Saturday, September 08, 2012

CRUSH AKU SEORANG BIDADARI - PETIKAN DARI ZINE SKANDAL

Aku melangkah longlai. Cuaca terik buat aku makin lemah. Macam Ultraman yang berdada lip lap lip lap menunggu tenaganya kering. Kadang-kadang aku berfantasi dan imajinasi. Burung hering sedang berlegar-legar di atas kepala aku. Menunggu aku tumbang rebah ke bumi dan menjadi mayat. Memamah cebis-cebis daging aku dengan rakus. Selisih malaikat 44!
Syiling yang aku genggam berkerincing. Aku goncangkan dalam gumpalan penumbuk. Saja aku mainkan begitu. Supaya hilang fantasi dan imajinasi tadi. Langkah aku makin laju. Blok-blok rumah pangsa separuh usang menjadi tempat teduhan dari terus dijirus cahaya mentari yang panas berdentum.
"Mok, awak nak pergi mana tengahari gini?"
Seorang makwe berbangsa tionghua memanggil aku dengan pelat cina. Dia yang hanya mengenakan blaus pendek polkadot berwarna hijau kaktus itu menjerit dari tingkat 4. Dia kawan sekelas aku. Biarpun kami dari blok yang berlainan tapi hubungan kami rapat. Aku selalu pinjam kerja rumah dia. Nama dia Suzee. Suzee makwe yang paling seksi dalam kelas. Budak melayu semua pakai baju sekolah jenis kurung tapi Suzee masih steady mengenakan pinafore. Walau kami masih di sekolah rendah tapi kami sudah pandai menilai kecantikkan anugerah tuhan.
"Saya nak pergi kedai Maniam. Awak nak ikut tak?"
"Tunggu!"
Sebentar kemudian Suee turun dan berjalan sekali dengan aku menuju kedai Maniam. Tersengih-sengih muka dia sambil tangannya menunjukkan not kertas RM1.
"Apak saya bagi, dia kirim belikan aiskrim. Dia suruh belanja awak sekali."
Waktu itu, walaupun masih lagi muda, otak aku hanya berfikir, tindakan Uncle Lim membelanja aku aiskrim hari ini seolah-olah merestui hubungan aku dengan Suzee. Rasa macam Uncle Lim bisik di telinga aku, "Lu jaga anak wa baik-baik" je.
Kedai Maniam terletak beberapa blok dari blok kediaman aku. Untuk ke sana, aku perlu melintas blok kediaman Suzee dan 3 blok yang lain sebelum sampai. Di kedai Maniam ada jual aiskrim potong. Aiskrim perisa kacang merah dalam potongan kiub bentuk empat segi. Sebanyak-banyak kedai runcit di Taman Cempaka ini, kedai Maniam je yang ada jual. Selain rasanya yang lebih berkrim dan banyak serdak kacang merah, harganya jual murah. 10 sen untuk sebatang.
Suzee beli 3 batang aiskrim. 1 untuk dia dan 2 untuk aku. Kami makan di padang permainan sebelah kedai. Dengan dipayungi pokok yang rendang dan angin petang, kami bagai 2 insan yang bercinta. Kadang-kadang Suzee mengelap jejesan ais krim yang comot di mulut aku. Dan kadang-kadang, aku menjilat jejesan ais krim cair yang mengalir di tangannya. Sungguh comel sekali. Adakah ini cinta monyet?
Yang menariknya, padang permainan ini menyediakan kerusi cement ferro tetapi kebanyakkan telah rosak kerana gejala vandalisme oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagai lelaki gentleman, aku mempelawa Suzee duduk di kerusi dan aku hanya bersila di atas rumput. Ah, bukan sebarangan punya pelan yang aku sediakan. Sambil menjilat lelehan ais krim yang cair, mata sempat mengerling ke arah Suzee. Atau lebih tepat lagi ke arah spender Suzee. Waktu itu, perangai tak berapa nak dewa sangat. Akibat terlalu bergaul dengan budak lain yang terpesong jauh, aku terikut-ikut akhlak buruk yang satu ini. Tapi tak kan kau tak pernah buat kan?
Suzee membeli 5 batang ais krim potong lagi untuk dibawa pulang. Tak puas makan katanya. Asyik kena kecek dengan aku sahaja. Dah memang ais krim tu sedap. Mana cukup 2 batang saja. Aku beli lagi 3 batang dengan wang yang aku bawa awal tadi. Aku menemani Suzee hingga ke tangga blok. Dan terus menanti dan memerhati sehingga dia sampai ke muka pintu rumahnya. Berpuas hati dengan keselamatan Suzee, aku meneruskan perjalanan ke blok aku. Aku terpaksa berlari sebab takut ais krim ini akan cair. Tak sedap makan pula. Tak elok pula kalau bagi pada Sofia nanti.
Sofia?
"Lambatnya awak beli ais krim!" Satu suara lunak menjerit dari kejauhan. Aku hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal dan berlari-lari anak ke arahnya.
"Maaf. Saya kena tahan dengan geng-geng Samsul tadi." Aku berbohong dengan lancar sambil menghulurkan sebatang ais krim kepada Sofia.
"Awak tak apa-apa ke?" Sofia yang dari tadi leka bermain pondok-pondok di parking lot motosikal segera mendekati aku untuk mengambil ais krim dan memeriksaan keadaan aku.
"Tak ada apa-apa. Bergelut sikit je. Tak luka pun. Cuma lebam sikit je." Aku menunjukkan peha yang kebiruan kerana lebam. Bukan disebabkan bergelut dengan geng-geng Samsul tetapi akibat disesah oleh ayah sebab mendapat keputusan peperiksaan yang teruk malam semalam.
"Nasib baik awak terer. Sebab tu saya suka awak." Sengih Sofia sambil membuka bungkusan ais krim dan menyuakan ke mulutnya. Aku hanya mampu tersenyum dengan gelagat Sofia. Adorable sangat-sangat. Kena bohong pun percaya sahaja.
Sofia adalah jiran aku di blok rumah pangsa kediaman aku. Kami saling mengenali sejak aku mula berpindah ke kejiranan ini. Kebetulan, Sofia duduk bersebelahan dengan rumah aku dan secara automatiknya ibu Sofia menjadi pengasuh aku ketika ibu bapa aku kerja. Aku pernah juga terdengar gurauan ibu bapa kami yang mahu menjodohkan kami bila usia menginjak dewasa. Aku tak kisah jika cita-cita mereka dikabulkan tuhan kerana Sofia memang mempunyai ciri-ciri wanita cantik suatu hari nanti. Tetapi ada satu perangai dia yang aku kurang gemar. Sejak kecil.
Sofia yang sedang berjalan menuju ke arah parking lot motorsikal, memusingkan tubuhnya ke arah aku.
"Awak tadi bergelut dengan geng-geng Samsul atau awak berdating dengan budak cina blok belakang tu?"
"Saya bergelut. Sumpah." Aku angkat tangan kanan gaya berikrar. Sofia nampak berpuas hati dengan sumpah aku tadi. Aku tarik nafas lega.
Satu perangai yang aku kurang gemar dengan Sofia ialah dia seorang stalker. Kecil-kecil lagi dah jadi stalker. Itu pasal aku pasang skandal dengan amoi bernama Suzee.

Saturday, June 23, 2012

SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERKINI - [ IKLAN ] LEBIH BAIK MATI DENGAN PRINSIP DARIPADA HIDUP MACAM PONDAN - GASAK, JUN 2012



Tajuk : Gasak
Penerbit : Sindiket Sol-Jah
Harga : RM20
Genre : Aksi
Tarikh Terbitan : Jun 2012

Pihak polis yang berkubu di hadapan pagar itu cuba meleraikan penunjuk perasaan yang bersenjatakan buluh-buluh runcing dengan papan sepanduk yang menghina negara sambil ketua mereka memekik-mekik mencarut kata-kata nista seperti orang hilang akal dengan pembesar suara.

-- Benci dan Dendam di Gawang Doa oleh Rudy

Penumbuk Wajih melayang ke arah Hani. Dek sudah menyangka perkara ini akan berlaku, Hani sempat mengelak. Penumbuk Wajih terkena tubir mata Hani tetapi lebih tersasar dan mendarat di jenang pintu. Teringat kata-kata Tina, penumbuk sulung Hani mendarat pada rusuk kanan Wajih. Tertunduk-tunduk Wajih memegang rusuknya.
-- Cinta Gila oleh Ay Yusof

Dengan sekuat tenaga, dia menyauk ketiak kanan Nadira dan menghumbannya ke arah pintu. Uncle Mokhsin dan temannya yang tercegat, tidak sempat bertindak atau mengelak apabila pisau yang tergenggam kukuh di tangan kanan Nadira merodok ulu hati wanita kurus tinggi berselendang hitam. Kepala Nadira pula menghentam dinding konkrit dan suasana dirasakan kelam, lalu bertukar gelap.
-- Culik oleh Dayang Noor

He still remembered the feeling of his heart sinking and breaking in two as he saw what was left of Scarlett, a bloody half a torso, her legs half a kilometre away from the scene, her intestines making a long trail from the place she got hit, head tilted at such an impossible angle due to a snap in the neck, mouth agape trickling blood with those lifeless, glossy eyes staring back at the husband.
-- I'm Sorry oleh Tryana

Pemuda itu telah nekad benar mahu menetak batang leher menteri. Mata parang telah diangkat tinggi. Tinggal masa untuk dihayunkan sahaja ke wajahnya. Pucat bagaikan benar-benar malaikat maut telah mencabut nyawanya, menteri kegigilan dalam ketakutan. Situasi begitu membuatkan akalnya yang selama ini bijak mencipta retorik, gagal berfungsi untuk memikirkan jalan keluar bagi menyelamatkan diri.
-- Keris Hitam Bersepuh Kuning oleh Fandy Taher

Dua pihak sedang menunggu detik yang sesuai untuk bertindak. Jimmy sedang menjulang gitar. Rancangannya gitar tersebut akan dijatuhkan tepat ke atas kepala Robert. Sedang Robert pula sudah bersiap sedia dengan batang mikrofon yang akan dilibaskan ke kepala Jimmy selepas Jimmy menjatuhkan gitarnya. John memerhati dengan cemas. Harapnya tiada apa yang buruk terjadi.
-- Konserto Rock Terakhir oleh Zan Zaini

Aku tumpukan sepenuh tenaga pada penumbuk kanan lalu terus aku lepaskan betul-betul ke arah anak tekaknya dan ini terus menyebabkan mamat tadi menekup tangan ke anak tekaknya menahan keperitan. Selepas puas hati dengan kekalahan mamat tadi, aku terus tak ingat apa-apa. Aku syak, penangan but Red Wing dah mula buat otak aku mengalami konkusi.
-- Legenda Skudai Kiri oleh Fikrikacak

Dengan sekali libas, tangan kanan aku menepis muka Zen Zakaria. Lutut kiri aku maju ke dadanya. Sedetik kemudian Zen Zakaria merasa tumbukan kiri yang kuat singgah ke mukanya. Dia terpelanting. Pinggan mangkuk bertaburan di lantai restoran. Sisa-sisa makanan tumpah bersepah. Zen Zakaria terbaring di bawah meja. Mukanya berlumuran darah. Dua gigi depannya patah.
-- Liga Gusti Bawah Tanah oleh Tok Rimau

Samurai Takamura menyerang, sambil menebas-nebas dengan katana. Katsume juga menyerang, dan, serentak dengan itu dia menebas celah kelangkang Samurai Takamura – tepat – tus! Kotek Takamura jatuh mengeletek ke tanah. Katsume memungut kotek yang telah terpangkas dari tubuh musuhnya itu, lalu menggantungkan ke leher.
-- Perempuan Terakhir Penegak Panji Kesamarataan oleh Sinaganaga

Si Bagong pantas menyambar tengkuk Lang Merah dengan kaki kanannya. Sekarang situasi sudah terbalik. Si Bagong berada di atas dan Lang Merah berada di bawah. Si Bagong mengembangkan sayapnya dan berkokok sekuat hati sebelum taji kanannya yang bersarung besi tadi diseret ke leher Lang Merah. Berhamburan darah panas Lang Merah membasahi gelanggang.
-- Taji Kehidupan oleh Aman

Anak-anak buah Chang sudah dibelasah separuh mati oleh Jinggo. Ambulans sudah standby. Tunggu isyarat sahaja. Sekarang hanya tinggal Chang dan Jinggo. Melihatkan anak buahnya lunyai dibelasah Jinggo, Chang mula goyah. Terasa bahagian pinggang ke bawah sudah terpasak ke bumi. Peluh jantan mula menitik satu persatu. Ketika ini, Chang mula terbayang Cikgu Solehah dirangkul kemas oleh Jinggo.
-- Gangster Taman Mawar oleh Abrar Che Teh

Husin melontar kapaknya ke arah lelaki itu. Berpusing-pusing melayang dan terpacak tepat mata kapak di atas dahi. Darah memancut. Lelaki itu rebah ke bumi. Husin cuba keluar dari bilik itu, tetapi dihalang oleh empat lelaki bersenjata. Laksana boomerang, Husin melempar sebilah lagi kapaknya. Kapak itu berputar lalu mencantas leher keempat-empat lelaki tersebut. Kapak melayang kembali ke tangan Husin. Empat badan rebah, empat kepala bergolek.
-- Prima Jaya oleh Mat Jan

Li mengepal sekemas-kemas tangan dan menumbuk perut lawannya sekuat hati. Tanpa memberi peluang lawan bertahan, dia terus menumbuk bertubi-tubi bahagian kiri dan kanan rusuk. Li menepis tangan lawannya membuka ruang melancarkan buah pukul. Rasa sakit tulang tangan berlaga dengan tulang hidung tidak diendah. Bersepai darah memercik dari hidung dan mulut lawannya. Aripin semacam terpinga-pinga, tidak berkata apa-apa.
-- Samseng Kampung oleh Firol

Hassan menarik rambut Megat, lalu dipusingkannya. Megat tertiarap. Dengan sepantas kilat, Hassan mengilas tangan kanan Megat ke belakang sekuat hati, manakala sendi siku dipijak. PRAAKK!!! Tangan kanan Megat terkulai. Tulang-temulang bagaikan hancur. Megat merengus kasar, bagaikan lembu disembelih.
-- Sisakoin oleh Shahir Yusoff

Sumber : Sindiket Sol-Jah

Thursday, May 17, 2012

MAKCIK-MAKCIK

Tahun ini jadi tahun kedua emak dan ayah menghadirkan diri ke kursus haji kelolaan Tabung Haji di Masjid Jamek Kampung Melayu pada setiap pagi hari Ahad. Makanya, pagi hari minggu kami adik beradik tersangat la heaven. Jika hari kebiasaan, pukul 7.00am ayah dah gegar kami, suruh kemas bilik dan rumah. Tapi itu bukan isu di sini.

Tahun ini tahun kedua emak dan ayah menghadirkan diri ke kursus  haji yang sama macam tahun lepas. Penceramah yang sama, kursus yang sama, lokasi yang sama. Tetapi, tidak seperti tahun lepas, setiap kali pulang ke rumah selepas kursus, emak pasti akan bercerita.

"Emak sengaja datang lambat. Boleh duduk belakang-belakang," Suatu hari emak buka cerita, "Malas nak duduk depan-depan."

"Kenapa?" Kami serentak bertanya. Jarang orang berumur suka duduk belakang kecuali lelaki sebab senang nak cabut keluar pergi hisap rokok.

"Ah, makcik-makcik yang duduk depan tu, time ustaz bercakaplah time tu dia nak ajak borak. Membebel sampai emak tak fokus." Sungguh-sungguh emak bercerita.

"Makcik-makcik?" Aku tanya kehairanan.

Untuk makluman, usia emak aku sudah di tahap boleh pencen kerja kerajaan.

"Ha ha ha." Kami adik-beradik gelak serentak. Syncronise  dan harmoni penuh sopan santun.

"Macam la emak muda sangat nak panggil orang 'makcik'. Ceh." Aku berseloroh.

Emak yang dari tadi elok bercerita, terus sambung suap hirisan mangga masam.

"Ala, makcik-makcik tu kira yang suka bebel-bebel, suka cakap banyak. Mak mana suka bercakap sangat"

Emak 'backing' diri sendiri. Ayah pun tak sanggup nak 'backing'kan emak, lalu masuk bilik sambil gelak-gelak.

ALGOJO DARI NURAKKA - SENJA JINGGA

Langit Johor Bahru tidak seperti petang-petang hari kebiasaannya. Senjanya jingga yang luar biasa. Ada biasan merah Marikh. Rakyat jelata memandang kagum kejadian aneh ini di Pantai Lido. Ramai yang mengambil kesempatan untuk memberhentikan kereta di bahu jalan. Ada yang bergambar, ada yang ber-instagram dan tidak kurang juga yang ber-twitpic. Mungkin juga segelintir kecil yang memuatnaik gambar ke dalam akaun Facebook masing-masing. Semuanya dengan tujuan untuk berkongsi dan mengabadikan momen sekali-dalam-sejuta ini kepada rangkaian kawan-kawan di internet. Dan tidak kurang juga yang mahu riak.

Petang makin larut. Lalulintas bertambah sesak. Lagi-lagi waktu itu adalah waktu orang pulang dari tempat kerja. Makin bertambah orang yang mahu berhenti di bahu jalan. Hinggakan abang Trafik tak mampu nak halang. Yang tidak berhenti, mungkin ada alasan kukuh yang lain seperti takut emak marah sebab balik lambat, nak ambil anak balik sekolah, isteri suruh singgah pasar beli ikan selar kuning dan pelbagai alasan logik yang lain. Tetapi kebanyakkan antara mereka berkongsi alasan yang sama; tidak memiliki telefon pintar, sama ada tidak mampu atau malas nak beli.


Kejadian aneh ini mendapat liputan luas di dalam media cetak, media massa dan media elektronik. Para blogger yang mencari jumlah pengunjung yang banyak akan menulis tentang teori-teori konspirasi berkaitan dengan kejadian ini. Para artis twitter mentweet tentang pendapat mereka dan follower mereka akan retweet. Golongan serbanistas pula terus mengaitkan fenomena alam ini dengan dunia akhir zaman tanpa mengetahui asal usul fenomena ini dan berbangga apabila pendapat mereka dikongsi dengan banyaknya di dalam Facebook.  Muka depan akhbar aliran utama memaparkan gambar fenomena tersebut dengan tajuk berita yang sangat mengujakan para pembaca. Senang kata fenomena ini menjadi bualan ramai. Bermula dari di Johor Bahru sehingga ke Lahad Datu.


Tidak ramai yang tahu, di satu sudut di bumi Johor Bahru. Sekumpulan makhluk mula berhimpun. Mereka menjelma entah dari mana. Satu demi satu makhluk ini hadir dalam bentuk bayang yang amat menakutkan turun dari langit seakan dewa kematian tetapi mengubah kepada bentuk seakan manusia apabila sampai ke sebuah altar yang dikelilingi jamung dengan api berwarna biru. 6 makhluk yang berselubung dengan kain baldu berwarna jingga nipis merapati meja pemujaan dengan cogan alam masing-masing. 


“Mengapa kau menyeru kami ke sini, Jagindas?” Makhluk bertopeng putih memulakan bicara.


“Kau tenang saja dulu, Karambit. Apa yang kau terburu?” Yang bertopeng biru bernama Mumbala pula mencelah.


“Saudaraku, maaf dengan panggilan tanpa sebarang notis ini. Aku ada berita kecemasan yang tidak dapat ditangguh.” Jagindas memulakan bicara.


Jelas sekali makhluk-makhluk ini tidak mengenali teknologi manusia yang dinamakan telekonferens.


“Mesti kau semua masih ingat lagi mangsa pemujaan kita yang pertama sewaktu kita mula sampai ke bumi ini.” Jagindas melemparkan soalan.


“Mana mungkin kami boleh lupa perempuan montok itu. Ha ha ha.” Katipang menjawab. Dengan memori sewaktu itu mula bermain di fikirannya.


“Ya, buas! Bagai kuda liar di padang ragut Mongolia. Ha ha ha.” Kali ini Paragas pula yang menyambung.


“Manakan tidak liar, habis dilibas burungmu sehingga senak berminggu lamanya. Ha ha ha.” Sumajang mencelah. Kali ini gelaknya disambut dengan gelak makhluk yang lainnya kecuali Paragas.


Dengan muka monyok, Paragas melemparkan topengnya ke altar, “Apa yang penting sangat? Jika diseru hanya sekadar untuk mentertawakan aku, aku ada urusan yang lebih utama dari ditertawakan.”

Thursday, May 10, 2012

KULTUS POP

DIARI ALGOJO DARI NURAKKA

Gadis dengan mata berbentuk badam berwarna nilam menelusuri lorong pahit. Kiri kanannya penuh dengan kisah silam manusia yang dilupakan. Dia kembali. Untuk mengheret tuan punya kisah silam ke muka pengadilan.

Nantikan di KLAB Jun ini.

Wednesday, April 25, 2012

FIXI CONTEST SEMPENA PELANCARAN NOVEL LICIK - FIRST PLACE

Sempena aku menganggur, aku cuba masuk Fixi Kontes untuk novel terbarunya, Licik dan aku konfiden aku menang sebab aku rasa cerpen aku best. Ha ha ha. Dan alhamdulillah dipilih sebagai pemenang. Rasanya, kalau dah menang, baik aku kongsi dengan korang semua. Fixi Kontes untuk novel Dosa aku masuk juga, tapi tak menang dan aku tak letakkan harapan untuk menang.

Sila gembira membaca.

*****

Ramli merenung tingkap. Rasa sesal mula terbit. Dia tidak sepatutnya buat begini. Dia mula rasa berdosa. Kalau dulu benda ini semua sudah menjadi lumrah tapi kini dia sudah berubah. Perangai buruknya dulu sudah dibuang. Kalau bukan kerana hasutan Johnny semalam, mesti semua ini tak terjadi.

Come on la Ramly. Bukan wife you tahu pun. I belanja ni. Chill skit. I kena balik dulu. You and Alice enjoy okay

Terngiang-ngiang lagi kata-kata Johnny malam tadi. Ah, dasar bapak setan. Bangkit dari katil, Ramly memandang sekujur tubuh yang masih lagi tidur. Alice namanya. Gadis ini dibawa oleh Johnny malam tadi. Mulanya diperkenalkan sebagai pembantu peribadinya tetapi sekarang lain pula. Lebih kepada perempuan simpanan Johnny. Dah lama juga Ramly berkenan tapi Johnny jadi penghalang.

Kalau tidak kerana tender projek perumahan berharga RM 3 juta, jangan harap Johnny nak bagi Alice pada dia. Sambil bersiap untuk pulang ke rumah, tersenyum sendirian Ramly terkenangkan kejadian malam tadi. Tubuh tuanya bagai dikerahkan ke titisan tenaga terakhir. Tidak mahu kalah dengan prestasi Alice punya pasal.

Jam sudah masuk pukul 8.30am. Sebelum jalan raya di Kuala Lumpur ini semakin sesak, baik Ramly balik dulu. Bilik hotel ni nanti, pandai-pandai la Alice atau Johnny uruskan. Hari minggu begini, kebiasaannya dia dan Ramlah, isterinya akan bersarapan bersama.

Dia tak mahu Ramlah membebel kalau dia terlewat nanti. Ternanti-nanti juga panggilan dari isterinya malam tadi. Tapi sampai ke sudah tak telefon lagi. Dia jadi tak sedap hati. Rasa berdosa kerana mengkhianati isterinya malam tadi tiba-tiba menerjah otak. Apa jadi kalau Ramlah dirompak malam tadi? Kalau rumahnya dipecah-masuk? Ngeri!

Setelah keretanya diparkir di luar rumah, Ramly masuk ke ruang tamu dan dapur. Kosong. Jarang sekali Ramlah bangun lewat. Sakitkah Ramlah? Lantas terus ke bilik tidur.  Pintu dikuak. Katilnya nampak ganjil dan Ramly menyelak selimut yang membalut tubuh isterinya.

“Johnny?”

Friday, April 20, 2012

MEET CUTE : RUGI DIA ADALAH UNTUNG KITA

Tini mengadakan satu parti kecil-kecilan untuk meraikan majlis pertunangannya dengan Habil. Rakan-rakan terdekat mereka dijemput untuk memeriahkan majlis. Pelbagai jenis alkohol dihidangkan. Barisan makanan yang ditempah di Johnson Caterer telah tersusun rapi di atas meja. Semua jenis hidangan "one-bite". Sengaja Tini tempah hidangan sebegitu sebab mudah nak makan. Sebenarnya majlis itu semata-mata untuk mengumumkan secara rasmi kepada kawan-kawan mereka bahwa mereka telah rasmi bertunang.

Ketika emcee mula memutarkan lagu berirama ballad, ramai tetamu mengambil kesempatan untuk menari bersama pasangan masing-masing. Sedikit demi sedikit tetamu mula memenuhi ruangan tengah rumah, termasuk juga Tini dan Habil. Lampu mula dimalapkan dan lagu terus diputarkan. Mereka melenggok mengikut irama lagu. Asyik.

Para pekerja caterer sibuk menghidangkan juadah dan menuang alkohol jenis wine merah ke gelas para tetamu. Secara tidak sengaja, seorang pekerja caterer telah menumpahkan wine merah ke baju Habil. Bukan main marah lagi Tini maki hamun pekerja caterer tadi, sampai nak menangis budak itu. Itulah Tini, kalau dia marah, nilai kemanusiaan langsung hilang. Habil cool sahaja. Orang lelaki memang cool. Benda kecil, buat apa nak bising-bising depan tetamu. Tak manis. Bukan Habil tak bawa baju spare. Tukar sahajalah. Entah ke mana budak yang Tini marah tadi pergi. Terus berhenti kerja agaknya.

Rumah peninggalan mendiang ayah Tini, Dalton McRory, seorang usahawan berjaya bandar itu, masih lagi berseri dan kukuh sungguh pun telah berusia 30 tahun. Mendiang sukakan rekaan rumah ala zaman kolonial. Mungkin untuk mendekatkan dirinya dengan kampung halamannya di Ireland. Ruang tamu yang luas, kamar tidur besar, perabot diperbuat dari pokok oak dan fir diimport khas dari Eropah.

Sedang asyik mereka berdansa dan hanyut dalam rentak slow, tiba-tiba loceng kedengaran. Menanda ada orang di pagar besar yang ingin masuk. Setelah Tini menekan butang "buka", mereka sambung berdansa. Pang! Bunyi pintu kereta di tutup kuat. Macam dah tak reti tutup perlahan-lahan.

"Tini, what you have done?"

Seorang lelaki berwajah arab turun dari kereta Audi TT yang ditutup kuat tadi. Jenis bangsa kasar.

"Mehmet, what are doing here?" Cemas sekali wajah Tini apabila Mehmet meluru ke arahnya dan terus memeluknya erat.

Habil terkesima. Terpaku dengan kejadian yang terjadi di hadapan matanya sendiri. Tetamu dah mula bising-bising. Berbisik semasa mereka. Membuat spekulasi terbaik berdasar mata kasar mereka. Dulu bukan main dia cuba menidakkan nasihat kawan baiknya, Kamal tentang hubungan sulit Tini dengan lelaki lain. Kini telah terbukti. Habil malas nak ambil port dengan apa yang berlaku, lantas hilang di dalam himpunan tetamu lain. Sementara itu Mehmet masih lagi memeluk erat Tini. Tini kelihatan buntu. Tembelangnya pecah, siapa yang tak buntu kan?

Tangan kanan Habil memegang sebotol champage yang dicapainya dari meja caterer. Ditonggak rakus. Ibarat setiap hirupan bakal mengikis tragedi malam ini. Melangkah perlahan menuju kolam ikan artifisial, tempat dia biasa melapangkan fikirannya. Dan tatkala itu dia perasan susuk tubuh yang dia ingat tadi, turut berada di tepi kolam.

" Nangis?" Tanya Habil mengejut.

"Erm... Takde lah" Jawab gadis itu sambil menyeka air mata. Tidak bijak untuk berdalih.

"Nak?" Tanya Habil lagi sambil menghulurkan botol champage tadi.

"Takpelah. Saya tengah kerja. Saya masuk dapur dulu ye." Kata gadis tadi sambil menunduk minta izin untuk menyambung kerjanya.

"Boleh awak teman saya kejap." Habil bersuara lagi, sambil melabuhkan punggungnya ke cement ferro, "Kita borak-borak kejap. Nanti saya bagi tahu supervisor awak. Boleh?"

"Ermmm..." Gadis tadi nampak ragu-ragu.

"Nama saya Habil." Kata Habil lagi lantas menghulurkan salam.

"Erm... Saya Alice" Gadis dari membalas hulur salam Habil. Lantas melabuhkan punggung ke tempat duduk bersebelahan.

Dan malam itu, malam paling nurakka untuk Habil dan Alice tetapi malam itu juga menunjukkan magisnya bila mereka mula berkenalan.

Dan kisah cinta mereka bermula.

BAKAL MENGGEGAR INDUSTRI BUKU ALTERNATIF ANDA


Friday, April 13, 2012

PISANG DAN KUEH ONDE-ONDE

Lama tak jenguk kampung. Maka, pada satu hujung minggu, tergerak aku nak balik kampung. Dengan emak.

Di simpang nak belok ke rumah atok, kami berselisih dengan Pakcik Lias, suami arwah makcik. Sambil hon kereta lebih kurang sebagai tanda tanya khabar, kami pun menuju ke haluan masing-masing.

Sesampai di rumah atok, usai bertanya khabar dan sembang lebih kurang mengenai tujuan Pakcik Lias berjumpa atok, emak berjalan menuju ke dapur. Nak menyiapkan minum petang katanya. Sambil berjalan, sempat juga emak tanya,

"Pak, tadi si Lias datang tadi bawak buah tangan apa?"

""Entah, bawak pisang dengan kueh onde-onde je." Jawap atok selambe sambil baca akhbar.

Emak di dapur angkat tudung saji. Tertanya kosong.

"Kuihnya dah dihabiskan ke?" Tanya emak lagi.

"Lias dah bawak balik lah. Mana boleh nak tinggal." Atok jawab tetapi kali ini dengan muka troll.

Emak yang di dapur dah mula ketawa. Lambat benor pikapnya. Aku pun serupa. Lepas atok buat muka troll, baru aku faham. Baru aku mula gelak. Berdekah-dekah. Boleh tahan juga gurauan atok aku ni.

NENEK TAK BOLEH MASUK BILIK

Lama dahulu. Lamanya sebelum arwah nenek masih hidup lagi.

Aku masih kecil dan ralit menonton kartun di televisyen. Adapun kedudukan televisyen rumah nenek aku ini berada betul-betul depan bilik nenek. Di ruang tamu. Aku dengan ditemani bantal empuk pun sedap terbongkang.

Nenek baru keluar bilik air. Untuk wudhu'. Berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya untuk mengerjakan solat. Tiba di hadapan bilik, nenek berhenti berjalan. Aku tersentak. Pandang nenek. Nenek perhatikan aku yang tengah sedap terbongkang. Nenek sakit ke? Kenapa tiba-tiba berhenti jalan? Sedang menahan sakit ke? Lalu nenek buka mulut.

"Lilah, dekat depan bilik mak ni dah sapu ke belum?" Nenek bertanya kepada emak. Yang sedang berada di dapur menyiapkan hidangan minum petang.

"Dah siap sapu semua tadi." Emak datang dari dapur ke ruang tamu. Kehairanan. "Kenapa mak?"

"Ni kayu balak tengah jalan ni, macam mana mak nak masuk bilik?" Kata nenek sambil senyum-senyum melihat aku. Lalu masuk ke bilik macam tiada apa-apa yang berlaku.

Mak berjalan menuju semula ke dapur sambil terkekek-kekek ketawa. Aku sambung menonton kartun buat-buat tak faham lawak nenek. Tapi dalam hati, tuhan sahaja yang tahu. Fuh

Tuesday, March 20, 2012

100 SALINAN BUKU FREECABI SAHAJA DI MALAYSIA. INI RARE!


Hai semua,

Untuk memastikan ke-langka-an buku ini terjamin, pihak kami akan hanya mencetak buku Freecabi ini sebanyak 100 salinan sahaja. Buat masa ini lebih kurang 40 salinan telah terjual. Ada lebih kurang 60 salinan sahaja lagi. Harap sesiapa yang berminat nak beli, boleh beli dengan kadar segera sebelum kehabisan.

Anda boleh beli dengan 2 kaedah.

1) Emel ke fikri.misti@gmail.com dan saya akan me-reply cara-cara nak beli;

atau

2) Boleh beli dengan Gobok Buku , distro buku tunggal yang memasarkan buku kami. (Klik di pautan)

Terima kasih kerana berminat nak beli dan sokonglah industri pencetakan buku alternatif JB.

Thursday, March 15, 2012

ART OF NOISE VOLUME 2 DAN JOHO CAR BOOT SALES




Buku Freecabi Reman 7 Hari akan mula dijual di 2 acara berikut :

1)
Event : Gigs Art Of Noise Vol 2
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu.
Tempat : City Plaza, Johor Bahru.
Pengedar : Meja kaunter

2) 
Event : JOHO Car Boot Sales
Tarikh : 18 Mac 2012, Ahad.
Tempat : Laman Tun Sri Lanang, Johor Bahru
Pengedar : Gobok Buku

BEBERAPA KETIKA HILANG DAN AKU MUNCUL DENGAN PROJEK BARU.


Beberapa ketika kebelakangan ini, aku sibuk mencari peluang pekerjaan baru sehingga aku lupa yang aku mempunyai blog dan terabai buat sekian lamanya. So, hari ini aku cuba luangkan masa untuk kemas kini dengan beberapa berita.

1) Kurang dari sebulan lagi aku akan menamatkan khidmat aku di pejabat majikan aku sekarang. Ingin mencari majikan lain yang dapat membimbing aku untuk menambahkan ilmu sebelum aku set target untuk cari majikan yang berprofil tinggi. Kerja sekarang? Lebih kepada bersihkan sisa kerja orang yang terbengkalai. Bak kata orang putih, "Cleaning people's shit".

2) Projek terkini aku sekarang adalah menerbitkan naskah-naskah yang aku rasa perlu untuk dibukukan. Lihat gambar. Itu adalah cover buku pertama aku yang bernaung di bawah nama MoQue Press yang berada di bawah nasihat KKS Media. Dengan sedikit tunjuk ajar oleh beberapa orang otai dan berbekalkan segenggam passion, lepas buku Freecabi ini keluar pada 17 Mac 2012, aku ada merancang untuk projek-projek seterusnya. Kamu akan nampak perbezaan buku-buku terbitan MoQue Press dan terbitan indie yang lain. Dari segi genre, cover buku dan harga.

Untuk sesiapa yang berminat nak beli boleh emel saya dan saya akan reply dengan cara-cara membeli.
 
Tajuk : Freecabi Reman 7 Hari
Harga : RM 6.00
Emel : fikri.misti@gmail.com
Sinopsis : Pengalaman seorang kawan yang ditahan reman. Selepas dibebaskan dia berkongsi cerita dengan kawan-kawan melalui medium media sosial twitter. Tweet-nya dikumpulkan dan dibuku untuk dikongsi dengan remaja lain.

3) Aku sambung cerita esok. Tengah naik syeikh nak apply kerja kosong ni.

Thursday, January 19, 2012

Monday, January 16, 2012

PAGE 16 OF 366

Hari ini aku terima pesanan ringkas seorang kawan dari zaman kampus utara dulu. Kami berada dalam ambilan yang sama. Disember 2005. Kami menggelarkan ambilan kami sebagai "Batch Banjir" sebab pada hari kami daftar dulu, kampus utara dilanda banjir yang dashyat.

Ok, berkenaan kawan aku ni pula. Dia gila dan kedekut gila. Dalam pada kedekut sejak 3,4 tahun lepas, baru tahun ini dapat kahwin. Entah. Mungkin lepas zaman kampus utara, dia sudah gemar membeli air manis berbanding mengamalkan sistem "rasa sikit".

Ok, berkenaan tentang majlis perkahwinan dia nanti. Aku rasa aku kena hadirkan diri ke majlis dia sebab aku dan Mat Pen antara pioneer detik-detik perkenalan bakal pengantin, yang senang kita panggil sebagai Omok, dengan kekasihnya, yang senang kita panggil sebagai Cinta Agong. Ceritanya bermula begini.

Aku sedang menghabiskan waktu senggang dengan seorang lagi budak gemuk bernama Mat Pen di food court bernama Lego. Masa itu sudah agak petang, maka perkarangan food court pun agak lengang. Hanya beberapa grup pelajar lain yang mungkin menunggu kelas sesi petang bermula, seperti kami. Tiba-tiba, entah dari mana hala, datang Omok dengan sebungkus kekacang menyertai perborakan kami. Dengan muka yang agak kusut, aku naik hairan. Sebab biasanya pada masa semester pembelajaran tiba di penghujung, tak ramai pelajar yang mahu datang ke kelas. Kecuali aku dan mat Pen yang akan ambil kuiz tambahan sebentar nanti.

"Kau kusut sangat aphal ni Mok?"
"Ah kau diamlah!"
"Ada yang makan kasut ni karang!"
"Ha ha ha. Aku tengah kusut doh."
"Jadahnya kusut-kusut pergi kelas lagi. Orang kusut duduk bilik la, tido."
"Kalau aku tak datang kelas last petang ni, entah bila aku boleh jumpa dia lagi..."

And the rest of the story biar kami bertiga je yang tahu. Hehehe.

DIE FROM HUNGER

Thursday, January 12, 2012

PAGE 12 OF 366

Dah hampir 2 minggu aku letak surat tender resign. Tapi kerja aku macam biasa juga. 3 bulan tender tu. Lama nak mampos. Dah macam manager bank pula rasanya. Padahal executive cabuk je. Tapi apa boleh buat, layankan saja.

Aku tak rasa mereka-mereka ini akan sedih aku berhenti sebab orang resign itu dah jadi lumrah. Orang datang sebab cari rezeki. Orang pergi sebab dapat rezeki lebih elok. But in my case, tak dapat lagi pun rezeki baru tapi aku yakin rezeki Allah bersepah di muka bumi ini. Tinggal nak atau tak nak je kita berusaha.

Tapi aku secretly hope, kehadiran aku di sini selama setahun lebih sikit memberi impak dan mereka akan bersedih. Ahaks.

P/S : Zulaika nanti nangis jugak masa aku last kerja eh? Hehe.

IF YOU GET IT

HOMER SIMPSON

RAJESH KOOTHRAPPALI

Wednesday, January 11, 2012

IDEAS MURDERER

MUSIM SEKARANG MUSIM ORANG GILA EMAS



Ada yang beli emas hari ini kendian esok jual balik. Ada yang beli emas simpan dekat bank. Ada yang beli emas untuk hantaran kahwin. Ada yang beli emas bagi pada bini & gundik. Ada orang beli emas sebab sekarang musim orang beli emas. Ada orang beli emas sebab nak menunjuk-nunjuk. Ada orang beli emas sebab duit banyak sangat. Ada orang beli emas sebab jadikan aset.

Ada banyak sebab orang suka pada emas. Maka tak hairanlah jika baru dengar khabar angin dekat Kampung Melayu Majidee ada emas, berduyun-duyun manusia datang nak mendulang. Cewah. Ada yang ambil EL untuk mendulang ke? Aku tengok banyak kutu-kutu yang sertai kumpulan pendulang ni. Aku jangka malam ini pekerja kedai runcit & kedai makan sekitar Jalan Mulia ini ada peluang buat overtime.

Walaupun orang terer-terer dah bagitau yang batu bersinar tu cuma mengandungi mineral tapi bukan emas, namun masih ramai lagi yang buat overtime di lokasi kejadian. Bak kata member aku, handal tak handal la MBJB buat jalan guna batu ada emas. Tempat lain ada? Hehehe.

Kredit Gambar : @hazrey