Minggu lalu, aku sempat menghabiskan tontonan drama jepun bertajuk "My Boss My Hero". Cerita yang menyentuh hati ini berkisarkan seorang pewaris satu kumpulan gangster jepun (Yakuza) bernama Sakaki Makio. Dia disyaratkan untuk menghabiskan masa 1 tahun di High School untuk mendapatkan Diploma. Dia yang berumur 27 tahun terpaksa akur dengan tuntutan itu. Bagi dirinya yang dibesarkan oleh seorang bapa yang gangster dan persekitaran sekolah yang malang sekitar 10 tahun yang lalu, menyebabkan dia fobia dengan sekolah dan tidak boleh berfikir secara rasional. Paling lama pun dia boleh berfikir adalah selama 90 saat.
~
Apa yang menarik dalam drama ini ialah pihak produksi cuba mengetengahkan aspek keseronokan kehidupan zaman persekolahan di mana saya amat menyukainya. Dan terdapat satu babak di mana guru kaunseling dan bilik rawatan menasihatkan Sakaki Makio a.k.a Makky. Makky yang putus asa dengan sikap rakan kelas yang tidak mahu memberikan kerjasama. Cikgu itu menasihatkan dengan nasihat yang pernah diberikan oleh Helen Keller (1880 - 1968). Amat menyentuh hati.
~
Heln Keller seorang yang buta dan pekak tetapi mempunyai keinginan untuk belajar. Dia yang diajar oleh seorang cikgu yang penyabar bernama Anne Sullivan. Dapat anda bayangkan bagaimana sabarnya seorang cikgu untuk mengajar anak muridnya yang buta dan pekak sehingga dia berjaya ke peringkat universiti. Kisahnya ada difilemkan di Hollywood suatu ketika dahulu atas tajuk "The Miracle Worker". Mengisahkan kegigihan Anne Sullivan yang mempercayai kebolehan Helen Keller.
~
aku suka Agnes puding...
ReplyDeleteAku suka Umemura-san...
ReplyDeleteala...
ReplyDeletekecik mcm ain...