Monday, June 30, 2008

ANAK SEORANG PROFESIONAL


Pulang dari Kuala Lumpur semalam, kami singgah di Nilai 3 untuk memenuhi hasrat emak aku yang teringin bebenor nak ke situ. Biasa la, sejak jadi penjahit pakaian wanita yang profesional, mengetahui paten-paten baru gaya tudung, jenis kain dan pelbagai fesyen lain adalah penting bagi emak aku. Sebagai modal perbualan dengan loyal customer dan potential customer.

Habis pusing seluruh Nilai 3 itu. Penat lutut bukan kepalang. Nasib baik lah keadaan kaki emak tidak mengizinkannya untuk berjalan lebih jauh. Jika tidak, lambat kami akan pulang ke rumah.


Belek punya belek, satu kedai ke satu kedai, aku selaku bouncer emak aku, pun belajar sekali pelbagai gaya tudung makcik-makcik masa kini. Kata emak aku, tudung jenis ini, jika dia beli di kedai di JB, boleh jadi RM30 harganya. Tapi di sini cuma RM8 jek. So, emak aku sambar 2 helai. Sekali pandang, aku rasa tudung ini macam tudung minah indon. Tapi bila aku tengok dan lebih 80% makcik-makcik di Nilai 3 yang datang ber"shopping", baik makcik kampung ulu banat sampai la ke makcik-makcik gaya ala-ala datin, semuanya pakai tudung ni. Popular jugak ye. Korang tak nak cuba?

****

"Mak, beli la kain ni. Lawa tau. Harga pun baru RM25 sepasang." Ujar aku.
"Tak mau la. Gayat." Jawap emak aku sambil tersengih.

Pap! Aku tepuk dahi. Ada ke gitu, bilamana aku menghulurkan sepasang kain baju kurung bernama Angkasawan Thai Silk.

****

Entah apa kena, Tol Skudai semalam, dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia berkereta. Aku syak mereka semua baru pulang dari menghantar anak-anak untuk mendaftar di IPT sekitar Kuala Lumpur atau ke arah Utara. Keadaan hujan, kereta bersesak membuatkan aku ingin mengamuk. Sebab perut lapar.

SEJENAK DI KUALA LUMPUR


Hari minggu yang lalu, aku merayap ke Kuala Lumpur. Bersama keluarga aku. Saya nak tengok-tengok hiruk pikuk bandaraya ini berbanding dengan bandaraya JB.

Sila ikuti laporan selanjutnya di sini.

Friday, June 27, 2008

KOMEN DARI PEMINAT : SEPI

Aku nak menyatakan di sini beberapa komen dan spoiler untuk bakal penonton filem Sepi yang kini menjengah pawagam tempatan.

1. Aku suka sangat adegan Adam dan Ilyana bergurau mesra di dapur restoren Adam. Dengan tepung yang bertaburan di atmosfera dapur. Fuh! Skor lagu yang tangkap leleh. Menjadi beb...

2. Suka sangat kisah cinta Imaan. Penuh falsafah, ayat-ayat indah dan misteri. Misteri? Ya, misteri.

3. Kisah ini semua ditemukan dalam satu insiden. Dan insiden disebabkan oleh kertas iklan (flyer) "Mencari Jodoh" yang bodoh. Insiden ini merupakan detik permulaan kisah sepi Sufi, pengakhiran kisah sepi Imaan dan pertengahan kisah sepi Adam.

4. Kisah sepi Sufi yang paling tak best!

5. Kotak kek Adam sangat-sangat tak realistik. Kek masuk dalam kotak, bawa huru-hara tanpa rosakkan krim kek?

6. Jennifer seksi sangat la. Auww!

7. Ilyana berperwatakkan ala-ala wanita melayu terakhir. Cucuk bunga Kamelia di rambut, pakaian baju ala-ala kebarung penuh dengan corak kerawang dan motif melayu. Fuh!

8. Tabir spring sama Khalil sebab berani beranang dalam Sungai Klang.

9. Memartabatkan puisi Khalil Gibran. You rock!

10. Adam macam aku. Sibuk kumpul kad kahwin member-member tapi jodoh asyik datang dan pergi. Hu Hu Hu.

Thursday, June 26, 2008

PUAS HATI!



Aku tak bohong. Aku sendiri rasa kagum. Kali ini 2 kali ganda.

Mulut aku melopong-lopong. Air liur meleleh-leleh. Belum campur tangis awek belakang aku lagi. Beria-ia dia nangis di bahu sang kekasih.

Rata-rata datang berpasangan. Lelaki dengan perempuan. Atau lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Cuma aku. Langkah keseorangan. Sepi.

Garapan cerita yang amat menarik. Pelakon masih lagi berjiwa. Rasa cinta memeluk jiwa aku. 3 cerita cinta yang berbeza. Dunia yang berbeza. Kejutan yang berbeza. Kejutan? Ya, ini bukan filem tipikal melayu. Sebab pengarahnya bukan melayu.

Susunan muzik yang mengkagumkan oleh Pacai. Aku suka. Mood cerita kena dengan lagu latar. Adegan romantiknya sangat romantik. Bukan tipikal romantik. Mungkin terasa macam khayalan sahaja sebab hakikatnya di dunia nyata, susah nak jumpa keadaan begini.

Aku suka karektor Adam. Ada kerjaya. Keluarga bahagia. Tapi bila masuk bab bercinta, memang "fail". Dia kelakar. Macam Po, Pahlawan Naga. Semua tahu reputasi Afdlin. Aksi kelakar selamba. Macam Po, Pahlawan Naga.

Sesuai dengan taglinenya "Cinta tak datang hanya sekali".

Seperti yang dirancang. Aku antara penonton pertama yang menonton filem ini.

BAWA PERGI RASA RINDU!



*PERCUMA! Hanya klik untuk mendapatkan gambar bersaiz wallpaper ini!

Wednesday, June 25, 2008

PELUANG PELUK BERUANG


Kadang-kadang kita tak perasan bagaimana rupa fizikal peluang itu. Ia datang dan pergi tanpa kita sedari. Dan yang lebih menyedihkan jika kita tahu yang kita sudah terlepas sesuatu peluang.

Peluang untuk diri kita memang tidak akan datang selalu. Cuma mereka yang bernasib baik sahaja yang dapat menangkap peluang itu sebelum ia berlalu pergi. Kita cuma perlu sensitif dengan persekitaran kita.

Menonton musim ke 4 siri drama Grey's Anatomy di saluran NTV7 pada malam sabtu yang lepas sungguh menerujakan saya kerana saya telah mengikuti setiap peristiwa yang berlaku dalam musim-musim yang lepas.

Kisah George yang gagal dalam peperiksaan dan terpaksa mengulang sesi praktikalnya. Kisah kegagalan percintaan Yang dan Burke serta Meredith dan Shephard. Kisah Addison yang bertukar ke L.A. Kisah Bailey yang kecewa sebab tak dapat jadi Chief Of Resident. Dan kisah-kisah tentang peluang mereka yang mereka sendiri tidak menyedarinya.

Kadang-kadang.

Bila peluang itu datang, kita tak rasa pun bahawa itu adalah peluang untuk kita sebab ia tidak kelihatan seperti ditakdirkan untuk kita. Ketika itu, hati kita akan berkata, "Biar la. Bukan rezeki kita." lalu menyerahkan keadaan bulat-bulat kepada takdir. Dan apabila peluang itu berlalu, barulah kita akan menepuk dahi dan berkata, "Damn it. Kalau la....".

Kadang-kadang.

Bila peluang itu datang, kita akan tunggu pula masa yang sesuai untuk menangkapnya sedangkan kita tahu bahawa peluang tidak akan datang selalu. Kita akan melengah-lengahkan masa. Seperti, jika kita sudah ada seseorang yang istimewa dalam hidup dan kita tahu yang dia amat menyayangi kita tetapi kita tidak melamar dia sebab kita tahu yang dia tetap akan suka kita walaupun kita tidak melamarnya. Kita terlalu pasti yang dia milik kita. Tapi kita kena ingat, dia itu manusia dan manusia itu sangat subjektif.

Kadang-kadang.

Kita tidak perlu menunggu sehingga peluang itu mencari kita. Kita perlu mencipta sendiri peluang untuk diri kita. Sesuatu akan menjadi lebih menarik jika dilakukan tanpa perancangan (tidak semua perkara). Sesuatu yang dilakukan secara spontan boleh menjadikan kita orang lebih berani. Dan misterius.

Yang penting adalah usaha kita untuk mendapat dan mencipta peluang.

Monday, June 23, 2008

ZAMAN INI BUKAN ZAMAN KOMUNIS BERLELUASA TAPI ITULAH HIDUP AKU


Curfew.

Apa yang kau tahu tentang curfew?

Bagi aku, definasinya terpulang kepada individu masing-masing.

Kalau dulu, masa komunis sibuk menentang tanah melayu. Perintah berkurung dikuatkuasakan oleh pemerintah. Untuk mengawal gerakan komunis dari memasuki kawasan kediaman. Juga mengurangkan aktiviti maksiat muda mudi. Apabila loceng dibunyikan, semua orang perlu berada di rumah masing-masing. Tak kira lah rumah banglo ke rumah setinggan ke. Kecuali rumah ibadat.

Sekarang. Apabila aku keluar rumah jam 10.00am dan pulang jam 6.00pm. Selangkah memasuki rumah pada jam 6.00pm itu, suara emak aku dengan pantas bak halilintar menerjah masuk gegendang telinga aku. Berdesing. Ada macam-macam cara. Ayat kasar. Ayat sindir. Semua aku dah dapat. Dan bermula tika dan saat itulah, penguatkuasaan perintah berkurung untuk diri aku bermula. Sehingga satu masa yang ditentukan kelak.

Kau. Boleh dikira beruntung. Sebab dapat berhu-ha sehingga lewat malam. Tak nak balik rumah pun tak apa. Bukan housemate nak risau pun. Lagi pun kalau kau nak enjoy, itu duit kau. Atas kerja kau. Kau boleh buat ikut suka.

Aku lain. Jika tidak pulang ke rumah, aku yang kena keluar rumah. Ada orang yang risaukan hidup aku. Ada peraturan dan undang-undang yang aku perlu patuhi. Kali pun aku nak enjoy, itu duit mak bapak aku. Perbelanjaan aku terbatas. Paling banyak pun aku ada sekarang ni RM7.80. Baki dalam akaun still maintan RM10.00 sejak 3 bulan yang lalu.

Itu pun kau susah nak faham ke?

Atau kau lebih suka cakap, "Aku nak jumpe gak bdk2 geng2 bintang ni, tapi mesti ade yg takmo jumpe aku kan?"

Cibai!

Saturday, June 21, 2008

BUAT APA HUJUNG MINGGU?



Kami sudah. Anda bila lagi? Test market kerja anda di sini. Macam-macam ada!

KISAH MALAM JUMAAT

Sejak aku mula duduk rumah, sepanjang cuti semester kali ini, semakin hebat aku pergi ke masjid pada waktu Maghrib dan Isya'. Perangai liar aku boleh dikawal. Semacam disumbatkan jiwa aku ke dalam rehab.

Malam Jumaat yang lalu, macam biasa. Macam yang di masjid-masjid yang lain adakan, acara membaca yasin mengambil tempat selepas selesai semuanya solat sunat ba'da maghrib.

Lepas itu, kaki aku mula rasa sengal-sengal. Pedih. Macam kena semut-semut. Aku ambil keputusan untuk ambil ubat dalam kereta.

Suasana luar masjid agak suram dan gelap, hanya dilimpahi lampu neon dari dalam masjid sahaja. Selangkah aku keluar, dapat aku rasakan ada sepasang mata yang memerhatikan aku. Aku jadi gerun.

"Mungkin perasaan aku je kot" Kata hati menyedapkan perasaan.

Aku menuju ke kereta yang aku parkir di tempat biasa aku parkir. Aku menjolokkan kunci ke lubangnya. Remote kereta ini sudah lama rosak. Nak tak nak, aku guna cara manual.

Aduh.. Aku jadi panik. Kereta ni buat hal lagi barangkali. Baru minggu lepas enjinnya buat hal. Kini pintu pula nak buat mogok. Aku cuba 2,3 kali.

Sah, pintu kereta rosak!

Sedang aku mula menyusun ayat berdalih yang aku perlu hujah pada ayah aku nanti, aku mundar mandir aku di tepi kereta. Keringat sudah mula berjujuran. Tiba-tiba, aku perhatikan rim kereta.

"Eh, bila masa pulak rim kereta aku ni jadi buruk?" Aku mula berfikir, hairan.

Tiba-tiba bunyi tingkap kereta diturunkan dengan janaan automatik. Terpacul satu kepala!

"Adik salah kereta kot. Ni kereta akak ni." Kata akak tudung kuning, dengan muka tahan gelak.

"Er... sori ye kak" ujar aku dengan muka yang amat malu.

Sial, walaupun tingkap kereta sudah ditutup, aku masih boleh dengar kekekan gelak tawa akak tadi. Tak henti-henti sampai la azan berkumandang.

Hilang rasa sakit kaki, timbul pula sakit hati.

Friday, June 20, 2008

SOKONGAN TERHADAP BUTANG!



.
Dalam nukilan saya yang ini, ada ramai yang menyokong dan tak kurang juga ada yang membantah. Ikut kata hati kamu. Setiap orang ada perspektif yang berbeza. Tapi pastikan jawapan anda bukan berlandaskan fantasi semata-mata. Lihat pada dunia sebenar dan keadaan sekeliling.
.
Baru-baru, filem ini baru ditayangkan di pawagam di Malaysia. Berdasarkan gezet yang ditayangkan, saya yakin filem ini menyokong pendapat saya ini.
.
Anda boleh baca sinopsisnya di sini.
.
Baca dan bandingkan dengan kisah Butang dalam entry saya yang terdahulu. Cuma bezanya, Butang tu kurang sikit hensemnya jika dibandingkan dengan Patrick Dempsey.
.
Bolehkah lelaki bersahabat baik dengan wanita? Waktu sudah tentukan. Kamu juga sudah tentukan. Kamu bersahabat baik dengan saya?
.
Tepuk dada, tanya selera.

ANOTHER "HAND FRUIT" FROM KABIR


Baru-baru ini banyak digezetkan sedutan-sedutan filem yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan. Terpulang kepada kita untuk menonton filem-filem yang bergenre ikut peribadi kita sendiri. Ada filem seram, komedi romantik, suspen, kelakar dan pelbagai lagi.

Filem tempatan yang sedang giat menjalankan promosi sekarang ini ialah filem terbaru arahan Kabir Bhatia, SEPI yang bakal menjengah penonton pada 26 Jun 2008 ini serentak seluruh negara. Tarikan utama saya dalam filem itu ialah Afdlin Shauki! (buat ombak!)

Mungkin kebanyakkan rakyat Malaysia masa kini tidak begitu gemar menonton filem tempatan kerana dakwa mereka, filem tempatan mempunyai olahan cerita yang sangat tipikal dan boleh mengagak kesudahan cerita tersebut. Tidak kurang pula ada yang menyatakan bahawa ke"anti"an mereka terhadap beberapa orang pelakon yang wajahnya kerapkali menghiasi layar perak. Muak katanya.

Tapi bagi saya, tidak semua filem tempatan bagus dan tidak semua juga yang tidak bagus. Mungkin mereka mempunyai idea cerita yang sama tetapi olahan dan garapan yang kreatif memberikan cerita yang sama itu suatu kelainan.

(Winamp sedang memutarkan lagu APOLOGIZE - Timbaland Feat One Republic)

Sejak menonton filem CINTA di pawagam tahun lepas, hati saya begitu teruja untuk menonton buah tangan Kabir yang lain. Walaupun ada orang yang beranggapan filem ini meniru filem "Love Actually (2004)" arahan Richard Curtis (Four Wedding And A Funeral, Bridget Jones's Diary, Notting Hill), tetapi gaya penceritaan ala Malaysia memberikan suntikan kelainan dalam filem itu. Saya yang sememangnya peminat besar filem "Love Actually" menjadi lebih teruja apabila mengetahui filem Cinta adalah seolah-olah filem itu.

Kebanyakkan filem tulisan Richard Curtis dilakonkan oleh Hugh Grant. Favourite actor or what?

Saya harap saya tidak mempunyai sebarang aral untuk menontonnya pada hari pembukaan kelak. Saya hanya menonton filem di pawagam pada hari kerja kerana saya berpeluang menggunakan kad pelajar untuk mengurangan harga tiket disamping keadaan pawagam yang lengang dan selesa sebab tidak ramai pengunjung.

Harap anda dapat menontonnya juga.

P/S : Kabir, jangan lupa panggil saya untuk berlakon dalam filem kamu yang akan datang, ya?

Tuesday, June 17, 2008

MAHU AYAM SIAM KA AYAM TEMPATAN KA?

Banyak kali mahu dipanggil oleh berita di dada akhbar pada hari ini. Semuanya memeningkan kepala saya. Tapi apa sudah jadi dengan berita ini. Juga dikatakan wajar dan berpatutan?

Minggu lepas, harga ayam masih lagi berada di lingkungan harga yang biasa-biasa sahaja walaupun kenaikan harga petrol yang melonjak tinggi. Masih pada harga RM6.50 per kilogram.

Semalam, berita memaparkan harga ayam sudah naik ke harga RM8.00 per kilogram. Lambat betul kenaikkannya. Dan harga ini berpatutan? Lepas ini harga apa lagi yang patut naik ye?

Untuk sahabat yang berada jauh di perut ibu kota metropolis. Tukar menu anda untuk makan tengahari. Jangan lagi makan daging ayam. Pasti harganya bukan lagi RM3.50 sepinggan. Jika memang teringin sangat-sangat nak makan lauk ayam, cuba makan telurnya sahaja. Mungkin lebih jimat.

Selepas ini, anda perlu rajin untuk menghadiri mana-mana kursus yang disediakan oleh syarikat tempat anda bekerja. Pasti makan tengahari anda lebih mewah dengan lauk pauk indah dan enak. Atau pulang ke tanah air sendiri yang kos taraf hidupnya lebih rendah dari di metropolis?

Jika ini berlarutan, mungkin juadah majlis perkahwinan akan bertukar. Dari lauk-lauk berasaskan ayam dan daging ke makanan berasaskan produk tempatan. Seperti makan ubi rebus cecah sambal totok ( JP mesti suka makan ni), atau makan tempe goreng berempah cecah sambal kicap, atau sup tauhu.

Lebih murah, lebih jimat!

Salam keruk pun kita bayar paling banyak pun RM10.00 per salam. Kita makan dah dekat RM6.00 seorang, belum masuk makanan berkatnya lagi, bunga telur lagi, cemil-cemilan atas meja makan lagi. Isk... Memang patut harga salam keruk pun naik sekali!

HARAP-HARAP BERITA INI BENAR ATAU ADA YANG MENGAMUK NANTI

Saya terpanggil dengan berita muka hadapan ini di dalam Utusan Malaysia (Maaf, saya tidak membaca akhbar NST).

Selama pemerhatian saya di dalam kampus saya, memang terdapat perbezaan ketara di antara 2 jantina ini walaupun kemasukkan golongan Nyah atau Bapok ke kampus meningkat dari tahun ke tahun.

Pada apa yang dapat saya fahamkan, golongan lelaki zaman sekarang memang agak kurang rajin untuk kembali ke alam pembelajaran selepas tamat zaman persekolahan. Bagi mereka, zaman persekolahan adalah zaman terakhir untuk mereka duduk di kelas dan menghadap buku serta menjawab peperiksaan. Apatah lagi mendengar leteran guru kelas dan menghadap muka bengis guru disiplin.

Saya ambil contoh yang terdekat iaitu adik saya sendiri. Dia tiada sebarang ikhtihar untuk mencari atau mengisi mana-mana borang kemasukkan ke mana-mana institut pelajaran. Apatah lagi jika hendak suruh dia cari sendiri tempat yang dia mahu belajar. Haram... Hendak di ketuk, baru la nak jalan. Bila di suruh kerja, asyik la bertukar-tukar kerja. Contoh, bulan lalu dia bekerja di kantin sebuah pejabat dan matlamatnya hendak membeli sebuah telefon bimbit baru. Setelah matlamatnya tercapai, lalu dia terus berhenti kerja dan menjadi penganggur terhormat kembali di rumah sambil duduk-duduk menghabiskan sisa gaji kerja yang dahulu.

Ramai juga anak remaja di persekitaran taman perumahan saya yang tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut pengajian walaupun telah mendapat peluang. Bagi mereka, mereka lebih selesa untuk terus kerja selepas tamat Sijil Pelajaran Tinggi (SPM). Biar la mula dengan gaji bawah RM500, asalkan dapat pegang duit sendiri dan berjoli dengan duit itu. Mereka lebih selesa mengumpul harta. Saya tidak nafikan bahawa ia suatu usaha yang baik dan rezeki tuhan memang ada di mana-mana sahaja, tetapi bagi saya, terasa sayang waktu muda saya disia-siakan dengan kerja berat semata-mata untuk kepuasan nafsu muda mereka.

Apa-apa pun, zaman sekarang, kemahiran terhadap sesuatu kerja amat diperlukan kerana pelajaran juga bukan segala-galanya. Jika keputusan cemerlang mana sekalipun tetapi jika tak boleh nak buat kerja, tiada gunanya juga. Memetik kata-kata perangsang oleh seorang sahabat "Keputusan peperiksaan cuma atas kertas sahaja.". Yang penting, kesungguhan dalam melakukan pekerjaan.

Kita sama-sama ambil ikhtibar dan mari kita ramaikan kembali kaum adam di seluruh IPTA!

Monday, June 16, 2008

SELAMAT HARI BAPA, PAPA BOBO!



Satu ketika dahulu,

Waktu zaman mudanya,

Dia seorang pemuja rambut Afro,

Kini beliau tiada berambut,

Gugur dimamah kutu...

APA PERASAAN ANDA JIKA ANDA MASIH ADA PERASAAN?

***Mengapa benci jika masih tersisa rasa sayang?
.
Maaf jika cerita kali ini membuat anda rasa mual perut atau pening kepala. Saya cuma rasa something yang saya rasakan jika tidak diluahkan, nescaya saya akan magrain pada hari esok.
.
Malam ini tidak banyak rancangan menarik yang dihidangkan oleh Astro mahupun Media Prima (saya tidak tonton RTM) sebab rata-rata cerita hari ini lebih berkisarkan tentang Hari Bapa. Telefilem yang dihidangkan is very tipikal melayu. Boring...
.
Jadi saya mengambil keputusan untuk bersiar-siar dalam alam siber yang serba luas ini. Terbelek-belek blog-blog yang baru dikemaskini, tercari-cari lagu-lagu baru yang belum dimuatturun dan menyelak-nyelak kandungan Friendster yag hampir 3 hari tidak dijengah.
.
Apa perasaan anda jika seseorang yang anda pernah sayangi akan melangsungkan majlis perkahwinannya dalam masa terdekat? (Khas untuk lelaki yang bukan dari jenis "Buaya" sahaja).
.
Selama ini tercari-cari juga saya nombor telefon barunya atau mana-mana cara altenatif untuk membolehkan saya berhubung dengannya. Saya sudah menggunakan pelbagai cara termasuklah telepati tetapi masih tidak berjaya. Tidak berniat pun untuk memenangi hatinya, cukuplah sekadar ikatan persahabatan yang lalu terjalin kembali.
.
Meneliti foto-foto hantarannya seolah-olah mengejek kembali diriku kerana membuat kesilapan bodoh pada zaman silamku. Pada pengamatan saya, majlisnya bakal berlangsung dalam jangkamasa terdekat. Apa boleh buat, tunangnya seorang yang sudah bekerjaya. Jika hendak dibandingkan dengan saya yang masih perlukan bantuan dari ibubapa ini, masa depannya lebih cerah dengan tunangannya sekarang.
.
Tiada sedikit pun rasa dengki atau marah kerana perasaan itu sudah lama saya hancurkan. Cuma terasa sedikit janggal kerana seorang yang pernah rapat dengan saya kini lebih rapat dan bakal menjadi isteri orang lain.
.
Mungkin saya perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan perasaan ini. Saya perlu lepaskan perasaan ini. Perlu berikan sedikit ruang untuk diri saya terima kenyataan ini.
.
.
SONG OF THE DAY : GOODBYE MY LOVER BY JAMES BLUNT
.
Did I disappoint you or let you down?
Should I be feeling guilty or
let the judges frown?
'Cause I saw the end before we'd begun,
Yes I saw you were blinded and I knew I had won.
So I took what's mine by eternal right.
Took your soul out into the night.
It may be over but it won't stop there,
I am here for you if you'd only care.
You touched my heart you touched my soul.
You changed my life and all my goals.
And love is blind and that I knew when,
My heart was blinded by you.
I've kissed your lips and held your head.
Shared your dreams and shared your bed.
I know you well, I know your smell.
I've been addicted to you.
.
Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.(x2)
.
I am a dreamer but when I wake,
You can't break my spirit
-it's my dreams you take.
And as you move on, remember me,
Remember us and all we used to beI've seen you cry,
I've seen you smile.
I've watched you sleeping for a while.
I'd be the father of your child.
I'd spend a lifetime with you.
I know your fears and you know mine.
We've had our doubts but now we're fine,
And I love you, I swear that's true.
I cannot live without you.
.
Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.(x2)
.
And I still hold your hand in mine.
In mine when I'm asleep.
And I will bare my soul in time,
When I'm kneeling at your feet.
.
Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.(x2)
.
I'm so hollow, baby,
I'm so hollow.
I'm so, I'm so, I'm so hollow

BERITA SEDIH DI KALA ADA YANG BERSUKA RIA DAN TERJAH DI SANA SINI


Hujung minggu yang lalu, saya dapat undangan perkahwinan dari 2 orang sahabat saya iaitu Shahrul Radzi B. Abdullah dan Zen Sobri B. Sukardi. Keduanya merupakan bekas pelajar sekolah saya sama dengan saya.

Pada mulanya, saya tidak merancang untuk menghadiri mana-mana majlis. Ini kerana kekangan yang rakan-rakan sedia maklum. Tetapi durian sudah runtuh atas riba pula. Fauzi Ramen beritahu last minute yang dia sedia mengambil saya sebagai penumpang secara percuma. Tiada caj tersembunyi. Siapa yang tidak tertarik dengan tawaran ini di kala negara di landa musim kegawatan petrol. Ye tak?

Tapi sayangnya, saya terpaksa melupakan tawaran berharga itu juga pada last minute.

Subuh hari itu saya dapat berita bahawa penjaga saya semasa zaman kanak-kanak saya, telah kembali ke Rahmatullah kerana jangkitan virus di kedua belah buah pinggangnya yang menyebabkan ianya gagal berfungsi. Apatah kiranya kita menyedekahkan Ummul Kitab kepada rohnya. Al-Fatihah.

Beliau merupakan seseorang dari zaman silam saya yang gelap. Beliau salah seorang yang mewarnaikan kegelapan hidup saya yang lampau. Seorang yang gemar bergurau walaupun gurauannya agak kasar bagi sesetengah pihak. Mempunyai anak perempuan yang hampir sebaya dengan saya tetapi malangnya bukannya kekasih saya. Sesekali minda menerjah ke ruangan lampau mengingati masa itu.

Sunday, June 15, 2008

WAJAH KESAYANGAN HAMBA #1

Tiada kata mengungkap betapa gembira hati ini.

Thursday, June 12, 2008

BENGKAK-BENGKAK

Kedengaran bunyi mesej masuk tipikal nokia. Pagi-pagi lagi sudah ada teks mesej yang masuk. Dengan langkah longlai, aku mencapai telefon bimbit.

"Salam, kau tahu tak klinik yang terdekat dengan rumah aku. Aku nak jumpa doktor la."

Aku membalas, "Aku tak biasa pi klinik sebab aku sakit jarang sekali. Kau sakit apa beb?". Sempat lagi aku berbangga dengan kesihatan aku ini.

"Aku nak beli ubat alergik. Muka aku dah naik bintat-bintat nih. Dah membengkak."

"Kau pi mana-mana 'ja. Sama-sama 'ja semua klinik." Aku balas ringkas tapi sarat dengan mesej tersembunyi.


******

Sebenarnya, aku juga mengalami alahan atau alergik. Aku baru menyedarinya sejak kebelakangan ini. Sejak simptom-simptomnya menjadi-jadi. Aku juga jadi bingung dengan gejala-gejala pelik. Dengan harapan ianya cepat sembuh, aku telah mencuba beberapa jenis jamu, ramuan, ubatan serta rawatan alternatif. Tetapi hasilnya tetap negatif.

Aku alah pada makanan. Tiap kali aku makan. Badan aku akan membengkak dari saiz XL sehingga sekarang ke saiz XXXXL.

Aku bingung. Apa yang sudah terjadi kepada aku. Transplan makhluk asing barangkali.

AKU BENGKAK-BENGKAK!

KASI POTONG SAMA DIA! BANZAI!


Dalam akhbar mengumumkan bahawa beberapa buah negeri akan memotong beberapa peratusan elaun dari para exco. Bagus lah jika begitu. Elaun wakil rakyat dan exco-exco banyak pun nak buat ape? Buat besarkan rumah dan besarkan perut anak bini je. Ada juga yang kedekut. Kerja tidak mahu, duit mahu banyak. Itu yang kita tak tahu. Alahai pemimpin...

Harap-harap potongan elaun ini akan disalurkan ke tempat yang betul. Bukan apa, takut-takut jika ada korupsi dan birokrasi di mana-mana bahagian di sana lalu tersangkut pada tempat yang salah. Tak guna juga kalau elaun dipotong.

Minyak di pasaran dunia juga telah melambung USD139 per barrel. Bermakna harga minyak kita juga akan meningkat sebab mereka cuma beri diskaun sebanyak 30 sen sahaja. Nasib kita baik sebab dia umumkan bahawa harga petrol kita tak akan naik lagi tahun ini. Tahun depan tak tahu pulak saya. Tahun depan naik la kot.... Pernah dengar harga minyak turun? Harga minyak gamat turun pernah la saya dengar. Petrol....?

Segala projek bernilai juta-juta lemon juga akan diteliti semula. Bagus la gitu. Tunggu la harga minyak reda dan makanan rakyat terbela, baru la teruskan kembali projek.

Segala kemewahan dalam sektor kerajaan juga dikurangkan. Jika dahulu, mesyuarat kecil selama 10 minit akan dihidangkan jamuan mewah, kali ini tidak lagi. Cukup la kuih se-jenis dan air teh-o. Kalau nak jimat lagi, bagi minum air masak 'ja.

Seperti dalam akhbar baru-baru ini, ada juga pemimpin yang menaiki train dari KL Sentral ke Putrajaya. Elok la tu. Dapat jimat duit minyak. Dapat bermesra dengan rakyat. Dapat tengok nasib rakyat. Semoga ramai lagi yang buat sebegini.

Semoga benda-benda ini jadi konsisten untuk beberapa lama. Bukan jadi hangat-hangat taik palat plak.

Bukan mahu menentang atau menghasut. Sekadar pandangan rakyat yang kerdil.

Wednesday, June 11, 2008

MARI BERCERITA TENTANG MIMPI ANAK DARA SUNTI BERGETAH


Di suatu petang, di dalam kamar seorang dara pingitan,

"Warghhh....!" Tiba-tiba kedengaran suara halus menjerit ketakutan. Menggelabah.

Pak...Pak...Pak... Bunyi tapak kaki. Berlari ke arah bilik itu.

"Kau dah kenapa ni Lela?" Tanya Mak Tungkik sambil menguakkan daun pintu bilik anaknya. Kehairanan. Tidur siang pun boleh mengigau ke?

"Lela mimpi ngeri la mak. Geli sangat-sangat." Ujar Lela dengan ekspresi muka kegelian. Termengah-mengah. Peluh keluar dari setiap liang roma di wajahnya.

"Apa yang kau mimpi ni, Nak?" Tanya Mak Tungkik benar-benar ingin tahu.

"Lela mimpi ada dua ular melingkar dekat kaki Lela. Hee....Gelinya!" Jawap Lela sambil mengambil gebornya dan mengibas-ngibas kakinya. Geli betul dia.

"OOwwhhh...Tu tandanya anak mak ni ada 2 orang yang minat..." Tersenyum 'ja Mak Tungkik. Telahannya mengalahkan Nujum Pak B'lalang pulak. Nostradamus pun kalah!

"Memandai je mak ni. Mak penah mimpi jugak?" Tanya Lela dengan mengukir senyuman sinis.

"Mak dulu lagi handal." Mak Tungkik mula buka cerita, "Dulu mak mimpi ada 10 ekor ular lilit-lilit badan mak ni...".

Tersenyum 'ja Mak Tungkik bercerita. 'Ular' anaknya belum setanding 'ular'nya ketika muda dahulu. Ketika itu Mak Tungkik belum lagi tungkik. Masih lagi bergetah dan steady. Masih ada suntinya. Tapi sekarang bukan ular, malah ulat pun belum tentu mahu masuk mimpi Mak Tungkik. Ceh!

Tuesday, June 10, 2008

KASIHAN JIKA IA DISALAH-ERTIKAN


Seringkali, pada malam Selasa, saya akan segerakan makan malam saya. Lalu menempah seat yang paling selesa di hadapan kaca televisyen. Seat VVIP siap dengan bantal empuk. Berebut di antara adik-adik saya yang kurang sopan. Jika sempat, se-cawan mug berisi NesLo panas tabur milo akan menemani saya di meja sisi.

Episod Sin,Dar,Ela di TV3 pada hari kali ini ialah mengenai Butang. Seorang watak yang agak "dark", se-"dark" namanya. Watak yang mempunyai masalah keluarga dan sedikit mental tetapi mempunyai hati yang tulus.

Apa yang menyentuh hati saya, episod kali ini, berbanding episod yang terdahulu ialah saya dapat lihat kesedihan saya suatu ketika dahulu ada di mata Butang, ada di hati Butang.

Kalau kamu pernah dengar mat salleh berbahasa basi, "Women and man never can be best friend". Kurang lebih begitu lah. Wanita dan lelaki tak boleh jadi kawan baik. Benarkah?

Mengikut pengalaman saya yang terdahulu (maaf lah jika anda sudah muak membaca tentang pengalaman saya. Jika sudah muak, banyak lagi pautan yang anda boleh layari. Ok?) , jarang sekali lelaki dapat berkawan baik dengan wanita kerana beberapa faktor. Salah satu daripadanya ialah mainan emosi dalam persahabatan.

Percaya atau tidak, jika 2 orang yang berlainan jantina selalu bersama, selalu berhubung, kerap berkomunikasi samada secara lisan atau bahasa badan, maka akan tercetus satu emosi yang kita faham sebagai "cinta" atau "can't live without". Tetapi sayangnya, biasanya, lelaki sahaja yang merasakan perasaan ini.

Istimewanya wanita, mereka tidak dapat rasakan perasaan ini, dan mereka akan rasa takut akan perasaan ini. Sebab mereka hanya mahukan ikatan atas dasar persahabatan dan bukan terbina atas dasar cinta (lebih-lebih lagi jika kawannya itu muka pecah rumah, jika hensem boleh dipertimbangkan). Tetapi pernahkan mereka terfikir apa penyebabnya jadi begini?

Ianya berlaku jika wanita terlalu memberikan perhatian yang lebih kepada lelaki ini, dalam kes ini, Butang. Siapalah yang tak tertawan jika ada wanita yang memberikan perhatian yang penuh kepadanya walaupun wanita itu tiada apa-apa perasaan terhadapnya, dalam kes ini, Naema.

Kasihan pada Butang yang hatinya diperbodohkan dengan rasa kasihan wanita seperti Naema.

Alahai...

TIADA WARNA BERTERBANGAN MENGHIASI LANGIT



"Fish, lu dah tengok result belum? Ok tak?"

"Kwn2! Result dah kuar. Silalah tengok."

"Adui la... Result teruk mcm gampang. Kau punya ok tak?"

"Wei, kau ada sangkut tak? Takkan repair lagi kot."


Itu adalah sebahagian dari teks mesej yang saya terima 2,3 hari kebelakangan ini. Keputusan peperiksaan yang lalu sudah pun keluar. Saya amat gementar. Saya dapat rasakan kehangatan gred "D" dan "F" melalui beberapa siri mimpi ngeri malam-malam kebelakangan ini yang disulami mimpi-mimpi basah. Ehem... Ehem... Jangan difikirkan sangat.

Alhamdulillah. Keputusan agak baik jika dibandingkan dengan usaha saya dan perangai-perangai pensyarah yang tidak terduga. Dan keputusan ini agak memalukan jika dibandingkan dengan keputusan Sue dan Ilya. Alahai, malunya.

Tak perlu lah saya tunjukkan keputusan saya di sini. Cukup la sekadar saya seorang yang tahu. Cukup lah sekadar saya boleh tamatkan sesi pengajian di sini, dengan cemerlang atau kurang cemerlang. Yang penting tidak tertangguh.

Bukan apa, telinga ini sudah bingit mendengar leteran ibubapa yang membebel tiap kali saya meminta duit belanja per"sekolah"an. Hish, umur dah 25 tahun tapi minta duit dekat ibubapa macam budak sekolah. Apa boleh buat, nasib badan. Bukan saya tak mahu cari kerja sambilan tapi bapa saya menhalang. Katanya, kalau belajar tu belajar je la. Tak payah kerja. Tapi bila minta duit, dia marah. Saya pun tak faham. Kamu, tak payah susah-susah nak fahamkan ya!

Cukup lah penderitaan telinga dan hati saya ini. Saya mahu tamatkannya segera. Saya mahu kurangkan dosa dengan ibubapa saya (dengan marah-marah dalam hati). Give me LIFE!

Friday, June 06, 2008

APA BOLEH BUAT? BENDA DAH JADI.

Selepas pengumuman kenaikkan harga minyak petrol oleh Perdana Menteri kita, banyak betul komen-komen yang saya baca di mana-mana, di media bercetak mahupun media elektronik. Semua orang memperkatakan benda yang sama, implikasi kenaikkan ini ke atas harga barang.

Yang paling saya hairankan, kebanyakkan akhbar-akhbar tempatan yang saya baca, komen-komen dari para orang kaya Malaysia dan segelintir golongan berpengaruh yang banyak duit, menyatakan bahawa tindakan menaikkan harga minyak adalah wajar. Tak kurang juga ada yang mengatakan bahawa kita dah lama hidup dengan subsidi dan sekarang kita perlu berdiri atas kaki sendiri.

Ada duit boleh la depa kata lagu tu. Kalau suruh depa masuk realiti TV yang dia buat ini, hangpa ingat depa berani ka?

Kenapa tidak mengambil komen-komen dari rakyat berpendapatan rendah atau sederhana yang perlu menampung makan minum anak bini yang ramai? Bagaimana perasaan golongan yang berkeluarga besar? Setakat ini, tiada lagi media yang mengutarakan masalah mereka ini selepas pengumuman dibuat. Sepanjang pemerhatian saya lah. Kalau yang terlepas pandang tu, harap maaf la banyak-banyak.

Mereka kata, kita perlu tengok dari sudut yang positif. Ini akan membantu mereka untuk mengagihkan subsidi kepada sumber makanan rakyat Malaysia pula. Kita sebagai rakyat harus faham keputusan yang mereka terpaksa lakukan.

Ok, fine. Bagi saya, ini bukan suatu isu yang baru. Tapi terbit rasa kasihan saya melihat mereka yang berpendapatan rendah. Anak-anak mereka. Dengar kata, tambang bas sekolah akan dinaikkan sebanyak RM50. Itu satu hal la. Makanan di kantin sudah pastilah naik harga. Paling tidak, akan naik RM0.20. Kuih-muih jika dahulu 3 biji RM1.00, lepas ini dah jadi sebiji RM0.50.

Kasihan juga saya kepada para lelaki bujang yang hidup merempat di perantauan. Makanan sudah tentu semakin mahal. Makan nasi berlaukkan ayam sahaja, harganya dah mencecah RM3.50. Bila masa nak kumpul duit untuk kahwin? Nak buat persediaan berumahtangga lagi. Nak fokus pada kerjaya lagi. Lain benar dengan para wanita. Di dalam waktu para lelaki ini pening dan mengikat perut, mereka masih lagi mampu untuk makan dan minum di tempat-tempat mewah. Almaklum la, bukan mereka yang nak kena bayar duit hantaran.

Ini bukan kata kosong. Ini hasil pemerhatian saya. Kalau tak puas hati, bungkus dan simpan elok-elok rasa tak puas hati itu sebab saya ingin nak tahu.

Akhbar hari ini ada menyatakan harga gula akan mula naik tak lama lagi. Itu baru harga gula. Mana tahu elok atau lusa, berita kenaikkan harga tepung atau ayam pula. Tunggu dan lihat. Saya pasti akan ada kenaikkan.

Ini sebelum bermulanya bulan Ramadhan al-mubarak. Belum lagi masuk bulan Syawal. Belum lagi musim orang nak menantu. Worst case scenario, kita ambil pada musim bulan puasa nanti. Musim orang tiba-tiba pandai berniaga di bazaar Ramadhan. Jangan kita harapkan makanan murah tahun lepas, dengan harga yang sama. Paling-paling kurang pun, akan naik harga RM0.50. Lepas tu, bendanya takdelah banyak mana pun. Silap-silap, Ramadhan tahun ini, orang dah tak mahu berniaga sebab tak mampu yang keluar duit modal.

Alahai...

Duduk-duduk lepas makan tengahhari tadi, tiba-tiba pula saya terfikir, adakah ini satu deja vu? Adakah peristiwa tahun 1998 akan berulang semula? Barang naik harga, orang kena buang kerja sana sini. Yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya. Zaman inflasi kembali lagi dan kempen inflasi sifar serta kempen belilah barangan buatan Malaysia kembali bermula. Minta simpang malaikat 44.

Bukan mahu protes atau membangkang, Cuma ingin berkongsi perasaan. Manalah tahu, ianya berguna.

Kita bising-bising pun, bukannya waktu akan berputar semula. Hu hu hu...

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Sedikit pesanan dan tips untuk Arfa. Yang bakal ke Pulau Langkawi untuk holiday dengan family.

Sila ubah hala ke sini untuk laporan selanjutnya.

Wednesday, June 04, 2008

SEMUA ORANG BOLEH JADI NOSTRADAMUS : PASCA PENGUMUMAN KEJAM.

Kalau boleh, saya malas mahu bercerita mengenai kenaikkan harga petrol dan diesel di Malaysia seperti yang diumumkan oleh Pak Lah. Kenaikkan RM0.78 bagi harga petrol dan RM1.00 bagi harga diesel, sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan seharian saya pada masa akan datang. Bukan sahaja saya, malah ramai lagi yang akan merasai perbezaan perubahan dalam rutin harian mereka.

Kalau marah-marah pun, bukan harga petrol boleh turun semula.

Selepas jam 12.01am tanggal 5 Jun 2008 ini, saya seakan sudah boleh menjangkakan perubahan yang bakal saya rasai dalam rutin harian saya. Duduk-duduk termenung di beranda rumah tadi, terkenang-kenang apa yang bakal saya hadapi ini benar-benar akan berlaku dan saya kena akur.

Sah-sah pada musim cuti semester ini, banyak jemputan perkahwinan yang bakal saya “miss” oleh kerana kekangan kewangan. Bukan apa, belanjawan saya benar-benar terganggu dek kenaikkan ini. Terlebih dahulu ucapan tahniah dan mohon kemaafan kepada bakal mempelai seperti Zen dan Shazi, atas ketidakhadiran saya nanti. Kalau saya datang, maka itu satu kejutan bagi saya dan juga anda.

Sah-sah juga tiket pulang ke utara akan naik mendadak dengan penuh perasaan kejam. Jika dahulu dengan menaiki bas Durian Burung ialah RM65.00++, selepas kenaikkan ini saya jangkakan harga tiket akan naik sehingga RM80.00++ sehala. Kalau macam ini, saya pulang ke selatan dari satu kali per semester ke satu kali per tahun lah alamatnya.

Peniaga-peniaga tanpa segan silunya dan dengan penuh rasa takzim akan menaikkan harga barangan sesuka hati ayah tiri sebelah cicit angkat diorang. Barangan yang tiada kena mengena dengan kenaikkan petrol juga akan turut mengalami kenaikkan.

“Aci, ni apa pasal ini tosei pun naik harga? Aci masak guna petrol ka?”
“Ah Soh, ini milo ais apa pasal sudah naik RM2.00 pulak? Bancuh guna petrol ke?”
“Wah Kak! Kuih dah naik 50sen sebiji ke? Akak goreng guna petrol ke?”
“Nasi goreng kampung RM4.00? Pakcik dah hilang akal ke ape?”


Dan jawapan mereka tetap sama.

“Apa boleh buat, minyak naik harga...”

Dan yang paling penting, kenaikkan ini akan membataskan peluang aku untuk berpoya-poya. RM2,250.00 yang bakal aku perolehi setiap semester akan tidak terasa kewujudannya. Pengeluaran wang akan menjadi seperti air. Mengalir laju. Alahai, lepas ini apa pula mereka bakal naikkan ye?

Jangan naikkan harga kentang dan ubi kayu ye. Bakal makanan ruji kita tu nanti.

P/S : Dengan kenaikkan harga beras Faiza Basmathi 100% di pasaran tempatan, dari RM30.00 ke RM60.00, makan malam keluarga kami terpaksa dicatu kepada makanan berasaskan tepung seperti jemput-jemput, pisang goreng, mee hoon sup, mee goreng atau lempeng. Mereka kata kita kena ubah cara hidup. Mereka ubah ke cara hidup mereka? Haram....

TARIAN MELAYU UNTUK RAKYAT MALAYSIA : ZAPIN

Ahad malam yang lepas, saya menghadirkan diri ke Pertandingan Zapin 2008 Final Peringkat negeri Johor.

Sila ubah hala ke sini untuk laporan selanjutnya.

MARI KITA HABISKAN DUIT DIA!


Lihat itu. Tiada muka kesal yang terukir di wajahnya. Padahal siang tadi, muka inilah yang cuak memucat sebab kereta rosak tepi lebuhraya PLUS KM46.7 selepas Tol Sedenak.


Walaupun kalah tapi Cikgu Amin masih mampu tersenyum. Persis doktor gigi iklan Sensodyne, untuk gigi sensitif. Kan Arine?


Aku tersenyum puas. Hari ini aku ditaja. Makan malam ini ditaja oleh Arine. Tapi dia bukan Ibu Gula aku. Main bowling ditaja oleh Zinam. Tapi dia bukan Bapa Gula aku. Amin pun ditaja. Semacam model pula aku rasakan.

Tuesday, June 03, 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HOSPITAL PAKAR JOHOR KPJ

Hari Jumaat yang lepas, saya dan Cikgu Amin sempat melawat Saudara Poji Basar yang sedang menjaga ibunya. Buat pengetahuan semua, ibu Poji Basar baru sahaja selesai pembedahan membuang ketulan breast cancer. Poji Basar juga ada kisahkan penderitaan ibu dalam entry ini.

Suasana hospital itu seperti waktu-waktu dahulu. Bau hospital. Memang saya alah sejak kecil lagi. Mungkin sebab itu, saya gerun untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan nasihat kesihatan. Selangkah saya ke dalam persekitaran hospital, hati sudah mula bergetar. Apa yang buat saya gagahkan hati untuk meneruskan perjalanan ialah kemanisan wajah-wajah jururawat muda di situ. Dengan berbekalan senyum mengancam dan sut biru tua, sudah cukup buat saya jadi gagah, biarpun sementara.

Kami tak masuk ke dalam wad sebaliknya kami menyarankan Poji Basar untuk keluar dari wad bagi bertemu dengan kami. Sedikit sebanyak lawatan ini menyedarkan kami bahawa dunia merupakan tumpangan semata-mata, bila-bila masa sahaja nikmat kesihatan ini boleh ditarik balik.

Poji Basar seorang anak yang baik. Tak rugi jika ada sesiapa wanita yang berkenan dengannya. Di kala anak-anak lain sibuk bekerja, dia seorang sahaja yang menemani ibunya sambil membacakan ayat-ayat suci Al-Quran di sebelah katil ibunya. Walaupun dia sedang membina kerjaya sebagai guru tuisyen, majikan yang baik hati sanggup memberi cuti tanpa had kepadanya sehingga keadaan ibunya pulih.

Tujuan entri ini ditulis hanyalah untuk memuji Poji Basar semata-mata tanpa mengaut apa-apa keuntungan dari tuan punya nama. Entri ini juga cuba mempromosikan Poji Basar bagi mendapatkan calon isteri yang sesuai. Ini adalah disebabkan kesusahan menjaga ibunya yang saya lihat dengan mata saya sendiri, di hospital itu. Waktu malam, dia tak dapat temani ibunya di wad kerana wad wanita hanya boleh di jaga oleh penjaga wanita sahaja. Jika Poji Basar sudah ada teman wanita atau isteri, mungkin mereka boleh tolong tengok-tengokkan keadaan ibunya pada waktu malam.

Begitulah sedikit sebanyak kisah seorang anak yang baik. Saya berharap Poji Basar dapat mencari kerja di sekitar Johor Bahru. Mudah baginya untuk pulang ke kampung untuk menjenguk-jenguk ibunya.

Nota Hujung Kaki : Insya-Allah, esok ibunya akan keluar dari wad. Mari kita sama-sama doakan agar ibunya cepat sembuh. Amin.

Monday, June 02, 2008

YAY!

Akhirnya, lawatan anda ke blog saya sudah menjejaki angka 1000. Yay! Tahniah untuk saudara Fikri Kacak. Akhirnya.....