Friday, October 09, 2009
PAPADOM - BUKAN SETAKAT NASI KANDAR
Filem ini layaknya ditayangkan pada Hari Bapa. Khas untuk bapa-bapa muda yang ada anak perempuan, cerita ini ada inspirasi untuk membesarkan anak perempuan anda.
Bagi aku (yang tak berapa pandai tentang seni filem), aku rasa jalan cerita filem ini amat mudah, ringan dan senang ditonton. Mesej yang hendak disampaikan pun begitu jelas dinyatakan. Tak perlu nak berfikir jauh ke dalam atau “read between the line”. Dah macam telefilem atau drama swasta pula. Tetapi mesti ada sesuatu yang membuatnya berbeza dengan sesuatu seperti telefilem atau drama swasta kan?
Bukan. Aku tonton filem ini bukan kerana Liyana Jasmay atau Farid Kamil atau aku peminat papadom atau aku penuntut di UiTM Shah Alam. Aku tonton kerana 2 sebab; pertama kerana filem ini adalah arahan Afdlin Shauki dan kedua kerana Scha adalah salah seorang pelakon yang membintangi filem ini
Filem ini tentang pengajaran. Tentang kasih sayang tak terucap. Bukan tentang anak derhaka. Tiada sesiapa yang disumpah menjadi batu di dalam filem ini. Filem tentang cinta pun bukan. Bukan filem tentang kedai mamak tebar roti canai. Bukan kisah remaja. Atau mungkin boleh juga dikhususkan kepada remaja wanita (dan anak tunggal wanita terutamanya). Kenapa? Anda saksikan di pawagam.
Biasanya kita dapat tonton mesej sebegini di dalam banyak drama-drama di kaca televisyen. Cuma kali ini Afdlin persembahkannya di dalam medium yang berbeza. Pandangan yang berbeza. Pendekatan yang berbeza. Supaya nampak lebih menarik. Supaya nampak lebih nilai filem. Supaya nampak ianya berbeza dengan drama.
Ada beberapa dialog yang menarik hati yang aku ingin kongsikan.
1) Balkish : Awak tak macam tukang kebun lain. Awak ni lain.
Saadom : Berapa ramai tukang kebun yang awak kenal?
2) Rahmat : Ini namanya Singa Inspirasi. Awak ambil-lah. Saya dah tak perlukan dia lagi.
Miasara : Kenapa?
Rahmat : Sebab saya dah ada inspirasi lain, awak inspirasi saya.
Miasara : Awak ni poyo la.
(Rahmat buat muka sedih)
Miasara : Ok la, poyo tapi comel. Ngee
Ok-lah, pelakon filem ini kebanyakkan yang biasa kita lihat dalam filem Afdlin yang lain seperti Vanidah Imran. Eh? Hahaha. Silap.
Afdlin Shauki (Saadom) : Saadom yang bermula sebagai penjual nasi kandar tepi tembok di Penang. Terkenal dengan home-made papadom yang sedap (sebab nampak macam sedap). Perniagaan mula berkembang bila Alan Tan (Pete Teo) berminat untuk bekerjasama dengannya dan Ali untuk buka restoren nasi kandar dan mempopularkan lagi papadom Saadom. Kehilangan isteri, Mun (Khiriah) akibat kemalangan dan dihantui kesalahannya pada isterinya. Seorang ayah yang sangat bersifat pelindung. Mana ada anak dia, di situ ada dia. Kerana dia tak mahu anaknya ditimpa kesusahan dan dia tiada di sisi anaknya ketika anaknya susah.
Nur Khiriah (Mun) : Isteri kepada Saadom dan Emak kepada Miasara. Meninggal akibat kemalangan jalanraya. Wujud dalam mata Saadom kerana mata Saadom nampak apa yang dia ingin nampak. Mun bukan hantu dalam mata Saadom. “Kalau Mun hantu, Mun pakai macam ni (sambil guna kostum pocong”.
Liyana Jasmay (Miasara) : Anak Saadom dan Mun. Membesar dengan seorang ayah, Saadom yang sangat bersifat pelindung (protective). Sudah rimas dengan tindakan ayahnya. Merancang untuk sambung pengajian di IPT di Kuala Lumpur (budget good-good je dapat duduk KL) bersama kawannya, Yvonne (Chelsea Ng). Freshie yang syok pada seniornya, Hisyam Hasyim (Farid Kamil).
Vanidah Imran (Balkish) : Professor yang mengajar subjek sejarah perfileman. Rasanya dia syok pada Saadom versi tukang kebun.
Scha (Shasha) : Senior kepada Miasara dan Yvonne. Seorang gadis cantik yang juga ketua kelab penyokong Hisyam Hasyim. Suka pada Hisyam Hasyim tetapi dah break-up dengannya bulan lepas. Seorang gadis cantik IPT yang sangat tipikal. Berlagak, dengki, iri hati, tidak disukai ramai dan penuh rancangan jahat.
Que Haidar (Rahmat) : Nama penanya ialah Wajib Tayang. Sangat minat dengan kursus seni lakon. Ada banyak koleksi filem pendek peribadi yang kebanyakkannya filem pendek arahannya yang sangat syok sendiri seperti “Eksistensial Sial”. Ada hati pada Miasara tetapi terlalu nerd untuk mendekati wanita seperti Miasara.
Chelsea Ng (Yvonne) : Kawan Miasara sejak zaman persekolahan sampai ke IPT. Dah masak benar dengan perangai pakcik Saadom yang sangat pelindung itu.
Farid Kamil (Hisyam Hasyim) : Senior yang sangat digilai ramai. Sedang dalam bikin filem “Puaka Padang Ragbi” yang sangat bodoh. Hanya bersikap player sahaja kepada Miasara. Langsung tiada niat nak jadikan Miasara itu menantu ibubapanya.
Pete Teo (Alan Tan) : Kali pertama aku tonton lakonan Pete Teo. Biasa dengar lagu ciptaan dan nyanyiannya sahaja. Banyak sumbang lagu untuk filem-filem arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Eh, salah bagi ulasan pula! Alan mula berminat dengan perniagaan nasi kandar milik Saadom apabila kali pertama makan papadom Saadom. Dan dia menjadi kawan sejak Saadom jual nasi kandar tepi tembok sampai Saadom beli motor guna kad kredit. Boleh tahan lama.
Harun Salim Bachik (Syukor) : Supervisor jabatan landskap. Seperti filem lakonan dia sebelum ini, lawak bersahaja dan kelakar. Kadang-kadang faham, kadang-kadang tu tak faham langsung.
Bagi aku, ada 2 sebab korang mesti mahu tonton filem ini.
1) Boleh tengok ketiak baju Liyana Jasmay basah sebab berpeluh (kantoi yang guna deodorent).
2) Boleh tengok Miasara main puting buah dada Rahmat, sambil Rahmat layan stim.
“Eaa, baju Rahmat ada teddy bear la. Apa namanya dia?”
Rahmat layan stim.
“Siapa nama dia ek Rahmat?”
Rahmat layan stim.
(Bukan nak malukan, sekadar mahu bantu mempromosikan filem ini)
Aku tak bohong, benda ini benar-benar ada kecuali Afdlin pergi semua pawagam di Malaysia dan edit semula pada setiap reel filem Papadom. Cepat pergi tonton! Reputasi Afdlin, siapa yang tak tahu, kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeletePL baru tonton filem ini semalam.
PL rasa bahagian Miasara gentel bear pada baju Rahmat memang sengaja ditunjukkan pada akhir cerita... saja nak jadikan lawak, atau itu mungkin scene yang tak jadi, atau adegan yang telah dipotong oleh FINAS kerana terlalu lucah? hehehe.
Apa2 pun, filem ini amat menarik. Sekali ditonton, rasa mau menonton lagi, lagi dan lagi! =)
shukur kata bangun...shukur kata angkat tangan
ReplyDelete