Suasana jadi sunyi sepi. Burung-burung berhenti kicauan. Aku gelak guling-guling kaw-kaw sampai mata berair. Dalam hati la tapinya.
Saturday, July 02, 2011
BRADER JURUJUAL KONDIFEN
Suasana jadi sunyi sepi. Burung-burung berhenti kicauan. Aku gelak guling-guling kaw-kaw sampai mata berair. Dalam hati la tapinya.
Friday, April 08, 2011
365
KPI ini adalah rentetan dari KPI jangka pendek yang aku tetapkan 4 bulan sebelum aku mulakan KPI jangka panjang aku ini.
Pada awalnya aku lancarkan KPI "30 hari mencari cinta" gara-gara terpengaruh dengan filem Indonesia "30 hari mencari cinta". Kebetulan juga ada mengenali seorang makwe kiut tapi sombong.
Tamat 30 hari, KPI gagal. Dan dan itu juga aku terus lancarkan KPI "3 Bulan Mencari Cinta" iaitu sebelum tamatnya semester itu aku mesti berjaya mencari cinta. Tapi seperti selalu-selalu, aku masih lagi gagal. Dek kerana sibuk dengan tugasan sebagai pelajar <----- Alasan cliche. Buwek!
Dan dari itu aku lancarkan 3 Tahun Mencari Isteri Solehah. Bertukar dari "mencari cinta" ke "mencari isteri solehah" kerana berpendapat dalam masa 3 tahun itu dah tak sesuai nak bercinta sakan dah. Dah kena kahwin je. Buang masa dah nak bercinta ni.
Dan aku dah plan awal-awal. Kalau KPI ini aku masih lagi gagal, aku nak buat KPI untuk pergi melancong ke luar negara. Serius ni. Kendian tulis journal macam orang biasa buat. Pergh, mesti menarik!
Wednesday, March 23, 2011
HARI KELUARGA
Klik untuk jenguk gambar yang tak seberapa.
Thursday, November 11, 2010
TAK SANGKA
Monday, October 11, 2010
APA PENGAJARAN YANG KITA DAPAT?
Cara ayah cakap macam dah raya syukur sangat sebab tak kena saman. Tapi kalau dilihat dari sudut yang lain, kira ayah macam power la sebab sempat pakai seat belt sebelum polis saman.
Malam itu jalan lengang. Tak banyak kereta. Ayah pun bawa laju. Walaupun permukaan jalan tak berapa elok untuk merempit, ayah tak hirau sangat. Asalkan cepat sampai. Sampai di selekoh lampu isyarat di Kempas, ada sekatan jalanraya. Ayah jadi kaget.
"Encik, minta i/c dan lesen." Kata polis muda.
"Nah." Jawap ayah sambil menghulurkan i/c dan lesen. Peluh dah penuh di dahi ayah.
"Ok, terima kasih. Tapi encik, lain kali jangan lupa pakai seat belt ye." Kata polis muda sambil tersenyum. Mungkin gelihati dengan tingkah laku ayah yang agak kalut.
"Ok, terima kasih encik ye." Jawap ayah sambil senyum macam kerang busuk.
Kira-kira selepas 10 minit lepas peristiwa tu.
"Haaaa.... terer tak ayah? Dah kena tahan tapi tak kena saman. Ha ha ha."
"Ok, dengan peristiwa ini," Tiba-tiba adik bersuara, "Apa pengajaran yang kita perolehi?"
Ayah terdiam. Senyum yang tadi bukan main lebar dan mula mengendur. Kami anak beranak gelak kuat-kuat.
"Kena saman ke tak kena saman, bukan ada efek pun. Sama je tak pakai seat belt." Kata emak yang turut tersengih.
Monday, September 27, 2010
THE NEW SEASON OF TV SERIES
Tuesday, June 08, 2010
LAGENDA BUDAK SETAN : TAK CUKUP SETAN KOT

Aku memang nantikan filem-filem yang diangkat dari novel-novel terkenal. Dari filem omputeh sampai-lah ke filem melayu. Semua aku minat walaupun aku belum baca lagi novel itu. Lord Of The Ring, Harry Potter, Ayat-ayat Cinta dan lain-lain.
Filem pertama yang aku baca novelnya terlebih dahulu sebelum tonton filemnya ialah Ayat-ayat Cinta.
Pada mulanya, aku agak kecewa dengan hasil filemnya, tetapi apabila membaca penerangan pengarahnya tentang kenapa filem itu direka sebegitu, aku terfikir. Aku betulnya juga. Kenapa filem tak boleh ditiru bulat-bulat dari novel?
Ok, aku cuma hendak ulas filem melayu yang diangkat dari novel popular sepanjang zaman, "Lagenda Budak Setan".
Aku belum baca lagi novel ini. Frankly, aku tak larat nak baca buku yang mempunyai 500++ pages itu.
Oleh sebab aku tak baca lagi novel ini, jadinya aku tiada gambaran asas tentang filem ini. Siapa itu Kasyah, kesetanan Kasyah yang menyebabkan dia jadi lagenda, siapa itu Ayu dan sebagainya. Aku kosong. Aku peminat baru.
Aku dapat lihat kekuatan aura novel ini ketika di sekolah menengah. Masing-masing dengan perangai masing-masing. Baca novel sampai tertonggeng-tonggeng. Bila baca bab Kasyah dengan kelakuan setannya, dia hempas buku. Bila bab Kasyah bercinta dengan Ayu, dicium-cium novel itu. Punya la....
Bila aku tonton filem ini, aku tak dapat feel macam aku tengok gelagat kawan-kawan yang baca novel ini dulu. Rasa macam filem yang biasa-biasa. Ini novel lagenda ni beb! Kena rasa something. Eh silap, mesti rasa something!
Tak "legend" langsung dinamakan budak setan kalau setakat buat jahat seciput je. Jahat pun jahat budak-budak aje. Alahai... Kalau begini pun boleh dikira budak setan, aku rasa dah ramai yang jadi lagenda.
Berikut adalah salah satu luahan rasa hati seorang peminat Lagenda Budak Setan yang paling true...
"Apa yg Legend? Mana ntah Budak Setan nya. FK tak sesuai bawak watak kasyah.Lisa pun tak sesuai bwk watak ayu.Que superb.Fazura biasa2 je. Syikin kamal? totally out. Ape salahnye kalau buku setebal 500 m/s tu bagi 3?wat trilogy.tak payah nak pk sgt pasal sambungan novel LBS - Katerina & Kasyah-Lagenda Berakhir sbb kekuatan cite nya adalah berkisar ... See Morepada Kasyah & Ayu, tapi tak digarap baik kisah diorg.pukul org sikit,kacau 'cikgu' sikit (kat kolej mana ada org panggil lecture cikgu),taruk cicak sket,dah kira budak setan? bercinta pun sekejap gile.mana part diorg main skate,makan coney dog & rootbeer,duk kat seatle.. Really dissapointed.out of 5, i can give only 1.5. Even kalau tak bace novel pun i give the same sbb plot terlampau longgar.sorry sharad.pity ahadiat.LBS the movie patut cari tajuk lain,for me,cite ni tak layak guna nama tu.."
Sorry Sharad, you failed me. You failed a lot of fan. Alasan pengarah Ayat-ayat Cinta langsung tak boleh digunakan oleh Sharad.
Maybe, Khabir Bahtia nak cuba buat re-make next time?
Ulasan Tentang Pelakon
Lisa - Kejap sangat berlakon. Rasa tak puas tengok dia.
Farid - Kamu dah tak remaja dowh.
Que - Lu memang psycho bro. Love it!
Shiqin Kamal - Err.... Usaha lagi.
Raja Farah - Serabut sangat la kak...
Fazura - Amaran you kat ex-bf you memang superb. Class gitu.
Tuesday, May 25, 2010
GREY'S ANATOMY SEASON 6 DAH TAMAT!
Dan ketika itu juga aku mula ketagihan dengan siri daram "Grey's Anatomy" sejak dari musim pertama sehingga musim terkini, musim 6.
Sesetengah orang pandang drama ini sekadar drama yang biasa kita tonton di kaca televisyen yang lain. Tapi bagi aku tidak. Siri ini ada tarikan yang tersendiri jika dibandingkan dengan siri yang lain. boleh kita terfikir rutin harian di hospital juga boleh berkembang kepada pelbagai emosi dan penceritaan? Aku bukan pekerja perubatan, malah aku tak tahu pun macam mana suasana di hospital. Tapi bila aku tonton filem ini, aku dapat tahu pelbagai jenis nama ubat-ubatan, perasaan manusia, hakikat persahabatan dan pelbagai lagi. Ada nilai dalam setiap episod.
Dan musim 6 ini. Bermula dengan tragedi dan berakhir dengan tragedi.
Bermula dengan kematian George, diselang-selikan dengan penceraian Izzie dan Karev, dan musim ini disudahi dengan kecederaan McSteamy dan Karev. Juga kematian tragis Reed dan Charles. Sloan dah dapat pangkat "grandpa" dan mula belajar untuk mencari cinta sejati. Christina yang masih lagi dengan krisis cinta. Owen dengan rasa bersalah; pilih kawan atau pilih cinta. But they say, marry to your best friend. McSteamy dengan masalah pengurusan hospital. Webber dengan masalah alkoholik. Izzie dengan masalah "otak". Robbin dengan masalah cinta sejenis dengan Torres. Mercy West guys dengan masalah tertindas. Hehehe.
Hey, aku tak menangis okay tengok episod akhir.
Baca untuk respon penulis, Shonda Rhimes, terhadap peminat siri ini.
Tuesday, December 22, 2009
PATTERN BUDAK SEKARANG
.
.
.
.
Siapa yang tak pernah buat macam itu?
.
.
.
.
.
Gila suci!
Thursday, December 17, 2009
SAMBIL
Ok, jangan duduk depan tivi tengok bola sampai 31 Disember pula. Tu nak baca doa akhir dan akhir tahun dekat Madison Square. Jangan ikut sangat budaya barat.
Wednesday, November 25, 2009
POTONG! POTONG! POTONG!

Masa aku kecil dulu, sering ditakutkan tentang berkhatan.
"Weh, aku dengar member aku kena potong guna gergaji." - Padil, 5 tahun.
"Abang aku kata tak sakit pun. Macam kena gigit semut." - Haris, 10 tahun.
"Orang dulu-dulu lagi la, potong guna kapak." - Pak Hasyim, 50-an.
Nasib baik Doktor Kamal tak potong guna gergaji dengan kapak. Terima kasih juga kepada peranan ubat bius dalam pengkhatanan dulu. Dan yang paling penting, terima kasih kepada misi waktu itu yang memberi sokongan kepada aku *sigh*
Oh, aku terfikir, mana Doktor Kamal buat left-over tu ek?
Monday, July 06, 2009
BEZA ANTARA PEMINAT DAN PENONTON

Ada seorang awek cuba tunjuk lagak, mentang-mentang la dia dah tonton Transformers 2 terlebih dahulu dari aku. Untuk lagi nampak macam berlagak, dia SMS aku.
Awek : Weh, aku berjaya tengok Transformers2 !
Aku : Tahniah. Aku dengar kena beratur 2,3 jam.
Awek : Takpe ar. Asalkan dapat tengok.
Aku : Jangan bagi spoiler. Aku nak tengok dulu, baru kita bercerita.
Awek : Bole. Tapi paling aku tak sangka si Frisbee dengan Sam tu.
..................
Aku : Frisbee tu yang mana satu?
Awek : Ala, robot kereta kuning tu. Jenama apa ntah. Kau ni, tak "fan" betul la.
Aku : Sayang.... robot kereta kuning tu bukan Frisbee namanya tapi Bumblebee.
Awek : Ala...aku saja je nak tengok kau peka ke tak....
Alahai....penonton cuba jadi peminat fanatik? Huhuhu.
Wednesday, March 18, 2009
NEW ADDICTION - PLAIN WHITE T'S - 1 2 3 4
Their new single and this song is very sweet
Plain White T's - 1 2 3 4
1-2-1-2-3-4
Give me more loving than I’ve ever had
Make me feel better when I’m feeling sad
Tell me I’m special even though I know I’m not
Make me feel good when I hurt so bad
Barely getting mad
I’m so glad I found you
I love being around you
You make it easy
Its as easy as 1-2-1-2-3-4
There’s only one thing two do three words four you
(I love you)
I love you
There’s only one way to say those three words
That’s what I’ll do
(I love you) I love you
Give me more loving from the very start
Piece me back together when I fall apart
Tell me things you never even tell your closest friends
Make me feel good when I hurt so bad
You’re the best that I’ve had
And I’m so glad I found you
I love being around you
You make it easy
It’s easy as 1-2-1-2-3-4
There’s only one thing two do three words four you
(I love you) I love you
There’s only one way to say those three words
That’s what I’ll do
(I love you) I love you
(I love you) I love you
Sunday, March 01, 2009
SUDAH AKU KATAKAN, HIDUP INI UMPAMA NASI BUNGKUS.
Lauk macam biasa. Standard-standard sahaja.
Daging sesenduk, sayur seulam, kuah semangkuk.
Nak makan sedap-sedap, baik aku balik rumah.
Aku rasa kuah dia cair, aku tambah kicap.
Aku rasa daging dia tawar, aku tambah sambal belacan.
Duduk atas kerusi, minum air kosong.
Dah fikiran aku pun kosong, macam air.
Hidup kita ini macam nasi bungkus.
Kalau rasa tak best, kita ubah.
Kalau rasa tak kena, kita protes.
Hidup kita hari-hari sama je.
Pusing kiri, pusing kanan, tetap jumpa orang yang sama.
Ah, boring la asyik makan nasi bungkus.
Esok nak try makan roti canai tampal telur banjir.
Ada beran makan roti canai tengah hari?
Tuesday, February 24, 2009
LIFE IS LIKE A RICE AND DISHES IN THE TUPPERWARE. HEH!
Kita sebagai pemakan,
Lauk sebagai penyedap,
Duit sebagai pengantara,
Tokey kedai sebagai penyentap.
Sebagai pemakan kita nak lauk yang sedap-sedap,
Kalau tak sedap, tak terbukalah selera,
Tapi kita tak tahu lauk-lauk sedap itu berapa harganya,
Sampai la kita sedar yang kita sudah tersalah pilih lauk,
Bila tokey kedai cakap harganya RM8.00
Untuk lauk sotong, ayam dan ulam bersambal belacan.
Waktu itu la baru kita sedar yang kita kena gadaikan duit tambang bas,
Macam itulah hidup kita.
Kita suka pilih awek/chikas yang cantik-cantik sahaja,
Sebab kalau tak cantik, takkan la boleh kita suka,
Tapi kita tak tahu awek/chikas cantik itu baik atau tidak,
Sampai la kita sedar yang kita sudah salah pilih awek/chikas,
Bila ada orang cakap, "Hei, ini awek/chikas aku la. Nak kena tumbuk?"
Waktu itu la baru kita sedar yang hidup kita ini macam makan nasi bungkus.
Nampak sedap tapi rasa macam hampas. Wek!
Monday, November 24, 2008
THE LAST DINNER?
Untuk laporan selanjutnya, sila klik ke link ini. Cheers!
MENUJU PUNCAK!
Untuk gambar yang banyak-banyak, sila klik ke link ini. Cheers!
Saturday, November 15, 2008
APA YANG AKU CARI SEBENARNYA DALAM HIDUP INI?
Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup ini. Sekarang, aku rasa keputusan aku untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat universiti ini adalah satu keputusan yang mementingkan diri sendiri. Keputusan untuk aku lari dari realiti hidup yang sebenar. Aku takutkan realiti yang aku akan jadi dewasa dan pikul tanggungjawab seperti orang dewasa. Cari kerja, tolong keluarga, punya kereta atau kenderaan (sekurang-kurangnya), ada masa depan yang cerah dalam membina karier, tidak bergantungan kepada bantuan ibu bapa semata-mata dan mempunyai keluarga sendiri.
Kini, usia aku dah menginjak lagi satu tahun lebih tua. Bertambah lagi beban yang aku perlu pikul. Dalam usia yang jubli perak ini, aku rasa aku perlu cuba ubah sesuatu tentang diri aku. Mungkin jadi lebih matang. Atau lebih bertanggungjawab mungkin? Aku belum pasti lagi apa perubahan yang aku nak pilih. Drastik atau konsisten? Langsung atau tidak langsung? Jelas atau kabur?
Dalam usia yang dah bertambah setahun ini juga, aku bersyukur kerana tiada lagi sesiapa yang bertanyakan status perkahwinan aku. Dah kahwin atau bujang? Belajar atau kerja? Aku rasa mungkin wajah muda aku yang sering tersenyum ini yang membantu. Wajah dan gaya budak sekolah, orang kampung aku kata. Bukan aku yang kata.
Erm, mungkin aku perlu simpan jambang untuk nampak lebih gaya "brader-brader" kot?
Friday, November 14, 2008
TUBUH BESAR INI PERNAH...
Sempena hari ulang tahun aku yang ke jubli perak ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa aku yang telah berusaha untuk membesarkan aku di dunia ini, adik aku yang belanja makan chicken chop dan kentang goreng di Nongka, sahabat-sahabat NTMTTS yang ngeteh sambil sambut birthday aku (kot) di ibu negara, sahabat-sahabat yang sanggup melayan panggilan percuma aku dalam usaha untuk meng"fully-utilize"kan hadiah dari Maxis ini dan juga kepada para sahabat yang bakal mengucapkan "Happy Birthday" kepada aku nanti. Terima kasih..
Friday, October 31, 2008
PICTURE (1) - THE LAST CURTAIN
So, klik link ini kalau nak tengok banyak-banyak gambar.



