Saya duduk sendirian. Sambil menghirup titis-titis akhir jus alpukat, saya teruskan menonton episod 1 dan 2 back-to-back drama bersiri Grey's Anatomy musim ke 6. Tiba-tiba Supi muncul di sebelah saya. Duduk di atas meja yang saya letakkan cawan jus alpukat saya tadi. Biadap sungguh si Supi ni. Oh ye, Supi merupakan kawan imajinari saya sejak saya di bangku sekolah lagi.
"Hey, kau nangis eh?" Tanya Supi sambil menutup mulut. Cover gelak.
"Sejak bila menangis itu satu jenayah?" Saya jawap soalan dengan soalan. Bagi Supi pening. Ah, lagipun tahap IQnya sama tinggi dengan IQ Comot.
Dengan muka selamba dan bingung, Supi terus tersenyum. Macam memikirkan sesuatu untuk membalas semula. Di*tap-tap*kan jarinya di atas meja.
Kami teruskan menonton drama itu sampai tamat.
"Oh, bila sampai satu tahap, selepas manusia berjaya mengecapi semua yang dihajatinya, mereka akan bermula semula dengan hajat pertamanya." Kata Supi, memandang saya. Dengan muka penuh mengejek.
Saya diamkan sahaja. Menunggu serangan Supi seterusnya.
"Manusia membesar, punya kawan, bermain, belajar, graduasi, punya awek, punya isteri, punya anak, punya kehidupan seks yang hebat, punya karier yang bagus. Dan begitu banyak sekali perkara yang manusia inginkan telah berlalu. Masa depan yang sedikit itu, baru mereka benar-benar hargai."
Saya suspek Supi adalah seorang penceramah atau paling kurang pun seorang kaunselor dalam kehidupan dia sebelum ini.
"Ok, motif?" Saya tanya Supi. Tak banyak.
"Tapi kau...." Supi senyum mengejek. Saya benci senyuman dia. "Kau belum cukup manusia.. Hehehe"
Wooo.... Supi main kasar.
"Pada manusia seusia kau, paling-paling kurang sudah sampai tahap hajat 'punya anak' atau paling kurang 'kehidupan seks yang hebat'. Tapi kau...?"
"Tapi apa...?"
"Tapi kau belum capai setengah pun hajat manusia yang tipikal. Kau bukan manusia sepenuhnya."
"Kau tu yang bukan manusia" Saya makin panas.
Supi bangun dan berdiri di hadapan saya. Melindungi tetingkap laptop dari pandangan saya. Tiba-tiba datang seorang awek kacis terus ke dakapan Supi.
"Sungguhpun aku bukan manusia, tapi paling kurang aku ada awek..." Supi senyum dan saya sangat benci senyuman itu. Dia terus hilang ketika saya lemparkan bantal berbentuk kepala Garfield. Damn sungguh.
Kini tinggalkan saya duduk di atas sofa separa empuk, menonton episod 1 dan 2 drama bersiri Gray's Anatomy musim ke 6 secara back-to-back. Sambil memeluk bantal busuk dengan renda-renda dan berwarna tidak keruan itu, saya mula bermain dengan perasaan.
"26? Tiada awek? Bukan manusia? Sial....lambatnya nak cukup 3 tahun..."
O'Malley yang kelihatan sengal itu pun direbut 3 wanita: Torres, Izzie dan Lixie Grey. Apatah lagi saya yang hot ini kan?
nape laling,u risau ker,aik bkn u penah jd kaunselor i ke dl,ingat,jodoh kite dh mmg ade pn,cm serunya x lg..hehehe,cuba lagi...
ReplyDelete