Tuesday, December 29, 2009

KOMPILASI NASIB-NASIB AKU SEPANJANG 2009

KARIER
Aku baru hendak menapak semula dalam alam pekerjaan. Kerja pertama di tempat praktikal sekarang, terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai staff. Gaji pun standard fresh-graduate. Cukup-cukup makan, nak mewah takde la. Nak kumpul duit untuk kahwin belum tentu lagi tapi PTPTN dah hantar surat suruh bayar hutang. Harap-harap 2010 ini menjanjikan kerja yang tangga gajinya boleh buat aku kumpul duit pergi haji.

STATUS
Seperti biasa, status aku masih sebegitu. Seperti tahun-tahun sebelum. Tapi tiada apa-apa. Perkara biasa. Harap-harap 2010 nanti, bila dah ada duit sikit, boleh la melaram sikit. Boleh pakai baju ala-ala milenium macam Pidi. Tak pun, paling-paling bangsat beli la baju belang jalur menegak. Eh, ni cerita pasal status ke pasal baju?

PENULISAN
Setakat tahun 2009 ada 5 cerita yang aku sudah ada storyline, terbengkalai. Gara-gara malas, tak sempat, banyak kerja, sibuk cari awek, busy kutuk orang, penat lipat baju dan pelbagai alasan lain. Harap-harap tahun 2010, dah tak sibuk nak kena hantar tugasan akademik. Kalau tak, mesti tak siap lagi cerita aku. Hu Hu Hu.

PENCAPAIAN
Tiada apa yang tercapai setakat ini. Tapi tak tahu la, kot dalam 2,3 hari sebelum tahun baru ni, impian boleh tercapai. Ha Ha Ha. Gila berimajinasi!

BLOG
Blog ini makin hari makin dah tak terurus. Menyampah pula aku bila tengok takde entri baru. Dah la entri sikit je, dijadikan kutipan bila orang kutuk aku pula tu. Ni yang rasa nak buka blog lain ni.

HIDUP
Kalau dulu masa belajar, hujung minggu dihabiskan dengan menonton filem-filem yang berjaya didownload atau kutip dari member-member. Tapi sejak-sejak dah ada karier ini, hujung minggu banyak dihabiskan di pusat karaoke dan tonton live band yang hebat-hebat belaka. Erm, lepak DIVA malam tahun baru ni woi!

1 comment:

Komenlah Aku