Tuesday, December 29, 2009

KOMPILASI NASIB-NASIB AKU SEPANJANG 2009

KARIER
Aku baru hendak menapak semula dalam alam pekerjaan. Kerja pertama di tempat praktikal sekarang, terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai staff. Gaji pun standard fresh-graduate. Cukup-cukup makan, nak mewah takde la. Nak kumpul duit untuk kahwin belum tentu lagi tapi PTPTN dah hantar surat suruh bayar hutang. Harap-harap 2010 ini menjanjikan kerja yang tangga gajinya boleh buat aku kumpul duit pergi haji.

STATUS
Seperti biasa, status aku masih sebegitu. Seperti tahun-tahun sebelum. Tapi tiada apa-apa. Perkara biasa. Harap-harap 2010 nanti, bila dah ada duit sikit, boleh la melaram sikit. Boleh pakai baju ala-ala milenium macam Pidi. Tak pun, paling-paling bangsat beli la baju belang jalur menegak. Eh, ni cerita pasal status ke pasal baju?

PENULISAN
Setakat tahun 2009 ada 5 cerita yang aku sudah ada storyline, terbengkalai. Gara-gara malas, tak sempat, banyak kerja, sibuk cari awek, busy kutuk orang, penat lipat baju dan pelbagai alasan lain. Harap-harap tahun 2010, dah tak sibuk nak kena hantar tugasan akademik. Kalau tak, mesti tak siap lagi cerita aku. Hu Hu Hu.

PENCAPAIAN
Tiada apa yang tercapai setakat ini. Tapi tak tahu la, kot dalam 2,3 hari sebelum tahun baru ni, impian boleh tercapai. Ha Ha Ha. Gila berimajinasi!

BLOG
Blog ini makin hari makin dah tak terurus. Menyampah pula aku bila tengok takde entri baru. Dah la entri sikit je, dijadikan kutipan bila orang kutuk aku pula tu. Ni yang rasa nak buka blog lain ni.

HIDUP
Kalau dulu masa belajar, hujung minggu dihabiskan dengan menonton filem-filem yang berjaya didownload atau kutip dari member-member. Tapi sejak-sejak dah ada karier ini, hujung minggu banyak dihabiskan di pusat karaoke dan tonton live band yang hebat-hebat belaka. Erm, lepak DIVA malam tahun baru ni woi!

Tuesday, December 22, 2009

PATTERN BUDAK SEKARANG

Budak sekarang pattern cari kawan untuk gelak-gelak suka ria sahaja. Rasa-rasa dah tak best nak gelak, kutuk belakang pula. Biasa la tu.
.
.
.
.
Siapa yang tak pernah buat macam itu?
.
.
.
.
.
Gila suci!

Thursday, December 17, 2009

SAMBIL

Aku harap budak-budak Harimau Muda sempat baca doa akhir dan awal tahun sambil buat jaringan luar akal. Mudah-mudahan.

Ok, jangan duduk depan tivi tengok bola sampai 31 Disember pula. Tu nak baca doa akhir dan akhir tahun dekat Madison Square. Jangan ikut sangat budaya barat.

Wednesday, December 16, 2009

BOLEH TAK?

Aaa...

Gua sibuk minggu ini. Nak tonton wayang pun tak sempat. Memanjang kena call client. Nak siapkan laporan praktikal apatah lagi. Tapi gila la kalau tak siap laporan. So, aku kena kerja + siapkan baki-baki laporan dalam minggu ini juga.

Peak period pun dah datang.

24 jam sehari macam tak cukup pula.

Boleh tak nak mintak 1 jam sehari dalam hidup kau?

Boleh tak?

Friday, December 11, 2009

AKAN DATANG. CERITA SIRI-SIRI JANTINA ALTERNATIF.

Tubuh Fatin masih lagi berbau peluh. Odorono langsung tidak mampu untuk menghalang liang peluhnya malam tadi. Dia yang duduk di pinggir katil masih lagi berkelubung dengan comforter jualan murah. Menggeliat liuk tubuh mongelnya, menegangkan urat mana yang tersimpul semalamnya. Lantas dia mengulum senyuman ketika berpaling ke arah kiri katil. James masih lagi berdengkur.

Lantas, Fatin turun dari katil dan mengutip panties dan branya yang bersepah di lantai. Dia tersenyum teringatkan keseronokan semalam.

..........

**********

Walaupun jam dinding menunjukkan pukul 10.00 pagi, tetapi air paip bilik air Anuar sejuk macam air batu campur. Dia syak jam dinding itu perlukan tenaga bateri yang baru. Dan juga syak pemanas air bilik airnya rosak. Mana mungkin pemanas air mengeluarkan air sejuk sedangkan namanya pemanas air. Lebih baik dia beli penyejuk air. Ditekan suis lampu bilik air. Tidak menyala. Di tekan suis pengering rambut. Langsung tiada bunyi bising.

Anuar jadi marah. Terbantut niatnya mahu bermandi hadas. Dia keluar dari bilik air dan meluru ke arah jam dinding. Dicapainya kerusi meja solek dan dilemparkan ke arah jam itu dengan tenaga yang luar biasa.

"Bodoh!"

Kemudiannya, dia berlari sambil hempas-hempas kaki ke arah bilik tidur. Dia berdiri di sisi katil. Dato' Saiful masih lagi tidur.

"U! U tak bayar duit api rumah i eh?"

Rengekkan gedik Anuar membuatkan Dato' Saiful terjaga.

"Kenapa ni, Yang?"

..........

**********

Di satu sudut Dewan Kuliah itu, Jasmi asyik mengerling sahaja ke arah Izal. Ada sesuatu tentang Izal yang membuat hatinya rasa tidak keruan. Motivasinya untuk hadir ke kelas yang maha bosan ini pun kerana Izal. Dietnya juga dilupakan kerana mengintip Izal sampai ke kafe.

Baginya, Izal ibarat permatanya yang hilang. Imajinasi nakalnya melayang ke arah makam-makam yang didongengkan di dalam buku Permata Yang Hilang itu. Di dalam Dewan Kuliah pun Jasmi mampu untuk terangsang!

............

PENUH AKSI HIKMAT PEDANG : THE STORM WARRIOR



Ha Ha Ha. Seawal jam 11.20am, aku dah mula tonton filem ini. Dek kerana keterujaan untuk menyaksikan komik Pedang Setiawan ini direalisasikan dalam layar perak, aku sanggup bangun pagi untuk ke pawagam. Apakah filem ini dapat mengatasi filem sebelum ini, The Storm Rider?

Bagi aku, jalan ceritanya mudah. Ada orang jahat, Lord Godless yang ini menguasai negara China. Sangat kuat. Lawan dengan legenda mempertahankan diri, Nameless pun boleh menang. Kendian nasib China bergantung kepada 2 pemuda kacak dan dingin, (We) Wind dan Cloud untuk mengalahkannya. Maka, mereka berguru dengan guru yang berbeza untuk menguasai hikmat dan teknik bermain pedang yang baru dan mampu untuk mengalahkan Lord Godless. Cloud dengan Nameless. Dan (We) Wind dengan Lord Wicked, abang kepada Piggy King.

Dan macam biasa, yang jahat mesti kalah tetapi sayangnya (We) Wind telah dikuasai oleh jiwa kejahatan akibat perguruannya yang separuh jalan. Cloud sebagai kawan, tak sampai hati nak bunuh (We) Wind lalu dicederakan oleh (We) Wind.

Dan Cloud jatuh ke dalam runtuhan batu demi menyelamatkan (We) Wind dan Second Dream dari jatuh. Pihak berkuasa tempatan masih lagi tidak menemui mayat Cloud kerana dikatakan Cloud masih hidup dan ingin terus muncul dalam sequel seterusnya.

Bila aku katakan dalam status Facebook yang Ustaz Akhil Hayy muncul dalam filem ini, masing-masing tak percaya. Lebih membuatkan mereka tak percaya, apabila dikatakan Ustaz Akhil Hayy berperanan sebagai Nameless.

Ok, aku bekalkan gambar sebagai perbandingan. Mahu percayakan aku sekarang?

Friday, December 04, 2009

API GHAIRAH PERKAHWINAN SEMAKIN MALAP : COUPLE RETREAT

Bagi pasangan yang telah lama berkahwin atau berkasih, mungkin lama kelamaan rasa cinta terhadap pasangan akan semakin pudar. Lebih kepada mengejar cita-cita atau kesenangan kepada keluarga. Itu perkara biasa. Lebih-lebih lagi jika sudah beranak pinak.

Ok, filem ini bukan filem seks tetapi lebih kepada menonjolkan permasalahan yang timbul dalam kehidupan pasangan yang sudah berkahwinan. Bagi mereka yang ingin memantapkan perhubungan sesama pasangan, ini filem yang pasti memberi inspirasi.

Pasangan 1. Mereka sudah punya 2 anak. Nampak seperti tiada masalah tetapi masalah tetap timbul dalam keadaan yang tiada masalah itu. Setiap aktiviti yang dilakukan lebih cenderung kepada aktiviti kesukaan peribadi, tiada aktiviti bersama. Tidak wujud "kami" dalam setiap
aktiviti mereka. Semuanya; "hobi saya....", "hujung minggu saya buat...." dan bukannya "Aktiviti kami hujung minggu....". Bila berkahwin, kita perlu fikir aktiviti bersama bukan aktiviti bujang sahaja.

Pasangan 2. Pasangan yang kahwin muda selepas terlajak dalam satu majlis prom semasa sekolah tinggi dulu. Bila sudah kahwin muda, mereka mudah bosan dengan pasangan. Tiada pembaharuan dalam teknik-teknik seksual. Tiada kata-kata jiwang dan cinta. Tiada rangsangan antara pasangan. Tiada komunikasi verbal. Bosan.

Pasangan 3. Pasangan yang sangat sofistikated. Nak buat apa-apa mesti ikut urutan. Tersusun. Tetapi pasangan sentiasa mengongkong. Kita tidak akan sedar yang kita mengongkong sehingga kita sendiri sedar.

Pasangan 4. No komen. Hahahaha.

Hei, kamu perlu tonton. Mungkin lawaknya lebih seksi dan terlalu sinikal, tapi mesti sedikit sebanyak mesti fikiran anda akan terpukul. Adui!

Hei, perkahwinan adalah untuk mencari teman hidup, bukan teman tidur semata-mata.

Thursday, December 03, 2009

CINTA AGUNG BELLA ANGSA - TWILIGHT : NEW MOON


Membuat pilihan bukan sesuatu yang menyeronokkan. Kita akan buang sesuatu untuk sesuatu yang lain. Pilihan sesuatu yang terbaik daripada perkara-perkara yang lain. Pasti akan ada kos melepas. Sebelum memilih, banyak aspek perlu diambil kira. Dan setelah lama memerhati, dalam kehidupan ini, kita juga perlu buat pilihan dalam banyak perkara.

Wanita. Dan cinta.

Jika kita (lelaki) dapat fahami, bukan mudah seorang wanita (yang baik) untuk membuat pilihan antara 2 orang lelaki sebagai kekasih hatinya. Ya, lelaki lebih mudah jatuh hati tetapi wanita yang (selalunya) perlu buat pilihan. Membuat pilihan selalunya lebih sukar dari jatuh hati.

Kalau tolak cinta lelaki ini, dia pasti akan merajuk. Putus persahabatan sudah pasti. Dan yang lebih utama, kehidupan akan datang pasti akan berlainan. Rasa kekok untuk berkomunikasi kembali. Tak percaya? Percayalah. Aku juga malas nak percaya. Tapi itu-lah hakikat.

Ok. Bella Swan. Kena pilih cinta antara 2 manusia... Err....2 ekor hantu. Ya, bagi yang pertama kali tonton filem siri Twilight ini, Bella Swan adalah manusia yang jatuh cinta pada penyedut darah, Edward Cullen. Tak hensem. Muka pucat takde nur. Dan pada sequel ini, seekor lagi hantu jatuh cinta dengan Bella. Monster Magnet?

Gila punya pengorbanan oleh manusia kerana cinta. Hohoho. Aku terfikir, bagaimana majlis perkahwinan raksasa ini dengan Bella sekual akan datang.

Tuesday, December 01, 2009

KENAPA SUSAH TERIMA KELAINAN?

Orang sekarang ini dah makin fobia dengan blog. Asal cakap blog, mesti otak fikir penulisnya jahat atau tidak bermoral. Tulisan merapu atau lebih kepada hasutan jahat. Gunakan teknologi untuk kutuk-kutuk orang. Sampaikan hasrat hati yang tiada asas. Suatu aktiviti bodoh.

Aku bila jumpa golongan fikiran sempit macam ini, aku cuma senyum je. Dalam hati cakap, "Kesian, muda-muda lagi dah bodoh."

Golongan fikiran sempit begini jenis manusia yang tidak boleh terima kelainan yang ditampilkan. Tidak boleh terima medium bacaan lain yang lebih ke arah penulisan bebas. Jenis yang mudah dipengaruhi oleh dakyah-dakyah fikiran sempit yang lain.

"Ee... orang yang ada blog tu guna blog untuk kutuk orang lain je."

Well, cara otak manusia berfungsi amat kompleks. Kita semua (yang belajar) mesti tahu hakikat ini.

Cuba golongan fikiran sempit ini didedahkan dengan persekitaran blog. Luahkan ekspresi harian di blog sendiri. Rasa gembira, rasa sedih, rasa kecewa, rasa tak puas hati, rasa bengang, rasa sakit hati. Baru mereka tahu nikmatnya. Biar la orang lain (yang berfikiran sempit) tidak mahu membacanya. Ini adalah bahan bacaan sekunder. Sesiapa boleh baca tapi tiada siapa berhak untuk hakiminya.

Kalau kita mahu hakimi buruk baik sesebuah blog itu dengan tulisan-tulisan di dalamnya, kita salah. Itu pendapat orang. Itu andaian atau pendapat dari pandangan yang berbeza.

Contoh: Kalau selama ini kita rasa bila tiada orang tegur kita, kita fikir segala benda yang kita buat adalah benda yang betul. Padahal, kita punya kawan-kawan yang malas mahu menegur kesalahan kita kerana perangai kita yang mudah melenting. Lepas itu, keluar cerita kita di satu blog yang mengata tentang kita. Tentang perangai sebenar kita. Kita kena percaya benda itu sebab orang yang menilai kita, bukan diri kita sendiri. Kita tak suka diberitahu tetapi dengan perkara ini kita akan tahu sendiri. Nilai diri kita sendiri. Ini yang dikatakan pandangan sekunder dari sudut yang berlainan.

Aku selalu berharap orang Malaysia tahu hakikat ini. Supaya aku boleh dapat banyak maklumat bukan hanya dari pandangan tipikal tetapi juga dari pandangan sekunder ini.

Well, mudah ke orang Malaysia ubah perangai ini?

Thursday, November 26, 2009

SALAM RAYA KURBAN


Kalau ada yang harapkan bantuan kegagahan aku untuk menumbangkan lembu atau kibas atau kerbau atau kambing atau ayam, aku akan cuba usahakan kehadiran aku.
.
Tapi kalau nak bantuan aku untuk sembelih dan lapah lembu, harap maaf la banyak-banyak. Aku jenis tak boleh tengok darah. Tengok darah je nak pitam. Entah, mungkin sebab itu cita-cita untuk menjadi doktor musnah.
.
Salam Aidil Adha kepada semua. Jangan lupa balik kampung. Mungkin ada tulang yang boleh anda buat sup.

Wednesday, November 25, 2009

POTONG! POTONG! POTONG!


Musim berkhatan sudah menjelma. Budak-budak seronok bukan main dapat main air pili bomba. Seronok pulak tu diarak ramai-ramai. Pakai baju melayu baru. Dapat duit jiran-jiran bagi. Tapi yang paling seronoknya, dah boleh kahwin.

Masa aku kecil dulu, sering ditakutkan tentang berkhatan.

"Weh, aku dengar member aku kena potong guna gergaji." - Padil, 5 tahun.

"Abang aku kata tak sakit pun. Macam kena gigit semut." - Haris, 10 tahun.

"Orang dulu-dulu lagi la, potong guna kapak." - Pak Hasyim, 50-an.

Nasib baik Doktor Kamal tak potong guna gergaji dengan kapak. Terima kasih juga kepada peranan ubat bius dalam pengkhatanan dulu. Dan yang paling penting, terima kasih kepada misi waktu itu yang memberi sokongan kepada aku *sigh*

Oh, aku terfikir, mana Doktor Kamal buat left-over tu ek?

Monday, November 23, 2009

NAIK DARJAH

Sekarang kehidupan aku bakal meningkat ke fasa yang satu lagi. Yang lebih tinggi dari sebelum ini. Maka, satu lagi kotak pandora kehidupan bakal aku jaga. Ada juga sifat ingin tahu meronta-ronta untuk mengintip ke dalam kotak misteri itu. Tapi hati aku kata "Masa depan adalah satu misteri kehidupan. Untuk jadikan kehidupan ini lebih lazat. Biar ia kekal sebagai misteri".

Fasa "pelajar" aku bakal tamat. Fasa "bekerja" bakal menjemput.

Aku harap fasa yang baru ini akan aku lalui dengan tenang. Setenang fasa pelajar dulu. Biar aku harungi dengan lebih matang. Lebih dewasa. Lebih berakal. Lebih kelakar. Lebih romantis. Lebih lazat.

Mana tahu, pejam celik pejam celik tetiba aku dah kahwin. 2 bulan lagi. 2 tahun lagi. 2 minit lagi. Siapa tahu? Masa depan kan rahsia kehidupan, siapa yang dapat jangka?

:)

Friday, November 20, 2009

TAK DAPAT YANG RACING PUNYA, DAPAT YANG INI PUN KIRA OKEY LA

gambar dari : www.ohtidak.com
.
Kalau nak idam kereta kecik tapi mahal, nak kena tunggu aku jadi anak orang kaya baru dapat beli. Sekarang pun nak jadi anak orang kaya dah lambat. So, aku idam yang lebih realistik dan cenderung ke arah masa depan sikit.
.
Kot la dapat anak setengah dozen, mane nak muat sumbat dalam kancil atau mini cooper s. Kot la anak-anak aku dapat gen gemuk aku ni lebey, kena ambil kira jugak tu. Paling-paling kurang pun nak kena beli macam Perodua Alza ni. Hahaha!
.

KUAT-KAH KITA?


Setiap dari manusia akan menerima dugaan yang menguji tahap kekuatan kita. Bagaimana kita kendalikan dugaan itu. Reaksi bila berdepan dugaan itu. Kuat tak kuat kita berlawan dengan dugaan itu. Tapi manusia memang ego. Tidak akan sekali-kali mengaku yang dugaan itu telah menewaskan kita. Ini realiti. Kau, aku dan mereka semua ego. Malu nak mengaku.

Dan bila tiap kali kita menafikan kemenangan dugaan, setiap kali itulah kita menipu diri kita sendiri. Kita cakap kita hebat. Kita cakap kita boleh kendalikan. Kita cakap kita boleh lupakan segalanya. Kita cakap kita mahu teruskan hidup tanpa dugaan itu. Setiap kali itu juga, kita menipu diri kita sendiri. Kita pentingkan ego dari perasaan sebenar. Kita tidak hiraukan kehadiran hati semata-mata mahu mempertahankan ego homo sapien kita yang tak seberapa itu.

Apa salah kalau kita mengaku kekalahan kita? Masuk neraka-kah? Dikerat lapan belas-kah? Di-sula-kah?

Memikiran manusia bijak masakini memang kompleks. Sekompleks saintis mencari jawapan kewujudan ayam. Ayam dulu-kah atau telur dulu-kah?

Sudah-lah. Kasihan hati kita. Hati kita mahu menangis sejak dulu. Hati kita sedih. Jangan ditahan lagi. Biar air mata menjadi antidot untuk dugaan ini. Kalau bukan pulih sepenuhnya, sekurang-kurangnya akan mengurangkan beban akibat tingginya ego kita.

Cari kawan yang baik, nangis di bahu mereka, lepaskan apa yang kita rasa, luahkan rasa marah kita. Biar habis tisu sekotak, biar lencun tuala, biar banjir katil dengan air mata. Kalau itu antidot terbaik untuk kamu.

Rakyat Malaysia ramai yang ada masalah. Cuma mereka malu, segan, ego untuk mengatakan "Saya ada masalah". Kerana bagi mereka, mempunyai masalah menunjukkan kita ini lemah. Tak boleh harap. Tidak dominan.

Tidak. Bukan begini dunia ini berfungsi, kawan.

Monday, November 16, 2009

JANGAN TONTON DENGAN MATA YANG TERTUTUP



Bagi mereka yang menggemarkan filem bergenre seram, horor dan mistik, filem ini sepatutnya masuk dalam senarai mesti tonton anda. Dalam komuniti penggemar filem seram, filem dari Thailand adalah antara yang mendapat tempat dalam hati komuniti ini.
.
Tapi bukan aku. Aku terpaksa menonton dengan mata yang tertutup. Tutup guna tangan. Dua-dua belah tangan pulak tu.
.
Ada 5 cerita dalam 1 filem ini.
.
1) Novice. Berkisarkan tentang hukum karma dan hantu lapar. Hantu yang berkaitan ialah hantu galah / hantu lapar. Moralnya, jangan lempar batu pada kereta ayah sendiri. Dan jangan curi makanan. Nanti jadi hantu galah.
.
2) Ward. Berkisarkan tentang ilmu hitam. Cerita sebegini telah banyak ditekankan dalam filem yang lain seperti Lhong Kong. Moralnya, jangan duduk sebilik dengan taiko gangster.
.
3) Backpacker. Aku tahu ramai yang berangan-angan nak ber'backpacker' tapi sebelum itu, tonton filem ini. Hantu yang terlibat ialah zombie sprinter 100 meter. Moralnya, jangan baik sangat dengan hantu kecik.
.
4) Salvage. Berkisarkan tentang kedai jual kereta terpakai. Hantu yang terlibat ialah hantu mangsa kemalangan kereta sewa. Moralnya, jangan ajar anak main sembunyi-sembunyi waktu malam. Takut tersangkut dekat enjin kereta.
.
5) In The End. Dikatakan cerita ini adalah yang paling kelakar antara 5 cerita ini. Berkisarkan tentang produksi filem Alone 2 yang terganggu akibat kekurangan watak hantu. Dan seriyes, banyak-banyak filem seram yang aku tonton, hanya cerita ini yang buat aku tak tutup mata guna tangan.
.
Baiklah. Jangan ajak aku tonton filem seram lagi selepas ini. Samada aku akan pura-pura tidur dalam pawagam sedangkan penonton lain terjerit-jerit ketakutan atau aku akan habiskan bertih jagung korang sambil habis sambil tutup mata. That's it.

Friday, November 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME.


14 November merupakan
hari ke-318 (hari ke-319 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 47 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Tahukah anda?

1.) Penyanyi lagu Dan Sebenarnya, Yunalis Zarai juga lahir pada 14 November. Ya, itulah hakikatnya.

2.) Bagi yang tak tahu (dan memang yang tak ambil tahu) United Nation (UN) telah mengisytiharkan bahawa 14 November adalah Hari Diabetis Sedunia. Tarikh tersebut dipilih bukan kerana Fikrikacak lahir pada tahun itu tetapi bagi memperingati hari lahir Sir Frederick Banting, tokoh yang diberi penghormatan kerana penghasilan insulin.

3.) Haa, apa pula sejarah 14 November pada pandangan astronomi? Pada tahun 1969, NASA telah melancarkan Apollo 12, misi kedua yang melibatkan manusia ke permukaan bulan.

Ucapan birthday tahun lepas.

Thursday, November 12, 2009

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Sejak akhir-akhir ini minat aku terjurus pada satu. Muzik. Jenis lagu yang kena "tarik" tinggi. Mencabar tekak tu. Kalau tak minum air asam jawa lepas nyanyi memang tak sah. Tapi apa boleh buat, dah minat.

Tak kira waktu aku nyanyi. Dalam toilet. Tengah beratur nak ambil lauk. Tengah cari dokumen yang hilang. Kadang-kadang tu tengah ber"facebook" pun boleh nyanyi. Budak opis dah pandang slack je.

Lagi satu. Dek perjalanan pergi opis mengambil masa yang agak lama, nyanyi adalah opsyen terbaik menghilangkan boring. Lantak pi la orang tengok aku "tarik feel" lagu Isabella sampai tutup-tutup mata. Yang penting aku tak boring pergi kerja.

Sampai la suatu ketika, aku berubah ke minat yang lain.

Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari opis, aku try nak "tarik" lagu Isabella macam biasa. Sampai satu selekoh nak turun bukit tu, makin galak aku tarik lagu. Motor pun dah masuk 150km/j dah. Seronok. Ye-lah, angin berderu-deru ke muka. Macam video klip lagu rock.

"Diaaaaa...... Isabelll.......aaaaaaaaaap.....ptuih!"

Dan petang itu juga aku berhenti tepi jalan buat pertama kalinya untuk menikmati rancangan makanan tambahan : Kumbang Tanduk. Macam takde mulut lain dia nak masuk.

Monday, November 09, 2009

GIGI NYANYI LAGU SOUNDTRACKNYA : SANG PEMIMPI.



Kalau dah tonton Laskar Pelangi, mesti nak tonton sequelnya, Sang Pemimpi.

Aku dah habis baca semua novel Andrea Hirata. Sedang menunggu Episod 2 Maryamah Karpov pula. Harap-harap la segera sampai di Malaysia. Er, maksud saya filem dan buku.

Saturday, November 07, 2009

LEPASKAN HAJAT SEORANG BUDAK BERMALAM DI HOTEL








KALAU DAH SEDAP, TAK KEMANA-NYA DIA

Cheng Ho masuk opis dan bising-bising. Entah apa di"cot-cet-cot-cet"kan dengan Jessie. Kendiannya, aku tanya,

"You aphal ni bising-bising ni?" Aku cuba ber"I-you-i-you" dalam berinteraksi.

"Itu toilet haaa.... Bau petai kuat hooo.... Manyakkkkk busuk hooooo...." Komplen si Cheng Ho.

"Oooooo...." Aku tak bagi banyak respons. Cukup la begitu.

.
.
.
.
.
.
BLURPPpps!

"Pergh!", Aku korek-korek celah gigi. "Petai mak aku masak semalam masih terasa di celah tembolokku siot!" Aku kata lagi. Dalam hati.

Ops!

Thursday, November 05, 2009

1MALAYSIA DARI RUANG KECIL KUBIKEL.

Depan aku,
“Cot cet cot cet cot cet?”
“Cet cot cet cot cet cot”
Foo dan Jessie berborak bagai nak rak. Berdekah-dekah tawanya.

Kanan aku,
“Dela ye la dela ye la?”
“Ye la dela ye la dela.”
Rancak Vidya dan Anandh berborak. Kongsi pengalaman Deepavali tempoh hari barang kali.

Aku di ruang sempit kubikel,
memicit-micit telefon bimbit,
“U dah makan?” Send.
“I tak sempat makan lagi. Keje banyak. Huhuhu.” Reply.
Aku dan Laling saling bertanya khabar, berkongsi hati, menyulam kasih.

Oh! Sangat 1Malaysia sungguh opis aku.

2 CERITA CINTA YANG BERLAIN GENRE

Dikesempatan hari sabtu yang sangat lapang tempoh hari, aku sempat menonton 2 filem yang sedang hangat diperkatakan oleh sesetengah pihak dari dalam atau luar negara. Aku selaku peminat filem, tidak mahu melepaskan peluang bila mana pihak TGV telah menayangkan 2 filem ini serentak bermula hari Jumaat yang lalu.

Setelah beberapa rancangan rapi diteliti, aku memulakan hari Sabtu aku yang sangat lapang ini dengan bertapa di dalam pawagam TGv selama hampir 5 jam. Bermula 11.30am hingga 4.45pm (2.15pm - 2.45pm time off).


Filem adaptasi dari novel luar negara selaku buku jualan terlaris, mengambil tajuk novel itu sebagai tajuk filem ini. Cerita yang agak fiksyen apabila mengetengahkan "Time travelling" sebagai satu penyakit akibat anomali di dalam genetik.

Seperti filem jiwang yang lain, ia memang jiwang. Ok, biasa kita ingat bila dapat mengembara menerusi masa, memang seronok. Boleh ubah masa silam. Boleh lihat masa silam kita atau masa depan kita. Itu yang kita bayangkan. Bagaimana kalau orang yang dapat peluang mengembara menerusi masa? Dia rasa ke apa yang kita rasa?

Nak ada anak pun susah. Nak berkahwin pun susah. Bila ada bini, pun susah jugak. Fuh, gila la. Bila si suami tetiba pergi time travelling, tetiba suami dari masa depan pulak datang. Agak-agak terdesak sebab suami masa sekarang buat vasektomi, beromen plak dengan suami masa silam.

Ok, bagi sesiapa yang mahu lihat lelaki gagah ini (Eric Bana) berbogel dan mempertontonkan tubuh sasanya, ini cerita yang patut anda tonton.

Bagi sesiapa yang mahu melihat kecomelan dan kecantikan Rachel McAdams selain di dalam filem The Notebook dan Mean Girl , ini filem yang sesuai memandangkan ini adalah filem terbarunya.

Oh, watak Rachel masa kecil juga comel. Ngeee....
Pedofilia...


The following is a work of fiction. Any resemblance to persons living or dead is purely coincidental.

Especially you Jenny Beckman.

Bitch.

This is a story of boy meets girl. The boy, Tom Hansen of Margate, New Jersey, grew up believing that he'd never truly be happy until the day he met the one. This belief stemmed from early exposure to sad British pop music and a total mis-reading of the movie 'The Graduate'. The girl, Summer Finn of Shinnecock, Michigan, did not share this belief. Since the disintegration of her parent's marriage she'd only love two things. The first was her long dark hair. The second was how easily she could cut it off and not feel a thing. Tom meets Summer on January 8th. He knows almost immediately she is who he has been searching for. This is a story of boy meets girl, but you should know upfront, this is not a love story.

Starting cerita dah buat aku gelak.

Cerita ini telah dipreview oleh ramai orang terutamanya di sekitar Lembah Klang sebab filem ini telah ditayangkan terlebih dahulu di sana. Kini, ianya tiba di Johor, dan aku berjaya menontonnya.


Aku suka skor muzik. Aku suka plot cerita. Aku suka Summer. Aku suka lawaknya. Aku suka bila Summer cakap dia cuma mahu hubungan kasual tetapi perilakunya buat Tom konfius. Aku suka bila Tom konfius. Aku suka bila Tom jadi sasau dan angau. Aku suka bila kawan-kawan Tom dan adik Tom lawat dan nasihat Tom. Aku suka bila Tom tolak semua nasihat kawan dan adiknya. Aku suka bila Summer bagi signal untuk flirting dengan Tom di bilik fotostat. Aku suka best spot Tom. Aku suka bila Tom dan Summer jumpa semula di best spot tu. Aku suka Tom tackle Autumn. Eh, apa yang aku tak suka? Hahahaha.

Bukan semua yang kita minat dan rancang itu adalah takdir kita. Kadang-kadang takdir kita itu datang secara tak sengaja.

Fin.

Wednesday, November 04, 2009

GINGER

Dengan mengambil tajuk yang sama dari Wani Ardy, aku tertarik untuk kerat dan tampalkannya di sini, untuk bacaan semua yang minat nak baca :)

Zaman sekolah dulu, perkataan suka atau admire selalu diguna. :)

Kawan karib kita seorang budak lelaki. Karib sungguh. Belajar, bermain, bercerita bersama. Karib yang tidak lebih dari seorang kawan. Suatu hari dia selitkan surat; dia suka kita. Kita terkejut, namun perlahan-lahan mula menyukai dia. Walhal selama bertahun-tahun ini, kita tidak pernah memandang dia dari sudut begitu. Jadi kenapa?

Kerana kita (senyap-senyap) percaya kita individu yang istimewa.

Bukan istimewa dalam erti kata hebat, tetapi istimewa dalam cara kita yang tersendiri. Kita percaya kita berbeza. Lalu, bila ada seseorang yang mampu melihat kita lebih dari mata kasar orang lain melihat kita, kita merasakan ‘beliau’ istimewa.

Waktu berlalu dan sayang sekali, semuanya tidak terjadi seperti yang diharapkan. Dia bukan pasangan yang kita cari-cari. Ia membuatkan kita bertanya pada diri, “bagaimana aku boleh bersama dia, sedang jenis yang aku suka bukan ini?”

Jawapannya, kita suka dia kerana dia suka kita. Itu saja. Kita tidak cari pun, asalnya.

Thursday, October 29, 2009

YOU BOLEH MAKAN NI

Hari itu semua sibuk-sibuk. Vidya sibuk. Anandh sibuk. Jessie sibuk. Cheng Ho sibuk. Eh, Cheng Ho sibuk kacau orang saja. Yang lain-lain semua sibuk pilih makanan dari menu terbaru sebuah restoren yang juga merupakan client kompeni aku. Boleh hantar ke pejabat, dengan sedikit caj.

Vidya ambil lauk sambal sotong. Anandh ambil kari kambing. Jessie ambil mee goreng. Cheng Ho ambil kue teow sup.

"Hei, you order la. You boleh makan ni." Kata Cheng Ho cuba meyakini aku.

Aku ambil salinan menu dan cuba-cuba pilih menu. Tetiba hati aku berkata,

"Eh, sejak bila si Cheng Ho ni jadi ustaz yang menghalal dan mengharamkan makanan aku?"
.
.
.
.
.
.
.
Ustaz pesan, kalau tak yakin jangan makaaaannnnn......

Monday, October 26, 2009

YOU AAAAA MACAM....

Hari Isnin biasanya hari yang sangat boring. Kita boleh lihat orang malas akan mundar-mandir dari meja ke meja. Kacau orang. Sakat perempuan. Gelak ketawa. Dan hari itu hari Isnin yang ditakdirkan untuk Cheng Ho berlegar-legar di hadapan meja aku. Menyakat Jessie yang mejanya di hadapan meja aku.

“You aaa…” Kata Cheng Ho sambil pandang aku.
“Kalau I tengok aaa…” Katanya lagi sambil mata pejam celik.
“Betul-betul aaa…” Katanya lagi. Kali ini separuh punggungnya dah berada atas meja aku.

Aku rasa dia nak cakap yang aku macam selebriti kot. Sebab aku pakai baju terbaik hari Isnin tu. Memang mereka yang buta fesyen akan kata yang baju aku tu fesyen terbaru la. Memang pemuda stylo mylo. Brader-brader.

Cheng Ho buat muka serius. Dia tepuk meja. Pow!

“I dah ingat…. I dah ingat!” Jerkah Cheng Ho.
“You aaaa…”
“Macam headmaster I duluuu….”

BOOM! Aku rasa macam kena tembak guna Desert Eagle.

Saturday, October 24, 2009

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG


Terlalu banyak improfmen yang perlu dilakukan untuk menjadikan filem ini lebih menarik. Mungkin pendapat aku bukan pada pandangan seni tapi lebih kepada pandangan seorang penonton muda yang hidup di alaf baru dan dahagakan kisah klasik atau sejarah.

Kalau-lah pihak produksi mempunyai bajet yang mencukupi dan bikin filem bajet besar untuk filem ini seperti filem Puteri Gunung Ledang, saya pasti filem ini akan lebih cantik dan artistik.

1.) Adegan-adegan pelayaran di dalam filem ini harus lebih hidup kerana Awang (Lakonan Farid Kamil) seharusnya banyak adegan tempur dengan lanun di perairan antara Muar (yang di masa itu dipanggil Padang) dengan Makasar. Kerana di perairan itu memang terkenal dengan aktiviti lanun yang berleluasa sejak dulu. Jika adegan tempur laut dilakukan secara hidup dan bukannya layar hijau, tentang lebih menarik.

2.) Sungguh buruk rupa Dayang (Dilakonkan oleh Siti Elizad) dengan rambut palsunya. Seburuk Baizura Kahar di dalam filem Sepi.

3.) Perkampungan di setiap pengkalan macam bukan perkampungan. Serupa macam bukan pengkalan. Lawa lagi pasar tepi sungai di dalam iklan "Janda dan 7 orang anak" Petronas.

4.) Claudia (Lakonan Lynette Ludi) lebih macam pedagang cina dan bukan dari VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) atau Dutch East India Company. Secara jujur, tiada raut wajah Inggeris di mukanya. Tapi jika pengarah, Majed Salleh meneruskan adegan Claudia yang cuba menggoda Awang, erm, itu lebih menarik.

5.) Bachuk (Lakonan Zul Huzaimy) tidak perlu memakai subang untuk nampak antagonisnya. Dia yang begitu dan aksi nakalnya juga nampak jelas antagonisnya.

6.) Seingat aku, lembing bini milik Awang itu melayang menikam 99 orang di majlis perkahwinan Bachuk dan Dayang. Mangsa pertama ialah Bachuk. Lepas Bachuk kena tikam, dia cabut dan lempar ke arah orang lain sehingga cukup 99 orang. Dayang adalah mangsa lembing ke 100. Ketika itu-lah, lembing Awang pulang ke Dayang. Mungkin memori aku lemah atau aku salah faham ketika menerima cerita itu dulu. Atau versi novel tulisan Allahyarham Shaharom Hussein ada kelainan, ada pertambahan watak, ada kelainan kesudahan.

Hui.... Kalau ada bajet yang mencukupi, datang set penggambaran yang secantik dan setaraf filem Puteri Gunung Ledang, aku rasa ia memang terbaik. Oh ye, skrip juga macam lemah.

Alahai. Apa-apa pun, kita tunggu filem Mat Kilau pula. Watak Mat Kilau dilakonkan oleh seseorang yang sememangnya handal bersilat. Moga-moga watak Mat Kilau benar-benar hidup.

KEDAI NASI BUNGKUS PAKCIK DAHAGA KASIH SAYANG

Di kedai itu. Di kedai nasi bungkus itu. Dua pemuda hadir dalam keadaan yang paling memasong penglihatan. Ya, dua pemuda yang menjadi kunci kepada hati wanita tertutup. Pelampung kepada hati wanita yang hanyut. Lelaki pertama kelihatan lebih segak. Gagah. Tampan. Sasa. Rambut flat top. Badan ketul 6 di perut. Pakai baju bodyfit yang menimbulkan otot-otot berurat. Muka garang tapi hensem. Kulit putih macam mat salleh. Mata liar mencari mangsa yang bernama wanita. Senaraikan apa sahaja sifat lelaki yang menjadi dambaan wanita. Bayangkan. Semua ini dimiliki oleh lelaki pertama itu.

Manakala lelaki kedua lebih dalam keadaan rilek. Pakai kemeja T warna serona dengan warna seluar jeans; biru lusuh. Rambut tercacak. Badan kurus sampai tulang leher timbul. Pakai selipar jepun Tat Sing. Senang kata, kebanyakkan sifat mereka berlawanan sama sekali. Namun mereka tetap berkawan. Dan masing-masing mempunyai aura yang menyihir pandangan wanita. Juga lelaki (?).


Ah! Terlalu banyak sifatnya. Kalau ini adalah realiti, tentu sekali ramai lelaki yang akan membujang. Hanya lelaki bersifat sebegini yang hidup senang berkuotakan 4 isteri.

Meja di kedai nasi bungkus itu tidak banyak. Sudah tentu-lah, sebab semua lebih selesa bungkus saja makanan mereka. Kerusi pun ala-ala macam hidup segan, mati tak mahu; kerusi kayu hasil kerjatangan tukang kayu amatur, sambungan perca-perca kayu dari kawasan pembinaan berhampiran.

Tengah hari itu. Ya, mereka ke kedai nasi bungkus waktu tengah hari. Waktu puncak perut manusia mengalunkan muzik lapar. Jadi, barisan di kedai itu boleh tahan panjangnya. Barisan yang menghimpunkan pelbagai jenis manusia lapar. Termasuk dua pemuda tadi.

Dua pemuda itu ada hobi yang tak semua pemuda idaman wanita suka lakukan. Perhatikan manusia dan mengkritik manusia itu. Kritis dan penuh dengan kata-kata nista. Dan kedai nasi bungkus itu merupakan tempat yang sesuai untuk mereka.

Di kaunter kecil merangkap tempat ambil nasi, seorang makcik berpakaian kemeja t lusuh, berseluar bundle dan berselipar sedang mengorek-ngorek dompet syiling berkarakter Pikachu. Mencari-cari syiling untuk melengkapkan bayaran nasi berlaukkan sayur dan ikan masin. Setiap sen dari hasil titik peluhnya adalah amat berharga sungguh syiling 5 sen. Tersimpan dalam dompet syiling itu.

Lelaki buruh binaan pula sedang membungkus banyak nasi. Mungkin kali ini sudah sampai gilirannya membeli nasi dan lauk untuk kawan-kawannya. Lauknya mudah; ikan atau ayam dan sayur dalam setiap polistrin. Serta sedikit kuah kari dan sesudu sambal belacan. Sesekali dia menyeka peluh yang mengalir perlahan. Sungguhpun penat bekerja keras, demi sesuap nasi halal, dia terpaksa.

Di satu sudut lain meja lauk, ada seorang lelaki berpakaian kemeja hijau pucuk pisang. Ada gaya eksekutif. Pekerja pejabat bergaji kecil barangkali. Hidup di bandar besar harusnya sebegini, jika hendak bergaya dan hendak teruskan hidup, makan di kedai sebegini; berlaukkan telur dada, sambal belacan dan masak lemak sayur taugeh bukan satu opsyen malah ianya sesuatu yang statut jika hendak berjimat. Makan di kedai ternama; Secret Recipe, Manhattan Fish Market – hanya jika dapat bonus; setahun sekali.

Kini giliran dua pemuda tadi memilih lauk. Kerana terlalu masyuk memerhatikan orang, mereka memilih untuk makan saja di kedai itu; dengan meja usang dan kerusi hidup segan mati tak mahu itu. Dengan lauk ulaman kacang keceper, ulam raja, asam pedas ikan pari dan sosej goreng, mereka duduk dan kembali menonton pementasan dunia ini.

“Oh, barisan masih lagi panjang!”

Gadis-gadis genit yang berskirt hitam paras peha, berkemeja putih dan berkasut tumit tinggi warna hitam. Seragam. Gaya-gaya usahawan muda dengan akhlak bandar yang sedia maklum; macam good-good je. Borak sesama mereka dengan slanga inggeris. Ah, kalau sudah orang Malaysia, Malaysia la juga. Lauknya sama sahaja dan mesti ada sambal belacan. Sombong dan tinggi diri pun tak guna. Takde maknanya.

Di meja kecil bersebelahan dua pemuda itu, ada anak kecil berseragam sekolah. Sedang makan bersama bapanya. Bapa tua itu sibuk melayan telatah anaknya yang bercerita tentang perkara yang berlaku di sekolah tadi. Anak kecil itu makan dengan penuh berselera sekali tapi bapa tua itu hanya perhatikan anaknya dengan pandangan sayu dan senyuman kelat. Sesekali memeriksa poket bajunya. Takut tak cukup duit barangkali. “Biarlah ayah tak makan, asalkan anak tak kelaparan”. Mungkin itu bisik hati bapa tua yang senyumnya kelat itu.

Ada seorang yang paling “menangkap” pandangan dua pemuda tadi. Lagi “menangkap” dari mereka sendiri. Seorang lelaki muda berkemeja-T jenama “Crocodile” gaya lama. Berseluar poket tepi yang jauh ketinggalan zaman. Tak kena langsung dengan usia mudanya itu. Mundar mandir mengelilingi meja lauk sejak 5 minit yang lalu. Nasi panas di pinggannya mulai sejuk. Dengan mulut terkumat-kamit, dia kelihatan teragak-agak untuk mengambil lauk. Dan begitu juga dengan 5 minit kemudiannya. Lauk masih belum diceduk! Fikir mereka, pemuda itu mesti kali pertama menjejakkan kaki di bandar ini berdasarkan gaya pakaiannya. Dan tentu sekali mulut pemuda tadi terkumat kamit menghamun lauk yang agak mahal di kedai itu. Al maklum la, lauk di kampungnya lebih murah!

Usai menikmati makanan, hisap rokok Winston Light kotak 14 adalah satu kemestian. Mungkin ini satu-satu sifat mereka yang tidak digemari oleh wanita. Atau ada sahaja wanita yang suka lelaki perokok. Asap kepul-kepul menghiasi langit yang sedia terik dengan bahang matahari. Mereka mendekati kaunter dan pemuda kedua menghulurkan not kertas RM20. “Keep the change je la mak cik ye. Saya sedekah” bisik pemuda kedua itu ke telinga makcik penjaga kaunter merangkap tauke kedai. Wah! Makcik ini tahu juga berbahasa inggeris ya.

Sebenarnya, RM20 itu bukan suatu nilai yang mencukupi dengan harga pengalaman menonton layar hidup di kedai nasi bungkus ini. Pengalaman adalah guru terbaik.

*****

Dari jauh, makcik penjaga kedai memerhatikan dua pemuda tadi. Pemuda pertama membuka pintu belakang sebelah kiri kereta Toyota Camry keluaran terbaru itu. Dengan sopan, pemuda kedua itu masuk.

“La, boss ke lelaki kudut tu? Mak tak tahu”. Bisik makcik penjaga kaunter merangkap tauke kedai itu.

“Kadang-kadang ada juga sebab kenapa kita tak perlu tahu semua benda”. Muncul anak kecil bersuara. Bapa yang senyumnya kelat berdiri di sebelah makcik penjaga kaunter merangkap tauke kedai dan memeluk pinggangnya yang bersaiz M itu.

“Yang, malam ni kita tidur awal”. Bisik makcik penjaga kaunter merangkap tauke kedai itu ke telinga bapa anak kecil yang bersenyum kelat itu.

Kini, bapa tua itu mampu tersenyum manis. Sekurang-kurangnya sehingga malam ini!

Friday, October 23, 2009

BUKAN MANUSIA?

Saya duduk sendirian. Sambil menghirup titis-titis akhir jus alpukat, saya teruskan menonton episod 1 dan 2 back-to-back drama bersiri Grey's Anatomy musim ke 6. Tiba-tiba Supi muncul di sebelah saya. Duduk di atas meja yang saya letakkan cawan jus alpukat saya tadi. Biadap sungguh si Supi ni. Oh ye, Supi merupakan kawan imajinari saya sejak saya di bangku sekolah lagi.

"Hey, kau nangis eh?" Tanya Supi sambil menutup mulut. Cover gelak.

"Sejak bila menangis itu satu jenayah?" Saya jawap soalan dengan soalan. Bagi Supi pening. Ah, lagipun tahap IQnya sama tinggi dengan IQ Comot.

Dengan muka selamba dan bingung, Supi terus tersenyum. Macam memikirkan sesuatu untuk membalas semula. Di*tap-tap*kan jarinya di atas meja.

Kami teruskan menonton drama itu sampai tamat.

"Oh, bila sampai satu tahap, selepas manusia berjaya mengecapi semua yang dihajatinya, mereka akan bermula semula dengan hajat pertamanya." Kata Supi, memandang saya. Dengan muka penuh mengejek.

Saya diamkan sahaja. Menunggu serangan Supi seterusnya.

"Manusia membesar, punya kawan, bermain, belajar, graduasi, punya awek, punya isteri, punya anak, punya kehidupan seks yang hebat, punya karier yang bagus. Dan begitu banyak sekali perkara yang manusia inginkan telah berlalu. Masa depan yang sedikit itu, baru mereka benar-benar hargai."

Saya suspek Supi adalah seorang penceramah atau paling kurang pun seorang kaunselor dalam kehidupan dia sebelum ini.

"Ok, motif?" Saya tanya Supi. Tak banyak.

"Tapi kau...." Supi senyum mengejek. Saya benci senyuman dia. "Kau belum cukup manusia.. Hehehe"

Wooo.... Supi main kasar.

"Pada manusia seusia kau, paling-paling kurang sudah sampai tahap hajat 'punya anak' atau paling kurang 'kehidupan seks yang hebat'. Tapi kau...?"

"Tapi apa...?"

"Tapi kau belum capai setengah pun hajat manusia yang tipikal. Kau bukan manusia sepenuhnya."

"Kau tu yang bukan manusia" Saya makin panas.

Supi bangun dan berdiri di hadapan saya. Melindungi tetingkap laptop dari pandangan saya. Tiba-tiba datang seorang awek kacis terus ke dakapan Supi.

"Sungguhpun aku bukan manusia, tapi paling kurang aku ada awek..." Supi senyum dan saya sangat benci senyuman itu. Dia terus hilang ketika saya lemparkan bantal berbentuk kepala Garfield. Damn sungguh.

Kini tinggalkan saya duduk di atas sofa separa empuk, menonton episod 1 dan 2 drama bersiri Gray's Anatomy musim ke 6 secara back-to-back. Sambil memeluk bantal busuk dengan renda-renda dan berwarna tidak keruan itu, saya mula bermain dengan perasaan.

"26? Tiada awek? Bukan manusia? Sial....lambatnya nak cukup 3 tahun..."

O'Malley yang kelihatan sengal itu pun direbut 3 wanita: Torres, Izzie dan Lixie Grey. Apatah lagi saya yang hot ini kan?

Tuesday, October 20, 2009

ADA MASALAH DENGAN NAMA SAYA?

Di sebuah klinik. Satu sesi pendaftaran pesakit sedang berlaku. Bau ubat yang berkeliaran memungkinkan aku jatuh sakit lebih daripada pesakit.

Nurse : Selamat datang encik. Pertama kali datang?
Aku : Ya.
Nurse : Sila isi borang ini dulu ye.

Nasib baik nurse tu body solid. Usai memberikan maklumat peribadi, aku serahkan kembali kepada nurse body solid itu.

Nurse : Encik, nama salah ni.
Aku : Awak ada masalah ke dengan nama saya?

Aku sedikit kecewa dengan sikap nurse tadi. Harap je body solid tapi otak udang. Tak kan la aku boleh tak ingat nama aku sendiri.

Nurse : Encik kena letak nama pesakit, bukan nama encik.

Astaghfirullah, aku lupa. Aku sengih dan ambil borang tadi semula. Aku "liquid-paper"kan ruang nama dan aku tulis semula nama selepas "liquid-paper" tadi kering.

"Comot Abu Lola" tercatat di ruangan nama.

Macam mana la aku boleh lupa. Aku hantar Comot jumpa doktor untuk rawat kakinya yang cedera, "jajan" dari kucing gangster hitam putih kat taman aku.

P/S : Comot kini tergolong dalam KKU (Kucing Kurang Upaya). Moga-moga dalam Belanjawan akan datang, KKU dapat sedikit insentif. Asal lepas duit ikan Comot, jadi la.

Saturday, October 17, 2009

JANGAN SAMPAI TERLAMBAT

Oh, episod terakhir Grey's Anatomy Musim ke-5 sangat taching sekali. Taching sehingga mampu membuatkan "bahagian perempuan" dalam diri aku meronta-ronta minta dilepaskan. Oh, atau apa salahnya kalau aku titiskan 2,3 titik air mata untuk George O'Malley dan bukan kepada Alex Karev atas apa yang terjadi kepada Izzie. George is the best.

Ok, motif bersedih?

Sila ucapkan atau luahkan rasa cinta atau sayang anda kepada orang yang anda sekarang. Bukan, jangan nanti-nanti. Jangan tunggu masa yang sesuai kerana kita sebenarnya tiada masa. Ok, aku bagi 3 minit korang berbuat demikian selepas baca.

....................
....................
....................

OK, dah 3 minit.

Kita luahkan rasa sayang, rasa cinta kita pada orang yang kita sayangi sebelum terlambat. Biasanya, manusia biasa, akan luahkan rasa cinta pada waktu yang sesuai. Bila waktu sesuai tu? Sempat ke kita nak sampai ke waktu yang sesuai tu? Konfem ke kita boleh cakap rasa sayang, rasa cinta kita tu bila waktu yang sesuai tu datang?

Jangan menyesal bila ada sesuatu yang menghalang bila kita nak ucapkan rasa sayang, rasa cinta bila tiba waktu yang kita kata sesuai tu. Jangan salahkan takdir sebab kita punya banyak masa sebelum ini. Cuma kita takut nak luahkan.

Jangan jadi macam aku.

Haih....

Wednesday, October 14, 2009

CERTOT KEDAI MAKAN : SERIGALA BERBULU AYAM

Dua gadis yang tidak kedekut senyuman itu hampir beredar. Maka urusan makan Saiful juga sepatutnya selesai. Cepat-cepat dia mencicipi baki-baki teh tariknya yang masih tersisa namun telah hilang kaw-nya. Srut! Srut! Dengan harapan dia sempat mengucapkan “Hai girls!” dengan penuh tona seorang penggoda kepada dua gadis tadi. Atau paling kurang pun, dengan gaya lebih ‘bad boy’ - “Fewit! Fewit! Merahnya maju mak ngah!” walaupun baju mereka tidak berwarna merah.

**********************************

Di medan makan itu. Terlalu banyak kedainya. Terlalu banyak menunya. Terlalu banyak pe’el-nya. Terlalu banyak ego-nya. Andai salah pilih kedai, minta lain dapatnya lain. “Eh, betul la tuuuu!”

Makanya Saiful ada teori tersendiri, bukan guna kaedah “tan-tan-tot keladi we-we” yang sudah lapok, untuk pilih kedai makannya. Hari-hari makan di kedai yang sama, boleh jadi muak juga. Jadinya, Saiful berjalan sambil mata-nya tak kelip-kelip pandang sekeliling. Medan makan itu luas, kalau tak pandang habis, tak boleh-lah guna teori tu. Jalan setapak, pandang kanan. Jalan setapak, pandang kiri.

Oh! Di hujung sana. Nun di hujung selekoh kedua sebelum deretan kedai makan di medan makan itu berakhir. Di sebuah kedai yang lengang. Namun ada harumnya. Harum cempaka 2 kuntum di selitan sanggul dua orang gadis. Terpana Saiful dalam sihir mereka.

Dua gadis yang sedang menyedut air sarsaparilla srut! srut! dari botol warna hijau itu kelihatan menawan hati Saiful bila mereka tersenyum. Dup dap dup dap saja hati Saiful, hampir meletup. Siapa mereka ini?

Saiful duduk di meja paling selatan, hampir 3 ela dari meja dua gadis tadi. Saiful bagaikan kelasi yang kerosakkan kompas di tengah lautan asmara dan dua gadis ini adalah bintang utaranya. Bintang penyelamat untuk navigator ke arah selamat. Dan memang Saiful sangat jiwang orangnya.

Mee goreng mamak yang dipesannya sudah lama sejuk. Air teh tarik yang diminta sudah lama hilang kaw-nya. Waktu rehat tengah hari-nya juga hampir sampai ke hujung waktu. Namun, sihir dua gadis yang masih lagi menyedut air sarsaparilla srut! srut! masih lagi ampuh menjadikan Saiful seperti zombie. Diam. Mati. Perlahan sahaja menikmati makan tengah hari-nya hari ini, yang juga sama menu-nya seperti menu makan tengah hari semalam, kelmarin, seminggu lepas dan sebulan lepas.

Saiful dah mula berangan. Padang rumput depan rumah menjadi lokasinya. Sasa dengan sut kurta bermanik dan dua gadis tadi manis dengan sari berwarna terang. Menari-nari mengikut alunan irama lagu gubahan A.Rahman. Ala-ala lagu “Jai Ho”. Golek-golek menuruni bukit rendah. Sorok-sorok di belakang pokok-pokok bunga kertas. Kejar-kejar biar pun tak penat namun berpeluh. Main belai-belai rambut dan…. “Eeeii.. sedapnya”

Dua gadis yang tidak kedekut senyuman itu hampir beredar. Maka urusan makan Saiful juga sepatutnya selesai. Cepat-cepat dia mencicipi baki-baki teh tariknya yang masih tersisa namun telah hilang kaw-nya. Srut! Srut! Dengan harapan dia sempat mengucapkan “Hai girls!” dengan penuh tona seorang penggoda kepada dua gadis tadi. Atau paling kurang pun, dengan gaya lebih ‘bad boy’ - “Fewit! Fewit! Merahnya maju mak ngah!” walaupun baju mereka tidak berwarna merah.

Dalam kekalutan keinginan untuk makan dan keinginan untuk mengawan, Saiful mengejar dua gadis itu dan malangnya, kakinya tersadung kerusi. Terjatuh. Saiful dan kerusi. Malu bukan main. Nasib baik kedai makan di hujung selekoh kedua sebelum deretan kedai makan di medan makan berakhir ini tidak ramai pelanggannya. Cuma dua gadis tadi dan Saiful saja. Makcik tuan punya kedai pun dah cepat-cepat lari ke kawasan lapang. “Makcik ingat tadi gegar-gegar ada gempa bumi…!”

Mata Saiful tertangkap satu objek di bawah meja dua gadis tadi. Dompet! Tak dapat berkenalan, dapat dompet pun jadi la. Cepat-cepat dia kutip dompet berwarna pink berbelang putih dengan lukisan hati merah itu. Dihidu-hidu. Dibelai-belai. Dompet pink itu keresahan. Saiful tak ubah seperti pedofilia yang ghairah dengan anak-anak kecil. Dalam konteks ini, dengan dompet pink tadi.

Saiful mengambil langkah yang tidak wajar dengan membuka dompet tersebut, semata-mata mahu mengetahui nama salah seorang dari dua gadis tersebut. Suka bukan main, malu akibat jatuh kerusi tadi terus hilang. Dengan muka senyum, dia menarik keluar kad pengenalan tuan punya dompet tadi.

*******************************************

Dompet pink berbelang putih dengan lukisan hati merah itu terkulai di pinggir tong sampah kedai makan di hujung selekoh kedua sebelum deretan kedai makan di medan makan berakhir itu. Saiful entah mana pergi. Dua gadis yang menyedut air sarsaparilla srut! srut! dari botol warna hijau itu pun entah mana pergi. Hanya Makcik tuan punya kedai itu sahaja yang masih lagi di kawasan lapang.

Turut serta di pinggir tong sampah itu ialah beberapa titis air mata Saiful dan kad pengenalan tuan punya dompet pink berbelang putih dengan lukisan hati merah tadi; Idris b. Jusoh!

Friday, October 09, 2009

PAPADOM - BUKAN SETAKAT NASI KANDAR


Filem ini layaknya ditayangkan pada Hari Bapa. Khas untuk bapa-bapa muda yang ada anak perempuan, cerita ini ada inspirasi untuk membesarkan anak perempuan anda.

Bagi aku (yang tak berapa pandai tentang seni filem), aku rasa jalan cerita filem ini amat mudah, ringan dan senang ditonton. Mesej yang hendak disampaikan pun begitu jelas dinyatakan. Tak perlu nak berfikir jauh ke dalam atau “read between the line”. Dah macam telefilem atau drama swasta pula. Tetapi mesti ada sesuatu yang membuatnya berbeza dengan sesuatu seperti telefilem atau drama swasta kan?

Bukan. Aku tonton filem ini bukan kerana Liyana Jasmay atau Farid Kamil atau aku peminat papadom atau aku penuntut di UiTM Shah Alam. Aku tonton kerana 2 sebab; pertama kerana filem ini adalah arahan Afdlin Shauki dan kedua kerana Scha adalah salah seorang pelakon yang membintangi filem ini 

Filem ini tentang pengajaran. Tentang kasih sayang tak terucap. Bukan tentang anak derhaka. Tiada sesiapa yang disumpah menjadi batu di dalam filem ini. Filem tentang cinta pun bukan. Bukan filem tentang kedai mamak tebar roti canai. Bukan kisah remaja. Atau mungkin boleh juga dikhususkan kepada remaja wanita (dan anak tunggal wanita terutamanya). Kenapa? Anda saksikan di pawagam.

Biasanya kita dapat tonton mesej sebegini di dalam banyak drama-drama di kaca televisyen. Cuma kali ini Afdlin persembahkannya di dalam medium yang berbeza. Pandangan yang berbeza. Pendekatan yang berbeza. Supaya nampak lebih menarik. Supaya nampak lebih nilai filem. Supaya nampak ianya berbeza dengan drama.

Ada beberapa dialog yang menarik hati yang aku ingin kongsikan.

1) Balkish : Awak tak macam tukang kebun lain. Awak ni lain.
Saadom : Berapa ramai tukang kebun yang awak kenal?

2) Rahmat : Ini namanya Singa Inspirasi. Awak ambil-lah. Saya dah tak perlukan dia lagi.
Miasara : Kenapa?
Rahmat : Sebab saya dah ada inspirasi lain, awak inspirasi saya.
Miasara : Awak ni poyo la.
(Rahmat buat muka sedih)
Miasara : Ok la, poyo tapi comel. Ngee

Ok-lah, pelakon filem ini kebanyakkan yang biasa kita lihat dalam filem Afdlin yang lain seperti Vanidah Imran. Eh? Hahaha. Silap.

Afdlin Shauki (Saadom) : Saadom yang bermula sebagai penjual nasi kandar tepi tembok di Penang. Terkenal dengan home-made papadom yang sedap (sebab nampak macam sedap). Perniagaan mula berkembang bila Alan Tan (Pete Teo) berminat untuk bekerjasama dengannya dan Ali untuk buka restoren nasi kandar dan mempopularkan lagi papadom Saadom. Kehilangan isteri, Mun (Khiriah) akibat kemalangan dan dihantui kesalahannya pada isterinya. Seorang ayah yang sangat bersifat pelindung. Mana ada anak dia, di situ ada dia. Kerana dia tak mahu anaknya ditimpa kesusahan dan dia tiada di sisi anaknya ketika anaknya susah.

Nur Khiriah (Mun) : Isteri kepada Saadom dan Emak kepada Miasara. Meninggal akibat kemalangan jalanraya. Wujud dalam mata Saadom kerana mata Saadom nampak apa yang dia ingin nampak. Mun bukan hantu dalam mata Saadom. “Kalau Mun hantu, Mun pakai macam ni (sambil guna kostum pocong”.

Liyana Jasmay (Miasara) : Anak Saadom dan Mun. Membesar dengan seorang ayah, Saadom yang sangat bersifat pelindung (protective). Sudah rimas dengan tindakan ayahnya. Merancang untuk sambung pengajian di IPT di Kuala Lumpur (budget good-good je dapat duduk KL) bersama kawannya, Yvonne (Chelsea Ng). Freshie yang syok pada seniornya, Hisyam Hasyim (Farid Kamil).

Vanidah Imran (Balkish) : Professor yang mengajar subjek sejarah perfileman. Rasanya dia syok pada Saadom versi tukang kebun.

Scha (Shasha) : Senior kepada Miasara dan Yvonne. Seorang gadis cantik yang juga ketua kelab penyokong Hisyam Hasyim. Suka pada Hisyam Hasyim tetapi dah break-up dengannya bulan lepas. Seorang gadis cantik IPT yang sangat tipikal. Berlagak, dengki, iri hati, tidak disukai ramai dan penuh rancangan jahat.

Que Haidar (Rahmat) : Nama penanya ialah Wajib Tayang. Sangat minat dengan kursus seni lakon. Ada banyak koleksi filem pendek peribadi yang kebanyakkannya filem pendek arahannya yang sangat syok sendiri seperti “Eksistensial Sial”. Ada hati pada Miasara tetapi terlalu nerd untuk mendekati wanita seperti Miasara.

Chelsea Ng (Yvonne) : Kawan Miasara sejak zaman persekolahan sampai ke IPT. Dah masak benar dengan perangai pakcik Saadom yang sangat pelindung itu.

Farid Kamil (Hisyam Hasyim) : Senior yang sangat digilai ramai. Sedang dalam bikin filem “Puaka Padang Ragbi” yang sangat bodoh. Hanya bersikap player sahaja kepada Miasara. Langsung tiada niat nak jadikan Miasara itu menantu ibubapanya.

Pete Teo (Alan Tan) : Kali pertama aku tonton lakonan Pete Teo. Biasa dengar lagu ciptaan dan nyanyiannya sahaja. Banyak sumbang lagu untuk filem-filem arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Eh, salah bagi ulasan pula! Alan mula berminat dengan perniagaan nasi kandar milik Saadom apabila kali pertama makan papadom Saadom. Dan dia menjadi kawan sejak Saadom jual nasi kandar tepi tembok sampai Saadom beli motor guna kad kredit. Boleh tahan lama.

Harun Salim Bachik (Syukor) : Supervisor jabatan landskap. Seperti filem lakonan dia sebelum ini, lawak bersahaja dan kelakar. Kadang-kadang faham, kadang-kadang tu tak faham langsung.

Bagi aku, ada 2 sebab korang mesti mahu tonton filem ini.
1) Boleh tengok ketiak baju Liyana Jasmay basah sebab berpeluh (kantoi yang guna deodorent).
2) Boleh tengok Miasara main puting buah dada Rahmat, sambil Rahmat layan stim.
“Eaa, baju Rahmat ada teddy bear la. Apa namanya dia?”
Rahmat layan stim.
“Siapa nama dia ek Rahmat?”
Rahmat layan stim.
(Bukan nak malukan, sekadar mahu bantu mempromosikan filem ini)

Aku tak bohong, benda ini benar-benar ada kecuali Afdlin pergi semua pawagam di Malaysia dan edit semula pada setiap reel filem Papadom. Cepat pergi tonton! Reputasi Afdlin, siapa yang tak tahu, kan?

Wednesday, September 30, 2009

BENDA YANG KITA TAK AMBIL PORT SANGAT

Ada benda yang kita tidak nampak menggunakan mata tetapi kita cuma dapat rasakannya. Tak ramai orang yang mempunyai hati untuk merasakannya. Ia seakan-akan satu anugerah kepada sesebuah kumpulan manusia yang sama-sama berkongsi perasaan ini.

Ya, itulah anugerah persahabatan.

Dalam hidup aku (sekurang-kurangnya sehingga hari ini), aku telah melalui 4 fasa pembinaan nilai-nilai persahabatan.

Di peringkat sekolah rendah, pada awal peringkat bertemu dengan kekejaman dunia. Kita saling berkongsi minat tentang erti kehidupan, keseronokan mempunyai teman, bermain tanpa memikirkan kesaratan beban dunia. Seronok sekali. Membina asas persahabatan atas dasar perkara yang gembira.

Di peringkat sekolah menengah, asas persahabatan itu semakin dikukuhkan. Seakan tiang seri sama pentingnya. Persahabatan dibina atas dasar mengharungi kekejaman dunia. Untuk meneruskan kehidupan yang semakin hilang nilai kemanusiaan. Persahabatan untuk teruskan hidup. Dan aku rasa sebab itulah kami masih lagi bersatu walaupun setelah 15 tahun berkawan. Terima kasih NTMTTS.

Di peringkat diploma, nilai persahabatan itu mula terhakis. Masing-masing membesar dengan latar belakang yang berlainan. Masing-masing bergantungan untuk menjengah kehidupan baru selepas sekolah. Masa ini, kena pandai-pandai pilih kawan. Kalau salah pilih, boleh hanyut ke laut. Atau paling kurang pun, hanyut-hanyut sikit je. Nilai persahabatan ketika ini hanya bergantung kepada kepentingan. Jadi, aku tidak terfikirkan bahawa ianya utuh tetapi Insya-Allah ianya berkekalan.

Di peringkat universiti, nilai persahabatan itu macam air laut. Macam curahkan air ke daun keladi. Macam taik ayam, panas sekejap saja. Atau yang paling tepat, macam jahanam. Stage ini adalah paling susah nak kendali. Lebih susah dari nak kendalikan mesin kuda. Atau nak kendalikan jentera KYB. Ia melibatkan emosi dan psikologi. Time ini la nak kena ada kebolehan ambil hati orang, pujuk orang, tahan marah, tahan maki dan macam-macam sifat mahmudah untuk menjadikan nilai persahabatan itu terus kekal, bagi yang mahu ianya kekal la.

Penat sudah aku jaga hati orang. Nak layan orang yang tiba-tiba moody, padahal bukan jenis yang datang bulan pun. IMS tak tentu pasal. Gila.

Bersahabat ni macam bercinta juga. Tak guna bertepuk sebelah tangan tak tentu hala. Kalau tak suka, kena la cakap. Kalau diam, mana nak tahu. Tahu? Kalau tak suka duduk sama, cakap. Faham? Nak aku ajar ke? Nak?

Nanti aku buka kelas "Friendship 101" untuk murid-murid yang yang benar-benar 3M; Mengong, Munguk, Moody. Free je.

Suckest friendship ever. Yes, it's true.

Wednesday, September 23, 2009

PASANG LANGSIR DI PAGI RAYA

Raya aku tahun ini tak macam raya-raya yang pernah aku sambut dulu-dulu.

Kalau raya cina dulu-dulu, telinga dihidangkan dengan lantunan mercun merah yang meletup-letup macam pop corn. Mata disaji dengan dengan tarian singa dan naga yang terbang macam dalam komik Hong Kong. Cuti pun boleh tahan lama.

Kalau raya india dulu-dulu, paling best layan cerita Kuch Kuch Hota Hai atau paling kurang pun cerita Paddayapa. Sambil-sambil tu, mengunyah maruku yang Auntie Devi bagi malam semalam. Kira best juga la. Walaupun tak cuti lama, tapi kira ok-lah sebab aku tak menyambut pun. Rakan-rakan india yang lain yang sambut.

Kalau raya kita dulu-dulu, lagi la meriah tak ingat dunia. Duit raya sampai tak cukup kocek baju melayu, sampai aku suruh mak aku jahit poket tambahan dekat seluar baju melayu aku. Cuti pun paling-paling bangsat dapat la seminggu. Sepupu-sepupu semua balik kampung, sampai nak roboh rumah atok. Budak-budak lari ke hulu ke hilir. Dapur penuh dengan makcik-makcik mengayam ketupat dan mengumpat. Pakcik-pakcik hisap rokok sambil jaga api periuk rebus ketupat. Sepupu-sepupu remaja main mercun sampai kena maki. Ish la.... meriah!

Sekarang, tak ramai yang nak balik kampung umah atok. Pasang langsir pun di pagi raya.

Thursday, September 17, 2009

SIMBOLIK KEMENANGAN



Berbuka bersama-sama teman serumah di restoren berdekatan sedikit sebanyak mengubat rindu aku pada famili dan teman-teman lama. Makanan yang sedikit juga dapat mengenyangkan. Ditutupi dengan gelak ketawa tanpa menghiraukan hingar bingar orang sekeliling yang masing-masing sibuk dengan plan membeli-belah selepas berbuka.

Kami? Ada plan juga nak ke Uptown tapi apa boleh buat. Kita merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Kami disihir lalu tertidur seawal jam 9.00pm.

Tapi kami bukan nak sangat makan di restoren luar ni. Selain mahal sedikit, ia juga menghidangkan suasana yang tidak berapa mesra pelanggan. Kami cuma mahu raikan kemenangan kawan-kawan atas "perhitungan" tempohari. Walaupun hadiahnya cuma "Twister Oren" bersaiz besar, ianya cukup simbolik untuk kemenangan ini. Bukan nak minum sangat pon sebab paling-paling kuat pun cuma jadi urin je. Mereka cuma nak ramai orang tahu mereka dah menang je. Tak lebih, tak kurang. Hehehe.

P/S : Jangan berjudi, lagi-lagi di bulan puasa. Tak, kami tak berjudi. Harap maklum.

Monday, September 14, 2009

BINGUNGKAN WANITA?

"Cinta perempuan itu sukar didapati, Boi! Tapi mula-mula kita harus bikin dia bingung dulu." - Arai, Sang Pemimpi ~ Andrea Hirata~

Aku baca berulang kali rangkap keramat ini. Arai bukan budak sebarangan. Dia Simpai Keramat dan Lone Ranger bagi Ikal. Kata-katanya, biarpun sesuatu yang gila, namun memotivasikan Ikal. Sedangkan Ikal yang tolol itu juga boleh tersihir dengan kata-kata Arai, apatah lagi aku yang tersihir dengan metafora aneh yang ditonjolkan oleh Andrea Hirata di dalam buku Sang Pemimpi ini.

Aku ulang-balik rangkap lain.

Ah, sedangkan Sigmund Freud juga masih bingung dengan psikologi wanita, entah sampai ke kuburan dia masih memikirkannya. Inikan Arai, budak gelandangan Belitong yang mahu bingungkan hati wanita.

Aku takut untuk bingungkan hati wanita, takut terperangkap dalam labirin psikologi wanita yang aneh. Nanti aku pula yang bingung!

Friday, September 11, 2009

APA KITA BOLEH BUAT DENGAN APA YANG KITA ADA

Ini ayam KFC Hot & Spicy. Bukan Yaya spicy oke?


Semalam, dalam kenyang-kenyang makan ayam goreng spicy KFC, aku menonton episod terbaru drama bersiri "Blogger Boy" di 8TV. Dan aku belajar sesuatu yang aku kira bakal mengubah persepsi aku atau mereka yang lain dalam mengejar apa yang kita buru.

Dalam episod semalam, anak murid Budi ingin menuntut ilmu "menekel awek". Lalu Budi menyerahkan tugas berat ini kepada teman serumahnya, Kid, seorang buaya darat untuk menurunkan ilmunya kepada anak murid Budi.

"Ini bukan sebab kaya atau miskin. Ini sebab apa yang kita boleh buat dengan apa yang kita ada." Pesan Kid kepada anak murid Budi merangkap anak muridnya sekarang.

Dalam episod itu, anak muridnya bernasib baik kerana ada banyak duit. So, apa yang dia boleh buat dengan apa yang dia ada itu?

Pertama sekali, kita kena buat sesuatu yang buat kita rasa hebat. Kalau kita sendiri rasa diri kita tak hebat, apatah lagi orang lain yang memandang. Ubah penampilan!

Ok, selepas setengah jam, drama itu habis. Aku jeling Nina sebelum teaser untuk minggu depan tamat. Nice.

Aku masih lagi bersandar kekenyangan. Aku usap-usap perut bersaiz XXXL dengan penuh kelembutan. Aku terfikir. Aku jadi keliru. Aku fikir semula kata-kata Kid tadi. "Apa kita boleh buat dengan apa yang kita ada"

Err...apa aku boleh buat dengan perut ini untuk menekel awek?

Thursday, September 10, 2009

YANG KLASIK-KLASIK BELAKA

Satu tarikh cantik tahun lepas, selain menghantar mesej ucapan "Selamat Hari Lahir" kepada kawan merangkap ibu baru (waktu itu) dan juga merangkap bini kawan sendiri, aku juga pergi bermandi-manda bersama bekas rakan-rakan kampus utara.

08.08.08 - Pemuda sebaya aku ketika ini masing-masing sibuk nak buat majlis perkahwinan pada tarikh ini. Aku? Aku sibuk gak. Sibuk mandi-manda di Bukit Hijau, Kulim, Kedah. Dengan awek? Mana ada awek. "Maria Ozawa" ada la.

Satu tarikh cantik tahun ini, selain menghantar pesanan pada dinding "muka-buku" kawannya merangkap kekasih kawannya, yang berada di Borneo, aku tak buat apa-apa pun. Langsung tak buat apa. Serius.

09.09.09 - Ketika pemuda sebaya aku sibuk mencari rezeki untuk anak bini, aku hanya duduk di hadapan laptop sambil buka "muka-buku". Mengarut bersama kawan-kawan yang tergila-gilakan Maria Ozawa. Buat kerja pun macam main masak-masak. Nak tak nak je.

Apa akan jadi pada 10.10.10?

Tuesday, September 08, 2009

DIARI RAMADHAN KAMI : JAUHNYA

Bro di Semenanjung, DS di Borneo. Macam mana tu?

(-) : Tapi pepatah melayu ada mengatakan, "Sayangkan bini, tinggal-tinggalkan."

(+) : Tapi sekarang belum jadi bini lagi beb? Tapi berbulu juga nak tunggu lama-lama.

(-) : Err.... Kau nak aku tangan-tangankan kau pulak?

Monday, September 07, 2009

DIARI RAMADHAN KAMI : LANGKAH PERTAMA

Bro : " Hello, may i speak to Miss Dayang Senandung , please?" By call.

Dayang Senandung (DS) : "Speaking."

Bro : "I'm calling from BlaBla firm. I just want to confirm your practicum session at our firm."

DS : " Er...er...yes, i'm confirmed."

Bro : "Er, macam ini la Miss DS, Miss DS kena hantar branch kami di mana ye?"

DS : ("Boleh pulak cakap melayu - dalam hati) Saya di Borneo branch."

Bro : "That's great. Maybe we can each other next time. Bye"

DS : "But...err...er..."

Langkah pertama tak selalunya indah. Hanya sekadar mendengar kemerduan suara. Dari duara turun ke hati? Mungkin ya, mungkin tidak.

Thursday, September 03, 2009

DIARI RAMADHAN KAMI : DAH BAGI BETIS, NAK PEHA PULA

Masih lagi di Ramadhan tahun yang lalu.

Bro : "Beb, gua dah search dalam email list firm gua. Takde pun nama tu. Lu khenceng gua ke?" By text.

Beb : "Laa, lu ingat gua suka khenceng bersepah ke?" By text.

Bro : "Gua mintak maap la beb. Gua tahu lu bukan stalker tapi gua memang tahu lu boleh dapatkan nombor telefon aweks kacis tu kan?" By text.

2 minit senyap tanpa berita.

Beb : "Wacha! Siot, ayat manis umpama racun dunia. Gua nak Rojak Asma RM6 bila balik Johor nanti. Deal?" By text.

Bro : "Gua takde hal beb, gua duit banyak, cuma awek je yang takde lagi." By text.

Ish, susah la hai orang dah angau ni. Dah bagi peha, nak perut pulakk...!