Thursday, June 12, 2008
KASI POTONG SAMA DIA! BANZAI!
Dalam akhbar mengumumkan bahawa beberapa buah negeri akan memotong beberapa peratusan elaun dari para exco. Bagus lah jika begitu. Elaun wakil rakyat dan exco-exco banyak pun nak buat ape? Buat besarkan rumah dan besarkan perut anak bini je. Ada juga yang kedekut. Kerja tidak mahu, duit mahu banyak. Itu yang kita tak tahu. Alahai pemimpin...
Harap-harap potongan elaun ini akan disalurkan ke tempat yang betul. Bukan apa, takut-takut jika ada korupsi dan birokrasi di mana-mana bahagian di sana lalu tersangkut pada tempat yang salah. Tak guna juga kalau elaun dipotong.
Minyak di pasaran dunia juga telah melambung USD139 per barrel. Bermakna harga minyak kita juga akan meningkat sebab mereka cuma beri diskaun sebanyak 30 sen sahaja. Nasib kita baik sebab dia umumkan bahawa harga petrol kita tak akan naik lagi tahun ini. Tahun depan tak tahu pulak saya. Tahun depan naik la kot.... Pernah dengar harga minyak turun? Harga minyak gamat turun pernah la saya dengar. Petrol....?
Segala projek bernilai juta-juta lemon juga akan diteliti semula. Bagus la gitu. Tunggu la harga minyak reda dan makanan rakyat terbela, baru la teruskan kembali projek.
Segala kemewahan dalam sektor kerajaan juga dikurangkan. Jika dahulu, mesyuarat kecil selama 10 minit akan dihidangkan jamuan mewah, kali ini tidak lagi. Cukup la kuih se-jenis dan air teh-o. Kalau nak jimat lagi, bagi minum air masak 'ja.
Seperti dalam akhbar baru-baru ini, ada juga pemimpin yang menaiki train dari KL Sentral ke Putrajaya. Elok la tu. Dapat jimat duit minyak. Dapat bermesra dengan rakyat. Dapat tengok nasib rakyat. Semoga ramai lagi yang buat sebegini.
Semoga benda-benda ini jadi konsisten untuk beberapa lama. Bukan jadi hangat-hangat taik palat plak.
Bukan mahu menentang atau menghasut. Sekadar pandangan rakyat yang kerdil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku cadangkan menteri2 termasuk yang berhormat ni di tarik balik peruntukan minyak dorang.tarik balik kad subsidi yang leh isi minyak semaksimum yang bole 2.
ReplyDeletecm anak pengarah JPJ leh pakai kad minyak bapak die sesuka hati.mana taknye shell RM200 sehari Petronas unlimited ok?so tarik balik kad2 ni.semua pakai duit rakyat ni.baru pengarah JPJ belum lg yang besar2 ni.biar menteri2 rasa kesusahan rakyat.tol pun biar dorang bayar.no more entertainment allowances.nak cut 30%?eleh selama ni pun unlimited budget kan.70% still equivalent to millions.
kita negara pengeluar minyak tapi minyak mahal compare dengan negara pengeluar minyak.cm sudan minyak paling mahal RM1.03 dlm sejarah.sekarang ni malaysia boleh la lg jd exporter ngan importer minyak.lg 10 tahun kita total importer.
FYI, tak de setitik minyak malaysia pun diproses dan ada dlm stesen2 minyak malaysia ni.minyak negara kita diproses dan dieksport ke Jepun pada harga yang lumayan gak.(sepatutnya kerajaan kite kaya dengan eksport minyak ni).minyak kite kualiti tinggi dan utk jet2 je.yang minyak kat stesen minyak tu minyak yg berkualiti rendah yang di import sesuai dgn enjin kete yang sgt byk plumbum.hahaha.takkan malaysia tak bole nk proses minyak yang tak berkualiti cm yang di import.someone can tell me the answer?
finin2 kalau pk pasal ekonomi negara ni.
Wah, mcm ucaptama presiden se-umur hidup pula.
ReplyDeleteMasuk jadi wakil rakyat?
moga-moga.
aku bukan pembangkang dan aku juga bukan sokong kerajan 100%...aku tak boleh jd wakil rakyat
ReplyDeleteOk, kau tetap wakil rakyat di hati-ku.
ReplyDeleteHe he he
ilya parti bebas ke?
ReplyDeletemasuk la jadik calon kat sabah.
situ byk parti bebas...
:)