke sana sini di skrin besar.

Selalunya aku ajak pergi tonton di kedai yang menyediakan perkhidmatan WIFI percuma. Gasak korang la tengok bola. Aku nak layan E-Buddy. Gosip-gosip dengan informer aku. Aku juga pekdah-nya. Hirup pula teh o ais limau. Pergh!

Percaya-lah, bergosip selama 90 minit adalah lebih berfaedah dari menonton perlawanan bola sepak yang tidak menjaringkan apa-apa gol.

Friday, June 11, 2010

PALING KURANG


Aku try janji dengan diri aku sendiri. Kalau tak dapat tengok semua match sekali pun, paling kurang aku tonton match pembukaan dan final.

Paling kurang, bila orang bercerita pasal bola, takde la aku borak macam orang kaki bangku.

Paling kurang, aku dah hafal nama pemain bola terkenal yang tak dapat main sebab injured. Terbaru, Nani, contohnya.

Paling kurang, aku nak sambut perayaan bola yang 4 tahun sekali yang mana 4 tahun dulu aku takde niat nak sambut. Baru la rasa macam lelaki beb!

Dah, dah. Venue pembukaan malam ini di Restoren E&Y Taman Daya (bersebelahan dengan Cavenzi). The Jantans, sila hadirkan diri.

Tuesday, June 08, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN : TAK CUKUP SETAN KOT


Aku memang nantikan filem-filem yang diangkat dari novel-novel terkenal. Dari filem omputeh sampai-lah ke filem melayu. Semua aku minat walaupun aku belum baca lagi novel itu. Lord Of The Ring, Harry Potter, Ayat-ayat Cinta dan lain-lain.

Filem pertama yang aku baca novelnya terlebih dahulu sebelum tonton filemnya ialah Ayat-ayat Cinta.

Pada mulanya, aku agak kecewa dengan hasil filemnya, tetapi apabila membaca penerangan pengarahnya tentang kenapa filem itu direka sebegitu, aku terfikir. Aku betulnya juga. Kenapa filem tak boleh ditiru bulat-bulat dari novel?

Ok, aku cuma hendak ulas filem melayu yang diangkat dari novel popular sepanjang zaman, "Lagenda Budak Setan".

Aku belum baca lagi novel ini. Frankly, aku tak larat nak baca buku yang mempunyai 500++ pages itu.

Oleh sebab aku tak baca lagi novel ini, jadinya aku tiada gambaran asas tentang filem ini. Siapa itu Kasyah, kesetanan Kasyah yang menyebabkan dia jadi lagenda, siapa itu Ayu dan sebagainya. Aku kosong. Aku peminat baru.

Aku dapat lihat kekuatan aura novel ini ketika di sekolah menengah. Masing-masing dengan perangai masing-masing. Baca novel sampai tertonggeng-tonggeng. Bila baca bab Kasyah dengan kelakuan setannya, dia hempas buku. Bila bab Kasyah bercinta dengan Ayu, dicium-cium novel itu. Punya la....

Bila aku tonton filem ini, aku tak dapat feel macam aku tengok gelagat kawan-kawan yang baca novel ini dulu. Rasa macam filem yang biasa-biasa. Ini novel lagenda ni beb! Kena rasa something. Eh silap, mesti rasa something!

Tak "legend" langsung dinamakan budak setan kalau setakat buat jahat seciput je. Jahat pun jahat budak-budak aje. Alahai... Kalau begini pun boleh dikira budak setan, aku rasa dah ramai yang jadi lagenda.

Berikut adalah salah satu luahan rasa hati seorang peminat Lagenda Budak Setan yang paling true...

"Apa yg Legend? Mana ntah Budak Setan nya. FK tak sesuai bawak watak kasyah.Lisa pun tak sesuai bwk watak ayu.Que superb.Fazura biasa2 je. Syikin kamal? totally out. Ape salahnye kalau buku setebal 500 m/s tu bagi 3?wat trilogy.tak payah nak pk sgt pasal sambungan novel LBS - Katerina & Kasyah-Lagenda Berakhir sbb kekuatan cite nya adalah berkisar ... See Morepada Kasyah & Ayu, tapi tak digarap baik kisah diorg.pukul org sikit,kacau 'cikgu' sikit (kat kolej mana ada org panggil lecture cikgu),taruk cicak sket,dah kira budak setan? bercinta pun sekejap gile.mana part diorg main skate,makan coney dog & rootbeer,duk kat seatle.. Really dissapointed.out of 5, i can give only 1.5. Even kalau tak bace novel pun i give the same sbb plot terlampau longgar.sorry sharad.pity ahadiat.LBS the movie patut cari tajuk lain,for me,cite ni tak layak guna nama tu.."




Sorry Sharad, you failed me. You failed a lot of fan. Alasan pengarah Ayat-ayat Cinta langsung tak boleh digunakan oleh Sharad.

Maybe, Khabir Bahtia nak cuba buat re-make next time?

Ulasan Tentang Pelakon
Lisa - Kejap sangat berlakon. Rasa tak puas tengok dia.
Farid - Kamu dah tak remaja dowh.
Que - Lu memang psycho bro. Love it!
Shiqin Kamal - Err.... Usaha lagi.
Raja Farah - Serabut sangat la kak...
Fazura - Amaran you kat ex-bf you memang superb. Class gitu.


Thursday, June 03, 2010

KENAPA DIA RASA INSECURE?


"Kadang-kadang tu, kita rasa kita dikhianati atau rasa kita dipermainkan bilamana pasangan kita melayan lelaki atau perempuan selain dari diri kita sendiri, kawan-kawan mereka contohnya, lebih dari diri kita.

.
Kita rasa tak selamat. Kita rasa macam nak minta clash. Kita rasa macam nak tekanan sangat-sangat. Kita rasa macam nak jerit kuat-kuat."

.
.
.
.
Ok. Get it? Faham tak apa permasalahan yang cuba aku sampaikan?
.
Ok? Sekarang baca perbualan di link di bawah, untuk kita buat motivasi supaya kita tak perlu risau tentang masalah ini semua.
.
Miss Wani : Crab (bukan cerita pasal ketam)