Tuesday, March 11, 2008

SINAR KEBAIKAN SELEPAS PILIHANRAYA. PROGRAM NILAI DI PERINGKAT UNIVERSITI PASTI BERJAYA.

~
Segala ketegangan selepas pilihanraya mula lega.
~
Wakil rakyat sudah boleh tidur lena. Pengusaha syarikat percetakkan sudah mula mengira keuntungan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mula pening nak kutip sampah-sampah pilihanraya. Budak-budak bujang sudah boleh berjoli selepas dapat duit upah gantung poster. Jalanraya dah makin terang tanpa poster berselirat di tiang-tiang lampu jalan.
~
Kembali seperti normal. Sesetengah perkara normal menjadi abnormal sebentar.
~
Sejak 2 hari yang lalu, stok suratkhabar pelbagai bahasa tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan dan selera membaca pelajar kampus ini. Semangat membaca tiba-tiba membara gara-gara keinginan mengetahui keputusan pilihanraya.
~
Semua tauke kedai yang menjual suratkhabar boleh mula tersenyum seawal jam 10.00am. Pelajar berebut suratkhabar dengan pensyarah telah menjadi permandangan biasa 2 hari kebelakangan ini. Segalanya berubah kerana pilihanraya. Indeks Membaca pelajar meningkat, koleksi suratkhabar lama turut meningkat, tampok pemerintahan bertukar tangan. “Everybody Changing” kata Keane.
~
Ironiknya, itu semua berlaku 4 tahun sekali, semasa pilihanraya. Indeks Membaca pelajar akan kekal pada paras 5 buku setahun untuk 4 tahun akan datang sebelum pelajar kembali gila untuk mengetahui keadaan politik negara dengan membaca suratkhabar dan buku-buku berkisarkan politik di perpustakaan. NILAM di peringkat universiti? I don’t think so.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku