Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
~
Zaman persekolahan adalah zaman yang paling “manis” pernah aku lalui seumur hidup aku ini. Zaman di mana minda aku dididik untuk menghormati orang yang lebih tua. Didikan secara ekstrem. Zalim. Siapa yang tak bagi salam pada senior, cukup bulan, satu batch kena panggil kat surau then kena bantai beramai-ramai. Biasalah, gangster sekolah. Time nak gaduh bukan berani one by one. Dibawanya satu batalion pengganas untuk pukul budak kecik atas kesalahan tak bagi salam pada senior. Rasional ke? Agaknya mereka ni pengembara zaman paleolitik yang tersesat setelah naik time machine kot. Minda tertutup dek naluri haiwan yang masih menebal dalam diri mereka.
~
Aku bukan nak cerita pasal aku kena pukul. Bukan nak cerita tentang kawan-kawan aku kena pukul. Aku cerita lain kali pulak ye.
~
Aku just nak kongsi pengalaman dapat makanan percuma sepanjang tahun tanpa menyertai “Program Susu Percuma Sekolah” yang hanya dikhaskan untuk pelajar kurang berkemampuan dan pelajar kurang sihat. Aku pasti kalian pasti cemburu.

Kita mula.
~
Pernah sekolah korang bagi secara PERCUMA susu lembu pelbagai perisa secara percuma sepanjang tahun tak? Ada perisa strawberi, jagung yang segar, diambil terus menaik van sekolah kaler putih dari ladang susu lembu terulung di Johor. Ladang yang mempunyai reputasi yang tinggi dan menjadi idaman pelajar veterinar untuk membuat latihan praktikal. Abang Sanib [Driver sekolah] ambil susu-susu ini dari Institut Haiwan Kluang, Johor setiap 2 hari sekali.
~
Ada lagi.
~
Ada sekolah korang bagi secara PERCUMA buah-buahan import segar, setiap orang sebiji, setiap kali tamat kelas prep/persediaan malam? Buah-buahan yang masih sejuk membeku lagi tatkala kami berebut mengambilnya dari dalam van sekolah kaler putih. Buah-buahan seperti epal, lai dan pear berselang seli mengikut stok yang masih ada pada pemborong. Sekolah kami ada.... Tapi pada masa aku tingkatan 1 la sahaja la. Buah-buahan ini ada diselang-selikan dengan susu-susu segar ni. Tiap-tiap hari prep/persediaan, sepanjang minggu, sepanjang tahun 1996. Hahaha... jealous tak? Sebab ini la saya sayang sekolah saya.
~
Saya sayang sekolah saya bukan sebab Cikgu Kamal Hasannya. Juga bukan sebab Cikgu Yahya Awangnya. Turut bukan kerana Cikgu Wahab Gedongnya. Saya sayang sebab saya dapat makanan percuma ni. Tanpa bayaran tersembunyi. Tiada caj tambahan.
~
Orang Malaysia memang gemar benda percuma. Lihat sahaja la di booth-booth bergerak Milo, Nescafe et cetera. Pasti ramai yang dok berebut dan minum beberapa kali kerana kepercumaannya.
~
Tepuk dada, tanya selera ogre dan raksasa anda..

wiwin...blog ko membuatkan aku menghargai perjalanan hidup aku dari tahun 1983 hingga la ke 2007 yg tinggal sehari lagi nk ke 2008..
ReplyDeleteblog ko buat aku tersenyum dan tergelak dikala aku kesunyian...walaupun kita berjauhan...blog ko dan kwn2 lain menjadi teman tuk aku....
aku mmg tak teringat pon psl buah2 ni...tapi lepas ko cite balik kat blog semua memory ni dtg balik mcm ombak tsunami....semua imej2 terpapar satu persatu dlm kotak minda aku yg dah berkarat nih...
terima kasih wiwin....aku setia menanti cite2 menarik r ko
selamat tahun baru 2008
aku rasa teruja
ReplyDeleteaku pun sama :)
ReplyDelete