Saturday, May 31, 2008

ANAKKU MINTA KAHWIN!

Van Cik Burn PBSM berlumba-lumba. Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. Nuar CIMB, Malu JPM, Zali KWSP, Poji Johorland termangu-mangu. Mata masih tertancap di kenderaan yang bergerak itu. Tangan masih lagi memegang gelas teh tarik Osman Mydin.

"Siapa la yang dalam van tu ye?" fikir mereka. Tertanya-tanya sesama sendiri.

"Pak Akob Parang Kontot la. Dia tercekik tulang ikan patin." Jawab Cikgu Amin tiba-tiba menyapa dari belakang.

***

Di rumah Pak Akob Parang Kontot. Anaknya, duduk diam di meja makan. Makan tak selera. Nafsu tertutup. Mak Minah Murai Kampung jadi pelik. Selama ini, anaknya, Icam Ganja pantang kalau dimasakkan ikan patin masak tempoyak. Berselera besar Icam Ganja. Tapi sejak dua menjak ni, perangainya berubah.

Jika dulu, bangun paginya selepas habis waktu dhuha, sekarang sebelum azan subuh dia dah bangun. Jika dulu, tikus pun boleh sesat dalam biliknya, kini tersusun rapi barangnya. Jika dulu, spenda scubanya Mak Minah Murai Kampung yang basuhkan, kini spenda Mak Minah Murai Kampung pula yang Icam Ganja basuh. Icam Ganja mengalami perubahan drastik.

Pak Akob Parang Kontot tak fikir apa-apa pun tentang anak. Fikirnya, jika Icam Ganja sudah bersedia untuk bercerita, dia akan berceritalah pada Pak Akob Parang Kontot.

"Pak, saya nak sesuatu la." Kata Icam Ganja. Memecah kesunyian meja makan.

"Hah, apa yang kau nak cakap tu Cam?" Tanya Pak Akob Parang Kontot sambil bertambah nasi. Lagi sesenduk.

"Err... Saya rasa... Err... Saya hendak kahwinlah, Pak." Jawab Icam Ganja malu-malu.

"Alhamdulillah la Cam. Patutlah mak tengok kamu banyak berubah." Kata Mak Minah Murai Kampung sambil tersenyum menyindir. Sengih macam kerang busuk.

Icam Ganja hanya tunduk sahaja. Segan barangkali. Tersipu-sipu.

"Siapalah wanita bertuah tu, Cam?" Tanya Pak Akob Parang Kontot sambil tangannya menyudu kuah ikan patin masak tempoyak. Beberapa sudu sampai penuh pinggan nasinya. Juga sepotong ikan.

"Err... Bukan wanita pak. Lelaki. Dia Dato' Pak. Businessman. Boleh Pak ye?" Kata Icam Ganja. Kemerah-merahan pipinya. Macam disapu blusher.

Pak Akob Parang Kontot yang sedang menghirup kuah ikan patin masak tempoyak, tiba-tiba biru mukanya.

"Tercekik tulang rusuk ikan!" Jerit Mak Minah Murai Kampung. "Telefon Cik Burn PBSM cepat!"

"Saya nak kahwin macam mana ni mak!" Jerit Icam Ganja. Seakan merajuk.

Mak Minah Murai Kampung pula yang tumbang. Kini kerja Cik Burn PBSM jadi 2 kali ganda.

***

"Kesian Pak Akob Parang Kontot. Makan ikan patin pun boleh tercekik." Jawab Nuar CIMB sedih.

"KITA BOIKOT IKAN PATIN!" Jerit mereka. Semangat. Demi ketua kampung mereka.

ARTIS KITA VS ARTIS MEREKA

Cikgu Amin rasa gembira dan teruja malam itu. Malam itu akhbar kata, Faizal Tahir nak turun Perlis. Ada konsert. Tapi mufti tak bagi dia turun. Dia kata Faizal Tahir bawa imej jahat. Tapi Cikgu Amin tak kesah. Dia tak hadap pun nak tengok Faizal Tahir dalam konsert tu. Dia cuma nak cuci mata. Cuci mata yang dah terlalu kotor.

Cikgu Amin datang petang Ahad dengan konco-konco dan gundik-gundiknya. Biar mereka seronok-seronok dulu sebelum jadi "hamba-abdi-penyiap-assignment", kata Cikgu Amin. Mereka sangat teruja sekali. Yeop Sungai Siput dah terguling tersampuk jembalang sebab Fasha Sandha senyum kat dia. Belum tengok Amir Anak Emak, yang berbuih-buih mulut sebab Farah AF2 terkenyit mata pada dia. Tapi Cikgu Amin cool. Dia dah biasa kena ngorat. Lebih-lebih lagi dari artis-artis Malaysia ni.

Azan dah berkumandang. Tadi azan Asar, kali ini mesti azan Maghrib, fikir Cikgu Amin. Puas pusing satu stadium, Cikgu Amin pun jumpa khemah merangkap surau sementara yang selesa siap dengan pendingin hawa. Sementara tunggu surau kosong, perutnya berkeroncong. Duduk-duduk di luar surau, melopong-lopong. Banyak artis kita yang lalu lalang. Macam-macam perangai mereka ni. Cikgu Amin nampak Erry Putra. Ditenung je Cikgu Amin oleh dia. Ceh, lu sombong dengan gua ye, kata hati Cikgu Amin. Tiba-tiba lintas seorang pelakon drama lelaki, Cikgu Amin tergaru-garu kepala yang tak gatal. Lupa pula namanya. Ditenung-tenung lalu pelakon itu melambai tangan. Disahut lambaian itu. Takut dia kata orang Malaysia tak support artis sendiri.

Tapi Cikgu Amin pelik. Takde seorang pun artis yang melintas-lintas, singgah di surau itu. Untuk bersangka baik, mungkin mereka ada surau khas atau mereka tak nampak khemah tu macam surau, barangkali, fikir Cikgu Amin.

Selesai solat maghrib, Cikgu Amin tertoleh-toleh. Kanan. Kiri. Selipar buruknya hilang! Kecoh satu surau.

"Sepatu kamu ya. Sori. Aku pinjam tanpa ketahuan." Seorang lelaki menegur.

"Err...takpe." Jawap Cikgu Amin tergamam.

Itu rasanya ahli kumpulan The Lima, kata hatinya.

Dia toleh arah kanan, arah tempat wudhu'. 3 orang pemuda muka Indonesia. Di hadapan sekali, pemuda berrambut kerinting. Sah! Memang mereka.

"Aiseh...dorang solat sekali dengan kita!" Kata Cikgu Amin. Kebanggaan.

Bukan bangga sebab dapat solat dengan artis, tapi bangga sebab masih ada artis yang tak lupa tuhan walaupun akan ada konsert sebentar sahaja lagi.


***


Satu gerai kerumun. Masing-masing nak dengar cerita karut Cikgu Amin. Bila lagi nak dengar dia mengarut selain dari dalam kelas dan gerai mamak.

"Abistu, cikgu amek gambar dengan dorang tak?" Tanya Jali KWSP.

"Takde keje aku nak amek gambar dengan dorang. Aku amek gambar dengan Aidil Ghafar je." Jawap Cikgu Amin bangga.

"Err...cikgu ni gay ke?" Ada suara dari belakang. Terus sayup tak kedengaran. Takut barangkali.

Kwang... Kwang... Kwang...

Thursday, May 29, 2008

ANOTHER TAGGED FROM MY FELLOW BLOGGER

The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.


Fact #1: My CIMB bank account balance is remain RM11.24 for the last 2 month.

Fact #2: In my wallet, just left RM 12.50 to buy next month Maskulin and KREKO bumper edition.

Fact #3: I hate to eat medicine and medicine hate me too.

Fact #4: Love to cook and love to eat.

Fact #5: When i'm washing clothes, i'm ONLY wash my clothes.

Fact #6: I have a bundle of comic and magazine collection. My parent almost throw away this valueable treasure because lack of useable space in my room.

Fact #7: Love to encourage people with my wisdom but still lack of encouragement in myself.

Fact #8: Lastly, I bath after having breakfast.

Choose the next 8?
1. Ugly Betty
2. Harry Jones Jr
3. Sufi Supian
4. Nuar CIMB
5. Zali KWSP
6. Poji Johorland
7. Cikgu Aminudin
8. Kokang

JANGAN TIDUR MAGHRIB. KISAH BENAR.

Hari itu memang hari malang bagi Kamal. Kerjanya mula awal hari ini. Seawal burung nak keluar sarang cari makanan. Seawal jam 6.30am lagi, dia sudah pecut kereta kancilnya menuju lebuhraya untuk ke Kuala Lumpur. Ada kerja lapangan (fieldwork) yang perlu dihabiskan sebelum boss besar mahu lihat laporan mengenai projek itu. Haih, penatnya.

Sebelum Kuala Lumpur menjadi sesak, Kamal cepat-cepat menyelesaikan segala kerjanya. Fikirnya mahu keluar dari metropolis ini seawal mungkin. Takut sesak dan lambat pula sampai di Johor nanti. Segala perkakasan sudah dimasukkan dalam bonet kereta dan selepas minum petang sekadarnya bersama dengan kontraktor, dia terus pecut keretanya pulang ke Johor. Nasib baik kereta belum mahu banyak. Lengang sikit highway, kata hatinya. Kamal berhentikan keretanya di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban untuk mandi dan tukar baju. Baju kerjanya sudah berbau semacam ikan kering Mak Som Kampung Nelayan. Nak dijual, takde harga pulak. Ha! Ha! Ha!

Perjalanannya diteruskan. Hari semakin gelap tapi Kamal masih mahu teruskan perjalanannya. Dia mahu sampai di Johor Bahru sebelum jam 10.00pm kerana dia ada temujanji dengan kekasihnya pula. Takut-takut merajuk kekasihnya nanti.

Jam menunjukkan sudah pukul 7.00pm. Matanya mula memberat. Haih, time-time gini la mahu mengantuk, bisik hatinya. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, Kamal masuk ke susur keluar ke Tangkak. Dia memparkir kereta di bahu jalan berdekatan dengan Kg Bemban sebelum melelapkan matanya. Belum sampai 15 minit, dia terasa bahunya dicuit dan menyebabkan dia terjaga. Ermm..tiada pula orang disebelahnya.

Tut..tut...tut... Tersentak dengan bunyi penggera telefon bimbitnya yang telah diselaraskan untuk berbunyi jam 7.30pm. Jadinya, bukan mimpilah dia terbangun disebabkan dicuit tadi. Dengan perasaan bercampur-baur, dia teruskan perjalanan sambil mengesat-ngesat matanya yang mengantuk. Memujuk-mujuk supaya jangan tertidur lagi.

Di lebuhraya, dia cuba lupakan segalanya. Sedang dia memandu, bas di jalan bertentangan menalakan high beam. Celaka! Dia mencarut. Mentang-mentang la kau besar. Belum sejuk hatinya, kereta dibelakang pula menalakan high beam. Cel... Eh aku kat lorong kanan rupanya. Dia masuk lorong kiri untuk beri laluan kepada kereta itu. Tapi kereta itu masih beri isyarat high beam. Pelik. Kenderaan-kenderaan seterusnya pun begitu. Kamal mula rasa seriau. Seram. Cuak. Dia berhenti di R&R Pagoh. Tiba-tiba seorang pemandu kereta menyapanya, “Bang, tak perasan ke?”.

“Benda apa?” Tanya Kamal.

“Benda atas kereta abang tadi.” Jawab pemandu itu dengan wajah seram.

“Serius ke?” Kamal sudah mula takut.

“Rupa saya ni ada macam crew wakenabeb ke bang?” Jawab pemandu tadi sambil berlalu. Bengang agaknya.


***


Jali KWSP, Nuar CIMB, Poji Johorland, Malu JPM tercengang-cengang. Melopong-lopong.

“Benda apa tu Mal?” Tanya Jali KWSP.

“”Benda” tu la. Selama aku kat highway, dia ada atas kereta aku dowh” Jawab Kamal bersungguh-sungguh.

“Dah la, jangan cerita lagi. Every month aku lalu situ nak balik kampung tau,” Ujar Poji Johorland keseraman, “Tapi aku tak kena macam kau kot.” Sambungnya.

“Kau jangan berlagak Ji” Kata Nuar CIMB.

“Ye la. Kau tengok kereta Kamal tu,”kata Poji Johorland sambil menjuihkan bibirnya ke arah kereta Kamal, “Ariel panjang sangat, tu yang benda tu tersangkut tu. Ariel aku pendek aje”

Nota Selit Kaki : Jangan tidur masa maghrib dan hati-hati ketika lalu di kawasan lebuhraya sekitar Pagoh dan Tangkak. Jangan dapat nasib macam Kamal.

Wednesday, May 28, 2008

KISAH BENANG DAN SUDU

Satu restoren mewah mula dibuka kepada orang ramai di tengah ibukota. Pelbagai promosi dilakukan dalam usaha menarik pelanggan untuk singgah di restoren itu. Kamal sedang pulang dari kerja dan tertarik dengan promosi restoren itu. Lalu dia singgah dengan harapan nyanyian perutnya akan berakhir di situ.

Setelah ditempatkan di meja yang sesuai, Kamal menyelak set menu yang disediakan. Erm...Boleh tahan juga makanannya. Matanya turut meliar-liar ke sekeliling restoren. Untuk menikmati keindahan restoren baru. Tiba-tiba matanya ternampak sesuai yang janggal. Dia memanggil seorang dari pelayan. Dengan penuh sopan santun, dia datang ke meja Kamal.

“Encik mahu tetapkan menu sekarang?” tanya pelayan itu.


“Bukan. Saya cuma nak bertanya. Ermm...kenapa semua pelayan di sini, di poket baju mereka terdapat sudu?” Tanya Kamal. Penuh kehairanan.

“Oh, yang itu. Sebenarnya, itu adalah salah satu usaha kami untuk mengurangkan masa melayan. Jika pelanggan terjatuh sudunya, kami akan terus beri sudu ini. Ini boleh menjimatkan masa untuk ulang alik ke dapur untuk mengambil sudu.” Terang pelayan itu.

Kamal tersenyum puas. Bagus restoren ini. Hal yang sebegini kecil pun diambilkira. Tak sia-sia setiap sen yang aku bayar, katanya dalam hati.

Sambil menunggu makanannya siap, matanya cuba bermain-main di kawasan kaunter restoren dan para pelayan. Lagi sekali matanya berjaya menangkap kejanggalan restoren ini. Sekali lagi dia memanggil pelayan yang sama.

“Er...dik. saya nak tanya sikit la.” Malu-malu Kamal ingin bertanya.

“Ada apa lagi encik?” Tanya si pelayan.

“Kenapa saya tengok, rata-rata seluar pelayan di sini ada benang yang terkeluar dari zip seluar mereka ye?” Pelik Kamal lihatkan seluar pelayan itu semua.

“Oh, yang itu ke encik. Ini pun salah satu dari usaha kami untuk menjimatkan masa. Jika kami ke tandas, kami akan tarik sahaja benang ini dan anu kami akan keluar. So, di sini kami dah jimat masa untuk basuh tangan.” Terang pelayan tadi.

“Oh, bagus sekali. Selain jimat masa, boleh jimat air, ye tak?” Berdekah Kamal ketawa dengan pelayan itu.

Sambil menjamu selera, Kamal mula terfikirkan sesuatu. Dia memanggil pelayan itu semula.

“Dik, kalau kamu dah keluarkan anu kamu dengan benang, bagaimana kamu masukkannya semula?” Kamal mula terfikir.

Pelayan itu tunduk dan membisik ke telinga Kamal, takut-takut orang sebelah terdengar.

“Pelayan lain saya tak tahu la encik. Tapi kalau saya, saya masukkan guna sudu kat poket saya ni ha.”

Ha! Ha! Ha!

Tuesday, May 27, 2008

DEJA VU KEMBALI BERTANDANG. ADA SIAPA-SIAPA NTMT YANG MASIH INGAT TAK?

Haa....Aku penat menyelinap sebab nak snap gambar ni. Korang ingat lagi tak?

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR #18


Duduk di rumah sejak saya mula bercuti 2 minggu lepas, merubah aktiviti harian saya sepenuhnya. Jika di kampus, saya ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dan sememangnya seronok. Tetapi apabila berada di rumah, segalanya tersekat. Maklum la, duduk dengan keluarga. Segalanya kena ikut peraturan yang boss besar tetapkan.

Sistem diet juga terpaksa diubah. Jika di kampus saya bebas untuk makan apa sahaja yang terlintas di kepala asalkan ada duitnya. Tetapi apabila di rumah, apa yang emak masak itulah yang dimakan. Nak makan di luar pun, bukan ada duit sangat pun. Apabila ada waktu senggang, sewaktu tangan menyuap longlai nasi ke mulut, saya mula terfikir betapa bernasib baiknya makanan saya ketika ini jika dibandingkan dengan makanan di asrama dahulu. Sekurang-kurangnya, lauk-lauk yang emak masak cukup masin masamnya. Cukup pedas manisnya. Walaupun lauknya saya kurang berkenan.

Sebelum bermulanya saya duduk di asrama, pada mulanya saya terfikir juga, apa sangat lah lauk saya bakal jamah di dewan makan asrama jika kadar bayaran yang perlu dibayar ialah RM1 sehari? Sedap sangatkah? Pada mulanya, saya dimomok-momokan dengan usikan saudara-mara saya yang menyatakan makanan di asrama tak sedap, makan nasi kawah, makan ikan jeket. Tak kurang juga ada yang menyatakan “Kurus la kau bila balik nanti”. Sarkastik sungguh.

Sebenarnya ianya tidak seburuk sangat seperti yang disangka, Cuma saudara-mara saya mungkin cemburu dengan kejayaan saya menempatkan diri di sekolah asrama, fikir saya begitulah.

Terdapat beberapa hari sahaja menu yang disediakan kurang menepati citarasa anak tekak saya. Kebanyakkan harinya, selera saya sentiasa terbuka. Seperti contohnya makan malam hari Rabu. Antara lauk-lauk yang masih lagi segar rasanya dalam tekak saya ialah sayur kobis goreng, telur rebus dengan kuah gulai, ikan bilis goreng dan buah. Sangat tidak menarik. Saya berharap menu ini akan diubah. Sarapan pada pagi Isnin juga kurang saya minat kerana cuma makan roti kering bersapukan mentega dan kaya seadanya. Fahamkan maksud seadanya di sini. Sama maksud dengan “asal ada rasa dan warna”. Kadang-kadang ada cicah dengan sardin. Itulah gambaran awal kami. Sebenarnya bukan sardin pun, cuma sambal dicampur-adukkan dengan isi ikan goreng lebihan lauk semalam.


Bagi menyedapkan sarapan roti kami itu, sewaktu saya jadi senior, selepas ambil roti di dewan makan, saya akan singgah di bilik rehat (bilik gosok baju) terlebih dahulu, sebelum naik ke dorm saya. Saya akan mengendeng-ngedeng junior-junior saya untuk pinjam seterika. Pastikan ada 2 buah seterika untuk kepantasan maksimum. Anda tahu apa yang perlu dilakukan kan? Ya, saya buat roti bakar dengan seterika. Langkah bijak untuk ubah makanan biasa ke luar biasa.

Oh ya, hampir saya lupa. Menu minum penting yang jarang sekali saya makan ialah Kuih Telur Katak yang warna merah jambu tu. Sangat tidak suka. Kalau suap ke dalam mulut sahaja, otak akan melayang teringatkan lendiran telur katak dalam longkang belakang asrama. Eiyuuuu!

Antara lauk-lauk yang ditunggu adalah seperti hari Isnin tengahari iaitu lauk ayam sambal, kuah dalca dan buah. Memang marvelous la masa tu. Siap mintak sambal lebih lagi pada abang dewan makan tu. Nak minta ayam lebih, memang pasti tak dapat, melainkan saya ni kroni-kroni Exco Dewan Makan atau saya ni gadis comel. Konfem dapat la.

Kalau sarapan pula, biasanya memang sedap je. Samada nasi goreng, nasi lemak, beehoon goreng atau mee goreng, selera saya memang sentiasa terbuka. Jika pada zaman junior, saya amat takut untuk ambil 2 kali. Takut kalau kantoi dengan exco, nanti kena marah, kena bantai, sebab junior tak boleh lebih dari senior. Tapi masa zaman saya senior, saya peduli hapa. Ada kalanya, ketika datang selera saya, saya makan 3 pinggan nasi/mee. Junior nak ambil 10 pinggan pun, saya peduli hapa. Dorang lapar jugak kan?

Tapi yang paling heaven la, kalau sarapan pada hujung minggu. Saya memang jarang turun ke dewan makan. Ke surau apatah lagi. Celik-celik mata dah jam 9.00am. dewan makan dah tutup. Tapi saya tenang. Dengan muka tenang dan suara garang, saya suruh la anak buah dorm saya ambil sarapan untuk saya sambil saya menghulurkan bekas makanan saiz sederhana. “Isi penuh” pesan saya. Dalam dorm tu, cuma ada 2 orang senior sahaja. Ketua dorm, yang bernama Waras, upper 6 dan saya, form 5. Kalau saya bangun dulu, saya yang akan suruh mereka ambil makanan. Jika Waras bangun dulu, dia yang akan suruh mereka ambil makanan. Begitulah adanya.

Adakalanya, pada waktu tengah malam, kita akan terasa lapar. Atas pemerhatian saya terhadap beberapa orang junior dorm saya, saya dapati jalan penyelesaian mereka amat menarik dan menjimatkan. Pada waktu petang, ketika dewan makan dibuka untuk makan malam, mereka akan mengambil nasi putih secukupnya dan disimpan di dalam bekas makanan. Langkah kedua ialah selepas kelas prep malam, kantin akan dibuka dan mereka akan order telur goreng. Zaman itu, Along yang jaga kantin sekolah. Sambal tumis dia memang no.1 pada untuk jualan waktu malam, dia akan cairkan sambal secair-cairnya sebab dia tahu pelajar sekolah ini memang obses dengan sambalnya. Untuk penjimatan, katanya. Jadinya, telur goreng itu akan dicampurkan dengan sambal cair itu (sebagai kuah) dan makan dengan nasi yang diambil pada sebelah petang. Kos hanya RM0.50 sahaja.

Bijak betul anak buah saya ni. Macam seniornya juga. Sejak malam itu, saya akan tempah telur goreng itu pada junior saya dan makan bersama nasi yang mereka ambil pada sebelah petang.

Monday, May 26, 2008

TAGGED DATANG LAGI DENGAN PERMAINAN OLEH ILYA!

What was the first thing you thought this morning?
Mahu basuh baju

What did you do last night?
Checking e-mails, blogs and read some magazines

What do you hope to do this weekend?
Pegi umah member kahwin

What song are you listening to?
Meet Uncle Hussin - Hilang (OST Apa Kata Hati?)

Have you ever told someone of the opposite sex you loved them?
Nope

How’s your heart lately?
Fine

What were you doing this afternoonat 12 p.m.?
Masak nasik

What was the reason you last cried?
Long long time a go

What was the last movie you saw in theaters?
Indiana Jones And The Kingdom Of The Crystal Skull

Have you ever cried while in the shower?
Nope

Have you ever, in anyway, been betrayed by someone you trusted?
Always, biasa la. kehidupan.

When was the last time you were given roses?
On my convocation day :D

Is there anything that you are craving for right now?
A good mood to start doing my writing project.

Where did your last hug take place?
Err...hard to remember la.

Do people ever make stupid mistakes when spelling or saying your name?
Yup

Do you drink tea?
Teh O Wangi 666 Keluaran bumiputera

Does someone like you?
Maybe

Where do you like to keep your money?
My purse, of course

How do you want to get married?
For sure, not by "tangkap basah" la

Would you ever dye your hair blonde?
Nope

What’s the closest pink thing to you?
My laptop wallpaper

Do you have plans for tonight?
Watching TV

Are you wearing anything you borrowed from someone?
Nope

Do you know anybody named Eric?
Deco bersama Eric Leong!!!!

LUAR DAN DALAM, BAIK DAN JAHAT, TIDAK TERLALU SIGNIFIKAN

Tiba-tiba saya terkenangkan seorang kawan karib zaman kecil saya dahulu, Ibrahim b. Shapiai @ Abd Razak, yang kini bertugas di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pensyarah Fakulti Elektrikal. Dia dalam proses menyiapkan kertas kerja untuk persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D dalam bidang Kejuruteraan Bunyi di mana-mana universiti di kawasan negara-negara Svandinavian.

Saya terasa mahu mengimbau kembali langkah-langkah pertama beliau sebelum beliau pergi melanjutkan pelajarannya kembali.

Beliau dibesarkan di sebuah taman perumahan pangsa, Taman Cempaka, di Johor Bahru. Kami mula bersahabat sejak awal umur 5 tahun lagi. Kami bermain bersama, belajar bersama. Set sosial di kawasan perumahan ini adalah tidak begitu kondusif untuk melahirkan anak-anak yang cintakan ilmu. Walaubagaimanapun, masyarakat di situ tetap mempunyai nilai-nilai tolong-menolong dan bergotong-royong, iaitu nilai yang tidak banyak diamalkan oleh set sosial di kebanyakkan taman perumahan di Johor Bahru, bandar yang semakin membangun. Maka, dengan membesarkan dalam lingkungan masyarakat sebegini, walau setinggi mana pun ilmu di dada, jiran-jiran, kawan-kawan dan keluarga telah menjadi keutamaannya.

Ops..Hampir saya terlupa. Ibrahim merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Tasik Utara (1996-1998), Sekolah Menengah Teknik JB (1999-2000), UTM KL (2001-2004) - Diploma, University of York, UK (2005- 2007) - Degree dan Master (One of Best Student.)

Sering menelefon saya dari luar negara dan apabila pulang ke tanah air beberapa bulan dahulu, bahasa Melayunya masih lagi fasih. Masih tak banyak berubah. Masih lagi mengikuti aktiviti yang sering dijalankan oleh jawatankuasa taman perumahan. Masih lagi tak lupa kawan lama.

Saya juga ada seorang lagi sahabat yang saya kenalinya agak lama dahulu. Memang tergolong dalam mereka yang bijak pandai. Kecerdikannya dah terpancar sejak mula saya kenali dia. Alhamdulillah, dia telah berjaya dalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran ke peringkat master. Akhirnya dia berjaya menjawat jawatan pensyarah di universiti yang sama dengan Ibrahim, kawan saya yang pertama tadi. Mungkin dia sedang bahagia dengan tugasannya sekarang berbanding tugasnya dahulu.

Mungkin disebabkan faktor persekitaran dan proses pembelajaran, ia mengubah peribadi sahabat saya ini menjadi seseorang yang saya tak kenali (secara zahir) dan gaya percakapan juga berubah. Pada mulanya, saya terkejut dan berbangga dengan perubahannya. Tapi lama-kelamaan saya rasa saya semakin jauh dari sahabat saya itu. Masanya telah sampai untuk saya relakan hati ini melepaskan dia untuk ke set sosialnya yang baru. Untuk ke satu langkah lagi dalam episod kehidupannya.

Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah setinggi mana pun ilmu yang telah berjaya kita kecapi, setinggi mana sekalipun menara gading yang telah kita daki, kita harus pandang ke bawah juga. Pandang ke belakang semula. Untuk kita nilai asal usul kita semula. Dengan harapan, apabila kita ke hadapan kelak, kita ingat apa yang menyebabkan di hadapan. Semoga kita tidak sesat dengan kemewahan dan keindahan masa hadapan kita.

Begitulah hendaknya.

Friday, May 23, 2008

HIDUPAN LAUT JUGA SEDAP DIMASAK BERSAMA KUNYIT



Memperkenalkan.....

Ketam Bunga goreng kunyit! Lazatnya. Haruman kunyit hidup yang semerbak. Ditambah pula dengan isi ketam yang manis. Segar dari Laut Cina Selatan. Marvelous! Apa yang buat ia sedap? Sebab emak saya yang masak. Erm.....

Thursday, May 22, 2008

FILEM KLASIK, HERO LAPUK, PENGEMBARAAN BARU, BARU TAYANG ESOK.

Temankan saya tonton petang esok boleh tak? *wink*
Hero favourite saya berlakon tau.
Auwww....

Wednesday, May 21, 2008

SEDIKIT BINGKISAN DARI PANTAI TIMUR - CHERATING

Saya menginap di resort ini selama 3 hari 2 malam. Takde la best sangat. Cuma saya berehat sakan je la. Al-maklum la. Baru lepas exam. Sampai rumah je, saya terus demam. Cuaca tak menentu sekarang nih. Hehehe...

Kalau dah kat tepi pantai, macam biasa la. Tunjuk skit bakat panjat pokok kelapa. Tapi gayat siot!

Mungkin signboard ini yang Cik Jane lupa nak tangkap tempoh hari barangkali. Eh, tengok tu. Kampung Fikri_Kacak pun ada seh. Gerek seh... Sekitar Kemaman nih.

Antara juadah yang di sediakan oleh pihak resort. Ala-ala kampung Pahang beb. Terbuka selera.

Aku jumpa masa tengah belek-belek ikan masin. Makan sampai mulut berhabuk beb. Puas!

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR #17

Terpanggil dengan entri En.Pais.

Unit Beruniform memang diwajibkan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Teringat saya ketika di sekolah dahulu. Waktu sekolah rendah, saya sangat aktif dalam badan beruniform pengakap walaupun tak pernah mendapat peluang dalam menyertai mana-mana jamboree untuk saya meraih lencana baru. Waktu itu juga, tubuh badan saya belum lagi mahu membesar, maka mudah untuk saya menyertai banyak aktiviti.

Di peringkat sekolah menengah pula, saya menyertai pula Kadet Remaja Sekolah. Waktu itu Kadet Remaja Sekolah (KRS) baru sahaja ditubuhkan di sekolah saya kerana dengar kata, kementerian mewajibkan kewujudan KRS ini di semua sekolah.

Pada ketika itu juga, antara badan beruniform yang paling popular ialah Kadet Polis. Tetapi hanya pelajar puteri sahaja yang boleh menyertainya. Yang istimewanya tentang unit ini ialah segala pakaian untuk menyertai pertandingan perbarisan ditaja sepenuhnya oleh pihak polis. Waktu itu, uniformnya buruk. Baju biru cair dan seluar kaler koko. Yuck! Tapi sekarang dah lawa. Dah macam polis dah. Pada masa dahulu, dikatakan perbarisan kadet polis adalah yang best sekali dalam sekolah. Takde tandingannya. Mana taknya, unit beruniform lain dianaktirikan untuk membeli sebarang perkakasan perbarisan. Semua nak dibeli sendiri. Mahal tu. Mana mampu.

Waktu saya tingkatan tiga pula, unit polis trafik juga mula ditubuhkan dan rata-rata ia dianggotai oleh kebanyakkan rakan-rakan NTMTTS seperti A’an, Bal9at, Zahri, Amin, Nasreq dan beberapa nama yang saya tak berapa nak ingat. Zaman kegemilangan bermula apabila mereka memenangi Pertandingan Lalulintas Shell peringkat negeri yang berlangsung di Mersing. Saya kurang pasti samada mereka berjaya ke peringkat kebangsaan atau tidak. Bangga gila la dorang ketika tu. Kembang juboq.

Zaman kegemilangan KRS muncul sewaktu saya tingkatan empat. Ketika itu, KRS Malaysia mula serius menjalankan pelbagai aktiviti seperti perlantikan leftenan muda, pegawai, koperal, lans koperal dan Perjumpaan ala-ala jamboree (saya lupa namanya) yang bermula di Kelantan. Perbarisan juga mula dititikberatkan. Jangan tidak percaya bahawa saya telah menyertai perbarisan yang pertama yang disertai oleh KRS sekolah saya ke peringkat negeri di perkarangan Sekolah Tinggi Muar pada 31 Ogos 1999. Pada ketika itu, komanden kami ialah Encik Bontet (Ikhwan Nizam), tak silap aku adik angkat Zila kot. Kami berentap dengan pasukan lain yang sudah terkenal dengan kehebatan kawad kaki mereka seperti pasukan PKBM (di bawah seliaan Tentera Darat). Tapi, macam biasa kalau ada saya, pasukan jadi kalah la. Pada pertandingan kawad kaki tahun-tahun yang berikutnya, dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh Cikgu Yahya Awang, pasukan KRS sekolah berjaya menjadi kasut but kawad yang diberi pinjam oleh pihak sekolah. Baiknya hati. Tapi malangnya kasut itu disalahgunakan oleh budak-budak ni untuk membelasah junior. Sengal. Nota: Bermula minggu lepas, Saudara Aminudin Salleh telah menjawat jawatan Leftenan Muda Kadet remaja Sekolah. Tahniah diucapkan dari kami.

Hidup bagai roda, kan? Pada tahun-tahun berikutnya, Kadet Polis makin malap. Unit Polis Trafik juga malap. Kadet bomba pula mula tunjuk belang. Dengan menyertai Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform dan memenangi beberapa pertandingan sepanjang tahun 2000 – 2002, mereka mula mendapat manfaat seperti KRS. Kebanyakkan perkakasan disponsor oleh pihak sekolah. Pada tahun yang sama juga, Puteri Islam juga mula giat berlatih tetapi belum meraih sebarang kemenangan kerana pakaian mereka ketika pertandingan dikatakan kurang sesuai. Ini adalah benar. Pada hari pertandingan, mereka merubah persepsi penonton dengan memakai seluar track bottom hitam dijalurtepikan dengan garisan merah jambu di bahagian sisi seluar dan berbaju T puteri islam. Tetapi kebanyakkan pasukan hanya mengenakan pakaian biasa iaitu baju kurung putih dan kain merah jambu. Kesian sangat.

Lagi satu badan beruniform yang saya lupa sebut, Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM). Walaupun namanya tersohor seantero dunia, sebagai pasukan penyelamat manusia atau pasukan bantuan awal, namun mereka yang menyertainya, di sekolah saya, hanyalah terdiri dari mereka-mereka yang arbok-arbok ketepek, lempok dan mereka yang malas. Pada asasnya, pasukan ini dipilih oleh mereka kerana aktiviti mingguannya tersangat la kurang dan juga faktor pengerusi pasukan yang...alahai....tak semangat je saya tengok. Tapi tidak dinafikan, PBSM di sekolah lain sangat aktif berbanding sekolah saya, dahulu.

Satu fakta penting. Kebanyakkan mereka yang tergolong dalam golongan elit atau cerdik pandai, kurang aktif dalam aktiviti badan beruniform. Tak caya?

Sekarang saya tag anda semua. Arfa, Poji Basa, Ustad, Bal9at, Jane, Sue, Ujie, Ain, Ilya dan S.M, sila ceritakan pasukan unit beruniform manakah kamu di peringkat sekolah menengah dahulu.

NotaSakiBaki: Dapat info dari Hafiz Hadi dan disampaikan oleh Norazrine Abd Razak, senior kita, Saudara Halimudin Sukaiman (Exco Dakwah dan Penghayatan Islam 1996) dikatakan telah meninggal dunia akibat arteri tersumbat pada tarikh yang tidak diketahui. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah mudah-mudahan rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Tuesday, May 20, 2008

HANYA KERANA DIA, AKU TONTON.



Aku tonton Narnia: Prince Caspian hanya nak tonton dia, Susan Pevensie a.k.a Anna Popplewell. Tak salah kan?

Friday, May 16, 2008

IKATAN HALUSINASI YANG NAMPAK DENGAN MATA HATI

Kadang-kadang benda yang kita tidak nampak itu adalah sesuatu yang kita perlu percaya akan kewujudannya. Tiada dalam bentuk fizikal menyebabkan kepercayaan kita rapuh. Mata kita memerlukan bukti fizikal untuk membenarkan hati untuk mempercayai. Sudah menjadi lumrah manusia untuk bertindak sedemikian. Arakian, sehingga ke hari ini, manusia masih lagi mengamalkan peraturan kuno itu. Masih lagi mempertikaikan kewujudan yang tidak nampak. Walhal sejarah telah menunjukkan bukti.

Sir Isaac Newton membuktikan kewujudan daya graviti sedangkan graviti itu tiada bentuk fizikalnya. Beliau hanya nampak kesan kewujudan daya graviti sahaja, bukan daya gravitinya.

Apa yang ingin saya terangkan di sini ialah nilai persahabatan. Tali silaturrahim. Nilai kewujudan kita diukurkan dengan nilai persahabatan selain hubungan kekeluargaan. Bukan pakej percintaan. Bukan helaian wang ringgit. Bukan kuasa magis menakluk alam. Bukan itu semua. Apa yang penting dalam kehidupan ialah bagaimana kita wujud dalam hati orang. Bagaimana perbuatan kita boleh berbekas ke dalam hati orang ramai. Bagaimana kita membina kenangan silam bersama.

Mungkin tak ramai yang menyedari betapa berharganya nilai persahabatan ini. Sebab ianya bukan dalam bentuk fizikal, sebaliknya dalam bentuk "intangible". Sebab ianya tiada nilai pertukaran matawang ataupun untuk diperdagangkan. Jika tidak, sudah tentu kita boleh lihat ianya bersepah di pasaraya terkemuka ataupun menjadi mangsa cetak rompak. Betul tak?

Sesetengah orang akan rimas jika hidupnya sering diperhatikan oleh orang lain. Rimas jika setiap gerak geri sering menjadi persoalan. Mereka ingin hidup bebas. Bukan seperti artis terkenal. Tanpa mereka sedari, jika setiap gerak geri mereka diperhatikan, itu membuktikan kewujudan mereka di mata masyarakat. Sekurang-kurangnya masih ada yang ambil peduli tentang mereka. Masih ada yang ambil berat tentang mereka. Masih ada yang mahu mereka terus berada di dalam set sosial. Masih ada yang sayang.

"Mind your own business" bukanlah sesuatu yang baik di dalam membina nilai persahabatan. Dalam bersahabat, istilah "solo" atau "jangan masuk campur hal orang lain" adalah sifat negatif. Sebagai sahabat, kita perlu mengambil berat tentang yang lain. Perlu menjaga tepi kain orang lain. Sebab kita tak boleh nak nilai diri kita sendiri. Tidak boleh nak pandang diri kita sendiri. Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawap sahabat untuk menegur apa yang salah, apa yang kurang, apa yang lebih. Boleh kamu nyatakan sifat sebenar kamu sendiri? Semestinya sifat mahmudah sahaja kan? Bagaimana dengan sifat mazmumah? Adakah kamu insan yang baik hingga tiada nilai negatif?

Nilai sahabat itu berdiri kerana rasa percaya. Saya bersahabat dengan kamu atas nama cinta. Atas nama NTMTTS. Atas nama kita bersaudara. Sahabat tidak diukur dengan masa. Tidak diukur dengan perasaan cintakan dunia. Tidak diukur dengan harta dunia. Setelah ada ikatan persahabatan antara saya dan kamu, hingga mati ia terus terikat.

PROLOG : NTMTTS CAWANGAN JOHOR BAHRU

Cawangan ini akan mula beroperasi dan memulakan aktiviti dalam masa terdekat ini. Buat semua ahli cawangan yang berdaftar, sila ambil perhatian di atas segala SMS yang mendatang. Segala cadangan aktiviti adalah amat diperlukan.

Perjumpaan pertama telah berlangsung malam tadi secara tergempar. Di Danga Bay yang melibat saya, Ujie dan Zahri. Membincang aktiviti yang cuba kami lakukan sepanjang saya bercuti. Jika ada pertambahan, anda semua dijemput untuk hadir bersama.

Harap maklum.

Nota atas kaki : 31 Mei 2008-Jemputan Boyak. Jom join!

KETAGIHAN MASAKAN IBU

Berblogging sambil makan asam pedas ikan merah memang best. Ditambah pula dengan kicap manis cap kipas udang. Menjilat jari beb. Kat Kedah takde benda-benda ni. Tu yang gua ketagih. Air tangan emak gua ni.

Tengok tu, dengan daun kesum dan manis isi ikan nih... Allah je yang tahu sedapnya.

Thursday, May 15, 2008

UPACARA RITUAL DI ZAMAN MODEN



Ini bukan mereka yang beragama majusi, penyembah api. Juga bukan terdiri dari mereka-mereka yang bercita-cita menjadi Ahli Bomba. Mereka adalah super senior yang menyambut merdeka mereka dengan membakar segala nota-nota peperiksaan. Bukan 1 atau 2. Tetapi lebih 7 orang. Gembira je....

HOME SWEET HOME


Gua baru sampai dude.

Hirup udara Johor.

Larkin; 0945am.

Rindu rumah dowh!

EARL MEMBAWAKAN KAMUS DEWAN DEKAT KE HATI KITA UNTUK KITA MEMAHAMI ERTI KARMA


Saya dapat tahu ramai yang anggap entry saya yang lepas berkisarkan mengenai usaha saya mengait kembali hati bekas teman wanita rakan sekolah saya. Bukan sebenarnya. Ia usaha saya memenangi seorang wanita di kampus saya ini. Sehari berlalu bagaikan menanti keputusan pinjaman duit nak beli kereta rasanya. Entahkan lulus, entahkan tidak.

Baru dapat berita sebaik saya tiba di Wilayah Iskandar. Bila saya dapat tahu cerita sedih yang menimpa rakan sekolah rendah saya ini, hati saya turut dirundung malang. Meruntun perasaan saya walaupun jauh di utara. Bukan apa, kedua-duanya rakan saya. Sahabat saya. Walau lama tak jumpa, tapi saya dapat rasakan talian persahabatan itu masih lagi wujud.

Saya tak tahu samada pemutusan hubungan cinta antara mereka berdua disebabkan hal yang mana. Sebab sepanjang saya di kampus, tiada angin huriken yang datang membawa berita. Tiada awan mengukir sebab. Sepanjang pengetahuan saya, tiada hal besar yang melanda percintaan mereka. Tiba-tiba je berpisah, sedikit sebanyak saya rasa ingin ambil berat juga.

Jika ada yang mengetahui, berceritalah kepada saya.

Apa-apapun sahabatku, aku harap keputusan kamu itu merupakan pilihan yang tepat kerana saya tidak mahu kisah percintaan kamu berakhir dengan dashyatnya. Kasihani wanita-wanita yang pernah kamu curahkan perasaan sayang kamu itu. Hargailah kata-kata cinta kamu. Sebab ia bukan murah. Senang dijaja di gerai-gerai Jalan Masjid India atau di Jalan Petaling. Cinta bukan macam susu UHT Dutch Lady. Semudah ABC.

Hargai cinta kamu macam Laila Majnun. Cinta sampai gila pada si dia. Macam Fahri dan Aisya. Cinta berteraskan Islam. Macam Jojo dan Jojane. Cinta antara benua. Ye ke? Hehe...

Kamu akan tahu jika kamu adalah aku...

Wednesday, May 14, 2008

HIDUP KITA ADALAH DRAMA. BERTOPENG ADALAH PILIHAN AKU.


Saya masih belum kuat. Masih belum cukup keberanian. Masih belum cekal hati.

Biasanya, rancangan yang saya rancang memang tidak akan berjalan dengan lancar ataupun tak pernah jadi langsung. Entah la, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin memang belum masanya lagi.

Sungguhpun tidak berpeluang untuk bertemu sebelum cuti akhir semester ini kerana komitmen masing-masing yang lebih ke arah kemas bilik dan berehat. Nampak gayanya kena ditunda lagi agenda saya ini. Jadi saya telefon sahaja dengan menggunakan perkhidmatan hotlink super saver. Puas berborak, keberanian masih juga belum kunjung tiba. Jadi saya SMSkan sahaja hasrat hati. Sampai sekarang tiada SMS balasan. Sungguhpun saya suruh dia melupakan sahaja SMS saya yang terdahulu, namun tetap tiada balasan. Serba salah jadinya.

Tapi bila difikirkan, pilihan hati saya sejak dahulu lagi sememangnya dari rakan-rakan rapat saya sendiri. Dan bila saya mula menyampaikan hasrat hati, persahabatan kami mula renggang dan akhirnya, putus. Saya tidak mahu perkara yang sama terjadi lagi kali ini. Sayang rasanya. Persahabatan yang dibina bertahun lamanya punah ranah disebabkan hasrat hati saya yang kerdil ini. Tak berbaloi.

Apa boleh buat? Suatu hari nanti saya akan gagal jua. Anda rasa anda di pihak yang benar, Bal9at?

Mungkin kata-kata Ilya ada betulnya, "Hidup sorang adalah lebih baik."

AKU MEMANG PENCINTA NASI. KERANA NASI MACAM EMAS. BUKAN IKAN EMAS.


Ada usul yang menyatakan makanan ruji rakyat Malaysia perlu ditukarkan kepada makanan berasaskan keledek dan ubi kentang kerana kenaikan mendadak harga beras baru-baru ini.

Bermenung-menung aku baca keratan akhbar ini. Rakyat Malaysia yang berada luar negara pasti akan rasa malas nak Malaysia lagi lepas ini. Sebab kemungkinan untuk pulang ke tanah air adalah disebabkan rindu nak makan nasi dengan sambal belacan, selain bertemu dengan kekasih hati nun jauh di ibukota. Tiada lagi kerinduan.

Apa kata lepas ni, harga keledek dan ubi kentang naik mendadak macam harga beras pula. Entah apa pula la yang akan jadi cadangan baru untuk makanan ruji rakyat Malaysia ni.
"Kurangkan makan nasi dan keledek dan ubi kentang. Kita beralih ke ulam-ulaman yang lebih banyak khasiat dan lebih murah. Kat hutan ada, tepi rumah pun ditanam. Mengikut kajian yang dijalankan,makan ulam-ulaman dapat menjimatkan...bla...bla...bla...." - Buletin -

Ada kemungkinan tak?

Monday, May 12, 2008

GLORY...GLORY...


Congrate to Manchester United.

Dan celakalah kamu peminat fanatik yang membuat bising bersorak dikala kami hendak study.

End.

MAJLIS MOHOR BESAR RAJA-RAJA MENGISYTIHARKAN......ESOK HARI RAYA KAMI!

Suasana kolej pagi tadi sangat tenang seawal jam 5.00am lagi. Mata saya memang degil. Tidak mahu juga lelap walaupun dah golek-golek hampr 1 jam lamanya. Letih. Akhirnya kegigihan ulangkaji semalaman pada hari semalam membuahkan hasil. Peperiksaan pagi tadi dijawab dengan tenang walaupun target untuk mendapat A telah tersasar kerana carry mark yang agak rendah. Dapat B pun dah dikira bonus dah kerana gred itu lebih tinggi dari gred Tom[oq] iaitu C+. Yay!

Pulangnya saya dari peperiksaan dan makan tengahhari, lagu-lagu hari raya, lagu nyanyian Sudirman dan lagu-lagu nasyid berunsurkan perpisahan sudah mula kedengaran disegap pelosok kolej. Lagu-lagu yang raya, balik kampung, hari kemerdekaan dan perpisahan yang menjadi simbolik kepada tamatnya peperiksaan mereka. Tapi bukan pada saya. Dan juga roommate saya. Masih berbaki 1 subjek pada esok pagi yang memberi kesan "tidak tidur malam ini" kepada kami. Mungkin lagu-lagu itu akan mula kedengaran pada esok tengahhari di bilik saya. Atau petang. Atau malam. Sebab pelbagai rancangan susulan selepas tamatnya peperiksaan hari esok.

Makan tengahhari kami esok akan ditaja oleh seorang sahabat bernama Muaz. Makan di rumah atoknya di Jitra. Makan berlaukkan ala-ala kampung. Minum ayaq kelapa muda noo... Pasti segar! Berlegar-legar di Jitra Mall mungkin. Cuci-cuci mata. Habiskan sisa duit. Luangkan masa senggang dengan rakan-rakan lain sebelum mula bercuti panjang.

Dan upacara penting esok malam ialah penentu kepada penamatan status bujang saya untuk semester hadapan. Jika "peperiksaan" ini lulus, pecah la rekod bujang selama 25 tahun yang saya pegang selama ini. Jika gagal, maka bertambah la 1 semester lagi hidup bujang di kampus ini. Doakan ya!

Sunday, May 11, 2008

HAPPY MOMMA DAY

"I'm sorry mama
I never meant to hurt you
I never meant make you cry
But tonight, I'm cleaning out my closet"
**Eminem**

Saya mempunyai seorang emak yang tabah. Amat tabah. Kehidupan muda dilalui dengan penuh ranjau berduri. Sebelum beliau berjaya sehingga hari ini. Keluar dari kepompong kemiskinan masa dahulu.

Dikurniakan 3 orang anak. 2 lelaki dan 1 wanita. Yang kini masing-masing sedang mengharungi detik-detik genting dalam usaha menyambung legasinya. masih bertugas di Kastam Diraja Malaysia Johor. Full-time goverment servant and part-time penjahit pakaian wanita.

Maaf emak, anakmu ini masih belum mampu lagi berdiri dengan lagi dan masih lagi perlukan didikanmu dalam mengharungi cabaran dunia ini. Nasihat dan marahmu menjadi kitab panduan hidup dalam bergelumang dengan manusia lain.

Maaf lagi sekali kerana tiada sambutan meriah seperti anak-anak orang lain. Tiada dinner di restoren mewah. Tiada khidmat istimewa hujung minggu. Barang setahun dua lagi, dengan ijazah yang bakal saya perolehi nanti, saya akan menyambutnya semeriah mungkin. Mungkin tiada wujud lagi Hari Ibu pada bulan Mei, kerana bagi saya setiap hari dengan belaian ibu adalah hari ibu.

Khas buat emak saya yang jauh di mata tapi dekat di hati, Puan Zubinah bte Saimad.

Thursday, May 08, 2008

MUNASABAH DIRI DI MALAM JUMAAT

Hujan lebat membasahi bumi sintok sehari suntuk hari ini. Suasana sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam. Tiada menunjukkan suasana pembelajaran yang bagus.

Nun jauh di pelosok bilik, suara-suara merdu katil nan empuk memanggil-manggil manja. Ibarat tubuh menggiurkan, aku tergoda dengan nafsu dunia itu.

Lantas, seharian aku menghabiskan masa di atas katil nan empuk. Membelek-belek helaian kertas peperiksaan semester-semester lepas. Sesekali aku belek pula contoh-contoh soalan Financial Management 2 yang Siti Labuan bekalkan sebelum lunch tadi. Wangi. Hehehe... Aku belek pula latihan-latihan Advanced Taxation aku yang lama-lama. Buruk. Hapak. Conteng sana conteng sini. Berterabur. Biasa la... Student lelaki yang bujang.

Mata wahai mata, dari mata turun ke hati. Mata ini yang degil dan nakal. Malam tadi bila disuruh tidur, dia masih mahu bermain-main. Bila disuruh berjaga, syaitan pula bergayutan di kelopaknya.

Hati oh hati, kuatkan diri. Hasutan dunia tiada terperi.

Dah, syaitan yang bergayutan ini amat berat sekali...

ZZzzzzzZzZz...Aku.... ZzZZz... taknak.... TiduzZzzzzzz.....

Tuesday, May 06, 2008

SIGNBOARD YANG KITA KENA FAHAM PADA MUSIM PEPERIKSAAN INI.

Maksud : Jangan ganggu. Jika hendak ambil movie atau pinjam komik, sila datang pada hari saya tiada peperiksaan.


Maksud : Terima kasih jika anda tidak meningkat volum Altec Lansing anda ke tahap maksimum.


Maksud : Tolong jangan ganggu saya. Jika tidak, saya akan jadi raksasa pencarut.
Maksud : Tolong jangan mencarut di sini. nanti saya akan mencarut sekali.

KITA BELAJAR SAMPAI PENAT. TANPA MENGHIRAUKAN MASA.


Biasanya, proses belajar mula selepas lunch dan Zohor. Baru ada tenaga. Kira-kira jam 2.00pm.

Sambil-sambil termenung, kira menghafal sekali. Biasa la, exam oriented. 2.13pm.

Bila perut dah kenyang, otak ligat berfungsi. 2.21pm.


Otak pun jadi pening. 2.29pm.


Proses tidur pun bermula. 2.31pm.

Monday, May 05, 2008

KEPALA TERHANTUK, HATI TERSENTUH, MULUT MENGELUH. TERIMA JE LA.

**Kala ini akal aku bagaikan abstrak

2 hari yang berlalu ditempuhi bagaikan neraka. Kena tempuhi walaupun pelbagai dugaan menggoda rasa rajin aku. Cairan ilmu dah mula mengalir keluar dari gegendang telinga. Mengalir perlahan menunjukkan tahap kelikatan cairan itu. Mata dah berkaca mintak direhatkan kerana sudah pening membaca gumpalan huruf bergelut dengan pelbagai jenis lukisan diagram.

Aku dapat rasakan bahawa daya ingatanku makin lemah. Semakin penat aku menghafal pelbagai jenis diagram dan teori projek pengkomputeran. Tiba masa sebenar, berterabur segala jadual, diagram dan teori yang aku hafal. Errghhh....Tekanan. Aku kursus akauntansi, mengapa perlu bersusah payah mengkaji ilmu kursus lain sedangkan ilmu kursus aku pun masih lagi tersentap-sentap. Adakah aku akan berjaya seperti Balgat sekiranya aku lulus cemerlang subjek ini?

Peperiksaan semalam betul-betul menduga kesabaran. Dewan yang super chill, jaket tak bawa, soalan macam haram, perut minta makanan. Aku jadi bercelaru. Mengapa masa ini semua benda bergantung pada aku? Segala nama-nama kes dan seksyen-seksyen Akta Syarikat 1965 yang aku hafal semalam, setelah otak aku berhenti proses ilmu SAD pagi semalamnya, hilang bagaikan dibuai bayu. Sedikit demi sedikit aku baca soalan, sedikit demi sedikit jugalah hafalan aku hilang. Bagai ditiup bayu.

Aku jadi hangin satu badan. Soalan macam pelaq. Pensyarah yang jaga pun macam nak'har...un. Bukan aku masuk universiti ni nak jadi peguam cemerlang macam Jane,aku cuma nak jadi akauntan. Kenapa aku perlu bergelut juga dengan 2 subjek yang jauh lebih susah dari subjek kursus aku sendiri? Hakikatnya, aku penat. Akal jadi kurang waras. Jika kena maki, jangan marah ya!

Lantas hari ini, selepas 2 hari berturut-turut menempuhi hari bagaikan neraka, aku mengambil keputusan untuk menonton filem lelaki besi, Tony 'Ironman" Stark, di pawagam terdekat. Kononnya nak hilangkan tension la nih.