Saturday, November 29, 2008

CINTA YANG (KONON) SEJATI TETAPI TIDAK BERPANJANGAN

Sejak akhir-akhir ini, banyak cerita tentang cinta tak kesampaian yang kita dapat kita dengar. Yang kebanyakkannya cerita tentang artis dan selebriti kesayangan rakyat Malaysia. Ada yang tragis. Ada yang dah dijangka. Ada yang tiba-tiba. Dan banyak di akhbar.

Tuesday, November 25, 2008

GOSIP AKHIR SEMESTER

Aku ada ramai kenalan. Kenalan tak semestinya kawan. Sekadar kenal di suatu majlis atau kelas atau kawan atas kawan. Tak semestinya rapat dan tak perlu bertegur sapa. Cukup sekadar angkat kening atau dengan sapaan "Hai". Jangan sampai berselisih bahu pula. Tak elok. Sebab kita kan orang melayu, penuh budi bahasa.

Nak dijadikan cerita, aku ada dengar cerita tentang gambar "projek" seorang student dengan balaknya, juga seorang student. Aku tak tengok lagi. Bukan tak mahu. Mahu. Cuma belum jumpa fotonya lagi. Foto ini mula tersebar secara tidak konsisten di kebanyakkan kolej. Dengan teknologi sekarang yang serba canggih, sebaran dikatakan sepantas kilat, selaju deruan angin.

Satu hari, kawan aku tunjukkan aku muka student itu, yang kebetulan melintas depan kami. OMG! Ini salah seorang kenalan aku yang pernah sekelas. Tak sangka pula dia "pelakon"nya.

Apa yang aku perhatikan sepanjang aku sekelas dengan dia, 2 tahun dahulu, dia mempunyai seorang kawan baik. Yang aku rasa mungkin jauh lebih baik nasibnya dari dia sendiri. Pada semester yang awal, kawannya itu sudah mempunyai teman lelaki. Tetapi tidak pada dia. Mungkin disebabkan figure tubuh badannya yang agak berisi atau fesyennya yang agak ke"makcik-makcik'kan menyebabkan dia dipergunakan sebagai injakan untuk mengorat kawannya.

Dahulu dia bertudung elok. Macam- awek-awek biasa. Biarpun figure tubuhnya tidak seksi, namun tidak pula mulut jahat aku ini mahu mengutuk. Biarpun tubuhnya tidak diselimuti baju-baju seksi, wajahnya tidak dipalit alat solek mewah, bagi aku itu sudah memadai.

2 tahun yang berlalu benar-benar mengubah penampilan dia yang semakin seksi. Bonjolan-bonjolan lelemak tidak lagi malu disorokkan. Sudah nampak"air"nya, kata orang-orang muda. Rambut sudah berani ditampilkan dengan gaya rebonding. Pakaian ala-ala gadis metrofulus. Pendek kata, dia sudah menjadi seseorang yang baru.

Bukan aku mahu menyibuk atau suka jaga tepi kain orang tapi aku sedih. Kasihan mengenangkan nasib kenalan itu. Dah la tak lawa, maruah dah hilang, malu berbakul-bakul pula tu. Bukan setakat 2,3 orang yang meleret mata bila nampak dia, malah ada yang meleleh air liur. Kan ke elok, walaupun tak lawa tapi akhlak itu elok. Tak jadi buah mulut orang.

Mungkin dia mahu jadi "Ikon Seks" kot.

Monday, November 24, 2008

THE LAST DINNER?

Sebenarnya, makan di mana-mana pun aku rasa sama je. Dengan sesiapa pun sama je. Sorang-sorang je pun aku still on. Tapi kali ini lain. Try makan kat satu spot makan yang baru (walaupun dari penjual yang sama). Duduk di bawah limpahan bulan (yang dilitupi awan hitam) dan disinari dengan cahaya bintang (yang samar-samar), makan sampai kenyang gila dan gelak tanpa menghiraukan ketenteraman awam. Wow! Marvelous!

Untuk laporan selanjutnya, sila klik ke link ini. Cheers!

MENUJU PUNCAK!

Di kampus ini ada satu puncak yang paling tinggi. Dan nombor 162 ini sangat signifikan puncak ini. Jadi, aku bergambar dengan nombor ini, menandakan aku dah sampai ke puncak yang tak semua orang dah berjaya mendakinya. Tapi kalau Gua Batu Caves, aku tak sure aku larat sampai atas, Maybe, sampai tangga yang ke 162, aku dah all-out dah. Huh!

Untuk gambar yang banyak-banyak, sila klik ke link ini. Cheers!

Sunday, November 23, 2008

MADAGASCAR 2 : ESCAPE TO AFRICA

Aku dah tengok sedikit cerita ini. Tapi gambar wayang. Tak lawa. Bahasa Russia lagi. Ingat aku Russian ke apa? Tapi aku tetap nak tunggu movie yang clear sikit sebelum tonton sampai habis.

Ada satu scene tu yang sangat buat aku touching macam biasa. Scene Melvin the Giraffe bersetuju jadi volunteer untuk jadi korban kepada "God Of Volcano". Sempat gak dia cakap yang Gloria ini istimewa buat dia. Walaupun berbeza pada saiz dan spesis.



"Gloria,
I want you to know,
Back at the zoo,
It's never the doctor,
Told the prescription that kept me going,
It's always you,
Seen you everyday that what kept me going."

APA YANG DAPAT KITA PELAJARI SEPANJANG SEMESTER INI

Semester ini sudah pun berakhir bagi pelajar yang dah habis exam. Cuma tinggal beberapa paper lagi sebelum final exam menutup tirainya pada 26 November ini.

Sekarang. Di kampus cuma tinggal beberapa kerat pelajar yang tergolong dalam golongan penutup pintu dewan peperiksaan. Dan. Beberapa kerat pelajar yang malas mahu pulang ke rumah. Aktiviti tak banyak. Malam layan movie, waktu siang beraktiviti tidur.

Dan. Aku perolehi satu aktiviti baru. Memancing. Bukan memancing perempuan. Tidak. Ini mancing betul. Mancing ikan kecil-kecilan. Elok la mancing ikan kecil, dari berlagak nak dapat ikan besar tapi seekor ikan pun tak dapat. Ha ha ha!

Oh, *kelalen. Lupa. Apa yang aku dapat belajar pada semester ini selain pelajaran akademik?

1) Aku kena kurangkan sedikit perasaan curiousity dan busy-body dalam diri aku. Macam-macam benda terjadi jika aku tidak dapat mengawal perasaan itu. Samada ia boleh membawa kebaikan kepada aku atau membawa bencana kepada aku. Tapi biasanya, buruk je la.

2) Biasanya, pada hujung-hujung tahun pengajian, macam-macam boleh terjadi kepada nilai persahabatan. Yang makin erat, bagus la. Yang makin menjauh, lain pula ceritanya. Tapi it's very damn stupid bila membina nilai persahabatan selama 3 tahun tapi putus sebab benda kecil? WTF!

3) Tak semua orang boleh faham dengan lawak kita. Dan. Tak semua semua boleh tahan dengan lawak kita. Semua orang ada paras ego yang tersendiri. Bergantung kepada berapa banyak nilai keberlagakkan dia. Tapi ingat, tak semua orang ber-ego mempunyai hati yang kental. Ianya fragile. Mudah pecah. Hati kristal. Handle with care.

4) Hidup ini indah bila kita dikelilingi oleh kawan-kawan yang amat memahami. Dan kita tidak akan rasa kehilangan mereka sehingga takdir yang memisahkan kita. Perpisahan kompulsari terjadi bila ramai kawan-kawan yang dah cukup masa belajar akan tamat pengajian dan akan menjalani kehidupan sebagai tax payer di luar sana.

5) Laptop adalah anugerah berharga kepada kita. Dan jangan mendera ia dengan memuatkan pelbagai jenis software, movie, games dan "benda-benda pelik" ke dalamnya. Kita tidak akan merasakan kasih sayang dia sehinggalah ia kena over-haul masuk bengkel HP. *Really miss my laptop*

6) Berkali-kali harga rokok naik pada semester ini. Dan berkali-kali aku tidur lewat pada semester ini untuk menyetelkan projek dan tugasan akademik. Kaitan? Tidur lewat merangsang perasaan aku untuk menghisap rokok. Kata orang, buat kawan berjaga. Aku rasa semester depan aku perlu awalkan tidur supaya aku tidak merokok. Harga naik RM0.30 pun terasa goyang poket aku.

7) Don't ever trust last semester student. Ever! Ini pernah terjadi pada aku. Jangan bagi pinjam apa-apa benda, lebih-lebih benda yang berharga pada anda (tapi tak berharga pada mata orang lain). Nanti bila kita call nak barang kita semula, dia dah sampai rumah dah. Dan kita pula yang susah-susah nak mencari semula barang kita yang dia letakkan bersepah. Damn!

Wednesday, November 19, 2008

STRIKE THE EXAM OFF!!

Hahahaha.....

Exam telah tamat untuk semester ini.

First thing first, mahu tidur sampai mata aku kata " Wo bunguk, bangun la. Aku nak tengok cahaya".

Atau. Sampai ada lahanat yang buat bising di bilik aku minta blue. Ingat aku tokan ke ape?

Biar pun aku jawab exam macam jahanam untuk semua paper, aku hanya mampu berdoa agar semua lulus biarpun colour tak flying sangat. Asal lulus sudeh...

Dah, dah. Aku nak tidur. Malam nanti nak belajar memancing. Esok nak pergi beli hadiah. Banyaknya aktiviti lepas exam...

Hehehe...

Sunday, November 16, 2008

AKU BUTUH BANTUAN KALIAN

Seperti yang ramai tahu (aku assume bahawa 3 ucapan itu dah di kira sebagai banyak), hari ulang tahun aku yang ke jubli perak dah berlalu beberapa hari lepas.

Dan dalam ramai-ramai kawan, aku ada dapat satu hadiah. Ya, satu. Tapi itu dah cukup memadai dari tak dapat apa-apa langsung. Lagi haru, kan?

Si dia yang bagi aku hadiah ini turut meraikan ulang tahun kelahiran pada bulan november ini dan aku berjanji nak bagi hadiah juga.

Dan aku bingung tak tahu nak bagi hadiah apa. Apa sebenarnya yang wanita nak dalam pemberian hadiah ini? Setakat nak bagi "ikhlas", aku takde hal-lah.

So, tolong bagi advice aku perlu bagi apa ya? Tinggalkan dalam ruangan komen ye. Thanks.

p.s : sebelum 24 November 2008 tau! Hehehe....

SIRI BERBORAK DENGAN PYAN PADA SATU MALAM SAHAJA - BULUH PERINDU

Pyan. Dia bukan Suffian Aziz yang kebanyakkan kita kenal semasa di bangku sekolah dulu. Pyan ini nakal sikit. Dan hobinya bukan bermain tenis. Pyan ini kasar orangnya. Berpewatakkan bad-boy dan bergaya playboy sedikit dari Pyan yang kita kenal dahulu. Namun, jika sesiapa yang mempunyai hobi sepertinya, nescaya kamceng-lah mereka.

Hobinya memancing. Ikan. Bukan anak-anak ikan. Ini betul-betul punya ikan.

Malam itu. Selepas bercerita tentang hantu zaman persekolahannya, Pyan bercerita lagi. Kali ini semasa dia pergi ke kawasan perbukitan sekitar Bekok, Segamat. Kata dia Gunung Cabang Tiga. Aku tak pasti betul atau tidak nama itu. Tidak pasti kesahihannya. Cuba kita tanya Apox atau Afzan untuk kepastian ye.

Ok. Dia ke sana atas urusan kerja kursus Form 6 nya. Ya, Pyan pelajar jurusan Geografi dan di sini, di kampus ini, Pyan berjurusan undang-undang pula. Hairan? Possible is nothing, kata Adidas.

Berapa ramai sangat di antara kita yang berpeluang untuk melihat buluh perindu? Penggunaan peribahasa "Suara merdu bak buluh perindu" bukan lagi metafora kosong. Pyan bisa buktikan kewujudan tumbuhan ini. Tapi ini bukan tumbuhan calang-calang. Bukan juga tumbuhan penyembuh tenaga batin seperti tongkat ali atau kacip kak timah. Ini ubat untuk suara merdu. Seperti yang digambarkan dalam peribahasa.

Kata Pyan, menurut Tok Batin yang menjadi ketua rombongan itu, dan seperti yang ditunjukkan oleh Tok Batin, buluh perindu yang mereka temui di hutan itu, tumbuh di atas batu sungai. Pelik bukan? Bagaimana tumbuhan bisa tumbuh di atas batu? Ruasnya kecil sahaja. Hanya sebesar batangan pensil dan tumbuh serumpun seperti buluh yang biasa. Tapi awas kepada penggemar rebung. Buluh ini tiada rebung, tetapi mempunyai bunga sebesar tapak tangan dan berwarna merah jambu cair. Menurut Tok Batin, hanya bunga itu sahaja yang Penjaga Hutan benarkan puaknya ambil. Itu pun selepas membaca sedikit mentera dan digunakan untuk tujuan perubatan.

Menurut Tok Batin lagi, buluh perindu biasanya digunakan oleh orang untuk tujuan kemerduan suara. Sedikit hirisan batang buluh (sebesar jarum peniti) akan ditusukkan di bawah lidah. Kata Tok Batin-lah, tidak pula ditunjukkan caranya. Dan setiap dari buluh perindu itu terjaga oleh Penjaga Hutan, dari benihnya sehingga-lah ke daunnya yang kering. "Nak ambil, kena minta kebenaran dahulu" Tok Batin berpesan.

Tapi cikgu pengiring Pyan bukan seorang yang suka patuh kepada arahan. Maklum-lah, cikgu. Mana nak dengar sangat cakap orang lain. Gatal tangan petik sehelai daun buluh perindu dan diselitkan di buku notanya.

Sesampai sahaja di tapak perkhemahan, daun bertukar menjadi pasir! Eh, macam iklan susu menjadi keju pula.

Saturday, November 15, 2008

APA YANG AKU CARI SEBENARNYA DALAM HIDUP INI?

"Ku bukan superstar, kaya dan terkenal,
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal,
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi,
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai..."
~~Project Pop : Bukan Superstar~~

Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup ini. Sekarang, aku rasa keputusan aku untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat universiti ini adalah satu keputusan yang mementingkan diri sendiri. Keputusan untuk aku lari dari realiti hidup yang sebenar. Aku takutkan realiti yang aku akan jadi dewasa dan pikul tanggungjawab seperti orang dewasa. Cari kerja, tolong keluarga, punya kereta atau kenderaan (sekurang-kurangnya), ada masa depan yang cerah dalam membina karier, tidak bergantungan kepada bantuan ibu bapa semata-mata dan mempunyai keluarga sendiri.

Kini, usia aku dah menginjak lagi satu tahun lebih tua. Bertambah lagi beban yang aku perlu pikul. Dalam usia yang jubli perak ini, aku rasa aku perlu cuba ubah sesuatu tentang diri aku. Mungkin jadi lebih matang. Atau lebih bertanggungjawab mungkin? Aku belum pasti lagi apa perubahan yang aku nak pilih. Drastik atau konsisten? Langsung atau tidak langsung? Jelas atau kabur?

Dalam usia yang dah bertambah setahun ini juga, aku bersyukur kerana tiada lagi sesiapa yang bertanyakan status perkahwinan aku. Dah kahwin atau bujang? Belajar atau kerja? Aku rasa mungkin wajah muda aku yang sering tersenyum ini yang membantu. Wajah dan gaya budak sekolah, orang kampung aku kata. Bukan aku yang kata.

Erm, mungkin aku perlu simpan jambang untuk nampak lebih gaya "brader-brader" kot?

Friday, November 14, 2008

TUBUH BESAR INI PERNAH...

Sempena hari ulang tahun aku yang ke jubli perak ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa aku yang telah berusaha untuk membesarkan aku di dunia ini, adik aku yang belanja makan chicken chop dan kentang goreng di Nongka, sahabat-sahabat NTMTTS yang ngeteh sambil sambut birthday aku (kot) di ibu negara, sahabat-sahabat yang sanggup melayan panggilan percuma aku dalam usaha untuk meng"fully-utilize"kan hadiah dari Maxis ini dan juga kepada para sahabat yang bakal mengucapkan "Happy Birthday" kepada aku nanti. Terima kasih.
.
Tubuh besar ini pernah merasa perasaan bertubuh kecil bertahun-tahun yang lalu.
Tubuh besar ini pernah merasa sakit terluka dihiris kata nista.
Tubuh besar ini pernah menangis tika hati kecil tak tertahan menanggung kata ejek.
Tubuh besar ini pernah merasakan gembira tatkala menjumpai tulang rusuk palsunya.
Tubuh besar ini pernah terkata maki hamun pada yang tidak sepatutnya.
Tubuh besar ini pernah menyebabkan orang bermasam muka berhari lamanya.
Tubuh besar ini pernah menyatukan 2 hati yang bukan hatinya.
Tubuh besar ini pernah dilahirkan dari perut yang besar yang seketika kemudian menjadi kempis.
Tubuh besar ini pernah tersungkur dan kini bangkit kembali....

Wednesday, November 12, 2008

PENAT STUDY, OTAK DIA JADI PENING

Gambar ini langsung tidak menggambarkan bahawa ketiak aku berbau hangit seperti yang didakwa oleh hidung Majid. Langsung tiada kaitan okay? Cuma dia tidak mahu dikenali melalui blog ini. Sebab kebanyakkan gambarnya dihantar ke majalah-majalah hiburan tempatan yang terkenal dan kurang terkenal, di ruangan "Berkenalan". So, tak mahu terkenal sangat-lah. Memang gaya old skool.

Majid mahu ikut aku pergi study dan berinternet di sekitar kampus ini. Tapi awal-awal lagi aku sudah bagi warning sama dia. No redtube today, okay!

Monday, November 10, 2008

LAGU TEMA ADIK-BERADIK

Lagu ini saya tujukan buat Angah Ijat , khasnya, yang berada jauh di sana dan kepada adik-adik Along yang lain, amnya, dengan ucapan "Jaga Along Hati Kristal elok-elok ye".


Bernafas Dalam Lumpur - Wings <--Download!
Lama mana lagi,
Hendak ku turutkan,
Kata telunjuk yang menuding kepalaku,
Sabar apa lagi,
Hendak ku turutkan,
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur,
Kasihan...

Wajah kita sama,
Beza pada gaya,
Itu pilihan masing-masing yang empunya,
Mungkin pada usia,
Rasa yang berbeza,
Yang penting kita saling hormat menghormati,
Panduan...

( korus )
Kita tak dapat bersama,
Namun kita juga manusia,
Kita punya rasa cinta,
Masing-masing punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi,
Akan aku korbankan,
Selagi ada hayatku di kandung badan,
Oh terima kasih,
Kerana balasan,
Semoga sejahteralah hidup semua,
Oh kawan

Sunday, November 09, 2008

SEBAB AKU TAK SUKA BILA MANCHESTER UNITED KALAH

1) Sepatutnya, semalam kami (yang rata-ratanya penyokong Man United) cuba plan untuk prank Ijat Badminton sempena birthdaynya semalam. Cadangnya lepas tamat perlawanan Manchester vs Arsenal. Bila Man United kalah, semangat nak prank Ijat terus luntur. Last-last tak jadi prank.

2) Kalau Man United kalah, penyokong-penyokong fanatiknya akan terjerit-jerit maki hamun. Semua orang diorang akan maki. dari Pakcik Alex, Barbatov hinggalah ke kad Astro. Bingit weh!

3) Setiap pencinta bola sepak liga inggeris akan singgah di bilik aku untuk minum lepas penat terjerit-jerit. Lalu, perbincangan perlawanan tidak rasmi akan bermula.

4) Setiap orang akan bermuram sebab pasukan fantasy football masing-masing akan berkurang markahnya.

SIRI BERBORAK BERSAMA PYAN PADA SATU MALAM SAHAJA - PROLOG PENGALAMAN HANTU

Pyan. Bila dia mula berborak, yang mendengarnya pasti terpaku. Terpaku kaku dengan kisah yang diborakkan. Tak kurang juga yang terlopong, menapis-napis cerita mana yang asli dan mana yang palsu.

Bila Pyan mula singgah bilik, dan bercerita, hajat nak kencing pun boleh ditangguhkan. Yang sedang belajar pun sanggup letak pen. Yang sedang berjalan pun sanggup bersinggahan. Yang sedang berduka, pasti akan rasa riangnya.

Begitu-lah Pyan.

Satu malam Pyan singgah bilik aku. Dengan sebatang rokok Pall Mall merah terkemam di celahan bibir tebalnya. Terkepul-kepul asap nikotin terhambur keluar dari hidung dan mulut. Bagai naga muda yang baru tahu bernafas api. Tersenyum-senyum saja melihat Majid yang sedang membancuh air nescafe 'o.

"Wah, sikit air!" Ayat pertama yang keluar dari mulutnya. Aku dah agak dia akan cakap begitu. Dan aku memang harap dia cakap begitu. Umpan dah disentap. Aku, Wan dan Majid mengulum senyum.

Sambil minum, aku pura-pura buka video filem pendek dari "Siri Agak Seram: Dah ke belum?" di laptop Wan. Pyan nampak berminat dengan filem itu. Terjegil-jegil matanya bila menonton.

"Aku pernah kena kes macam ni dowh". :p Yes! Pyan nak bercerita.

******************************************************************************

Masa tu, aku kat sekolah teknik kota tinggi. Form 5. Petang tu, aku bangun lambat. Sial betul member-member aku. Bukan nak kejut aku. Tetiba aku bangun dah maghrib. Dan dan aku terus pegi mandi. Bila dah siap-siap nak pi dewan makan, aku baru sedar yang Bob pun tak bangun lagi. Aku panggil nama dia 2,3 kali. Dia dengan muka mamai rambut berserabai, just angkat kepala, pandang aku dan tarik balik selimut merah bau lahanat-nya. Sial betul. Pandang aku macam nak gaduh. Aku ingat dia demam. Aku biar je la. Aku terus la pegi dapur dewan makan. Makan nak kena cepat. Nak kena kejar sembahyang maghrib kat surau lagi.

Bila aku sampai kat dapur dewan makan, aku tengok Bob tengah sedap berborak sambil mulut mengunyah nasi. "Eh, cepat pulak dia sampai", aku cakap dalam hati.

"Weh Bob! Bab makan kau memang nombor satu. Bukan main cepat kau turun. Baru je tadi aku nampak kau tidur syok dengan selimut merah kau." Aku jerit dari luar lagi.

"Kepala hotak kau. Aku dah lama borak dengan Wak. Sejak pukul 6.30pm tadi kot."

Jawapan Bob benar-benar buat selera makan aku putus. Aku ambil tembikai sepotong dan cepat-cepat turun surau. Kulit muka aku yang sawo matang ni tetiba berubah jadi pucat.

Kalau bukan Bob, mana ada lagi budak gemuk dorm aku yang berani tidur katil Bob yang bau macam lahanat tu? Apakah?

Bersambung....

Saturday, November 08, 2008

SENANDUNG SEPAGI BERSAMA BUKU

Jam menunjukkan masa yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah untuk tidur dan para suami isteri untuk berjunub. Tapi sesuaikah masa ini untuk aku tidur? Apa barang tidur awal brader. Tak muda la tidur awal. Tak abang-abang la brader. Bukankah amat rugi untuk aku tidur pada jam 4.00am ini. Dari aku bergelut dengan mimpi-mimpi buruk dan kadang-kala indah itu, lebih baik aku bergomol dengan nota EPS ini.

Oh, sambil belajar sambil berinternet. Macam sambil menyelam minum air juga-lah. Dah, aku dah tak nak buka redtube lagi. Nanti nak exam, boleh membawa ke arah kecelakaan pula otak aku. Yang 20gb ni pun belum habis ditelaah lagi, mahu cari yang baru lagi? Gila!

Chaiyok! Yay! Yay! Humcha!

Thursday, November 06, 2008

WO HO! - THE LAST CURTAIN (GRAB IT!)


THE PICTURE - "REMEMBER THE DAY"

SENGAL BERSAMA HAROLD DAN KUMAR

Aku suka menonton filem "Harold and Kumar 2 ; Escape From Guatanamo Bay". Termasuk malam semalam, aku dah tengok 3 kali filem ini. Filemnya sebelum ini (Harold and Kumar Go To White Castle) bagi aku kurang kick sebab tiada sidekick wanita yang benar-benar kick. Yang benar-benar menyuntik element romantik pada lelaki penyedut ganja a.k.a Kumar (Kal Penn).

Filem yang mengisahkan kehidupan 2 sahabat yang mempunyai personaliti yang gila berbeza tapi boleh hidup dalam satu apartment. Apa yang aku suka ialah Kumar yang sengal dan gila ganja itu, dahulunya (zaman kolej) adalah seorang yang sangat nerd dan diajar menghisap ganja oleh aweknya. Strange stoney love. Try tengok video ini. Sneak peek sebelum korang dapat tengok filem ini.



video

The Square Root Of Three - David Feinberg
I fear that I will always be,
A lonely number like root three,

The three is all that’s good and right,
Why must my three keep out of sight,
Beneath the vicious square root sign,
I wish instead I were a nine,

For nine could thwart this evil trick,
With just some quick arithmetic,

I know I’ll never see the sun, as 1.7321
Such is my reality, a sad irrationality

When hark! What is this I see,
Another square root of a three

Has quietly come waltzing by,
Together now we multiply
To form a number we prefer,
Rejoicing as an integer,

We break free from our mortal bonds,
With the wave of magic wands,

Our square root signs become unglued,
Your love for me has been renewed.

Sunday, November 02, 2008

ALARM UNTUK DIRI SENDIRI YANG SEMAKIN ALPA

Peperiksaan dah berada di hujung selekoh. Tapi. Macam biasa. Aku masih berada di dunia aku sendiri. Dunia mendownload pelbagai cerita menarik dari alam cyber. Satu per satu, 2 kali sehari, aku akan ke makmal komputer. Aku kini kian ketagihkan rancangan Destinasi Budget 2 di 8TV. Urgh! Dan lagi. 5 Jingga! Ha! Ha!

Aku sebenarnya tak tahu kenapa aku tidak seperti student lain yang pulun study kaw-kaw. Siang, malam, pagi, petang. Rujuk macam-macam jenis buku. Study group berhari-hari.

Cam'on beb. Tak kan kau nak stay sini sampai umur kau dah lanjut. Dan ganyut. Kau patut rasa malu bila sekeliling kau semuanya student-student awal 20-an. Dan. Adik-adik ini lebih rajin dari kau. Lebih bijak dari kau. Rasa segan pun dah cukup dah.

Cepat-lah kau keluar dari sini. Pergi cari kerja di luar sana. Jangan bergantung terus pada PTPTN dan elaun PAMA sahaja. Get a life! Your own money!

False alarm! False alarm!

Saturday, November 01, 2008

PENGARUH WANG DALAM PANDANGAN AKU

Jika kita berkata tentang duit, mustahil ada di antara kita yang tidak tahu kegunaan duit dan kepentingannya pada zaman sekarang. Segalanya perlukan duit. Kiranya kalau kita tiada duit, susah juga-lah mahu survive.

Macam-macam cara manusia zaman sekarang berusaha untuk mendapatkan wang. Cara bersih. Cara kotor. Menipu. Putar belit alam. Segalanya dilakukan dengan mengenepikan aspek-aspek kemanusiaan. Kira duit ni lebih hebat dari etika kemanusiaan sejagat-lah.

Aku juga suka duit. Duit membawa aku ke alam yang aku sukai. Duit memudahkan kegiatan harian aku. Hingga kadang kala aku pun terlupa bahawa duit itu akan kian susut. Duit itu umpama asap rokok ditiup angin kipas. Hilang begitu sahaja. Yang tinggal cuma bau rokok. Yang tinggal cuma hutang-hutang PTPTN. Huhuhu....

Aku berpendapat bahawa sentiasa dambakan kehidupan yang sederhana. Yang rezekinya setakat kurang lebih untuk simpanan dan hiburan sedikit. Tidak terlebih-lebih. Bagi aku cukup sekadar untuk aku hidup tanpa hutang (serta sedikit simpanan) dan hidup dengan perkara yang aku minat. Yang aku suka buat.

Bukan aku sudah putus syahwat kepada duit. Bukan juga aku sudah putus saudara dengan duit. Cuma bagi aku, jika aku sudah mempunyai duit melewati jangkaan atau impian aku, aku akan jadi lupa daratan. Lupa asal usul. Macam kacang lupakan kulit. Macam haruan lupakan anak.

Bukan aku tidak pernah alami situasi ini. Pernah. Dulu. Twice. Memang heaven masa tu. Aku rasa macam aku ni Ismet Ulam Raja pula. Berbelanja tak ingat dunia. Makan tak ingat budget macam aku ni host JJCM. Berjalan sana sini macam aku ni host Destinasi Budget.

Tapi apa yang jadi lepas tu? Aku mula sengsara pada masa kemudiannya. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Makan tak kenyang.

Aku mula risau pada seorang sepupu aku. Di dalam minded dia sekarang ni, memang fikir duit selalu. Cara hina atau kotor, belakang kira. Yang penting dapat duit dengan banyak dalam masa singkat. Biasa la orang muda. Darah masih panas.

Huhuhu... Moga-moga dia sedar cepat la hendaknya :p