Tuesday, March 25, 2008

TERAPI TEKANAN PERASAAN #1 : TERAPI CARUTAN

*sekadar gambar hiasan
~
Biasanya di Malaysia, apabila seseorang itu melafazkan kata-kata yang kurang enak didengar, seperti lahanat, celaka, babi, dia biasanya dilabelkan sebagai pencarut kerana perbuatannya melafazkan kata-kata kurang enak itu dinamakan mencarut. Disebabkan kita mempunyai nilai-nilai ketimuran yang tinggi, perbuatan mencarut itu ditegah sama sekali dari dilakukan. Kerana ianya di luar nilai ketimuran.
~
Tolong bongkar semula almari buku anda dan cari kamus dewan yang telah lama anda lupakan. Sila selak mukasurat 214, Kamus Dewan Edisi Ketiga Cetakan Ketujuh. Carut didefinisikan sebagai perkataan yang keji dan kotor (cabul). Jika ada seseorang yang cuba untuk mendokumentasikan kata-kata carut yang dituturkan di Malaysia ini, pastinya ianya satu kerja yang sukar kerana kata-kata carut ini berubah mengikut keadaan semasa, persekitaran, set sosial dan keadaan dalaman penutur itu sendiri.
~
Saya tidak begitu terdedahkan di bawah pengaruh penutur carut tetapi sejak berada di institut pengajian ini dan bergaul dengan pelbagai jenis manusia yang datang dari pelbagai latarbelakang, saya baru menyedari yang dunia saya begitu kecil. Kamus kata carut saya punyai sebelum ini memang perlukan kemaskini yang terkini. Bergaul dengan manusia yang datang dari kawasan metropolis, sub urban dan luar bandar menyebabkan saya dapat belajar banyak perkataan-perkataan baru.
~
Dari apa yang saya perhatikan dan alami sendiri [sekadar mencakupi persekitaran set sosial terdekat sahaja], kebanyakkan dari mereka mempunyai alasan sendiri untuk mencarut. Pepatah melayu ada berkata, masakan pokok bergoyang jika tiada angin bertiup. Mari kita bongkari misteri mencarut ini lain dari perspektif golongan warga emas.
~
Adakah anda sedari bahawa terdapat sesetengah golongan yang memandang mencarut ini dari aspek positif? Jarang kita dapat dengar perkara negatif ini diterimapakai dalam norma kehidupan orang timur. Terdapat sesetengah orang menganggap mencarut ini sebagai satu terapi bagi mereka untuk melegakan tekanan. Sungguhpun belum ada lagi cerdik pandai mengesahkan kaedah ini berjaya dan boleh digunapakai di Malaysia tetapi kesan positifnya dapat dilihat dengan jelas [juga dalam set sosial terdekat kami]. Apa salahnya mencuba jika kaedah ini berkesan. Tetapinya ianya perlu memenuhi beberapa kriteria sebelum kaedah ini menunjukkan kesan positif. Kriteria adalah seperti berikut:
~
i) Bergaul dengan set sosial yang terdiri daripada mereka yang mempunyai telinga yang tebal, hati tahan maki dan sifat sabar yang tinggi.
~
ii) Anda [penutur carut] mestilah seseorang yang berkulit muka tebal kerana jika perlu, mencarut di khalayak diperlukan. Tidak boleh ada rasa malu atau segan. Kalau tak, tak mujarab.

~
iii) Mempunyai daftar kata carut yang banyak dan pandai menyesuaikan perkataan dengan keadaan sekeliling.
~
Perlu diingatkan bahawa kesan terapi hanya akan hadir tanpa kita sedari dan memakan masa sedikit. Jangan harapkan kesan serta-merta. Jika berkehendak juga, sila cuba kaedah konvensional yang lain.
~
Kita bercerita tentang pengalaman sebenar mempunyai rakan yang mengamalkan carut sebagai satu terapi.
~
Suatu hari, S (bukan nama sebenar) dilihat mengomel sendiri sambil jari tangan ligat menekan butang-butang telefon bimbit. Khusyuk. Sudah jadi kebiasaan baginya, melakukan perkara-perkara lagha adalah lebih menarik perhatiannya dari perkara-perkara bermanfaat. “Wei Fucking Busut! This fucking nite we got fucking SAD dicussion at fucking D9.” Eeeuuuwwww....kotornya SMS ini. Patutlah S khusyuk menaip sambil mengukir senyuman puas. Haha... dia tergelak sendiri. Jika kita lihat dari aspek luaran S, dia kelihatan maskulin, sihat tubuh badan dan berwajah agak “jambu”. Tapi jauh di sudut hatinya, dia sebenarnya mempunyai masalah yang dia tidak mahu berkongsi bersama. Kerana keegoannya. Bagi kami yang sudah biasa dengan kehidupannya yang bosan [sebab rutin hariannya remain sama sejak awal semester; tidur-pegi kelas-makan-sambung tidur-makan-tengok movie-tidur], kami menjadi imun dengan kata-kata carut yang dilafazkannya setiap kali bertutur. Sebab kami tahu, jika dengan kata-kata carut itu dapat melegakan tekanan yang dialami, kami redha. Teruskanlah. Moga satu hari nanti kamu penat mencarut dan cuba kaedah lain pula. Cuba vicodin, macam Gregory House. As a result, S kini semakin kurang mencarut dan hidupnya kembali ceria.
~
Jangan cuba kaedah ini jika anda masih was-was dengan keberkesanannya. Juga jika anda rasa malu. Saya tidak dapat nak menjamin 100% kepuasan. Tapi anda boleh cuba. Go ahead.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku