Showing posts with label Catatan Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Perjalanan. Show all posts

Tuesday, July 05, 2011

KENAPA TAK BOLEH POTONG?

Perjalanan ke Desaru melalui Senai Desaru Expressway (SDE) tidak lagi memakan masa seperti selalu-selalu. Kalau ikut perkiraan banner-banner SDE, hanya 40 minit sahaja dah boleh sampai ke Desaru. Banyak masa boleh jimat. Tapi aku bukan nak borak pasal jimat masa tapi nak borak pasal teka-teki.

Adik aku baru sahaja gagal ujian memandu (bahagian atas jalan) untuk kali kedua. Dalam sejarah keluarga aku, belum pernah ada yang gagal lagi. Adik telah memecahkan rekod. Tahniah. Biasa la, setandan pisang tak semuanya sedap dimakan, kan? He he he.

Perjalanan 40 minit itu tersangat excited sebab ayah, yang kerja bidang pembinaan, dan adik, belajar bidang kejuruteraan awam, tersangat excited nak tengok bentuk jambatan lengkuk itu. Selepas lalu jambatan itu, semua jadi diam. Takde benda yang dicerita. Awkward.

Tiba-tiba aku dapat idea nak bagi teka-teki.

"Kenapa dekat signboard tu", Kata aku sambil menjuihkan bibir ke arah signboard tepi jalan, "kata dilarang memotong."

Semua diam. Sama ada dok memikirkan atau tengah ngorok.

"Sebab jalan kecik?"

"Salah"

"Sebab kawasan kemalangan?"

"Salah"

"Sebab kawasan polis tembak speedtrap?"

"Salah"

"Apsal semua jawapan aku salah?" Adik naik berang.

"Memang la patut kau ulang sampai 2 kali. Sebab jalan ni kan double line."

Kereta yang tadi diam monyok lesu kini bergegar dengan gelak tawa. Nyaris ayah nak parking tepi jalan sebab nak gelak guling-guling sakan punya pasal.

Saturday, July 02, 2011

BRADER JURUJUAL KONDIFEN

Suatu malam di Bazar Karat JB.

Sundang membelek-belek beg-beg sandang yang dipamerkan. Ada yang buruk ada yang baru. Ada yang wangi ada yang wanga. Ada yang BERSIH ada yang kotor. Ada yang berjenama terkenal ada yang cap ayam.

Brader Jurujual capai satu beg dan promote pada Sundang.

"Ha... Bang.. Beg ni bagus bang." Brader Jurujual memulakan jualbeli, "Ada 2 tempat yang macam gini. Yang belakang untuk letak laptop yang satu lagi boleh letak apa-apa. Abang nak guna untuk apa?"

"Saya nak buat letak kamera je." Jawap Sundang. Malas nak layan. Sambil-sambil itu, Sundang keluarkan kamera DSLRnya dari beg yang sedia ada ke dalam beg yang Brader Jurujual promote.

"Kamera abang berapa megabyte?" Tiba-tiba Brader Jurujual tanya dengan muka konfiden.

Suasana jadi sunyi sepi. Burung-burung berhenti kicauan. Aku gelak guling-guling kaw-kaw sampai mata berair. Dalam hati la tapinya.

Selang masa waktu awkward ialah 10 saat.

"14 megapixel." Jawab Sundang tahan gelak.

"Sama la tu megapixel dengan megabyte" Jawap Brader Jurujual kondifen.

"Ok." Balas Sundang.

*****

Sampai dekat kereta sambil membelek barang yang berjaya dibeli di Bazar Karat, aktiviti bantai gelak Brader Jurujual kondifen pun bermula. Takde nak malu dengan orang yangg lalu dah. Gelak tetap gelak.

Saturday, May 14, 2011

ZAMAN MANUSIA KEMBALI KEPADA ASAS

Tahun 2057

Pada zaman ini manusia sudah kembali ke zaman asas. Tiada lagi bangunan tinggi yang menggaru langit. Tiada asap-asap karbon monoksida yang menyesakkan rongga hidung. Tiada lagi jalan raya aspal dihenyak pelbagai kenderaan darat. Tiada lagi remaja yang bershuffling di tengah ibu kota. Tiada lagi muzik yang membingitkan.

Zaman ini zaman manusia kembali ke zaman asas. Jalan yang hanya diturap batu chipping cuma dihenyak oleh hentakkan sepatu kuda dan roda-roda kereta kuda. Sesekali dicemari dengan najis haiwan itu. Tapi apa ada hal, itu semuakan benda semulajadi. Bukan mencemarkan bumi. Kediaman rata-rata hanya dibina menggunakan jerami di bahagian dinding dan daun nipah sebagai atap. Walaupun begitu, tiada kes-kes mengendap dilaporkan.

Zaman ini zaman yang aman. Tiada lagi bangunan tinggi yang menggaru langit. Cuma. Ya, bangunan yang paling besar zaman itu adalah sebuah muzium. Manusia datang dari semua pelosok bumi untuk mengunjungi muzium. Ada yang mengatakan bahawa ini adalah bangunan kedua yang banyak dikunjungi manusia selepas bangunan beribadat.

Ada yang datang menaiki kuda, menaiki tongkang, menaiki gajah, menaiki pedati dan tak kurang juga yang sanggup berjalan. Sungguh taksub mereka dengan muzium ini. Musim padat muzium ini adalah pada cuti sekolah. Bayangkan seluruh sekolah di bumi berlumba-lumba menempah kedatangan tetapi ramai yang kecewa. Dengar khabarnya, ada yang terpaksa menempahnya sejak 2 tahun lepas tetapi masih lagi diletakkan dalam senarai menunggu.

Apa yang membuatkan muzium ini menjadi tempat tumpuan manusia?

Bersambung... (Kalau aku rajin)

Friday, November 05, 2010

PENGALAMAN 2 KALI BANJIR BESAR

2005 dulu, buat kali kedua kali aku singgah di Kedah untuk jangka masa 2 malam. Ini tak termasuk di Langkawi. Itu masa hantar adik aku ke Kuala Nerang. Ngaji dekat Kolej MARA untuk matrikulasi. Pertama kali aku ke Kedah, aku tidur di Hotel Seri Malaysia. Perkara yang buat aku jatuh cinta pertama kali pada Kedah ialah makanan yang murah berbanding di Johor Bahru ini. Terus aku pasang niat nak sambung belajar dekat Kampus Utara.

Allah dengar detik hati aku masa itu. Lalu pada penghujung 2005, aku diterima masuk ke Kampus Utara. Alhamdulillah.

Ok, banjir masa ini memang masya-allah besar. Tak pernah aku dan keluarga mengalami pengalaman ini. Air di sana sini. Dalam rumah, dekat bendang, dalam kedai, atas highway, dalam kereta. Ish, nak masuk belajar masa itu memang dugaan betul. Sampai ada yang patah balik terus tak daftar.

2010. Aku teruja sebab pada tahun ini bukan aku rasa yang konvo tapi adik aku juga yang mana dia juga belajar di Kampus Utara!

Pada mulanya, aku takut juga nak konvo. Takut-takut badi batch banjir datang masa aku konvo. Alhamdulillah. Semuanya lancar dan gembira.

Tapi tidak pada konvo adik aku. Kasihan dia. Gambar konvo dengan baju basah lencun.

Pertama kami keluarga kami ke Kampus Utara, kami merasai banjir besar. Kali terakhir keluar dari Kampus Utara pun merasa banjir besar.

Kampus Utara susah nak lepaskan kami dari sana kot. Nak support kami sambung master ke Kampus Utara? Hehehe.

Monday, November 01, 2010

KONVO : KEDAH YANG BASAH LENCUIN


Konvo kali ini adalah konvo yang basah. Tanah utara tiada lagi kontangnya. Ikan lemas dibawa arus kerakusan. Nasib baik konvo kali ini tiada Pertandingan Memancing. Mana ikan keli lebihan konvo yang terdahulu dah boleh pulang ke habitat asal.

Okeh, lepas ini kalau jumpa biawak mati ke ular sawa mati ke tenuk lemas ke, jangan terperanjat. Biasa la, kampus ini sebelahnya hutan rimba. Setakat haiwan liar mati kerana banjir, dah biasa tengok kot.

Jualan makanan dan minuman semua jatuh kaw-kaw. Jual bunga pun cukup-cukup duit niaga je. Nak untung? Tak dapat jack.

Try baca laporan Komuniti Radio Changlun ini.

Tragedi 2005 mungkin berulang. Harap-harap selamat balik JB. Amin.

Tuesday, October 26, 2010

RASA MACAM NAK BUAT EURO TRIP. SIAPA NAK JOIN?


Pada mulanya, aku ingat menjelajah sebahagian dari Eropah memerlukan kos yang sangat besar, masa yang terlalu lama dan jati diri yang tinggi. Ini semua berasal dari bacaan-bacaan tentang pengembaraan bangsa Melayu ke bahagian dunia yang sana. Buku-buku yang aku baca.

Buku pertama yang aku baca dan aku terasa macam aku sendiri yang pergi ikut penulis mengembara ialah buku Enrique Mengundang Jauh tulisan H.M Tuah Iskandar terbitan Utusan Publication. Tentang Melayu yang mencari jejak-jejak Melayu di Eropah berdasarkan cerita lama yang tiada bukti sahih tentang Panglima Awang atau nama eropahnya Henry The Black atau Enrique of Melaka yang kononnya telah membantu armada Ferdinand Magellan berlayar mengelilingi dunia, ironinya Ferdinand Magellan tak berjaya pun mengelilingi dunia sebab mati diserang rakyat pribumi di Filipina. Tapi namanya diangkat sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia dan membuktikan bahawa bumi ini bulat.

Hey, ini cerita kalau korang baca, memang korang tak payah pergi Eropah pun dah boleh bayangkan korang di Eropah. Pengembaraan Mazil ke Eropah digambar sekitar tahun 1960 ke 1980. Masuk dari Turki dan menempuhi pelbagai halangan komunikasi, politik, birokrasi, budaya dan ekonomi. Pelbagai kejadian berlaku disetiap persinggahan. Pengembaraan ini dilakukan semata-mata mahu menjejak tinggalkan Melayu di Eropah. Bermula dari beras, senjata seperti keris, dokumen dan pelbagai lagi. Tak terkecuali, nama yang berasal dari Tanah Melayu. Tahulah kamu ada tempat di Sepanyol yang dinamakan Malaga yang kononnya diangkat dari nama Melaka kerana masa itu Melaka adalah pelabuhan terkenal dan nama ini diangkat kononnya macam "ambil berkat" la.

Cari buku ini dan cuba baca.

Aku fikir ini semua mustahil untuk dicapai jika aku bukan orang kaya yang paling-paling tidak bergaji RM5,000 sebulan. Tapi selepas mendapat tahu berita kejayaan setahun yang lepas, aku mula teruja semula.

Tempoh hari, aku bertemu dengan seorang kawan sekolah rendah. Tak sangka pula setahun yang lepas, dia berjaya menjelajah sebahagian dari Eropah dengan hanya berbekalkan RM8,000++ untuk keseluruhan trip selama 15 hari itu secara bagpacking. Ini bermaksudnya, tidurnya tak selesa, makannya tak menentu dan mandinya belum tentu. Ha, ini adventure yang aku cari.

Aku dalam proses untuk temubual dia. Korek sikit pengalaman dia.

Mudah-mudahan dalam jangka masa 2 -3 tahun lagi, aku berjaya buat macam dia. Insya-allah kalau Allah beri rezeki lebih. Tulis travelog sikit ke. Kongsi pengalaman dalam bentuk tulisan dan gambar ke.

Ish, banyaknya berangan! Tapi takpe, berangan dulu. Hehehe.

Monday, October 25, 2010

PENGALAMAN PERTAMA PERGI STADIUM JCORP : JOHOR FC VS NEGERI SEMBILAN






Entah kenapa lepas tonton separuh akhir pertama di tivi tempohari, aku jadi semangat nak tengok separuh akhir kedua di Pasir Gudang. Aku call sana sini nak minta orang belikan tiket masuk. Akhirnya dapat. Siap terlebih lagi sebab dapat tiket free. Tapi aku tak datang keseorangan. Nanti orang mengata pula. So, aku bawa brader sains sukan untuk dapat pendapat profesional beliau.

Hujan lebat sejak petang langsung tak buat aku patah semangat. Aku pakai baju sesimple mungkin sebab kalau datang sana pun, mesti kena hujan. Hensem macam mana pun basah juga nanti. Berbekalkan topi koboi dan semangat kesukanan, aku kasi redah pergi sana. Jalan jem dan licin satu hal. Kesukaran memarkir kereta juga sebahagian halangan yang aku kena tempuhi. Jalan kaki jauh gila pun satu hal lagi. Tanah lecak sampai nyaris aku jadi bahan gelak pun satu hal. Tapi itu semua, bak kata aku tadi, tidak mematahkan semangat kesukanan aku.

Kesukaran mencari port yang sesuai juga tidak boleh kami elakkan. Duduklah kami di seat belakang gawang gol. Tak, sebenarnya chare juga sebab at least kami (yang duduk di bawah) tidak la kena sisa makanan yang dilemparkan di dalam padang sebab kebanyakkan penonton yang buat hal ni duduk di port yang okay (kiri kanan stadium).

Aku sebenarnya lebih gemar tonton gelagat masyarakat di stadium, baik di dalam padang atau di luar padang.

1) Penonton
Aku paling suka tengok penonton yang emo gila babi. Kelakar. Sampai apa yang dorang marah pun tak masuk akal. Brader sains sukan siap pasang lagu guna earphone sebab malas nak dengar dorang marah-marah. Player tu botak pun boleh kena maki. Player tu kasut tercabut pun boleh kena maki. Alahai... Yang aku paling suka bila referee buat silap kaw-kaw depan mata penonton, time tu makin kuat orang maki tapi referee buat muka derk aje. Tapi aku tau dia tahu dia buat silap. Takkan nak undo tiup wisel pula kan? Dalam Winning Eleven pun tak buat macam tu. Lagi satu, bila player N9 injured kemudian kena angkat ke tepi padang (selain bahagian grand stand), konfem (Baca : Confirm!) kena balik sampah. Sampai player tu tak jadi nak sakit, terus masuk padang semula. Ha ha ha.

2) Penjual jajan
"Abe... koci be... koci!" - Di satu sudut dunia yang lain, The Red Warrior sedang berjuang lawan bola. Tapi di satu sudut dunia lain, The Red Warrior sedang berniaga kuaci dengan air mineral untuk meneruskan hidup.

3) Chikaro
Kebanyakkan yang datang atas 2 sebab. Pertama, sebab pakwe ajak. Sambil tengok bola sambil berdating. Apa stail entah datang tengok bola hujan-hujan, di tengah-tengah kegilaan penonton bersorak, dia masuk dengan baju kurung. Haih... Kedua, Chikaro yang betul-betul menyokong. Siap pakai baju kaler oren, kasut sukan, bersorak bagai nak rak dan muka kecewa meninggalkan stadium. Yang ini aku respek, memang true Johor FC Fan.

4) Brader Polis.
Mula berkumpul bila Johor FC di ambang kekalahan. Semua berkumpul tak belah-belah seat penyokong N9. Takut kejadian bakar kereta terjadi kot.

Dalam sakit tekak lepas jerit-jerit tadi, mata pun dah mengantuk kes tak cukup tidur (8 jam sehari), nak jalan kaki semula ke tempat parkir kereta tadi adalah perkara yang paling malas. Aku rasa macam nak tidur kat stadium je tadi. Nak menempuh jem lagi. Aduyai. Perut lapar lagi.

Aku tak pasti bila lagi aku nak masuk stadium ni lagi. Tunggu Johor FC masuk semi final lagi la kot.

Saturday, July 17, 2010

AKTIVITI MINGGU DEPAN

Sejak-sejak Piala Dunia dah habis, jarang dah keluar dengan The Jantans. Maksud aku, dalam seminggu ni, takde plan apa-apa dengan mereka. Sundeng mungkin tengah layan sakit gigi dia. Malas aku nak layan sangat sebab dia kata kalau sakit gigi , dia cenderung nak marah orang. So, leave it. Pojiramen? Dia sibuk kot. Atau tengah merajuk tak dapat TV LCD masa lucky draw dekat E&Y tempohari. Over-confident. Hehehe.

Oh. Sampai hujung bulan ini, Johor Bahru telah menganjurkan 7th JB Art Fest yang bertempat di perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim. Bangunan ini dahulunya ialah bangunan pentadbiran kerajaan tetapi telah berpindah ke lokasi baru di Nusajaya.

Banyak aktiviti kesenian yang berlangsung sepanjang 1 bulan ia dianjurkan. Dari kesenian tradisional seperti tarian kebudayaan, seni permainan tradisional sehingga kesenian modern seperti indie music, stand up comedian, instrumental musical, nasyid.

Dan aku hanya sempat dan mahu menghadiri satu slot iaitu Douglas & Jenhan Show, satu slot stand up comedy.

Aku tak pernah menghadiri mana-mana acara seumpama ini kerana aku jarang dapat peluang. Dan ini peluang aku. Acara bermula jam 8.30pm - ngam-ngam masa aku balik kerja. Tiket hanya RM30 untuk dewasa dan RM5 untuk student - sudah tentu aku akan menyamar sebagai student dengan kad matriks aku :)

Aku minat Douglas Lim. Lebih-lebih lagi dalam siri Spontan. Berlawak spontan, bermain gitar, kelakar. Bagi aku, full package. Kata orang, kalau tak dapat Harith Iskander, dapat Douglas Lim pun okay juga :)

Wednesday, July 07, 2010

AKU KE SINI TAPI TAK DAPAT ILHAM BIKIN LAGU


Aku pergi ke Kuala Muda, Kedah tempoh hari. Sempat lawat inspirasi lagu sebuah band, Cinta Pantai Merdeka.

Lagi koleksi gambar di sini.

Tuesday, June 29, 2010

KALAU AKU ADA ANAK DALAM MASA 10 KE 20 TAHUN AKAN DATANG

Kalau aku ditakdirkan ada anak bila dah besar nanti, aku nak bawa anak-anak aku melancong. Paling kurang pun, pelancongan domestik. Naik kereta. Waktu itu mungkin aku dah pakai kereta Persona Elegant paling kurang. Ingat, paling kurang. Mungkin juga aku pandu kereta yang lebih mewah. Nissan Fairlady Z misalnya.

Mula-mula nak bawa mereka jalan ke pantai timur. Kena bawa waktu siang. Biar mereka nampak laut. Biar mereka hargai alam semulajadi. Kan cantik tengok laut waktu siang. Kalau tengok laut waktu malam, kebarangkalian nak nampak "belangkas" memang tinggi. Tak sesuai pengaruh itu untuk anak-anak aku.

Kemudiannya, bawa mereka ke pantai barat. Tengok matahari terbenam. Mungkin sambil makan makanan laut yang mewah seperti ikan siakap 3 ekor masak masam manis, bakar dan stim. Sambil layan matahari terbenam. Tapi bukan ke waktu peralihan waktu itu masa yang syaitan suka? Eh, tak jadi la. Aku bawa anak-anak aku solat Maghrib berjemaah di Masjid Kampus Utara kemudian makan nasi kandar Subaidah Kampus Utara. Tak pun makan roti canai kuah parpu.

Untuk melengkapkan perjalanan pelancongan domestik, aku bawa anak-anak aku ke Kolumpo, ibukota Malaysia. Pergi tengok tugu negara, KLCC, naik LRT. Kemudian waktu tengah malamnya pula, aku bawa anak-anak aku lalu Jalan Hang Tuah atau Jalan Pudu. Waktu itu jalan dah luas. Tak macam sekarang.

Kemudian aku akan berhenti di bahu jalan. Aku suruh mereka pandang sekeliling. Kalau nampak hantu gantung diri, bagitahu aku. Kalau ada dengar orang jerit-jerit tak tentu pasal, bagitau aku. Biar mereka seram. Biar mereka tertanya-tanya, "What in hell dekat tengah bandar ada suara hantu?"

Ha ha ha ha.

"Urban legend ni anak-anak," Kata aku, "Kat sini dulu tapak penjara pudu. Tempat orang kena penjara. Banyak orang mati."

Kalau mereka tak percaya, aku akan suruh mereka tonton dokumentari pasal penjara pudu.

Eh, ada ke dokumentari pasal penjara pudu?

Harap ada pihak bertanggungjawap dan buat dokumentari ini. Apa aku nak cerita kat anak-anak aku nanti? Karang mereka kata aku kaki putarbelit pulak! Takkan aku nak cerita pasal Terminal Bas Pudu pulak. Kongruen tu...

Friday, June 18, 2010

SEMUA DAH LEPAS MINGGU LEPAS. ALHAMDULILLAH.


Pengantin berpakaian seragam. Pengapit pun sama. Ini bukan perbarisan badan beruniform ok?



Dah kahwin baru boleh pegang-pegang puas-puas ye Poji. Balas habis!



Bunga pahar dah lawa. Khemah makan dah lawa. Pengantin pun dah lawa. Tang pengapit, hensem lagi pengapit Balgat weh! :p


Minggu lepas merupakan hujung minggu yang paling mengujakan. Kawan itu kahwin. Kawan ini kahwin. Tapi yang buat aku teruja, ketiga-tiga kawan ini merupakan kawan yang pernah aku ajak keluar minum-minum, borak-borak, lepak-lepak sewaktu muda kami. Ye, waktu kami muda dulu. Sekarang? Muda lagi. Cuma kurang.

Pengantin Pertama.
Kami mula bertemu kembali sewaktu dia kembali ke JB untuk kursus isi-masa-lapang di sini selama 6 bulan sebelum menyambung pelajaran ke UKM. Dari mula dia membesar selepas praktikal (yang menyebabkan dia mem"bulat" sekali ganda) sehingga kerja dan tinggal keseorangan di Kota Kemuning. Dari dia mempunyai laptop canggih sehingga beralih ke desktop secondhand. Dari pekerja kontrak sehingga telah jadi pekerja tetap.

Tak membalas walau dipanggil "gemok". Banyak menyimpan rahsia berbanding rakan lain. Dalam diam. Ye, diam. Dulu, senior panggil dia "Si Bisu" sebab dia pendiam.

Dan majlis dia ini, aku diminta jadi pengapit. Nervous bukan main. Al-maklum la, first time. Benda-benda yang pertama kali terjadi ini biasanya akan jadi nervous. Itu tak kena. Ini tak kena. Tapi alhamdulillah, semuanya kena. Dari mengelap peluh pengantin hingga memayungkan pengantin. Dari berpantun sehingga la ke tabur duit "tol". Dari sediakan makan pengantin, hinggalah ke aku sendiri kelaparan. Ha ha ha.

Tahniah, Noorulfaiz Hj Ateman dan Famizah Hj Girun.

Akhirnya, kan?



Pengantin Kedua
Percanggahan pendapat mengenai muzik bukan penghalang bagi kami untuk bersosial. Taraf kebijaksanaan dan CPGA juga kami ketepikan. Kami berfesyen berbeza tapi berborak taraf mulut-longkang berada di tahap yang sama.

Kalau nak diikutkan dulu, kisah percintaan dia lebih kurang sama dengan aku. Penuh dengan kegagalan. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Gagal. Pergi naik motor jauh-jauh pun boleh gagal.

Rupanya, bidadari di depan mata sahaja. Mencari sampai ke kampus orang lain, rezekinya muncul di kampus sendiri. Ini yang dikatakan "Kuman diseberang nampak, gajah depan mata boleh pula tak nampak. Aje gile!"

Tahniah buat Nur Fauzi Bassar dan Hafiza Hartini Halimi.

Jangan lupa baca bismillah tau masa "makan".



Pengantin Ketiga.
Sejak dia pindah ke JB dan bekerja jadi pegawai bank, aku mula ajak dia keluar minum-minum. Dari duduk di rumah sewa yang selalu kena pecah masuk orang hingga ke rumah bujang mewah di Larkin Perdana.

Jarang sebenarnya dapat berjimba dengannya seperti dengan The Jantans. Tapi bila berjumpa, boleh tahan juga berborak mulut-longkang. Itulah kelebihan NTMTTS.

Selamat pengantin baru Anuar Masudi dan Isteri (yang tak sempat aku jumpa pada hari mereka kahwin sebab outdoor photographing lambat mengalahkan pelakon blue weh!)

Monday, May 17, 2010

SAMBUT SETAHUN SEKALI MACAM HARI ISTIMEWA YANG LAIN, CUMA TAK DAPAT CUTI JE.

Fakhrul memandang redup di luar jendela. Lambaian langsir lusuh menari-nari dalam bola anak matanya. Suara pengawas bertugas kedengaran jelas. Seminit kemudian suara pelajar lain mengalunkan Asma Al-Husna. Kadang kala mulut Fakhrul juga terkumat kamit mengalunkan dalam diam. Mata tetap pada Majalah APO? keluaran terbaru. Rembat dari bawah tilam Nawi malam semalam.

Angin pagi itu sangat nyaman. Walaupun hanya berlengging dan bertuala labuh warna biru, angin nyaman tadi langsung tidak terasa sejuk. Sandarannya ke kekisi pintu nampak utuh. Tiada langsung tanda-tanda pintu mahu patah. Sekali sekala mata merahnya menjeling Kuchai, pelajar tingkatan 2 yang turut tak turun perhimpunan pagi itu. Terketar-ketar macam minta kena bantai. Lantas, disuruhnya Kuchai jaga line di hujung blok A aras 3 sehingga dia selesai membaca Majalah APO?.

Sedang sedap-sedap Fakhrul gelak layan komik, Kuchai sudah pandang dia lain macam. Semacam mata dendam.

************

"Chai, ustaz naik bagitau aku weh!" Jerit Fakhrul separuh jerit. Kalau jerit kuat-kuat, takut Patail dengar pula.

"Apa ustaz-ustaz?" Kedengar suara garau dari belakang sampai menghayunkan rotan nipis ke betis bulu-bulu Fakhrul.









Pagi itu hampir-hampir Fakhrul pergi perhimpunan dengan bertuala labuh biru. Dan Kuchai telah lama hilang ke mana. Sembunyi dari dikesan Kokang.


P/S : Sekarang, Fakhrul telah berjaya menjadi seperti ustaz kesayangan cuma di tempat yang berbeza.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BEKAS GURU SEKOLAH KAMI.

Thursday, May 06, 2010

KONTES KE KONTES. BELUM PERNAH LAGI MENANG.

Kira-kira setahun lebih yang lalu, waktu itu darah tengah panas. Orang ada awek, kita pun nak ada awek. Tak boleh orang lebih sikit, kita pun nak lebih lagi. Ye-lah, masa itu muda lagi. Orang keliling-keliling pun muda lagi. Masing-masing tengah kemaruk. Air masing-masing dah naik kepala.

Bila jumpa awek lawa sikit, masing-masing mula pasang angan-angan. Dengan kawan-kawan kita saling betting mem-betting. Tengok siapa dapat nombor telefon awek itu dulu. Yang menang dapat banggaan, yang kalah kena kutuk. Perkara biasa kalau tak dapat. Perkara luar biasa kalau dapat.

So, waktu itu sibuk la buat kontes untuk diri sendiri. Untuk saja-saja bagi motivasi pada diri sendiri. Kononnya, kalau semua orang boleh buat, kita pun boleh buat.

Bermula dengan kontes jangkapendek, "30 Hari Mencari Cinta" ala-ala filem indo itu. Tapi tidak berapa sukses. Eh, bila aku ingat-ingat, tak sukses langsung pun. Takut nak tegur.

Kemudian diikuti dengan kontes "3 Bulan Mencari Cinta" yang bermula kira-kira 3 bulan sebelum semester terakhir aku di kampus utara bakal berakhir. Yang ini baru boleh dikira sebagai kurang sukses sebab ada-lah sedikit usaha. Kalau tak, putih mata juga. Dalam masa 3 bulan itu, macam-macam aku fikir. Last-last, akhir semester aku bagi sebuah botol kaca yang dipenuhi dengan origami bintang berwarna warni kira-kira 500 biji. Ha ha ha. Siot la, gila segan gua nak cakap!

Kemudian, setelah tamat semester, aku anjakan kontes ini kepada "3 Tahun Mencari Cinta" pula. Waktu aku mulakan kontes ini, aku sebenarnya tiada "buruan" langsung. Kalau diibaratkan macam pemburu, memburu dalam hutan tanpa tahu apa yang diburu. Faham? Tak? Suka hati kau la labu...

Kemudian ada satu hari itu, ada sahabat menegur. Apa salahnya tukar nama kontes menjadi "3 Tahun Mencari Isteri Solehah". Aku tanya kenapa nak tukar? Sebab sekarang dah masanya kita mencari Isteri Solehah berbanding dengan masa muda-muda dulu nak cari awek.

Waktu itu aku terfikir. Laaaaammmmmmmeeeeee...... sangat aku terfikir.

Aku tukar.

Voila!

Kira-kira 1 Tahun 11 Bulan lagi aku perlu menamatkan kontes ini. Kalau tak menang juga, aku dah tak nak masuk mana-mana kontes lagi. Penat.

P/S : Jumpa seorang kawan zaman politeknik dulu. Lama tak jumpa. Soalan pertama dia "Kau dah awek ke belum?". Aku gelengkan kepala sambil senyum. Kemudian dia jerkah, "Ini sudah zaman 2010 lah bang! Takkan tiada peningkatan kot?"

Dalam hati aku cakap kuat-kuat, "CILAKAK!"

Thursday, April 15, 2010

PENGALAMAN SAYA MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPA

Aku bangun pagi agak terkocoh kacah. Mimpi pagi sabtu aku terganggu dengan bunyi penggera yang aku set-kan untuk berbunyi pada jam 6.30am. Kalau hari-hari kerja, aku set-kan jam 6.30am juga.

Akibat terlalu lama tidak menduduki apa-apa peperiksaan, peperiksaan kali ini aku anggap sebagai ruang pemanas otak untuk apa-apa peperiksaan akan datang. Mana yang berkarat, aku cuba untuk gilap kembali. Mana-mana skil meniru cuba diingat kembali. Ada-lah toyol runcit-runcit aku simpan 2 salinan; dalam dompet 1 dan dalam pencil case 1.

Aku lihat rata-rata yang menduduki peperiksaan itu terdiri dari pakcik makcik, abang kakak. Yang jenis adik-adik macam aku kelihatan seperti kaum minoriti. Rasa macam kecil sahaja.

Aku senyum pada awek yang duduk sebelah aku. Mana-lah tahu, dari senyum turun ke hati. Aku terpandang surat tawaran peperiksaan milik awek itu.

70xxxx-xx-xxxx.

Tiba-tiba aku teringat MILF. Hmmm....

Tuesday, April 13, 2010

PENGALAMAN PERGI KE PESTA BUKU DAN BERJAYA MEMILIKI BUKU PILIHAN HATI ; DIARI MAT DESPATCH

Tahun ini saya berkesempatan untuk menghadiri pesta buku yang diadakan di Kuala Lumpur tempohari walaupun beberapa kejadian penipuan berlaku pada hari yang sama yang menyebabkan saya terkandas di McDonald The Mall selama 4 jam dalam keadaan hujan yang teramat sangat lebat.

Oh, bukan itu yang saya ingin perkatakan!

Ini pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke majlis ini. Pertama kali tiba di what-so-called PWTC. Sesat juga bila mencari pesta buku di The Mall. Ha ha ha. Maklum la, bukan orang Kuala Lumpur. Nasib baik arus perjalanan orang kuat ke arah PWTC. Jika tidak, mahu sahaja saya naik LRT semula kemudian terus pulang ke Plaza Rakyat.

Oh, ini juga bukan perkara yang saya ingin ceritakan!

Misi saya ke situ adalah untuk mendapatkan beberapa buah buku yang telah saya senaraikan di dalam wish-list saya. Juga ingin menunaikan permintaan seorang sahabat yang bakal menjadi tunangan orang pada Hari Pekerja nanti (Adoyai, melepas! Ha ha ha). Apa salahnya menunaikan permintaan seorang sahabat kan?

Oh, ini juga bukan perkara sebenar yang saya ingin sampaikan!

Saya bergegas ke booth Karangkraf untuk mendapatkan 2 naskah buku terbaru abang Ramlee Awang Murshid bertajuk Cinta Sufi dan 1 naskah Mikail untuk saya hadiah kepada sahabat saya sebagai kenangan hari lahir. Kemudian saya bergegas ke booth PTS yang jauh nun di seberang sungai untuk mendapat buku yang telah diiklankan di internet. Buku yang paling lazat, Karipap-Karipap Cinta dan buku brader Naga, Stingarden. Selain dari tertarik dengan karya kedua-dua penulis, diskaun sebanyak 30% untuk pelajar IPT juga menarik minat saya untuk beli buku di booth PTS.

Oh, melalut lagi. Ok, kejap lagi baru tujuan sebenar cerita ini saya tulis!

Dalam meranjang-mata melihat beratus-ratus buku, saya tertarik kepada satu buku yang berupa paras buku tulis sekolah kulit coklat. Was-was juga pada mulanya. Tak kan PTS jual buku terpakai pula. Saya capai. Saya belek. Erm... Diari Mat Despatch. Font yang digunakan juga menarik. Siap ada garis ala-ala buku laporan sains. Buku berkulit hadapan aneh dan menarik ini ditulis oleh Bahrudin Bekri.

Pada mulanya, saya ingat buku ini cenderung ke arah penceritaan kehidupan seorang Mat Despatch. Tapi memang betul ia tentang kehidupan Mat Despatch seperti mana tajuk novel ini, Diari Mat Despatch. Kisah ini lebih "real-life". Tentang cita-cita besar seorang Mat Despatch, kisah orang sekelilingnya, kisah perempuan.

Saya belajar sesuatu tentang mencari jodoh dari novel ini. Ia bagai kisah motivasi (walaupun tajuk novelnya macam kisah jenaka ringan).

Sebelum kita mencari pasangan, terlebih dahulu kita kenal siapa diri kita. Apa yang kita mahu. Apa yang kita suka. Apa yang kita cari. Kemudian baru cari pasangan yang ada apa yang kita cari. Sudah tentu bukan mencari kesempurnaan kan?

Bila kita sudah kenal diri kita, apa yang kita suka buat, apa yang kita tak suka buat, berapa tahap kesabaran kita, apa baik buruk kita, baru-lah kita dapat cari pasangan yang dapat bertoleransi dengan diri kita. Contoh : Jika kita seorang sahaja yang berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik tetapi pasangan kita buat derk tak kisah. Percaya-lah, kamu lebih layak memiliki yang lebih baik.

Macam tak percaya, dalam Diari Mat Despatch boleh ada semua ini.

P/S : Ini bukan promosi. Hanya untuk makluman untuk adik-adik supaya dibaca dan boleh tulis dalam buku NILAM. Hehehe.

Tuesday, December 29, 2009

KOMPILASI NASIB-NASIB AKU SEPANJANG 2009

KARIER
Aku baru hendak menapak semula dalam alam pekerjaan. Kerja pertama di tempat praktikal sekarang, terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai staff. Gaji pun standard fresh-graduate. Cukup-cukup makan, nak mewah takde la. Nak kumpul duit untuk kahwin belum tentu lagi tapi PTPTN dah hantar surat suruh bayar hutang. Harap-harap 2010 ini menjanjikan kerja yang tangga gajinya boleh buat aku kumpul duit pergi haji.

STATUS
Seperti biasa, status aku masih sebegitu. Seperti tahun-tahun sebelum. Tapi tiada apa-apa. Perkara biasa. Harap-harap 2010 nanti, bila dah ada duit sikit, boleh la melaram sikit. Boleh pakai baju ala-ala milenium macam Pidi. Tak pun, paling-paling bangsat beli la baju belang jalur menegak. Eh, ni cerita pasal status ke pasal baju?

PENULISAN
Setakat tahun 2009 ada 5 cerita yang aku sudah ada storyline, terbengkalai. Gara-gara malas, tak sempat, banyak kerja, sibuk cari awek, busy kutuk orang, penat lipat baju dan pelbagai alasan lain. Harap-harap tahun 2010, dah tak sibuk nak kena hantar tugasan akademik. Kalau tak, mesti tak siap lagi cerita aku. Hu Hu Hu.

PENCAPAIAN
Tiada apa yang tercapai setakat ini. Tapi tak tahu la, kot dalam 2,3 hari sebelum tahun baru ni, impian boleh tercapai. Ha Ha Ha. Gila berimajinasi!

BLOG
Blog ini makin hari makin dah tak terurus. Menyampah pula aku bila tengok takde entri baru. Dah la entri sikit je, dijadikan kutipan bila orang kutuk aku pula tu. Ni yang rasa nak buka blog lain ni.

HIDUP
Kalau dulu masa belajar, hujung minggu dihabiskan dengan menonton filem-filem yang berjaya didownload atau kutip dari member-member. Tapi sejak-sejak dah ada karier ini, hujung minggu banyak dihabiskan di pusat karaoke dan tonton live band yang hebat-hebat belaka. Erm, lepak DIVA malam tahun baru ni woi!

Saturday, December 20, 2008

KALI PERTAMA AKU BERJALAN JAUH

Waktu dulu, ayah pernah janji jika ada di kalangan kami adik beradik yang berjaya dalam peperiksaan awam Malaysia, tak kira la PTS ke UPSR ke PMR ke SPM ke Periksa Darjah Khas ke, ayah akan bawa kami anak beranak pergi makan angin. Time tu, aku-lah yang paling seronok sebab aku yang pertama sekali antara adik beradik yang menempuhi peperiksaan awam iaitu UPSR.

Alhamdulillah, cemerlang. Dan ayah janji nak bawak kami pergi Langkawi. Zaman itu pergi Langkawi dah di kira champion dah. Sebab paling jauh Datsun 120Y ayah boleh pergi takat ke KL je. Kalau pergi lebih-lebih, ayah dah pancit dah. Pening la ngantuk la. Tapi nasib baik kami naik bas.

Dia punya seronok memang tak sama dengan menang main wrestling getah pemadam. Itu-lah kali pertama pengalaman aku naik kenderaan idaman aku waktu itu. Geng-geng aku takat naik bas South Johore no.14A je pergi bandar. Kira aku lagi champion la.

Zaman itu stesen bas JB bukan kat Larkin. Kami naik teksi sampai kat tengah bandar. Sekarang stesen bas tu dah jadi tempat parking kereta kot. Atau stesen teksi laluan bandar. Aku pakai baju 2,3 lapis malam bertolak itu. Orang cakap air-cond bas ekspress gile sejuk. Sampai gigil-gigil la. Bekalan jajan dah penuh plastik aku bawak. Aku siap-siap beli sejak semalam kat kedai Raju. Duit bekal sekolah seminggu aku save elok-elok dalam sapu tangan aku, yang merangkap dompet. Aku dah pasang angan-angan nak beli jam Boy London yang boleh tukar-tukar warna kalau masuk ice-box tu. Mana boleh tak ikut perkembangan fesyen semasa, kan?

Sampai kat Kuala Perlis, aku memang tak terfikir langsung dapat naik feri. Aku ingat Langkawi tu kat Kedah, tapi pergi dari Perlis pula. Memang masa itu ilmu geografi aku belum penuh di dada. Asyik kena tipu je dengan ayah. Dapat pulak naik feri. Memang la jadi bahan borak masa naik sekolah menengah nanti. Bangga aku, bangga.

Sampai kat pekan Kuah, aku minta makan kat emak. Jajan malam tadi dah habis sebelum bas keluar dari Johor lagi. Punya la excited naik bas ekspres. Lalu emak ajak ayah pergi gerai makan selepas ayah ambil kereta sewa. Masa tu kancil belum lahir lagi. Kereta yang murah pun Datsun 120Y, macam ayah punya kat Johor.

Sampai kedai makan kat Pekan Kuah, aku terus terbayang Nasi Ayam Goreng Mak Nah depan rumah. Dia punya ayam, pergh! Gariinngg! Lantas sebelum brader kedai makan ambil order, aku dah order dah. Tambah pula dengan air Teh O Ais.

Satu per satu order sampai. Aku masih lagi menantikan ketibaan makanan aku dengan penuh kesabaran. Bayang-bayang ayam goreng gariing dengan nasi goreng panas-panas bermain-main di mata aku. Asap panas berkepul-kepul memenuhi ruang legar meja makan kami. Sambal yang ala-ala pedas tak pedas, manis tak manis. Sedang-sedang elok ja. Aroma Nasi Ayam Goreng memang betul-betul sentap selera aku terhadap Langkawi.

Brader ambil order sampai dengan dulang di tangan. Nah!

Dada aku mula sebak bila ayah dengan emak berdekah-dekah sungguh-sungguh. Hingus pun ala-ala nak tak nak keluar dari hidung. Aku perhatikan Nasi Ayam Goreng yang brader tadi bawa. Mata aku mula berkaca tengok nasi putih, ayam goreng hangus dan kuah gulai yang brader tadi bawa. Kenapa lain benar Nasi Ayam Goreng orang Kedah, aku berteka-teki dalam hati. Bermonolog. Kecik-kecik dah pandai bermonolog.

Mana nasi gorengnya? Mana sambalnya? Mana ayam goreng gariingnya?

Petang tu aku merajuk. Mengaruk tak tentu pasal. Aku suap je roti krim manis sambil layan Voltron kat TV1. Tinggal sorang-sorang kat hotel pun takpe dari makan Nasi Ayam Goreng Kedah. Huh!

Saturday, June 21, 2008

BUAT APA HUJUNG MINGGU?



Kami sudah. Anda bila lagi? Test market kerja anda di sini. Macam-macam ada!

Wednesday, May 21, 2008

SEDIKIT BINGKISAN DARI PANTAI TIMUR - CHERATING

Saya menginap di resort ini selama 3 hari 2 malam. Takde la best sangat. Cuma saya berehat sakan je la. Al-maklum la. Baru lepas exam. Sampai rumah je, saya terus demam. Cuaca tak menentu sekarang nih. Hehehe...

Kalau dah kat tepi pantai, macam biasa la. Tunjuk skit bakat panjat pokok kelapa. Tapi gayat siot!

Mungkin signboard ini yang Cik Jane lupa nak tangkap tempoh hari barangkali. Eh, tengok tu. Kampung Fikri_Kacak pun ada seh. Gerek seh... Sekitar Kemaman nih.

Antara juadah yang di sediakan oleh pihak resort. Ala-ala kampung Pahang beb. Terbuka selera.

Aku jumpa masa tengah belek-belek ikan masin. Makan sampai mulut berhabuk beb. Puas!