Monday, December 29, 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH DAN MASIHI

"Aku tengok ramai orang pergi masjid tadi. Ada majlis apa kat masjid?" Tanya dia 1.

"Ahli nerakalah kamu wahai sahabatku, Hahahaha" Jawab dia 2.

Kepada korang yang tak tahu, kita dah masuk tahun baru islam 1430H dah. Mesti korang tak tahu, kan? Tu la sebab kau tak pergi masjid maghrib semalam untuk baru doa akhir tahun dan awal tahun. Bacaan doa akhir dan awal tahun pun korang tak tahu, kan? Sebab maghrib semalam mesti tengah baru nak balik kerja, tersekat dalam kesesakan jalan raya, tengah main futsal, tengah joli duit PTPTN, tengah beratur nak mandi.

Tapi takpe, paling kurang, lepas baca entri ini, korang dah tahu yang kita dah masuk tahun baru islam 1430H. Biasalah manusia ada kesilapan, terlupa tahun baru islam. Ye lah, masa sambutan tahun baru islam, mana ada orang nak main bunga api. Mana ada artis nak melalak-lalak buat konsert. Jauh sekali ada nak buat kiraan "3, 2, 1" sampai pukul 7.05pm (ikut waktu maghrib negeri masing-masing). Tapi tahun depan jangan lupa pula. Aku dah bagi pesanan ni.

Mana negeri yang ambil cuti pelepasan, selamat bercuti. Mana yang tak, selamat akan bercuti tahun baru masihi 2009.

Happy Both New Year!

Sunday, December 28, 2008

BACK TO SCHOOL

Sesi pembelajaran semester baru telah bermula.

Duit pinjaman pun dah dapat.

Tapi kelas hari pertama malas nak pergi. Malas sial!

Semester baru (Semester akhir) penuh dengan junior baru (kenal) dan penuh dengan azam-azam lama, ingin belajar sungguh-sungguh misalnya.

Persekitaran baru. Kawan baru. Tugasan baru. Pensyarah baru. Azam? lama.

Ayuh ke kelas. Usha awek!

Monday, December 22, 2008

HISTERIA : YANG SEDAP DAN YANG KURANG


Aku pasti ramai yang teringin dan terngiur-ngiur hendak menonton filem Histeria yang telah menjengah pawagam sejak dari hari Khamis yang lalu. Dengan barisan pelakon lama dan baru, bermutu dan berkutu, prop yang nampak 'real', imbasan demi imbasan dan elemen terkejut menghiasi filem ini.

Aku baru menonton filem ini petang tadi bersama "Cikgu yang kena hantar mengajar ke Sarawak", Cikgu Aminudin Salleh.

Barisan pelakon yang diketengahkan oleh James Lee memang tengah meletop! buat masa sekarang seperti Scha Alyahya dan Liyana Jasmay, yang nampak begitu menonjol wataknya sebagai Alissa dan Murni.

Barisan pelakon baru (sebab aku rasa tak pernah nampak dorang berlakon) seperti Yuhana sebagai Jue nampak kaku tetapi disembunyikan dengan wajah cutenya.

Yana (Pengarah "Selamat Pagi Cinta") turut memainkan watak sampingan, Zeta, Pengawas-junior-yang-cute-tetapi-lesbo. Wataknya sebagai lesbo aku rasa sedikit menjadi dengan cara dia mengayat Alissa, cara dia jeles dengan keakraban Alissa dan Murni, jeles dengan Riz (pakwe Alissa yang dilakonkan oleh Reefa). Nampak la yang dia tu sungguh-sungguh menagih kasih seorang wanita bernama Alissa.

Filem ni berkisarkan tentang geng Pink Ladies yang merupakan senior di sekolah yang bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Tunteja. Satu malam, mereka pergi memuja/ menyeru/ baca mentera untuk menyeru Jembalang Busut di dalam hutan berdekatan asrama mereka. Selepas kejadian itu, mereka didenda untuk berada di asrama selama 3 hari dan kes kematian berlaku satu per satu di antara mereka-mereka yang masih berada di asrama kerana ketika itu pelajar lain sedang semester break.

Pada hemat aku, elok sahaja penggambaran dilakukan di sekitar SMKAS 10 tahun yang lepas. Para pelakonnya pun aku dah boleh bayangkan.

Guru Besar : Kamal Hassan (Tanpa misai)
Guru Asrama Lelaki (Adi Putra) : Patail (Tanpa Ah Seng, Ah Kau dan Mei Hwa)
Guru Asrama Perempuan (Vanida Imran) : Jurimah (Tanpa kancil)
Guru Disiplin (Adlin Aman Ramlee) : Yahya Awang (Tanpa skuter ijau)
Tukang Kebun / Jaga (Kazar) : Jaga Omar

6 Geng Nakal :
1) Alissa - ....
2) Murni - ....
3) Kerek - ...
4) Marina - ...
5) Jue - ...

6) Tini - .....

1 Pengawas bertugas :
1) Zeta - Nur Ain Fadzal **** UPDATE

Riz (Pakwe Alissa) : Noorul Faiz Ateman ****UPDATE
Lentok (Pakwe Jue) :

Tapi kita takyah la buat tentang Jembalang Busut tapi cerita tentang "orang minyak masuk aspuri dan mencuri underwear". Pasti berjaya!

Saturday, December 20, 2008

JANGAN TAKUT

Kepada Para Gadis yang budiman,

Jangan bersedih,
Janganlah hiba,
Jejaka harapan Malaya bakal diijabkabulkan.

Tapi tak pe, Malaysia kan ramai lelakinya.
Buka katalog, pilih saja-lah.

Satu pintu tertutup, pintu yang lain terbuka luas.

Meh, sini meh. Abang Wiwin ada....

KALI PERTAMA AKU BERJALAN JAUH

Waktu dulu, ayah pernah janji jika ada di kalangan kami adik beradik yang berjaya dalam peperiksaan awam Malaysia, tak kira la PTS ke UPSR ke PMR ke SPM ke Periksa Darjah Khas ke, ayah akan bawa kami anak beranak pergi makan angin. Time tu, aku-lah yang paling seronok sebab aku yang pertama sekali antara adik beradik yang menempuhi peperiksaan awam iaitu UPSR.

Alhamdulillah, cemerlang. Dan ayah janji nak bawak kami pergi Langkawi. Zaman itu pergi Langkawi dah di kira champion dah. Sebab paling jauh Datsun 120Y ayah boleh pergi takat ke KL je. Kalau pergi lebih-lebih, ayah dah pancit dah. Pening la ngantuk la. Tapi nasib baik kami naik bas.

Dia punya seronok memang tak sama dengan menang main wrestling getah pemadam. Itu-lah kali pertama pengalaman aku naik kenderaan idaman aku waktu itu. Geng-geng aku takat naik bas South Johore no.14A je pergi bandar. Kira aku lagi champion la.

Zaman itu stesen bas JB bukan kat Larkin. Kami naik teksi sampai kat tengah bandar. Sekarang stesen bas tu dah jadi tempat parking kereta kot. Atau stesen teksi laluan bandar. Aku pakai baju 2,3 lapis malam bertolak itu. Orang cakap air-cond bas ekspress gile sejuk. Sampai gigil-gigil la. Bekalan jajan dah penuh plastik aku bawak. Aku siap-siap beli sejak semalam kat kedai Raju. Duit bekal sekolah seminggu aku save elok-elok dalam sapu tangan aku, yang merangkap dompet. Aku dah pasang angan-angan nak beli jam Boy London yang boleh tukar-tukar warna kalau masuk ice-box tu. Mana boleh tak ikut perkembangan fesyen semasa, kan?

Sampai kat Kuala Perlis, aku memang tak terfikir langsung dapat naik feri. Aku ingat Langkawi tu kat Kedah, tapi pergi dari Perlis pula. Memang masa itu ilmu geografi aku belum penuh di dada. Asyik kena tipu je dengan ayah. Dapat pulak naik feri. Memang la jadi bahan borak masa naik sekolah menengah nanti. Bangga aku, bangga.

Sampai kat pekan Kuah, aku minta makan kat emak. Jajan malam tadi dah habis sebelum bas keluar dari Johor lagi. Punya la excited naik bas ekspres. Lalu emak ajak ayah pergi gerai makan selepas ayah ambil kereta sewa. Masa tu kancil belum lahir lagi. Kereta yang murah pun Datsun 120Y, macam ayah punya kat Johor.

Sampai kedai makan kat Pekan Kuah, aku terus terbayang Nasi Ayam Goreng Mak Nah depan rumah. Dia punya ayam, pergh! Gariinngg! Lantas sebelum brader kedai makan ambil order, aku dah order dah. Tambah pula dengan air Teh O Ais.

Satu per satu order sampai. Aku masih lagi menantikan ketibaan makanan aku dengan penuh kesabaran. Bayang-bayang ayam goreng gariing dengan nasi goreng panas-panas bermain-main di mata aku. Asap panas berkepul-kepul memenuhi ruang legar meja makan kami. Sambal yang ala-ala pedas tak pedas, manis tak manis. Sedang-sedang elok ja. Aroma Nasi Ayam Goreng memang betul-betul sentap selera aku terhadap Langkawi.

Brader ambil order sampai dengan dulang di tangan. Nah!

Dada aku mula sebak bila ayah dengan emak berdekah-dekah sungguh-sungguh. Hingus pun ala-ala nak tak nak keluar dari hidung. Aku perhatikan Nasi Ayam Goreng yang brader tadi bawa. Mata aku mula berkaca tengok nasi putih, ayam goreng hangus dan kuah gulai yang brader tadi bawa. Kenapa lain benar Nasi Ayam Goreng orang Kedah, aku berteka-teki dalam hati. Bermonolog. Kecik-kecik dah pandai bermonolog.

Mana nasi gorengnya? Mana sambalnya? Mana ayam goreng gariingnya?

Petang tu aku merajuk. Mengaruk tak tentu pasal. Aku suap je roti krim manis sambil layan Voltron kat TV1. Tinggal sorang-sorang kat hotel pun takpe dari makan Nasi Ayam Goreng Kedah. Huh!

Tuesday, December 16, 2008

ADA MALAM AKU TONTON WANITA (PERASAN) CANTIK

Ada satu saat. Aku rasa macam dah bosan sangat dengan perangai peserta lain. Pantang salah cakap sikit. Mesti ada yang makan dalam. Ambil hati sangat. Menci. Aku cakap berdasarkan keikhlasan hati aku tau!

Photo shoot pun kekadang yang bukan-bukan. Kena buka baju sana sini. Kadang-kadang tu kena pakai yang tak masuk akal. Rimas tau seksi-seksi gini. Tyra memang la. Cakap memang la senang. Kita ni ha yang nak kena terlungkup terlentang nak layan cakap photographer yang nak shoot yang best, katanya.

Oh, kadang-kadang tu rasa best la masuk TV. Orang kampung yang dulu-dulu perlekeh-lekehkan impian aku ni dah boleh kunci mulut dah. Baru dorang tahu aku ni seksi tau!

Aku berdiri depan cermin. Aku puas dengan bentuk badan ala-ala model ini. Figure sempurna ini yang membuatkan aku menang pertandingan ini. Ha ha ha!

Eh, wait. Kenapa boops aku lain macam? Eh, belalai aku? Tidak!

**Puff**

Aku mengucap dua tiga kali. Peluh deras mengalir macam aku naik tangga bangunan 2 tingkat, macam biasa. Dada aku berombak kencang persis dada pemain futsal yang baru tamat latihan berlari keliling gelanggang. Aku teraba-raba "mahkota" dalam selimut. Sesaat dua kemudian, nafas lega dilepaskan. Dah, lain kali kalau aku nak tengok cerita America's Next Top Model, aku akan pastikan aku cuci kaki dulu sebelum tidur selepas menonton. Mana larat tiap minggu nak kena mimpi berdressing macam perempuan. Rimas!

I lelaki tulen tau!

Sunday, December 14, 2008

AHLI KELUARGA BARU

Sekarang. Di rumah aku. Kami ada ahli famili baru. Kecil sahaja lagi. Kira-kira 4 bulan usia. Entah ayah dapat dari mana. Balik-balik sahaja, sudah terpacul di depan mata. Aku tak kesah. Asal ayah bahagia, aku pun turut sama.

Sekarang. Di rumah aku. Kami sudah ada famili baru. Jadi makan, minum, pakai yang ayah kena tanggung pun bertambah lagi satu. Tapi ayah kata, ayah tak kesah. Aku pun buat derk je. Sebab aku tahu ayah banyak duit tanggung anak angkat dia tu. Asal ayah bahagia, aku pun turut sama.
.
Sekarang. Di rumah aku. Kami sudah ada satu famili baru. Jadi bila nak makan atau minum, kena ingat famili yang baru ini. Makan kena sediakan, minum kena sediakan, tempat tidur kena sediakan. Silap-silap, kena tepuk punggung baru dia nak lena! Ayah senyum sahaja tengok telatah anak angkatnya. Hatinya gembira! Asal ayah bahagia, aku pun turut sama.

Sekarang. Di rumah aku. Kami sudah ada satu lagi famili baru. Jadi, bila kami semua pulang ke tempat pengajian masing-masing nanti, ayah dan emak tidak-lah sunyi sahaja duduk di rumah. Sekurang-kurangnya, ada juga benda yang hendak dimarahi. Ada juga benda lain yang nak dibuat selain kemas rumah dan memasak. Ayah senyum sahaja bila tengok dia tidur sambil badan mengerekot kesejukkan. Ayah selimutkan dia sambil mencium dahinya yang berbulu. Asal ayah bahagia, aku pun turut sama.
.
Memperkenalkan, Mamat Comot B. Abu Lolah!
.
.



Friday, December 12, 2008

FISHERMAN FRIEND!


Aku dah cakap. Memancing itu menyeronokkan. Seronok kalau dapat ikan. Tak seronok kalau dapat penat je. Barang memancing semua pinjam. Kepakaran pun pinjam. Ikan tangkap sendiri okay. Time tu la baru nak cari joran, dedak padi, mata bom, lampu suluh. Yang paling best, sebelum memancing ada 10 minit briefing ringkas cara-cara memancing dan mengendalikan mata kail jenis bom. Seronot (sebab dapat ikan)!

STOP BEING NINJA!

Tak semua orang boleh jadi ninja. Betul. Ninja ini penat. Versi Malaysia lagi la penat. Kena la guna kain pelikat untuk buat penutup muka. Baru ada identiti Malaysia. So, far, jadi ninja ni best. Tak ada sesiapa yang kenal. Nak jadi Narutah boleh, jadi Chouji boleh, Jadi Cik Lat pun boleh!

Wednesday, December 10, 2008

AKTIVITI MINGGU LALU DENGAN BAKAL CIKGU

Minggu lalu, aku masih lagi menetap di Jitra. Di rumah bakal-bakal cikgu. Agak boring dan tak tau nak buat apa. Tapi. Mujur malam itu ada sedikit majlis yang agak seronok. Seronok juga-lah dari menonton Wonderpet dan Ninja Turtles tiap-tiap hari.

Untuk laporan bergambar seterusnya, sila klik link ini ya!

Saturday, December 06, 2008

TAHUN KE TIGA BELAS

Sebenarnya, entri ini aku mahu letakkan di dalam blog NTMTTS, tetapi aku baru sedar yang aku tiada kebenaran sebagai penulis di situ. Jadi, aku letakkan di sini saja-lah.

Semalam, genap 13 tahun kita mendaftarkan diri di SMKAS. Tanggal tarikh 5 Disember 1995 di Dewan Al-Hidayah SMKAS.

Entah. Bagai sejenak sahaja waktu melewati hari-hari aku. Walau pahit jerih mengharungi rona-rona kehidupan di asrama bagai neraka itu. Siangnya belajar mentelaah buku-buku teks bantuan SPBT yang disalut plastik subsidi, malam pula menjadi "pusat tinju" dan pemeras-ugutan. Tubuh-tubuh anjal rakan-rakan menjelma sebagai "punching bag" abang-abang senior berpemerintahankan kuku-kuku hitam berbesi kotor. Lagak jelmaan semula Adolf Hitler.

Walau waktu terus berlalu, persahabatan ini tetap utuh. Tali halimunan bagai menambat hati pemuda-pemuda ini. Dalam sedar atau tidak. Kadang kala minda bawah sedar ini membawa kita merenung kembali masa silam. Dalam kegelapan ingatan lalu, kita mengorek-ngorek, menggali-gali masa lampau yang buruk demi secarik ingatan ini.

13 tahun. Sudah cukup lama pertalian ini terbentuk. Walau tiada hitam putihnya. Walau tiada sijil lahirnya. Membatasi waktu dan segala hukum hakam manusia. Terus hidup dalam hati kita. Subur dibajai nilai-nilai sejagat lalu semesta mendoakan ketulusan ini.

Aku harap agar tarikh ini terus di ingati. Agar ia terpahat dalam hati. Atau di dalam diari. Biar sudah berketurunan panjang, tarikh ini menyatukan kita. Terbentuk NTMTTS juga kerana dia.

Thursday, December 04, 2008

“MENGURAT” : DIRECT ATAU INDIRECT YANG LEBIH DIGEMARI?

Aku percaya bahawa mengorat adalah salah satu fasa yang perlu dilepasi atau diharungi oleh setiap lelaki sebelum berjaya menawan hati seseorang wanita. Dan wanita dalam malu-malu juga menanti saat-saat dia dingorat. Sebab orang kita masih lagi teguh berpegang pada “Timba cari perigi” dan masih takut-takut untuk menjadi “Perigi mencari timba”.

Selain daripada ia menjadi satu momen indah dalam alam khayalan percintaan, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh anak-anak untuk mendapatkan calon menantu. Gelak bersama-sama ketika berada di waktu romantis, berdua-duaan, sambil terkenangkan momen pengoratan menjadikan hubungan semakin intim dan utuh.

Tapi bagaimana cara lelaki itu memulakan pengoratan atau bagaimana wanita itu menerima sesuatu pengoratan itu, ini menjadi satu saat kritikal sebelum hubungan yang lebih serius bermula. Adakah lelaki salah pendekatan atau menggunakan pendekatan yang tidak menjadi? Atau. Adakah wanita tersalah tafsir dengan pendekatan atau pura-pura malu yang menyebabkan lelaki berputus asa?

Aku telah meneliti beberapa kisah cinta rakan terdekat dan melakukan sedikit ujikaji terhadap beberapa orang subjek yang berlainan latarbelakang, taraf pendidikan, hubungan kekeluargaan dan karier sebelum berjaya mendapat keputusan yang akan didedahkan.

Ada segelintir lelaki lebih gemar untuk memilih pasangan dari lingkungan rakan-rakan yang tak berapa rapat. Sekadar teman sekelas atau teman sekuliah atau teman sepejabat. Atau mana-mana awek yang dianggap sebagai ”love at first sight”. Yang hanya berborak bila diperlukan. Yang berjumpa bila diizinkan. Kiranya tak berapa nak kamceng tapi mesra-lah.

Gaya pengoratan yang biasa digunakan ialah indirect atau tidak langsung. Berkias dan berbahasa basi dalam setiap olahan kata-kata. Berlapik agar tidak terkeluar kata-kata kesat yang merupakan ulaman dalam setiap bicara. Bertopeng menyembunyikan perangai buruk. Suara direndahkan agar tampak lebih romantis. Slow and steady. Gaya seorang romeo atau playboy. Peringkat demi peringkat. Sehingga ke peringkat melamar.

Biasanya, lelaki yang mempraktikkan gaya ini terpaksa menyembunyi perangai sebenar sehingga-lah berjaya menawan hati wanita. Dia juga digelar sebagai seorang yang berani dan outstanding. Jika tidak, tak dapat-lah tackle awek itu.

Ada juga segelintir lelaki yang gemar memilih pasangan dari lingkungan kawan-kawan yang paling rapat dengannya. Rakan yang selesa diajak bergurau tanpa ada sekelumit pun rasa kecil hati. Yang gelak bersama. Kongsi rasa suka dan duka yang sama. Kerana pada lelaki, dalam peringkat ini dia lebih mengenali dalaman dan luaran pasangannya itu.

Gaya pengoratan yang ini pula ialah secara direct atau secara langsung atau berdepan samada bertentang mata atau tidak. Tiada kata-kata puitis dan romantis. Dalam nada selamba, dalam momen yang kurang romantis dan penuh kejutan. Ada kes terpencil pula, hanya melalui SMS atau Instant Messenger (IM) sahaja.

Tiada kata-kata berbahasa basi. Tidak meminjam kata-kata cinta Shakespeares atau Khalil Gibran. Tidak dengan berbunga ros merah dan putih, dan berhadiahkan cincin bertatahkan permata pada hari pelamaran. Tidak pula pada makan malam ”table for two”. Kadang-kadang tu, ketika sedang berborak atau bersembang sahaja. Tanpa disangka-sangka lelaki akan melamar dengan apa sahaja yang ada di sekitarnya seperti bunga kertas atau bunga raya atau paling koman dengan gula-gula ”HACKS” (Kenapa HACKS? Akronim untuk ”Hanya Aku Cinta Kau Seorang”. Sweet!). Kiranya, tanpa perancangan-lah. Maybe ketika sedang menonton wayang atau di gerai cendol. Siapa tahu? Tak disangka, kan? Tapi kebanyakkan lelaki macho jarang memilih gaya ini.

Kenapa gaya ini (berterus terang) kurang digemari?

Jika hendak diikutkan bahasa jiwa, bila seseorang sudah menjadi rapat dan sering berkongsikan cerita, susah untuk meluahkan rasa cinta itu sendiri. Rasa takut digelakkan. Atau takut direject. Atau dianggap satu gurauan. Tak serius nak memikat. Nanti tak pasal-pasal pula berjauhan hati. Putus hubungan persahabatan. Itu sebab kes terpencil itu berlaku. Lelaki yang sering mempraktikkan gaya ini adalah seseorang yang agak pemalu, tak berani menerima kenyataan dan menyanjungi erti persahabatan.

Gaya mana yang lebih wanita suka?

Mengikut kajian aku, 4 daripada 6 responden lebih suka jika lelaki menggunakan bahasa kias-kiasan kerana bagi mereka ianya lebih romantis, penyabar, tidak nampak macam gelojoh atau desperate dan mungkin mereka sukakan sastera (?). Walaupun kadang-kadang kias-kiasan itu susah untuk difahami atau dengan kata yang lebih simple, wanita ini sedikit lampi untuk faham yang tersirat di sebalik kata-kata kias. Kena ulang 2,3 kali baru dapat tangkap maksud kiasan. Tapi bagi mereka, itu tidak mengapa. Apa salahnya bersusah payah sebelum menerima ”ganjaran”,kan?

Manakala, baki 2 dari 6 pula lebih gemar jika lelaki berterus terang dengan ayat yang mudah difahami tanpa perlu kata-kata berbunga atau ayat-ayat pinjaman filem-filem dan lirik lagu romantik. Wanita ini malas sangat nak fikir maksud tersirat kata-kata kias yang kadang-kadang itu hingga jadi mimpi ngeri dalam tidur. Buku sastera Bahasa Melayu tingkatan 5 pun belum tentu habis ditelaah, ini kan pula nak faham kata-kata kiasan cinta dari Shakespeare atau Khalil Gibran. Hell no!

Apa-apa gaya pengoratan sekali pun, terpulang kepada individu untuk mempraktikkan gaya yang lebih sesuai dengan kemampuan mereka. Dan setiap gaya itu mempunyai keistimewaan sendiri yang kita sendiri akan rasakan kelak. Yang penting, be yourself. Jadi diri sendiri.

Tuesday, December 02, 2008

APA YANG BEST DUDUK DI JITRA BERBANDING DENGAN BANDAR METROPOLIS


Baru 4 hari aku tinggal dengan Cikgu Amin. Dan dalam masa 4 hari ini, aku feel macam aku ini bukan student. Tak fikir tentang tugasan. Tak fikir tentang bangun pagi nak pergi kuliah (kecuali solat subuh). Tak fikir tentang lecturer itu jahat, lecturer ini gatal. Duduk di rumah cuma makan, makan, makan, tidur. Hahaha... Kat sini aku kurang tidur. Sebab nak menikmati betul-betul rasa hidup bujang sementara.

Cuma aku ada masalah kewangan. Biasa-lah student. (Eh, bukan tadi aku rasa aku ini bukan student ke?)

Apa yang best kat sini sebenarnya?

Di taman perumahan ini, ramai awek-awek POLIMAS dan bakal-bakal cikgu IPDA. Mereka semua muda-muda lagi. Sesuai-lah dengan aku yang masih muda-muda ini juga. Permandangan indah sekitar awal pagi (yang aku selalu miss sebab masih lagi terbongkang) dan pada waktu petang. Nak indah lagi, bila hujung minggu.

Makan. Jarang-lah di sini ada orang yang kebulur nasi. Sebab sini kan tanah jelapang padi. Tabiat makan yang biasa di sini ialah makan nasi lemak. Eh, jangan risau. Bukan makan "nasi lemak" yang itu, tapi nasi lemak yang betul-betul. Harga semurah 60sen hingga RM1. Variasi lauk dari lauk bilis dan telur hingga ke ayam. Ada lagi nasi lemak murah kat bandar metropolis? "Nasi lemak" memang murah la, kan? Free pun ada. Hehehe... Memang ini kiranya makanan bagi golongan yang kurang duit atau penjimat atau malas nak masak. Nasi-nya dibalut daun pisang lagi tau.

Bandar yang agak koboi. Jam 8pm sahaja, kawasan pekan akan jadi lengang kecuali di kedai-kedai makan atau di cyber cafe. Dengan ini, secara tidak langsung akan mengajar aku supaya menjadi penjimat. Tiada lah nak window shopping yang menghasut untuk membeli.

Bagi sesiapa yang sukakan persekitaran yang tenang, masyarakat yang suka ambil tahu, makanan yang murah, pergi kerja dan balik tanpa pening kepala nak fikir tentang kesesakan, apa kata cuba tinggal di sini? Cari kerja di sini. Bandingkan perbezaannya. Ada beran?

Monday, December 01, 2008

AKU MASIH DI SINI. DI NEGERI JELAPANG PADI.


“Sebelum ini, saya tidak ada masa untuk bersama rakan-rakan. Kini, saya bebas daripada ikatan dan saya mahu menggunakan ruang yang ada untuk memanjakan diri saya sendiri."

Sekarang ini musim cinta datang dan cinta pergi. Yang pergi tak mungkin berpaling lagi dan yang baru tak kan berubah hati.

Tapi zaman sekarang, cinta tak dikatakan cinta. Lebih selesa digelar teman tapi mesra. Namanya teman tapi dikatakan ada ikatan. Teman perlukan ikatan yang mengongkong ke?

Hahaha.... Very funny.

Minggu ini aku lepak di rumah Cikgu Amin. Minggu lepas dia akan tamat kursus induksi (KISSIM) dan kami akan pulang bersama ke selatan. Tak banyak yang seronok di sini. Selain dari mempunyai talian broadband (Ya, aku sedang melayari internet menggunakan talian broadband), tiada lagi aktiviti yang seronok (yang melibatkan penggunaan wang yang minimum).

Oh ya. Semester hadapan, aku akan ke semester 7. Semester senior la katakan. So, bawah-bawah aku akan ada ramai junior-lah kiranya. Haha...

Biasanya, pada semester senior ini, brader-brader akan ligat cari junior-junior yang jambu (wanita sahaja) untuk dijadikan adik angkat ke awek angkat ke kekasih gelap ke. So, senior lelaki ini sudah tentu akan dikenali sebab berapa kerat sangat la student lelaki kursus aku ni. Senior wanita yang masih solo tentu-tentu akan menggelabah cari pakwe. Huish, malu la dengan orang kampung, keluar universiti tapi takde pakwe lagi. Sure menggelabah punya la. Mesti main tangkap muat je nanti. Haha...

Senior lelaki apa kurang gelabahnya. Sama je. Mana yang ada awek cute tu, mesti gelabah juga-lah. Mana tak-nya. Member muka pecah rumah, awek muka cute macam kucing parsi. Junior-junior lelaki pula tu gagah dan hensem-hensem pula. Mahu tak gelabah member tu. Kes naya pula jika cinta beralih arah. Semester depan akan menyaksikan babak drama swasta kembali? Tunggu dan lihat.

Apa yang best nanti (yang dalam bayangan aku), mesti ada junior-junior yang SMS atau jumpa atau e-mel, nak pinjam buku rujukan atau nota lama-lama. Atau assignment lama-lama. Mula-mula cari alasan lanak pinjam buku, kendian ajak makan tengahhari sama-sama, kendian ajak pergi PMC sama-sama, kendian ajak study sama-sama, kendian ajak couple. Flow yang sangat tipikal. Hahaha...

Subjek juga semakin tough. Makin susah. Makin cerewet. Nak cari awek lagi, nak siapkan tugasan lagi, nak melayan karenah pensyarah lagi, nak layan member merajuk lagi, nak kuruskan badan lagi. Ish, mampu ke aku nak buat semua ini dalam masa satu semester ini? Impossible is nothing, kata Adidas.