Tuesday, March 11, 2008

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 14

Aku masih lagi ingat 4 tahun dahulu. 2004. Semasa aku masih menuntut di politeknik. Masih lagi mentah untuk mengetahui dan menyelami dunia politik Malaysia. Tapi hari itu aku mula berjinak-jinak. Seminggu sebelum hari pilihanraya aku habiskan wang makan tengahhari aku dengan membeli akhbar-akhbar tempatan. Sengaja menyuapkan berita politik ke dalam otak benak aku ini. Biar aku tahu keadaan sekeliling. Tak la malu bila khalayak mula berbincang. Kita dah boleh menyampuk.
~
Ya, 4 tahun dahulu. 2004. Malam itu aku stay up untuk mengetahui keputusan pilihanraya. Berbekalkan se”jug” kopi o kaw dan biskut mayat. Sambil berborak dengan orang-orang tua-tak-balik-mengundi seperti Jamal, Malek dan Acong. Borak-borak sambil menghirup kopi berselangselikan hembusan asap rokok. Televisyen dibuka sambil pemberita comel molek mengomel sendirian. Kami khusyuk menanti keputusan.
~
4 tahun dahulu. 2004. Kami tergolek depan televisyen sambil gelas-gelas kopi dan serdak-serdak biskut bertaburan. Terlentang bersimpang siur tanpa haluan. Keputusan? Entah? Beli suratkahabar dan baca. Itulah suratkhabar terakhir aku beli sempena pilihanraya 4 tahun lepas. Yang menyebabkan aku skip lunch untuk hari itu.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku