Sunday, November 28, 2010

BERSABAR YANG BERBALOI-BALOI

Dulu. Pernah terdetik dalam hati aku. Semasa aku mula-mula begitu agresif dalam bidang perakaunan. Terdetik dalam hati aku, "Alangkah seronok kalau aku dapat handle akaun company yang baru buka. Tiada outstanding work. Semuanya atas aku sendiri!"

Dulu. Aku sebut dalam hati aja. Yang mendengarnya cuma aku dan Allah aja.

Selepas melalui beberapa fasa lemau dalam bekerja, hasil terus bersabar, berdoa dan berusaha, Alhamdulillah, Allah memperkenankan doa aku.

Syukur.

Selepas hampir setahun bergelumang dalam fasa pekerjaan yang agak lemau, akhirnya aku berjaya melayakkan diri ke sebuah syarikat yang kecil saja tapi berbaloi dengan kerja yang aku rasa bisa buat otak aku kembali cerdas berfikir.

Aktiviti untuk pekerja yang dianjurkan oeh syarikat tersebut juga bagus.

Kena ambil peluang ini untuk jaga kesihatan dan jaga badan :p

Kepada sesiapa yang baca, jika anda ada impian yang belum tercapai, teruskan bermimpi dan berdoa. Selagi kita terus mengimpikan apa yang kita kehendaki, Insya-Allah akan tercapai :)

Saturday, November 27, 2010

AKHIR-AKHIR INI

Sejak akhir-akhir ini, aku sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Hanya sempat buka Facebook untuk main Mafia Wars je. Banyak benda nak kongsi dalam blog ini tapi tu la... sibuk...

Nanti-nanti la eh?

Thursday, November 18, 2010

BUKAN TAK NAK TOLONG DER, CUMA...

Raya Qurban ni biasanya aku tak la excited nak sambut sangat. Just pergi masjid, sembahyang raya, balik rumah dan makan lauk raya. Tak balik kampung pun tak rasa hiba. Apatah lagi bila dengar lagu balik kampung atau selamat hari raya. Lagi tiada efek.

Raya Qurban seperti hari-hari cuti yang lain.

Nak pergi tolong sembelih? Tolong lapah? Bukan tak nak. Cuma aku tak nak kejadian dulu berulang balik. Orang sibuk-sibuk nak sembelih lembu, aku baru sibuk nak pitam la loya la. Dah tambah kerja orang kampung nak mengangkat aku.

Aku memang berjiwa sensitif agaknya. Tak boleh nak jadi assasin.

Tuesday, November 16, 2010

KALAU CUTI SEKOLAH


Masa kecil-kecil dulu, asalkan tiba musim cuti sekolah, aku mesti ajak mak ayah jalan-jalan dekat KL. Tapi bila dah besar-besar ni, aku dah tak ajak mak ayah dah kalau nak KL. Aku akan ajak kawan-kawan aku.

Pernah sekali. Waktu itu nak belajar naik LRT. Macam mana nak beli tiket. Macam mana nak beratur. Naik stesen mana. Turun stesen mana. Bila dah terer sikit, mula jalan sendiri. Rasa macam dah jadi orang KL betul dah.

Stesen pertama aku belajar ialah turun di KLCC.

Aku pilih KLCC. Ya, aku pilih KLCC. Walaupun macam poser tapi aku tetap pilih KLCC. Sebab aku tak nak comolot tepi jalan.

Monday, November 15, 2010

EVENT RARE SETAHUN SEKALI

1) Khairul Syakirin Boyak : eppy belated bezday en kacak
2)
Salmiah MohdNor sori tetinggal ketapi...slmt bkurg umur btambah amalan...
3)
Ahmad Syihan happy belated birthday bro..
4)
My Arfa heppy bezday win..semoga bertambah kacak
5)
Bavarian Motor Works Happy 27th Belated B'day. Weekend aku memang tak log on FB 2 yg tak bole wish ko. Sorry !!
6)
Cik Ct hepi belated besday cousin..may allah bless u
7)
Siti Khairunnisak hepi bufdae aben....
8)
NorBaizura Hazreen hppy besday fik... moga pnjg umo dan murah rezeki.....
9)
Shah Fa Zad happy besday bro
10) Sofie Sweet -
fikri..happy birthday bro..semoga dmurahkan rezki dpanjangkan umur dpercepatkan jodoh dan cpt2 kuruskan bdn...
11)
Zakharul Fahmi happy birthday bro...usia dah bertambah.kawen bila lagik..hehe
12)
Nurazliza Asmuni selamat ari tua ~ :D
13)
Chinta Chandurry hepi bufday bro....kawen kawen kawen cpat..mau pegi sidang pekahwinan mu..huhuhu~
14)
Muhammad Zakwan Mohamed Bandi ben,hepi bezday.... nnt kte amik gmbo dlm ujan lg erk... hahahahaha
15)
Rafidah Azan hepi beday ucop :)
16)
Matt Anip wah aben..............jgn lupa rini bukan beday ko jer tau... so kongsi2 rrr hehehe hepi beday ben.......
17)
Maliniey Razak epy bufday fikri kacak...moga pnjg umo n murh rezki slalu..=)
18)
Erni Shariza Happy Birthday ;D
19)
Cik Jannah beb selamat hari tua! may Allah bless u!
20)
Alex Tan J S Helo...hepi birthday....da umur 27 ek?? x pa, ni la time org2 nk kawen..u bila?? hehe
21)
Suffian Abu Bakar Happy Birthday Bro...hehehe 27 ke?Muda lagi....Muda dan Berbahaya...hehehe
22)
Sujathran Haran happy birthday.....
23)
Noorazlinda Ab Razak hapy bufday fik~~
24)
Redeyes Mokhzani happy birthday bro!
25)
Zamri Mohamed selamat hari lahir!
26)
Azize Azizu selamat hari lahir..
27)
Nabilah Razali happy birthday fikri!! haf a blast on your day!
28)
Shamsiah Binti Sidik epy besday fikri......
29)
Nurul Ain salam aben...still not be late kan nk wish...HEPI BESDAY ABEN YG KE-27...SEMOGA PANJANG UMUR...DIMURAHKAN REZEKI...SEMOGA DAPAT MENGECAPI APA YG DIIMPIKAN DALAM HIDUP...AMIN~~
30)
PriNcess Izzryn Happy Birthday Ucop ‌Fazleena Hishamuddin heppy besday. :)
32)
Mohd Norsham Happy birthday
33)
Asang Da Condemnedemotion slamat tambah umur !!!
34)
Faznur Izura happy birthdayy :p
35)
Muhammad Fadhli Bin Abas Hepi bday Abg kacak...
36)
Mohd Yazid hepi besday wiwin...
37)
Mohd Najib Rahmat hepi besday wiwin...
38)
Fairuzahri Jalaluddin bro.. Hepppi besdaaay..
39)
Mohd Arbain Bin Mohd.Noor. happy birthday bro..
40)
Chiq Ijam Rofm happy birthday bro...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
41)
AraBella Husaini happy birthday
42)
Athori Abdullah hihihih,,,besday ko betul ker ni????semoga panjang umur dan d murahkan rezeki sahabat..
43)
Fatma Akmal hepy birthday to u....semoga pnjg umur n murah rezeki
44)
Faisal Shafie Tingkatkan amalan & kuatkan Iman..Selamat Hari Tua..
45)
Jojo Dino ‎.happy bday
46)
Salha Shaffee selamat hari jadi fikri!!! semoga semuanya dipermudahkan Allah :)
47)
Nik Azlan Ahmad Rostam selamat hari jadi sahabat...... semoga hari2 tua yg mendatang ni mematangkan dirimu..... dan cepat2lah cari jodoh
48)
Sha Ida selamat hr lahir ucop semoga panjang umur n moga hidup diberkati Allah SWT
49)
Ahmad selamat hari jadi, bl nk jadi daddy...
50)
Khairunnisa Shakri bro,slmt hari jadik!!!!moga semua doa ko makbul harinih!!!
51)
Mohd Fudhail Syazni abennnnnn...happy bday...makin bult nmpknya..kihkihkih
52)
Ameen Salleh hahaaha...dah besor kau...eh,ko mmg besar pun...nnt aku bg hadiah gambir srwk...appy bezday
53)
Etz da Mimes wahhh...!!! abg aben sdh besar lg nampak yer... hepi besday ben.. jgn nakal2 na.. hahaha..
54)
Syahmizan Azmi Happy Birthday Aben.. moga diberkati Allah dan dimurahkan rezeki..
55)
Maziana Hamzah selamat hari lahir..peningkatan usia mematangkan kehidupan.dimurahkan rezeki diluaskan kesenangan dalam semua hal..
56)
Fauziah UJie wohooOoo..lupe lak bday ko sama ngn bday adik aku ek so happy birthday!!
57)
Eira Fazira Haniffa h.e.p.p.y b.e.s.d.a.y fikri.....
58)
Siti Radziah Binti Suparman selamat ulangtahun..moga diberi keberkatan brpnjangan dan dipermudah segala urusan..dan termakbul segala hajat.
59)
Nadhirah Taher winnnnnnnn!! hepi besday...! ameen utk doa diatas.. bahagia duania akhirat.ameen!=')
60)
Lisa Manap Happy birthday kawan.. Bln 12 nnt kte celebrate eh? Ahmad Firdaus blanje.. Ngehehehehehe =)
61)
Humairah Yon hepy bufdei..
62)
Nshams Rahman Hepi bufday mr.wiwin
63)
Khairul Aizat Heppy birthday Scorpio man!
64)
Aynn Yahya epy bestday...
65)
Mni Mma epi bufday!!
66)
Cw Norfatiha HEPI BESDAY.....:)
67)
Azurah Amzah Happy birthday..
68)
Fauzi Ramin hepi birthday incik fikri misti !!
69)
Mohd Lam Aben selamat hari jadi =)
70)
Azizuddin Fakhrie selamat hari tua abg kacak,,!!!
71)
Ay Yusof Met Ultah Incik Fikri! Moga bertambah kacak setiap hari.
72)
Mohd Azreen Mukayat Epi tua bro
73)
Muaz Hafidz mengucapkan selamat hari lahir kepada Mohamad Fikri Kacak Bin Misti : )
74)
Atif اسماعيل seniorku... slamar hari lahir.. moge di panjangkan umur da di murahkan rezeki.. dan cepat2 dapat jodoh... hehe ...:)
75)
Mys Zuleana bro,happy besday...wish u all the best..moga cepat2 dpt awek cun & cepat kawen...wink~ wink~
76)
Vlad Barchiel bro.. udah brapa ulang tahunnya?? hahaha‌
77)
Kuin Miley Hyuna Hepi B`day :)
78)
Soraya Zainal hepi besday~
79)
Mohd Razi hei ex tokey dadih..hepi besday~~
80)
Umar Haiyat wiwin kacak...selamat hari lahir...
81)
Norizan N Shahrul moga dirahmati umur...
82)
Archi Shah bahagia dunia akhirat
83)
Masraya Sait Cair Selamat ari tua bro...ape plan rini..ade kek,pos kat aku cni k...secret recipe punyer....heheheh~
84)
Ahmad Faun Si Kacak Fikri.... :-)..... Selamat Hari Jadi.... Moga pjg umor and murah rezeki...
85)
Berlyn Oo bro, happy birthday ^&^ nak kek apa??? ~~~
86)
Shakina Ariffin yo yo abg senior ! hepi besday erh ! :)
87)
Wani Nadirah happy buzday....ucooopppppp...;)
88)
Akmal Bin Jalaludin epi besday abg fikri.. hehehehehee
89)
Mohamed Shafiq Mohamed Shari brader2..hepi besday..
90)
Mohd Azfar heppy birthday wahai legend~~ moga kamu terus success ngan segala yang kamu inginkan dalam kehidupan ini...
91)
Liyana Rabuan yo! happy birthday!u rock!
92)
Aung Sanz Mereng slmt ari tue ye win,dh tue dh ko
93)
Md Imran selamat hari lahir
94)
Alejandro Mark Sloan hepi besday dude. .
95)
Saya Aizat Allah selamatkan kamu
96)
Ni Nã SHJ.
97) .....


***Terima kasih kepada semua yang beri ucapan samada menerusi panggilan, menerusi SMS atau menerusi Facebook. Mana yang tak tersenarai dalam senarai di atas harap tak berkecil hati. Tak bermaksud jika tak tersenarai maka saya tak hargai.





Friday, November 12, 2010

PENGALAMAN BARU DENGAN BUKU CACA MARBA MAT JAN


Balik kerja semalam petang, sesampai aku di laman rumah, aku terus tuju peti pos. Dengan harapan buku Caca Marba Mat Jan dan buku Cerita Piala Dunia dah sampai. Tapi hampanya, peti pos kosong. Aku terus tuju ruang tamu.

"Mak!... Ooo.. Mak!" Aku jerit separuh suara, "Assalamualaikum!"

"Amende jerit-jerit masuk rumah ni?" Emak cuba nak marah aku tapi tak jadi sebab aku masuk rumah terus sengih-sengih.

"Ada surat along tak?" Aku tanya.

"Nuu..." Emak menjuihkan bibir ke arah meja kopi depan tivi 36 inci tapi bukan flat screen.

Aku terus meluru ke meja kopi. Buku dah terkeluar dari sampul surat. Aku lihat hujung sampul surat dah basah sebab kena air hujan. Aku sambung sengih-sengih tengok sampul surat. Aku pandang emak. Aku sengih-sengih lagi.

Emak yang sudah dapat mengagak maksud aku, tanpa banyak soal terus bersuara,

"Orang pandai tak cakap diri sendiri pandai, orang hensem tak cakap diri sendiri hensem."

Aku faham maksud emak. Tapi malas nak betah. Ah, dah memang aku kacak. Tak kan aku nak menafikan pula. Aku tak mahu bohong diri sendiri. Keh keh keh

***Caca Marba Mat Jan sesuai dibaca masa-masa tertentu sahaja. Tapi aku lebih gemar baca buku-buku kelakar dan kompak seperti ini ke bilik termenung. Dalam pada meneran, gelak-gelak pun okay juga.

Selain itu, ada juga info undang-undang di dalamnya. Tak dapat banyak, sikit pun jadi la.

Tapi edisi nak cukup kertas belakang sekali memang tak boleh blah. Kah kah kah. Aku harap brader Vovin tak ikut perangai Maharaja China tu okeh. Kah kah kah.

Hero taik kucing!

Thursday, November 11, 2010

PATUT LA U MAKIN GEMOK

Sudah lewat petang, baru 2 wanita auditor pulang ke pejabat dengan mengeluh-ngeluh penat dan banyak kerja. Seorang wanita jambu seorang lagi wanita konon jambu. Mengusung beg plastik dan beg berisi dokumen. Masuk ke pejabat terus buka cerita. Maklum la, seharian di pejabat client menyebabkan mereka terpaksa bermuka plastik. Senyum sampai muka cramp.

"Penatnya i hari ni" Wanita konon jambu bersuara, "Dah la nak kena siapkan hari ini juga." Sambungnya lagi sambil menjeling ke arah jam dinding. Sesekali mengusapkan perut 38" miliknya tanda kelaparan.

"U beli apa?" Ibu Mengandung menyapa dari belakang. Dengan perut yang berbosong-bosong, dia bersusah payah berjalan ke hadapan pejabat.

"Tadi client belanja lunch. We allz makan dekat Secret Recipe." Kata Wanita konon jambu, "I apa lagi, terus la order chocolate indulgence. Tapau. Saja nak kasi manager dia tu bankrup."

Ibu Mengandung menyelak-nyelak plastik. Dengan muka penuh keibuan, dia terus men"sound" Wanita konon jambu.

"Haiya, sudah sebulan u tak makan lunch, hari ini u makan coklat manyak-manyak." Ibu Mengandung masih lagi selak plastik Secret Recipe, "Ini yang buat u makin gemuk!"

Wanita konon jambu terus duduk di mejanya dan humming lagu Inshaallah dengan penuh makna. Ibu Mengandung terus duduk sebelah dan mencolet krim kek keju. Anak dah mengidam la tu.

CUTI

Ni sejak-sejak hari semalam, aku ke pejabat dengan hati senang dan senyum memanjang. Walaupun tak dapat counter offer, pun tak mengapa la.

Dalam pada itu aku kira-kira semua OT convert cuti aku yang dulu-dulu. Aku tolak dengan cuti-cuti yang aku dah ambil. Tambah lagi dengan cuti tahunan yang lapan hari tu.

21 hari.

Aku tak tahu nak buat apa dengan cuti banyak ini dan tempoh kerja yang tak sampai sebulan. Kalau ikut otak bisnes aku, aku nak buat ;

(1) Jual harga setara dengan officemate;

(2) Biar kampeni convert jadikan duit; atau

(3) Jual dekat mudah.my.

Okeh, idea yang ke-3 tu memang macam stupid.

Next week dah mula boleh berpoya-poya dah. Rasanya ambil cuti 2 minggu then siapkan 2,3 buah manuskrip pun cara juga.

Ha ha ha.

TAK SANGKA

Wah. Seriusly. Aku dah rasa macam selebriti la pula.

Bila tengah dok buat kerja di pejabat, tiba-tiba ada kawan SMS aku. "Bila buku kau nak rilis?". Aku yang tengah dalam dok kalut pun balas, "Bulan depan baru nak submit. Bulan Januari la kot insya-Allah rilis. Actually aku tulis 10 pages aje. Awatnya?". Lewat 1/2 jam kemudian dia balas semula, "Awatnya? Aku nak baca la buku kau. Bangga doh ada kawan jadi penulis."

Ah, sudah! Cerita baru siap 6 pages dah ada orang lain teruja. Ini yang buat aku lebih semangat nak buat kerja-kerja penulisan dari kerja sebenar aku. Walaupun aku tulis 2,3 pages kemudian habis-idea-dan-tukar-cerita, mereka masih percaya aku seorang penulis hebat. Kah kah kah. Na'aram, rasa nak menangis pun ada sebab dulu aku buat blog semata-mata nak ikut trend dan medium untuk aku jadi terkenal dalam rangkaian kawan-kawan aku sahaja.

Tak sangka pula, bila makan di Pizza Hut dan menikmati Pizza 6 Keju, ada orang tegur aku pasal "Ada Aku Kesah?". Nak tersembur pizza 6 keju yang aku makan tadi. Aku kenal dia tak sampai satu jam, dia dah kenal aku nu ntah setahun yang lepas ke 2 tahun yang lepas ke. Kembang juboq!

Ha ha ha.

Dia bercerita la pasal tiada update yang menarik lagi, macam mana dengan misi mencari awek dan sempat juga pesan, "Jangan esok kau letak kisah kita makan pizza ni pula".

Aku harap aku dapat habiskan cerita seram yang 10 pages itu sebab dah ada beberapa orang yang chop buku yang belum rilis itu lagi. Salah seorangnya ialah guru subjek Bahasa Inggeris masa aku sekolah rendah dulu. Gila kau, tak kan aku nak hampakan kepercayaan depa pula, kan?

P/S : Kepada pembaca / pengikut kisah Abang Zan 3 tahun lepas, buat pengetahuan semua, Abang Zan dah berjaya mencapai cita-citanya menjadi pendidik. Ingat, baru tercapai cita-cita menjadi pendidik. Menjadi pencinta wanita belum berjaya lagi.

Wednesday, November 10, 2010

REVIEW FILEM : TAKERS

Dek kerana terlalu banyak filem-filem yang menghidangkan genre rompakan-cerdik-tapi-hancur-sebab-tamak, filem ini aku rasakan sebagai filem yang agak bosan. Jika filem bergenre ini tidak banyak dipasaran atau ianya genre baru, sudah pasti ini filem yang hebat. Tapi sayang sekali bagi filem ini kerana filem terdahulu yang mempunyai genre yang sama adalah lebih bagus.

Italian Job misalnya. Jenayah terancang yang buat aku rasa berdebar dan sesekali memaki-hamun sebab efek letupan dan aksi yang sangat hebat. Lagi pun masa itu, aku pun baru berjinak-jinak nak tonton filem genre ini, jadinya aku lihat filem ini sebagai filem best.

The Loser, juga ada irasnya genre sebegini tapi jalan ceritanya lebih teratur, plot lebih menarik dan endingnya lebih twisted.

The A Team juga sama.

Tapi yang paling legend, Ocean 11 & 12.

Next Movie : Harry Potter And The Deadly Hallow Part 1 in 3D!

Tuesday, November 09, 2010

BELUM LAGI

Tengah giat cari lubang untuk kembangkan karier. Apa yang bagi peluang, aku sambar. Walaupun jauh sampai tak terjangkau dek akal aku. Kerja di Tangerang, Jakarta, Indonesia misalnya.

Bila hak privasi (komputer kena pindah ke meja lain, printer ditukar dengan yang dah rosak, meja baru jauh dari pekerja lain) di pejabat dicerobohi, aku lebih gemar diam diri dan lancarkan perang saraf. Tak buat kerja dan sentiasa bermain internet, misalnya.

Tapi masalahnya, macam mana prosedur nak letak surat tender ni? Takkan nak koboi macam tu je. Cabut selamba then ucap bye-bye dalam facebook? Gila lahanat idea.

Friday, November 05, 2010

PENGALAMAN 2 KALI BANJIR BESAR

2005 dulu, buat kali kedua kali aku singgah di Kedah untuk jangka masa 2 malam. Ini tak termasuk di Langkawi. Itu masa hantar adik aku ke Kuala Nerang. Ngaji dekat Kolej MARA untuk matrikulasi. Pertama kali aku ke Kedah, aku tidur di Hotel Seri Malaysia. Perkara yang buat aku jatuh cinta pertama kali pada Kedah ialah makanan yang murah berbanding di Johor Bahru ini. Terus aku pasang niat nak sambung belajar dekat Kampus Utara.

Allah dengar detik hati aku masa itu. Lalu pada penghujung 2005, aku diterima masuk ke Kampus Utara. Alhamdulillah.

Ok, banjir masa ini memang masya-allah besar. Tak pernah aku dan keluarga mengalami pengalaman ini. Air di sana sini. Dalam rumah, dekat bendang, dalam kedai, atas highway, dalam kereta. Ish, nak masuk belajar masa itu memang dugaan betul. Sampai ada yang patah balik terus tak daftar.

2010. Aku teruja sebab pada tahun ini bukan aku rasa yang konvo tapi adik aku juga yang mana dia juga belajar di Kampus Utara!

Pada mulanya, aku takut juga nak konvo. Takut-takut badi batch banjir datang masa aku konvo. Alhamdulillah. Semuanya lancar dan gembira.

Tapi tidak pada konvo adik aku. Kasihan dia. Gambar konvo dengan baju basah lencun.

Pertama kami keluarga kami ke Kampus Utara, kami merasai banjir besar. Kali terakhir keluar dari Kampus Utara pun merasa banjir besar.

Kampus Utara susah nak lepaskan kami dari sana kot. Nak support kami sambung master ke Kampus Utara? Hehehe.

Monday, November 01, 2010

KONVO : KEDAH YANG BASAH LENCUIN


Konvo kali ini adalah konvo yang basah. Tanah utara tiada lagi kontangnya. Ikan lemas dibawa arus kerakusan. Nasib baik konvo kali ini tiada Pertandingan Memancing. Mana ikan keli lebihan konvo yang terdahulu dah boleh pulang ke habitat asal.

Okeh, lepas ini kalau jumpa biawak mati ke ular sawa mati ke tenuk lemas ke, jangan terperanjat. Biasa la, kampus ini sebelahnya hutan rimba. Setakat haiwan liar mati kerana banjir, dah biasa tengok kot.

Jualan makanan dan minuman semua jatuh kaw-kaw. Jual bunga pun cukup-cukup duit niaga je. Nak untung? Tak dapat jack.

Try baca laporan Komuniti Radio Changlun ini.

Tragedi 2005 mungkin berulang. Harap-harap selamat balik JB. Amin.