Saturday, March 01, 2008

.::SI COMEL PART 2 : PERMULAAN YANG PENAT::.

~
Si comel seperti lelaki kacak yang lain. Dia juga perlukan sumber kuasa dari kata-kata dan belaian seorang wanita yang diminati. Dia mempunyai hak yang setara seperti Zan iaitu berbalas SMS dan bergayut berjam-jam lamanya. Dia tinggal di negara demokrasi dan dia mempunyai hak itu.
~
Cinta dalam hati Si comel mula bertandang apabila menghadiri kelas Sains Pemikiran Dan Etika pada semester 1 dahulu. Bermula dengan gurau senda biasa, bertukar-tukar jajan dan berpinjam-pinjam nota. Si comel mula mengorak langkah untuk mendekati wanita ini. Hari-hari yang dilalui menjadi lebih bermakna. Kelas yang tidak diminatinya itu menjadi subjek kegemarannya sekarang.
~
Pada akhir semester 1 itu juga, iaitu pada kelas terakhir pada semester itu, sebelum peperiksaan akhir semester bermula, dia dengan berpakaian kemas, berkemeja hijau, bertali leher krim dan seluar slack siap bergosok, mula mengorak langkah terakhir.
~
Harapannya untuk mendapatkan nombor telefon wanita itu; kita akan kenalinya dengan nama "Cinta Agong". Terserempak dengan kami di Lego dengan facial expression pura-pura cool. Sangat menggelabah. Kelakar. Yelah, nak jumpa Cinta Agong, memang patut pun menggelabah.
~
Sejam kemudian. di tempat yang sama, kelihatan muka muram Si comel. Cinta Agong tak datang kelas terakhir. Nyata Cinta Agong tak serajin Si comel. Maklum la, Cinta Agong itu senior Si comel.
~
Apa cintanya akan berakhir? Nantikan sambungnya.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku