Thursday, June 26, 2008

PUAS HATI!



Aku tak bohong. Aku sendiri rasa kagum. Kali ini 2 kali ganda.

Mulut aku melopong-lopong. Air liur meleleh-leleh. Belum campur tangis awek belakang aku lagi. Beria-ia dia nangis di bahu sang kekasih.

Rata-rata datang berpasangan. Lelaki dengan perempuan. Atau lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Cuma aku. Langkah keseorangan. Sepi.

Garapan cerita yang amat menarik. Pelakon masih lagi berjiwa. Rasa cinta memeluk jiwa aku. 3 cerita cinta yang berbeza. Dunia yang berbeza. Kejutan yang berbeza. Kejutan? Ya, ini bukan filem tipikal melayu. Sebab pengarahnya bukan melayu.

Susunan muzik yang mengkagumkan oleh Pacai. Aku suka. Mood cerita kena dengan lagu latar. Adegan romantiknya sangat romantik. Bukan tipikal romantik. Mungkin terasa macam khayalan sahaja sebab hakikatnya di dunia nyata, susah nak jumpa keadaan begini.

Aku suka karektor Adam. Ada kerjaya. Keluarga bahagia. Tapi bila masuk bab bercinta, memang "fail". Dia kelakar. Macam Po, Pahlawan Naga. Semua tahu reputasi Afdlin. Aksi kelakar selamba. Macam Po, Pahlawan Naga.

Sesuai dengan taglinenya "Cinta tak datang hanya sekali".

Seperti yang dirancang. Aku antara penonton pertama yang menonton filem ini.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku