Wednesday, September 30, 2009

BENDA YANG KITA TAK AMBIL PORT SANGAT

Ada benda yang kita tidak nampak menggunakan mata tetapi kita cuma dapat rasakannya. Tak ramai orang yang mempunyai hati untuk merasakannya. Ia seakan-akan satu anugerah kepada sesebuah kumpulan manusia yang sama-sama berkongsi perasaan ini.

Ya, itulah anugerah persahabatan.

Dalam hidup aku (sekurang-kurangnya sehingga hari ini), aku telah melalui 4 fasa pembinaan nilai-nilai persahabatan.

Di peringkat sekolah rendah, pada awal peringkat bertemu dengan kekejaman dunia. Kita saling berkongsi minat tentang erti kehidupan, keseronokan mempunyai teman, bermain tanpa memikirkan kesaratan beban dunia. Seronok sekali. Membina asas persahabatan atas dasar perkara yang gembira.

Di peringkat sekolah menengah, asas persahabatan itu semakin dikukuhkan. Seakan tiang seri sama pentingnya. Persahabatan dibina atas dasar mengharungi kekejaman dunia. Untuk meneruskan kehidupan yang semakin hilang nilai kemanusiaan. Persahabatan untuk teruskan hidup. Dan aku rasa sebab itulah kami masih lagi bersatu walaupun setelah 15 tahun berkawan. Terima kasih NTMTTS.

Di peringkat diploma, nilai persahabatan itu mula terhakis. Masing-masing membesar dengan latar belakang yang berlainan. Masing-masing bergantungan untuk menjengah kehidupan baru selepas sekolah. Masa ini, kena pandai-pandai pilih kawan. Kalau salah pilih, boleh hanyut ke laut. Atau paling kurang pun, hanyut-hanyut sikit je. Nilai persahabatan ketika ini hanya bergantung kepada kepentingan. Jadi, aku tidak terfikirkan bahawa ianya utuh tetapi Insya-Allah ianya berkekalan.

Di peringkat universiti, nilai persahabatan itu macam air laut. Macam curahkan air ke daun keladi. Macam taik ayam, panas sekejap saja. Atau yang paling tepat, macam jahanam. Stage ini adalah paling susah nak kendali. Lebih susah dari nak kendalikan mesin kuda. Atau nak kendalikan jentera KYB. Ia melibatkan emosi dan psikologi. Time ini la nak kena ada kebolehan ambil hati orang, pujuk orang, tahan marah, tahan maki dan macam-macam sifat mahmudah untuk menjadikan nilai persahabatan itu terus kekal, bagi yang mahu ianya kekal la.

Penat sudah aku jaga hati orang. Nak layan orang yang tiba-tiba moody, padahal bukan jenis yang datang bulan pun. IMS tak tentu pasal. Gila.

Bersahabat ni macam bercinta juga. Tak guna bertepuk sebelah tangan tak tentu hala. Kalau tak suka, kena la cakap. Kalau diam, mana nak tahu. Tahu? Kalau tak suka duduk sama, cakap. Faham? Nak aku ajar ke? Nak?

Nanti aku buka kelas "Friendship 101" untuk murid-murid yang yang benar-benar 3M; Mengong, Munguk, Moody. Free je.

Suckest friendship ever. Yes, it's true.

2 comments:

Komenlah Aku