Monday, March 31, 2008

TEKA TEKI TEKA TEKUK, ULAR MATI DALAM MANGKUK ***KEMASKINI***


Aku cuba berteka-teki dengan korang. Kalau dapat jawab, memang la terer. Jangan lupa bagi jawapan. Yang dah tahu tu, jangan la berlagak-lagak sangat ok? Kita mulakan.

1. Banyak-banyak negara, negara apa yang berdiri? ***Negara-Ku***

2. Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip? ***KERAni***

3. Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh angkat? ***Kotak Penalti***

4. Scorpion kaler apa? ***Kala Jengking***


Haaa... Kalau terer, jawab la.

Sunday, March 30, 2008

INI SEMBANG KOSONG. SEMBANG KOSONG KAMI #3 : HANDPHONE

~
Situasi di mana pelajar menunggu kehadiran pensyarah. Suasana biasa yang dapat dilihat di kebanyakkan kelas di universiti, di mana pelajar lelaki mengganggu pelajar wanita dengan lawak-lawak spontan tetapi kelakar. Annoying.
~
Zan menarik kerusi Siti, gadis yang duduk dihadapannya.
~
Siti : Apa tarik-tarik ni! Tumbuk karang.
~
Zan : Mana beg kaler pink yang ada tulisan-tulisan tu?
~
Siti : Biar la nak pakai beg apa pun. Sibuk buat ape?
~
Ad : Beg beli kat Changlun, tu yang malu nak pakai.
~
Siti : Eleh, mana ada...
~
Zan : Apa barang beli yang murah-murah. Gatal badan tau. Miang nanti.
~
Siti : Eleh, memang dah "gatal" dan "miang" pun.
~
Ad : Hang kalau nak kawan dengan dia, hati tak boleh kristal Siti.
~
Aku : Aku dah lama menyesal kawan dengan dia tau.
~
Ad : Jalan penyelesaiannya, hang delete je nombor dia dari telefon hang.
~
Siti : Dah delete dah pon.
~
Ad : Haa... Banguih.. Hang delete nombor dia kemudian hang masukkan nombor aku ni. Tak dak sapa nak amik nombor aku ni.
~
Huh!

Saturday, March 29, 2008

CUBA TEKA DEKAT MANA?


TAGGED. AGAIN. BOOORRIIIIINNNG.

1. Could you date someone taller than you?
Me : Taller, no. Shorter. Yes.
~
2. When was the last time something bothered you?
Me : My alarm.
~
3. What do you hate right now?
Me : A lot of assignment. Tension.
~
4. What are you watching?
Me : Junior pegi Ko-K
~
5. What do you think of this person you took this from?
Me : Mak menyampah, Nyah!
~
6. Where was your default picture (of your blog) taken?
Me : Yahoo! and my roommate laptop webcam.
~
7. Who was your last text from?
Me : Elsie. Assignment group member.
~
8. What's the most interesting thing that you did today?
Me : Bangun pagi awal?
~
9. What's your favorite number?
Me : 1. Aku selalunya tak dapat no.1. Tu yang aku suka no.1.
~
10. Are you single?
Me : Yup. Can try fill the form.
~
11. What is your current mood?
Me : Sangap.
~
12. Last people you hung out with?
Me : Shah-fler, Oley, Liza, Mas. Sbb ada discussion SAD.
~
13. What sports do you enjoy playing?
Me : PES 2008. Penat woo...
~
14. Do you have a crazy side?
Me : Definitely.
~
15. Ever had a near death experience?
Me : Ya. Terbabas bawa kereta. Tengah ghairah bawa kereta masa baru dapat lesen.
~
16. What was the highlight of your week?
Me : 3 assignment to submit. Boring.
~
17. Could you date someone who was a bad kisser?
Me : Kalau dah terdesak, boleh je.
~
18. Who would be the first to know if you got someone pregnant/got pregnant?
Me : My dark side. My alter ego.
~
19. What's the last thing someone said to you?
Me : Awal bangun?
~
20. Where is your phone?
Me : My pocket.
~
21. Do you like cuddling?
Me : Apa ni?
~
22. Have you ever been given an engagement ring?
Me : Not. Yet.
~
23. Would you ever date a friend’s ex?
Me : Not. Yet.
~
24. What is the last thing you thought about?
Me : My mum.
~
25. When is your birthday?
Me : 14 November. Any present?
~
26. How do you feel about your hair right now?
Me : Tebal. Hitam. Kemas :-)
~
27. Do you miss anyone?
Me : My mum.
~
28. What do you miss most about the past?
Me : My youth time.
~
29. Do you think you can last in a relationship for 6 months without cheating?
Me : Everyone have a little secret, kan?
~
30. One last word to person who gonna be reading your survey:
Me : Ganbatte!

CINTA MENGUBAH PERIBADI #SPECIAL : KELIBAT CINTA SERING BERMAIN DALAM KHAYALAN AKU

Entah kenapa sejak kebelakangan ini, aku lebih cenderung untuk menulis entri-entri yang condong ke arah percintaan. Hormon terlebih rembes atau hati dah semakin gatal? Aku pun tak pasti. Yang pastinya, apabila aku terbaca kisah-kisah percintaan kawan-kawan aku dan menyaksikan kehebatan cinta beraksi mengubah tabiat manusia, aku makin percaya bahawa cinta lebih berkuasa dari ego.
~
Peristiwa yang berlaku disekeliling aku inilah yang mengubah persepsi aku terhadap cinta, yang selama ini aku pasti lebih ke arah negatif. Mungkin faktor umur yang semakin meningkat dan faktor kawan-kawan yang sudah berkahwin menyebabkan hormon aku dirembes secara berlebihan dan mengawal neurologikal otak supaya mempercayai cinta.
~
Apabila berkunjung ke bilik seorang rakan telah ditransformasikan oleh cinta, aku tersenyum sendiri. Senyum sinis. Segala kata-katanya aku sambut dengan senyum. Senyum sinis. Lagi. Aku tatap wajah dia yang tekun mengulangkaji dan terfikir sendiri, apa yang cinta buat sampai dia mengubah rakan aku yang berperangai gampang ke seorang ulat buku dalam masa yang singkat. Sangat singkat. Kurang dari 3 bulan. Mungkin dengan aku, dia masih malu-malu lagi untuk bercerita memandangkan segan jika ceritanya disebarkan di dalam blog ini.
~
Bukan aku seorang sahaja yang terasa akan perubahan ini, seorang rakan lain turut merasakan perubahan ini. Kalau nak diibaratkan; seekor katak yang mengalami perubahan akibat dicium oleh cinta. Berubah menjadi manusia. Semula. Macam putera katak.
~
Aku rasa aku perlukan cinta kerana aku perlukan perubahan dalam diri aku. Aku yang selama ini bersifat boros, keanak-anakan dan pemalas, boleh berubah kerana cinta. Macam rakan aku. Ibubapa aku pun sudah mula mengomel kerana sikap aku yang semakin hari semakin boros. Menghabiskan beras je. Hasilnya tiada. Aku kesal dengan sikap aku sendiri. Aku ingin berubah tetapi biasanya perubahan aku cuma berkesan sekadar jangka masa yang pendek sahaja. Itu yang aku lebih kesal.
~
Aku tersangat ingin melihat aku menjadi dewasa. Maksud aku, yang betul-betul dewasa. Betul-betul matang. Dewasa yang tak perlu susahkan ibu bapa masukkan duit setiap bulan bagai menyara bangkai bernyawa. Tiada hasil. Hendak menjadi dewasa yang boleh berbakti pada ibu bapa. Tanpa mendengar keluhan mereka. Hendak menjadi dewasa yang boleh menanggung beban sendiri. Yang boleh berfikir tentang kepayahan ibu bapa.
~
Sedang rakan-rakan lain bertungkus lumus menyiapkan diri dengan peperiksaan, aku sibuk melayan perasaan. Ini bukan langkah pertama yang bijak untuk aku jadi lebih dewasa. Aku perlu lebih fokus terhadap pelajaran aku. Jika aku mahu berdamping dengan cinta, aku perlu berdamping dengan buku-buku teks yang tebal-tebal belaka terlebih dahulu. Pelajaran dan cinta harus jalan seiring. Jangan ada yang tertinggal. Tiada terlebih, tiada yang kurang. Keduanya perlu atas garis sejajar. Parallel.
~
Aku suka lihat kehadiran cinta bukan dengan mata kasar. Suka lihat hanya kelibat cinta. Antara nampak dan kabur. Antara nyata dan tersembunyi. Ketika itu baru aku boleh beraksi bagai anak buah Uncle Seekers. Menyiasat misteri cinta. Menyingkap hijab cinta. Barulah puas aku bercinta. Sebab cinta itu tiada logikal. Orang jadi gila kerana cinta, orang jadi bahagia kerananya juga.
~
Apa yang lebih misteri, cinta itu tiada berbentuk. Tiada bau atau rasa. Tiada alat yang boleh tentukan kehadiran cinta. Cuma penciptaan mesin yang dikenali sebagai functional Magnetic Resonance Imaging [fMRI] yang digunakan dalam kajian Semir Zeki dan Andreas Bartels dari Wellcome Department of Cognitive Neurology of University College, London. Mesin ini cuma mengesan perbezaan neurologis tetapi masih lagi tidak dapat membuktikan kehadiran cinta [Kosmo! 25 Mac 2008]. Lebih misteri cinta, lebih aku ingin mengetahuinya. Maklumlah, pelajar memang mempunyai sifat ingin tahu yang lebih tinggi. Tak kisahlah walaupun aku kena buka kotak pandora sekali pun. Bagi la kotak apa pun. Aku sanggup.
~
Ini bukan entri minta simpati. Bukan entri emo luahan perasaan hati. Tapi lebih kepada muhasabah diri yang serba kekurangan supaya aku sedar, supaya aku lebih bertanggungjawab.

Wednesday, March 26, 2008

TIADA KATA SEINDAH BAHASA : UNTUK AIN YANG SEDANG MEWANITAKAN DIRINYA

~
Beberapa hari lagi, saya bakal meraikan ulangtahun kelahiran seorang rakan tapi majlis yang adakan adalah secara telepati atau jarak jauh. Cukuplah sekadar saya tahu dan dia tahu saya menyambut bersama. Dan ini bukan kontroversi. Sekadar sedikit ucapan dari seorang yang sangat teruja dengan perubahan yang bakal dilakukan oleh rakan ini. Nur Ain Fadzal.
~
Mungkin agak sukar untuk dia melakukan perubahan dek kerana faktor usia yang semakin meningkat, faktor persekitaran; dalaman dan luaran, faktor adik beradik mungkin [adiknya bakal bernikah], faktor kewangan mungkin. Saya yakin bahawa sekarang ini dia semakin giat berubah dari dia yang dahulu. Yang pernah saya kenal dulu.
~
Zaman sekolah. Dia agak agresif berbanding dengan rakan wanita yang lain. Bermulut lantang dan berperwatakan sedikit lelaki. Namun ciri-ciri wanita timur masih dijaga. Dalam dia cuba bersifat kelelakian, saya dapat lihat bahawa jauh dalam lubuk hatinya, nilai keperempuanan itu masih menebal. Saya tidak begitu rapat dengan dia. Saya tidak selalu bergaul dengannya. Jarang sekali dapat berborak dari hati ke hati dengannya. Apatah lagi bersembang kosong dengannya. Tapi dari apa yang saya lihat waktu itu, dia bersifat lelaki cuma mahu menyamatarafkan dirinya dengan lelaki-lelaki ganas lain di dalam kelasnya. Dia tak mahu dibuli. Dipandang rendah. Dia mahu suaranya didengari ramai. Diambil peduli. Minta perhatian. Tak lebih dari itu.
~
Selepas sekolah. Agak lama terputus hubungan dengannya. Cuma sesekali terdengar beritanya dari beberapa orang rakan lain. Kali pertama selepas zaman persekolahan ialah pada reunion NTMTTS di Port Dickson pada tahun 2004. Quit a long time. Dia masih lagi sama macam dulu. Bersuara lantang. Gelak sangat besar dan kuat. Tapi sedikit perubahan pada rambutnya yang agak pendek. Sangkakan saya, dia sudah berubah selera ke teman sejenis. Rupanya salah sama sekali. Sorry.
~
Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah pada majlis perkahwinan seorang rakan pada malam krismas. Ya, dia masih lagi seperti dahulu. Cuma kali ini lebih galak sikit. Dia lebih menyerang kebahagian seksualiti. Terpandang-pandang “barang baik” rakan lelakinya. Mana yang best, mana yang tak. Bergurau dah pandai tertepuk tampar. Sakit tau!
~
Kamu ada rupa yang menawan. Ada suara yang lunak. Susuk tubuh mengiurkan. Tapi bila tiba bahagian bersosial selain dengan teman terdekat, bagi saya anda gagal. Agak susah nak meninggalkan tabiat lama. Ketawa kuat-kuat. Suara pun asyik nak teriak je. Anda boleh berubah. Dan saya merindui untuk melihat perubahan itu.
~
Saya tak janjikan apa-apa jika anda berubah. Saya tak akan berjanji untuk masuk meminang. Saya tak akan berjanji untuk belanja makan di restoren mewah ala metropolis. Tapi yang saya boleh janji, i will treat you as a women. Real women. I meant it. Try me.
~
Jika ada apa-apa yang tersentap, tersentuh hati, terguris perasaan atas entri ini, seribu jutaan ampun dipohon. Tapi inilah dunia. Sampai bila nak dengar yang baik jika yang buruk yang orang asyik perkatakan. Aku mahu kau berubah. Tak dapat banyak, sikit pun jadi la.
~
Mulakan dengan membaca novel jiwang. Ia berkesan :-)

Tuesday, March 25, 2008

SEPOTONG KATA PENAWAR JIWA LARA

*Mount Cradle. Familiar?
~
The Prophet
~
"Only when you drink from the river of silence shall you indeed sing.
And when you have reached the mountain top, then you shall begin to climb.
And when the earth shall claim your limbs, then shall you truly dance."
~
(Chapter 27)
~

TERAPI TEKANAN PERASAAN #1 : TERAPI CARUTAN

*sekadar gambar hiasan
~
Biasanya di Malaysia, apabila seseorang itu melafazkan kata-kata yang kurang enak didengar, seperti lahanat, celaka, babi, dia biasanya dilabelkan sebagai pencarut kerana perbuatannya melafazkan kata-kata kurang enak itu dinamakan mencarut. Disebabkan kita mempunyai nilai-nilai ketimuran yang tinggi, perbuatan mencarut itu ditegah sama sekali dari dilakukan. Kerana ianya di luar nilai ketimuran.
~
Tolong bongkar semula almari buku anda dan cari kamus dewan yang telah lama anda lupakan. Sila selak mukasurat 214, Kamus Dewan Edisi Ketiga Cetakan Ketujuh. Carut didefinisikan sebagai perkataan yang keji dan kotor (cabul). Jika ada seseorang yang cuba untuk mendokumentasikan kata-kata carut yang dituturkan di Malaysia ini, pastinya ianya satu kerja yang sukar kerana kata-kata carut ini berubah mengikut keadaan semasa, persekitaran, set sosial dan keadaan dalaman penutur itu sendiri.
~
Saya tidak begitu terdedahkan di bawah pengaruh penutur carut tetapi sejak berada di institut pengajian ini dan bergaul dengan pelbagai jenis manusia yang datang dari pelbagai latarbelakang, saya baru menyedari yang dunia saya begitu kecil. Kamus kata carut saya punyai sebelum ini memang perlukan kemaskini yang terkini. Bergaul dengan manusia yang datang dari kawasan metropolis, sub urban dan luar bandar menyebabkan saya dapat belajar banyak perkataan-perkataan baru.
~
Dari apa yang saya perhatikan dan alami sendiri [sekadar mencakupi persekitaran set sosial terdekat sahaja], kebanyakkan dari mereka mempunyai alasan sendiri untuk mencarut. Pepatah melayu ada berkata, masakan pokok bergoyang jika tiada angin bertiup. Mari kita bongkari misteri mencarut ini lain dari perspektif golongan warga emas.
~
Adakah anda sedari bahawa terdapat sesetengah golongan yang memandang mencarut ini dari aspek positif? Jarang kita dapat dengar perkara negatif ini diterimapakai dalam norma kehidupan orang timur. Terdapat sesetengah orang menganggap mencarut ini sebagai satu terapi bagi mereka untuk melegakan tekanan. Sungguhpun belum ada lagi cerdik pandai mengesahkan kaedah ini berjaya dan boleh digunapakai di Malaysia tetapi kesan positifnya dapat dilihat dengan jelas [juga dalam set sosial terdekat kami]. Apa salahnya mencuba jika kaedah ini berkesan. Tetapinya ianya perlu memenuhi beberapa kriteria sebelum kaedah ini menunjukkan kesan positif. Kriteria adalah seperti berikut:
~
i) Bergaul dengan set sosial yang terdiri daripada mereka yang mempunyai telinga yang tebal, hati tahan maki dan sifat sabar yang tinggi.
~
ii) Anda [penutur carut] mestilah seseorang yang berkulit muka tebal kerana jika perlu, mencarut di khalayak diperlukan. Tidak boleh ada rasa malu atau segan. Kalau tak, tak mujarab.

~
iii) Mempunyai daftar kata carut yang banyak dan pandai menyesuaikan perkataan dengan keadaan sekeliling.
~
Perlu diingatkan bahawa kesan terapi hanya akan hadir tanpa kita sedari dan memakan masa sedikit. Jangan harapkan kesan serta-merta. Jika berkehendak juga, sila cuba kaedah konvensional yang lain.
~
Kita bercerita tentang pengalaman sebenar mempunyai rakan yang mengamalkan carut sebagai satu terapi.
~
Suatu hari, S (bukan nama sebenar) dilihat mengomel sendiri sambil jari tangan ligat menekan butang-butang telefon bimbit. Khusyuk. Sudah jadi kebiasaan baginya, melakukan perkara-perkara lagha adalah lebih menarik perhatiannya dari perkara-perkara bermanfaat. “Wei Fucking Busut! This fucking nite we got fucking SAD dicussion at fucking D9.” Eeeuuuwwww....kotornya SMS ini. Patutlah S khusyuk menaip sambil mengukir senyuman puas. Haha... dia tergelak sendiri. Jika kita lihat dari aspek luaran S, dia kelihatan maskulin, sihat tubuh badan dan berwajah agak “jambu”. Tapi jauh di sudut hatinya, dia sebenarnya mempunyai masalah yang dia tidak mahu berkongsi bersama. Kerana keegoannya. Bagi kami yang sudah biasa dengan kehidupannya yang bosan [sebab rutin hariannya remain sama sejak awal semester; tidur-pegi kelas-makan-sambung tidur-makan-tengok movie-tidur], kami menjadi imun dengan kata-kata carut yang dilafazkannya setiap kali bertutur. Sebab kami tahu, jika dengan kata-kata carut itu dapat melegakan tekanan yang dialami, kami redha. Teruskanlah. Moga satu hari nanti kamu penat mencarut dan cuba kaedah lain pula. Cuba vicodin, macam Gregory House. As a result, S kini semakin kurang mencarut dan hidupnya kembali ceria.
~
Jangan cuba kaedah ini jika anda masih was-was dengan keberkesanannya. Juga jika anda rasa malu. Saya tidak dapat nak menjamin 100% kepuasan. Tapi anda boleh cuba. Go ahead.

KAMI SEMBANG KOSONG. SEMBANG KOSONG KAMI #2 : ROOMMATE BARU

*Sekadar gambar hiasan
~
Ketika ramai orang sedang asyik menonton filem di bilik Noman-Makan-Buah. Tiba-tiba muncul tubuh sasa di muka pintu.
~
Din : Bang! Jom tengok movie baru kat bilik.
(Sambil menayangkan 3 keping DVD berlabelkan “Siri Perosak Akhlak; siri 1,2,3.”)
~
Tom(oq) : Kau ajak sape?
~
Din : Abang Shah-fler.
~
Shah-fler : Apsal ajak aku plak? Malas aku. Aku nak tengok filem ni.
~
Din : Jom la bang. Kan kau kata nak jadi roommate aku nanti. Tu yang aku ajak kau bang.
~
Shah-fler : Bila la pulak aku nak jadi roommate kau?
~
Din : Kau kan dah janji nak sebilik dengan aku kat neraka nanti. Kita kan dah sama-sama buat jahat.
~
Huh!

Monday, March 24, 2008

USIA SEMAKIN BERTAMBAH. AKHLAK SEMAKIN BERUBAH.

*Lilin pun pandai sembang kosong.
~
Happy becoming birthday. Jangan lupa belanja aku deh :-)
~
Bal9at - 25 March - Jangan nakal-nakal oke?
~
Ain - 30 March - Semakin wanita oke?
~
Sue - 1 April - Semoga berjaya menambah lagi koleksi kasut *wink* oke?
~
And last but not least, Jane - Jangan nangis-nangis oke? [Err...ini bukan birthday girl]
~
And a quote for you guys;
~
[ "Birthdays are good for you. Statistics show that the people who have the most live the longest." ~Larry Lorenzoni~]
~

CINTA MENGUBAH PERIBADI #5 : ZAN

*Sekadar gambar hiasan. Ini bukan set permainan Barbie Mariposa.
~
Aku sekadar ingin membantu kamu. Untuk memikat hati adik dia. Aku tahu adik dia minta kamu belikannya set permainan Barbie, kan? Kamu kena belikan dia 1 set sebelum kamu beli komputer riba kamu. Set permainan Barbie yang terbaru ialah Barbie Mariposa. Baru release last month. Cuba la cari di Toy's R Us. Aku rasa mesti ada.
~
Ingat, ini soal masa depan kamu. Keputusan adik dia mempengaruhi keputusan si dia untuk memilih kamu sebagai teman lelakinya.
~
Lagi satu tips untuk kamu. Ini tips serius. Dia tak suka lelaki yang suka main-main. Kalau nak bercouple, katanya, mesti sampai kahwin. Tips penting ini aku dapat dari sumber-sumber yang sangat boleh dipercayai. Kau kena percaya.

INI HATI. INI KRISTAL.TAPI HATI BUKAN KRISTAL.

*Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati.
~
Ada suatu ketika. Shah-fler beri nasihat. Pada aku. Jarang dapat nasihat dari dia, jadi aku pun khusyuk dengarkan. Bila berkawan dengan kami, katanya, hati mesti tabah. Telinga mesti mahu kebal. Hati mesti tahan maki. Bila berkawan, hati tak boleh jadi kristal. Tak boleh jadi tisu. Susah nanti.
~
Beberapa hari lalu. Aku beri nasihat. Pada Shah-fler. Jarang dapat nasihat dari aku, jadi dia pun khusyuk dengarkan. Bila kita berkawan, kata aku, hati mesti tabah. Telinga mesti mahu kebal. Hati mesti tahan maki. Bila berkawan, hati tak boleh jadi kristal. Tak boleh jadi tisu. Susah nanti.
~
Tiada salah satu dari kamu merupakan anjing atau kucing. Jadi berbaik dengan dia, Shah-fler.

Saturday, March 22, 2008

CINTA MENGUBAH PERIBADI #4 : SHAH-FLER

*Kehidupan susah sebagai immigran
~
2007. Berjalan kaki di sekitar kampus amat meletihkan. Untuk keselesaan maksimum, pilihan untuk menaiki kenderaan adalah paling utama. Shah-fler seorang manusia normal yang kuat berpeluh. Juga seorang manusia yang berhobikan menonton filem dan berhibernasi pendek, kadangkala boleh menjangkau 13 jam! Aktiviti beriadah merupakan aktiviti yang paling dibenci hatta berjalan kaki sekalipun. Pendek kata, hidupnya bergantung penuh kenderaan [samada pinjam motor orang atau menaiki bas kitaran kampus] dan ia merupakan keperluan utama hidupnya.
~
2008. Malam ekspo konvokesyen. Berjalan kaki ke ekspo konvo amat meletihkan. Untuk keselesaan maksimum, pilihan menaiki kenderaan adalah paling utama. Shah-fler seorang manusia normal yang perlukan wanita idaman untuk meneruskan hidup di dunia penuh pancaroba ini. Juga seorang manusia yang berhobikan menonton filem lucah dan berhibernasi pendek, kadangkala boleh menjangkau 13 jam! Malam ekspo konvo lalu, Shah-fler berjalan kaki buat pertama kalinya. Dengan wanita idamannya.
~
Cinta mengubah tabiat buruk Shah-fler. Ke arah positif. Dari nerd yang asyik menonton filem di bilik ke seorang romeo yang berjalan kaki ke pesta konvo melalui tepi tasik bersama wanita idaman. Frasa yang dilafazkannya, “Kitorang kawan-kawan je la.” langsung tak boleh pakai. Kami berkawan dengannya lebih lama dari dia kenal wanita itu, tapi hhaaarrrraaaam dia nak jalan kaki menyusuri tasik. Tapi Shah-fler, kami tak kesah. Asalkan cinta itu boleh mengurangkan masa kamu hibernasi pendek ke 3,4 jam pun, kami sudah cukup gembira. Sungguh.

KAMI SEMBANG KOSONG. SEMBANG KOSONG KAMI #1 : GO-KART DAN AIR MINUM

* Bukan di sini.
~

Shah-fler : Tom(oq), jom main go-kart. Aku dah lama nak rasa main dowh.
~
Eyo! : Aritu masa konvo cuma RM5 untuk 3 round kau tak nak main.

~
Shah-fler : Oh! Ye ke? Sekarang berapa?

~
Noman-Makan-Buah : RM20 untuk 3 round.

~
Shah-fler : Mahal siot. Tom(oq) jom ar!

~
Aku : Kau ajak Tom(oq) main go-kart yang mahal? Beli ais kosong kat cafe yang 2 kupang pun dia tak nak, kau harap dia main go-kart yang RM20?

~
Huh!

~
p/s : Tom(oq) makan di cafe tak minum air. Langsung tak order air. Mahal katanya. Takde budget. Kalau tekak rasa nak minum Lai Chi Kang, dia suruh orang lain beli, guna duit orang tu.

CINTA MENGUBAH PERIBADI #3 : TOM [OQ]

*Tom(oq) zaman mudanya
~
Malam Maulidur Rasul 2007, Tom(oq) pergi mengikut kumpulan tabligh keluar ke kebanyakkan masjid di sekitar Changlun dan Jitra. Sejak mengikuti kumpulan ini, Tom(oq) semakin tenang. Hatinya yang selalu gusar tentang jodohnya dapat diubatinya. Kami tak kesah jika Tom(oq) mengikuti kumpulan ini selagi dia tidak tersimpang jauh. Selagi dia tidak mengabaikan pelajarannya dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
~
Malam Maulidur Rasul 2008, Tom(oq) pergi ke Yawata cawangan Jitra untuk menemani [berlendir?] Cinta-Agongnya. Membeli sedikit barang-barang persiapan untuk tugasan Cinta-Agongnya. Sejak bercinta dengan Cinta-Agongnya, hati Tom(oq) semakin tenang. Hatinya yang selalu gusar tentang jodohnya, kini dah terjawab. Cinta-Agong cinta pertamanya. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk cinta pertamanya ini. Kami tak kesah jika Tom(oq) bercinta, selagi dia tak tersimpang jauh. Selagi dia tidak mengabaikan pelajarannya dan tanggungjawabnya sebagai pelajar.
~
Cinta mengubah peribadi Tom(oq). Cinta mengubah Tom(oq) dari seorang Tabligh kepada seorang Pendamba Cinta. Cinta mengubah kehidupan Tom(oq) dari pencinta ilmu kepada pencinta wanita. Tanpa kira waktu, tanpa kira masa. Dan yang pentingnya, cinta mengubah CGPA Tom(oq) dari nombor yang banyak ke nombor yang makin kurang. Ingat Tom(oq), wanita itu racun dan wanita itu penawar. Gunakan dengan bijak. Use wisely.

Wednesday, March 19, 2008

CINTA MENGUBAH PERIBADI #SPECIAL : BEN

*gambar curik dalam blog bal9at
~
Ini Ben dan ini cerita bagaimana cinta mengubah peribadi Ben.
~
Dulu Ben bujang dan majlis ini adalah majlis dimana kami meraikan pemergian Ben ke alam perkahwinan dan juga majlis farewell untuk Ben atas pemecatan beliau sebagai ahli Kelab Bujang.
~
Kerana cinta, Ben melepaskan jawatannya. Kerana cinta juga Ben sanggup meninggalkan zaman bujangnya. Kira macam fear factor la. Fear is not a factor to you!
~
P/s : Tak boleh komen banyak. Laki orang. Anda bila lagi?

CINTA MENGUBAH PERIBADI #2 : ZAN

~
Alhamdulillah, kebelakangan ini Zan semakin berubah menjadi manusia yang lebih bertamadun. Akhlak-akhlak mahmudah sudah semakin diterapkan dalam kehidupan harian Zan dan akhlak-akhlak mazmumah yang selama ini menjadi ikutannya dibuang jauh-jauh.
~
Hati Zan sudah semakin terbuka untuk menerima cinta. Sungguhpun mulutnya masih belum mampu untuk melafazkannya, kelakuannya sudah cukup untuk memberitahu kami bahawasanya dia dilamun cinta.
~
Baru-baru ini ketika malam terakhir pesta konvo, dia sempat membeli sebuah (seekor?) teddy bear yang sungguh comel. Tersorok-sorok dia sembunyikan teddy bearnya. Takut rakan-rakan ketahuan. Kami faham perubahan kamu Zan. Kami masih boleh menerima perubahan kamu sungguhpun dahulunya kamu berperangai gampang.
~
Siapa penerima sebenar patung teddy bear itu? Awek-suara-kartun kah? Farah Puchong kah? Siti Labuan kah? DAN 151 kah? Uyah (mangsa baru Zan) kah?Kita nantikan laporan siasatan yang akan datang.
~
P/s: Dahulu Zan amat alergik dengan teddy bear. Dipijak-pijak, dilempar-lempar, ditikam-tikam patung yang tak bersalah itu. Kini. cinta mengubah Zan supaya lebih mengasihani haiwan (Huh?)

LOVE IS A CURE - RUMI

~
"Love is the cure,
for your pain will keep giving birth to more pain
until your eyes constantly exhale love
as effortlessly as your body yields its scent.”

Monday, March 17, 2008

THE BEST AND MOST BEAUTIFUL THINGS IN THE WORLD CANNOT BE SEEN OR EVEN TOUCHED. THEY MUST BE FELT WITHIN THE HEART.

~
Minggu lalu, aku sempat menghabiskan tontonan drama jepun bertajuk "My Boss My Hero". Cerita yang menyentuh hati ini berkisarkan seorang pewaris satu kumpulan gangster jepun (Yakuza) bernama Sakaki Makio. Dia disyaratkan untuk menghabiskan masa 1 tahun di High School untuk mendapatkan Diploma. Dia yang berumur 27 tahun terpaksa akur dengan tuntutan itu. Bagi dirinya yang dibesarkan oleh seorang bapa yang gangster dan persekitaran sekolah yang malang sekitar 10 tahun yang lalu, menyebabkan dia fobia dengan sekolah dan tidak boleh berfikir secara rasional. Paling lama pun dia boleh berfikir adalah selama 90 saat.
~
Apa yang menarik dalam drama ini ialah pihak produksi cuba mengetengahkan aspek keseronokan kehidupan zaman persekolahan di mana saya amat menyukainya. Dan terdapat satu babak di mana guru kaunseling dan bilik rawatan menasihatkan Sakaki Makio a.k.a Makky. Makky yang putus asa dengan sikap rakan kelas yang tidak mahu memberikan kerjasama. Cikgu itu menasihatkan dengan nasihat yang pernah diberikan oleh Helen Keller (1880 - 1968). Amat menyentuh hati.
~
Heln Keller seorang yang buta dan pekak tetapi mempunyai keinginan untuk belajar. Dia yang diajar oleh seorang cikgu yang penyabar bernama Anne Sullivan. Dapat anda bayangkan bagaimana sabarnya seorang cikgu untuk mengajar anak muridnya yang buta dan pekak sehingga dia berjaya ke peringkat universiti. Kisahnya ada difilemkan di Hollywood suatu ketika dahulu atas tajuk "The Miracle Worker". Mengisahkan kegigihan Anne Sullivan yang mempercayai kebolehan Helen Keller.
~

AKU BUKAN JUARA!

~
Medal ini melambangkan bahawa aku bukan jenis manusia yang tidak tahu bersukan. Aku tetap gembira bersukan walaupun saiz aku menjangkaui XXXXL. Tanpa rasa malu.
~
Tapi idola aku dalam bidang persukanan bowling adalah Encik Adobe Alla Fonte. Dia terer. Aku pun kalah. Walaupun aku terer jugak.
~
Kita repeat la kalau berani!

Saturday, March 15, 2008

MEREKA SUDAH TAMAT. AKU BILA LAGI?

~
Ini bukan isu perkahwinan. Turn aku masih jauh lagi. Banyak yang perlu aku langsaikan sebelum aku bersedia untuk ke tahap yang satu lagi. Aku beri peluang kepada sahabat-sahabat metropolis untuk mendahului aku. Sampai bila kalian nak enjoy? Dah tua nanti, tak laku pulak. Jangan ikut hati yang membenci sangat. Buka lembaran baru. Lupakan la pakatan kalian tu. Yeh, just for fun.
~
Ops...melalut...
~
Bermula kelmarin, pesta konvokesyen telah bermula dengan jayanya. Bergerombolanlah bekas-bekas pelajar yang berjaya dan kurang berjaya datang untuk memenuhi hutan yang aman ini. Dan untuk minggu ini hutan nan aman ini akan bergempita dengan para tetamu.
~
Jemput hadir untuk menggempitakan majlis yang aman ini. Tapi turn saya lama lagi. 2 tahun. Pejam-celik-pejam-celik? Hopefully.

Thursday, March 13, 2008

MAAF KERANA AKU SEORANG PELAJAR YANG MASIH MENAGIH KASIH IBU BAPANYA.

~
Satu dua hari lagi 4 orang kenalan aku akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Hari di mana ditabalkan menjadi raja untuk sehari. Hari di mana duit banyak dihabiskan. Pasti meriah dengan pelbagai sambutan.
~
Muka pun kena manis walaupun susah nak senyum sebab duit banyak habis. Hahaha... Tapi takpe. Kebanyakkan dari mereka sudah pun membina kerjaya dalam bidang masing-masing. Lagi pun masing-masing sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab hidup berkeluarga. Dah datang seru.
~
Tahniah kepada para sahabat; Shah Mohd Firdaus b. Shahbudin, Mohd Helmy b. Pie'e dan Iskandar b. Bohro. Semuanya dari Dorm Umar dulu. Semuanya pernah merasa kesusahan hidup di bawah pemerintahan kuku besi Ramaizak Rasak. Tak sangka dah sampai dah seru kalian.
~
Seorang lagi dari Politeknik Port Dickson; Rafizah Ithnain. Tahniah, semoga dapat anak cepat-cepat. Jangan gatal-gatal ok?
~
Maaf, aku tak dapat nak menghadiri majlis kalian disebabkan kekangan kewangan dan jidwal pembelajaran yang semakin ketat. Jika aku berharta dan sangat metropolis macam Balgat, aku pasti menghadiri majlis salah seorang dari kalian. Aku jamin dengan status student aku. Hehehe...

Tuesday, March 11, 2008

CINTA MENGUBAH PERIBADI #1 : ZAN

Kekecewaan seorang Cupid kerana memanah ke arah orang yang salah, Zan.
~
~
Beberapa hari kebelakangan ini, Zan semakin berubah. Sealiran dengan tampok kepimpinan sekarang. Berubah. Perubahan Zan terlalu ketara. Very obvious. Tapi bagus la, perubahan positif. Lain dengan perubahan sebelum ini yang lebih ke arah negatif.
~
Perubahan yang buat kami [kelompok geng hu-ha-hu-ha] terperanjat dengan perangainya. Dia sudah rajin buat tutorial. Tak cukup pelik? Kalau dia buat tutorial pada waktu perdana [primetime] pelik tak? Waktu orang tengah sibuk main game sebelum pergi makan. Waktu Shah baru bangun dari hibernasi pendek syif petang. Zan? Zan buat tutorial. Siap SMS kami, bahagi-bahagikan bahagian kami lagi. Wanita! kamu berjaya ubah malaun seorang ni. Tahniah!
~
Cinta boleh buat manusia hilang berat badan? Betul. Walaupun tiada bukti saintifik sebagai sokongan, Zan tetap cuba kaedah ini. Tiada ruginya jika mencuba, kan? Tiada lagi maksud "Lunch" dalam kamus dwi-bahasa hidup Zan. Digantikan dengan bingkisan-bingkisan kata-kata manis sayang cinta rindu untuk para wanita. Itu sudah bisa membuatkan perut boroinya kenyang. Tahniah Zan. Anda bisa membuatkan hati wanita hancur dan cair. Dan semoga berjaya dengan program diet kali ini. Aku? Nak cuba? Nonsense...
~
Anda tau apa itu Listerine? Nasib baik anda tahu. Kerana benda ini telah menjadi salah satu koleksi peribadi toiletries Zan. Dulu tak pernah dia cuba nak membeli benda ini. Si Tua bagi try yang dia punya dulu pun Zan cakap pedas. Sekarang? Masih lagi cuba berbohong. Maaf, kami sudah lali dengan pembohongan anda. Cuba teka Zan salahkan siapa untuk Listerine ini? Ya! Betul! Dia salahkan Tomoq. Who's else rite?
~
Zan adalah kacukan Dewa Cinta Cupid dan Syaitan. So, sesiapa ada masalah cinta, boleh hubungi dia ok? Insya-Allah masalah anda dapat diselesaikan.

SINAR KEBAIKAN SELEPAS PILIHANRAYA. PROGRAM NILAI DI PERINGKAT UNIVERSITI PASTI BERJAYA.

~
Segala ketegangan selepas pilihanraya mula lega.
~
Wakil rakyat sudah boleh tidur lena. Pengusaha syarikat percetakkan sudah mula mengira keuntungan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mula pening nak kutip sampah-sampah pilihanraya. Budak-budak bujang sudah boleh berjoli selepas dapat duit upah gantung poster. Jalanraya dah makin terang tanpa poster berselirat di tiang-tiang lampu jalan.
~
Kembali seperti normal. Sesetengah perkara normal menjadi abnormal sebentar.
~
Sejak 2 hari yang lalu, stok suratkhabar pelbagai bahasa tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan dan selera membaca pelajar kampus ini. Semangat membaca tiba-tiba membara gara-gara keinginan mengetahui keputusan pilihanraya.
~
Semua tauke kedai yang menjual suratkhabar boleh mula tersenyum seawal jam 10.00am. Pelajar berebut suratkhabar dengan pensyarah telah menjadi permandangan biasa 2 hari kebelakangan ini. Segalanya berubah kerana pilihanraya. Indeks Membaca pelajar meningkat, koleksi suratkhabar lama turut meningkat, tampok pemerintahan bertukar tangan. “Everybody Changing” kata Keane.
~
Ironiknya, itu semua berlaku 4 tahun sekali, semasa pilihanraya. Indeks Membaca pelajar akan kekal pada paras 5 buku setahun untuk 4 tahun akan datang sebelum pelajar kembali gila untuk mengetahui keadaan politik negara dengan membaca suratkhabar dan buku-buku berkisarkan politik di perpustakaan. NILAM di peringkat universiti? I don’t think so.

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 14

Aku masih lagi ingat 4 tahun dahulu. 2004. Semasa aku masih menuntut di politeknik. Masih lagi mentah untuk mengetahui dan menyelami dunia politik Malaysia. Tapi hari itu aku mula berjinak-jinak. Seminggu sebelum hari pilihanraya aku habiskan wang makan tengahhari aku dengan membeli akhbar-akhbar tempatan. Sengaja menyuapkan berita politik ke dalam otak benak aku ini. Biar aku tahu keadaan sekeliling. Tak la malu bila khalayak mula berbincang. Kita dah boleh menyampuk.
~
Ya, 4 tahun dahulu. 2004. Malam itu aku stay up untuk mengetahui keputusan pilihanraya. Berbekalkan se”jug” kopi o kaw dan biskut mayat. Sambil berborak dengan orang-orang tua-tak-balik-mengundi seperti Jamal, Malek dan Acong. Borak-borak sambil menghirup kopi berselangselikan hembusan asap rokok. Televisyen dibuka sambil pemberita comel molek mengomel sendirian. Kami khusyuk menanti keputusan.
~
4 tahun dahulu. 2004. Kami tergolek depan televisyen sambil gelas-gelas kopi dan serdak-serdak biskut bertaburan. Terlentang bersimpang siur tanpa haluan. Keputusan? Entah? Beli suratkahabar dan baca. Itulah suratkhabar terakhir aku beli sempena pilihanraya 4 tahun lepas. Yang menyebabkan aku skip lunch untuk hari itu.

Tuesday, March 04, 2008

.::ANOTHER TAG FOR ME::.

Tagging by others that be awarded except me. Noted.
1) Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
~
Aku agak cerewet dlm soal pemilihan tempat makan. Restoren yang mahal akan menyebabkan poket aku kontang. Bukan murah nak belanja wanita kan? So... I boleh makan di mana-mana je asalkan afforded by my pocket.
~
2) Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
~
Come on la. Bagi la peluang lelaki berada dalam ruang mereka sendiri. Bukan untuk apa pun. Untuk kesejahteraan masa akan datang hubungan anda juga. Lagipun, lelaki kan pemimpin, kena la fikir lebih dari mereka yang dipimpin.
~
3) Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
~
Aku sangat setuju. Walaupun Ain is out of topic, kebanyakkan wanita seperti itu. Ingat, anda bukan kucing untuk dibelai di mana-mana. Anda tu istimewa. Hanya di tempat-tempat tertentu sahaja perlu dibelai dan bermanja.
~
4) Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
~
Lelaki perlu banyak berfikir tentang hidup mereka pada masa-masa akan datang. Jika anda hendak berkomunikasi dengannya, perlu baling bola lurus. Voice out. Terus terang. Kami tak mudah ambil hati. Lebih-lebih lagi dengan wanita.
~
5) Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
~
Lelaki lebih bersikap pemalu :p Dia jarang luahkan dengan kata-kata.Kami berkomunikasi dengan bahasa alam. Bahasa badan. Wanita kena peka danharus tahu bahasa-bahasa ini.
~
6) Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
~
Ya, lelaki lebih cenderung kepada mencari duit. Wanita cenderung kepada menghabiskan duit. Maklum la, tak kena bayar duit hantaran.
~
7) Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
~
Ops, lelaki juga ada yang seperti ini. Suka bergosip. Berita mesti sensasi untuk menarik perhatian lelaki. Contohnya: Wiwin.
~
8) Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
~
Rujuk jawapan nombor 5 dan fahamkan. Jangan marahkan teman lelaki anda hanya kerana diatak ucapkan "I Love You".
~
9) Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.
~
Diam itu pintar. Lelaki tak suka bising. Tapi kalau dah tak tahan, kami lebih suka bahasa tangan je. Biar tangan buat kerja. Mulut rehat.
~
10) Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
~
Betul. Sangat setuju. Lelaki adalah pemimpin anda. Bukan manusia peliharaan anda yang anda boleh kawal sesuka hati.
~
11) Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang itu.
~
Ini macam kurang betul. Biasanya wanita yang tunjuk lebih kasih sayang. Pelik?
~
12) Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
~
Ya, jadi la wanita yang berdikari. Ni tak, kalau ajak makan, "Awak je la yang pilih". Bila minum,"Apa-apa je la". Tension siot.
~
13) Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
~
Merajuk biar comey. Biar lelaki jadi cair. Kalau dah tua dan anak ramai team bola sepak tapi kalau merajuk buat muka comey, boleh jadi. Cair jugak.
~
14) Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
~
Ya. Setuju. Please take note.
~
15) Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
~
Betul. Tolong terima jawapan kami. Dah cukup jujur dah dalam jawapan itu.
~
16) Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
~
Ya. Jangan percaya wanita jika manjanya tetiba jadi lebih. Mesti nak something tu *wink*
~
17) Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.
~
Kadang-kadang layan gak. Tapi kalau nak selalu, bengkok la pakcik.
~
SEGALA KETERSINGGUNGAN AMATLAH DIKESALI. SEKIAN.

.:: KAMU KENA BERHENTI BERANGAN DAN KURANGKAN TIDUR::.

Sahabat, tengok muka kamu. Jerawat tumbuh melata. Gara-gara kamu yang skip solat Jumaat ni. Atau gara-gara mulut jahat kamu. Tengok, muka kamu yang mendapat balasan. Dengan jerawat sebesar itu, tentu kamu malu hendak ke cafe Mak Ngah. Ingat, dah 2 kali. Jaga mulut kalau tak mahu jerawat yang kedua tumbuh tepat di bawah hidung anda.
~
Sekadar menasihat.

.::KAMI PELAJAR YANG AMAT SIBUK::.



***Nothing can describe how busy we are as a B.AIS student.

.::SI COMEL PART AKHIR : MY HAPPY ENDING ::.


Satu gambar 1000 cerita.
~

Kejayaan milik Si comel. Setelah melalui beberapa episod memalukan dan cabaran-cabaran getir selama satu semester. Akhirnya segala usahanya berbalas. Tangan saling bertepuk-tepuk. Cinta makin berputik walaupun seorang di Kachi dan seorang Guthrie. Kuasa cinta.
~
Jari manis ini setahun yang lepas belum tersarung apa-apa tanda atau hiasan. Kini sudah ditandai dengan cincin perak pemberian si dia. Tanda cinta yang tulus. Kononnya. Cincinini lambang cinta mereka walaupun pelbagai alasan diberikan.

~
Ingat tarikh ini kawan-kawan. 14 Februari. 2 kejadian penting terjadi pada tarikh ini dalam Kitab Sejarah Pelajar Jahat Kolej-Sebelah-tasik-Ada-Kayak. Pertama, kisah di mana meraikan hari lahirnya dengan pelbagai campuran cecair baik dan jahat. Lupa? Baca link ini. Yang kedua, Si comel telah "declare" dengan cinta agongnya. Tahniah. Tepuk skit.
~
Kenali serba sedikit Si comel melalui kepala gondolnya.

Saturday, March 01, 2008

.::SI COMEL PART 2 : PERMULAAN YANG PENAT::.

~
Si comel seperti lelaki kacak yang lain. Dia juga perlukan sumber kuasa dari kata-kata dan belaian seorang wanita yang diminati. Dia mempunyai hak yang setara seperti Zan iaitu berbalas SMS dan bergayut berjam-jam lamanya. Dia tinggal di negara demokrasi dan dia mempunyai hak itu.
~
Cinta dalam hati Si comel mula bertandang apabila menghadiri kelas Sains Pemikiran Dan Etika pada semester 1 dahulu. Bermula dengan gurau senda biasa, bertukar-tukar jajan dan berpinjam-pinjam nota. Si comel mula mengorak langkah untuk mendekati wanita ini. Hari-hari yang dilalui menjadi lebih bermakna. Kelas yang tidak diminatinya itu menjadi subjek kegemarannya sekarang.
~
Pada akhir semester 1 itu juga, iaitu pada kelas terakhir pada semester itu, sebelum peperiksaan akhir semester bermula, dia dengan berpakaian kemas, berkemeja hijau, bertali leher krim dan seluar slack siap bergosok, mula mengorak langkah terakhir.
~
Harapannya untuk mendapatkan nombor telefon wanita itu; kita akan kenalinya dengan nama "Cinta Agong". Terserempak dengan kami di Lego dengan facial expression pura-pura cool. Sangat menggelabah. Kelakar. Yelah, nak jumpa Cinta Agong, memang patut pun menggelabah.
~
Sejam kemudian. di tempat yang sama, kelihatan muka muram Si comel. Cinta Agong tak datang kelas terakhir. Nyata Cinta Agong tak serajin Si comel. Maklum la, Cinta Agong itu senior Si comel.
~
Apa cintanya akan berakhir? Nantikan sambungnya.