Friday, November 20, 2009

KUAT-KAH KITA?


Setiap dari manusia akan menerima dugaan yang menguji tahap kekuatan kita. Bagaimana kita kendalikan dugaan itu. Reaksi bila berdepan dugaan itu. Kuat tak kuat kita berlawan dengan dugaan itu. Tapi manusia memang ego. Tidak akan sekali-kali mengaku yang dugaan itu telah menewaskan kita. Ini realiti. Kau, aku dan mereka semua ego. Malu nak mengaku.

Dan bila tiap kali kita menafikan kemenangan dugaan, setiap kali itulah kita menipu diri kita sendiri. Kita cakap kita hebat. Kita cakap kita boleh kendalikan. Kita cakap kita boleh lupakan segalanya. Kita cakap kita mahu teruskan hidup tanpa dugaan itu. Setiap kali itu juga, kita menipu diri kita sendiri. Kita pentingkan ego dari perasaan sebenar. Kita tidak hiraukan kehadiran hati semata-mata mahu mempertahankan ego homo sapien kita yang tak seberapa itu.

Apa salah kalau kita mengaku kekalahan kita? Masuk neraka-kah? Dikerat lapan belas-kah? Di-sula-kah?

Memikiran manusia bijak masakini memang kompleks. Sekompleks saintis mencari jawapan kewujudan ayam. Ayam dulu-kah atau telur dulu-kah?

Sudah-lah. Kasihan hati kita. Hati kita mahu menangis sejak dulu. Hati kita sedih. Jangan ditahan lagi. Biar air mata menjadi antidot untuk dugaan ini. Kalau bukan pulih sepenuhnya, sekurang-kurangnya akan mengurangkan beban akibat tingginya ego kita.

Cari kawan yang baik, nangis di bahu mereka, lepaskan apa yang kita rasa, luahkan rasa marah kita. Biar habis tisu sekotak, biar lencun tuala, biar banjir katil dengan air mata. Kalau itu antidot terbaik untuk kamu.

Rakyat Malaysia ramai yang ada masalah. Cuma mereka malu, segan, ego untuk mengatakan "Saya ada masalah". Kerana bagi mereka, mempunyai masalah menunjukkan kita ini lemah. Tak boleh harap. Tidak dominan.

Tidak. Bukan begini dunia ini berfungsi, kawan.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku