Saturday, October 24, 2009

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG


Terlalu banyak improfmen yang perlu dilakukan untuk menjadikan filem ini lebih menarik. Mungkin pendapat aku bukan pada pandangan seni tapi lebih kepada pandangan seorang penonton muda yang hidup di alaf baru dan dahagakan kisah klasik atau sejarah.

Kalau-lah pihak produksi mempunyai bajet yang mencukupi dan bikin filem bajet besar untuk filem ini seperti filem Puteri Gunung Ledang, saya pasti filem ini akan lebih cantik dan artistik.

1.) Adegan-adegan pelayaran di dalam filem ini harus lebih hidup kerana Awang (Lakonan Farid Kamil) seharusnya banyak adegan tempur dengan lanun di perairan antara Muar (yang di masa itu dipanggil Padang) dengan Makasar. Kerana di perairan itu memang terkenal dengan aktiviti lanun yang berleluasa sejak dulu. Jika adegan tempur laut dilakukan secara hidup dan bukannya layar hijau, tentang lebih menarik.

2.) Sungguh buruk rupa Dayang (Dilakonkan oleh Siti Elizad) dengan rambut palsunya. Seburuk Baizura Kahar di dalam filem Sepi.

3.) Perkampungan di setiap pengkalan macam bukan perkampungan. Serupa macam bukan pengkalan. Lawa lagi pasar tepi sungai di dalam iklan "Janda dan 7 orang anak" Petronas.

4.) Claudia (Lakonan Lynette Ludi) lebih macam pedagang cina dan bukan dari VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) atau Dutch East India Company. Secara jujur, tiada raut wajah Inggeris di mukanya. Tapi jika pengarah, Majed Salleh meneruskan adegan Claudia yang cuba menggoda Awang, erm, itu lebih menarik.

5.) Bachuk (Lakonan Zul Huzaimy) tidak perlu memakai subang untuk nampak antagonisnya. Dia yang begitu dan aksi nakalnya juga nampak jelas antagonisnya.

6.) Seingat aku, lembing bini milik Awang itu melayang menikam 99 orang di majlis perkahwinan Bachuk dan Dayang. Mangsa pertama ialah Bachuk. Lepas Bachuk kena tikam, dia cabut dan lempar ke arah orang lain sehingga cukup 99 orang. Dayang adalah mangsa lembing ke 100. Ketika itu-lah, lembing Awang pulang ke Dayang. Mungkin memori aku lemah atau aku salah faham ketika menerima cerita itu dulu. Atau versi novel tulisan Allahyarham Shaharom Hussein ada kelainan, ada pertambahan watak, ada kelainan kesudahan.

Hui.... Kalau ada bajet yang mencukupi, datang set penggambaran yang secantik dan setaraf filem Puteri Gunung Ledang, aku rasa ia memang terbaik. Oh ye, skrip juga macam lemah.

Alahai. Apa-apa pun, kita tunggu filem Mat Kilau pula. Watak Mat Kilau dilakonkan oleh seseorang yang sememangnya handal bersilat. Moga-moga watak Mat Kilau benar-benar hidup.

3 comments:

  1. Bila cinta di kianati dendam kesumat jadinya...

    ReplyDelete
  2. mat kilau tambah menarik jika dato m daud kilau jadi pelakonnya..

    ReplyDelete
  3. haha.. aku igt filem M Daud Kilau.. baca sekali lg Mat Kilau rupanya..

    ReplyDelete

Komenlah Aku