Wednesday, June 25, 2008

PELUANG PELUK BERUANG


Kadang-kadang kita tak perasan bagaimana rupa fizikal peluang itu. Ia datang dan pergi tanpa kita sedari. Dan yang lebih menyedihkan jika kita tahu yang kita sudah terlepas sesuatu peluang.

Peluang untuk diri kita memang tidak akan datang selalu. Cuma mereka yang bernasib baik sahaja yang dapat menangkap peluang itu sebelum ia berlalu pergi. Kita cuma perlu sensitif dengan persekitaran kita.

Menonton musim ke 4 siri drama Grey's Anatomy di saluran NTV7 pada malam sabtu yang lepas sungguh menerujakan saya kerana saya telah mengikuti setiap peristiwa yang berlaku dalam musim-musim yang lepas.

Kisah George yang gagal dalam peperiksaan dan terpaksa mengulang sesi praktikalnya. Kisah kegagalan percintaan Yang dan Burke serta Meredith dan Shephard. Kisah Addison yang bertukar ke L.A. Kisah Bailey yang kecewa sebab tak dapat jadi Chief Of Resident. Dan kisah-kisah tentang peluang mereka yang mereka sendiri tidak menyedarinya.

Kadang-kadang.

Bila peluang itu datang, kita tak rasa pun bahawa itu adalah peluang untuk kita sebab ia tidak kelihatan seperti ditakdirkan untuk kita. Ketika itu, hati kita akan berkata, "Biar la. Bukan rezeki kita." lalu menyerahkan keadaan bulat-bulat kepada takdir. Dan apabila peluang itu berlalu, barulah kita akan menepuk dahi dan berkata, "Damn it. Kalau la....".

Kadang-kadang.

Bila peluang itu datang, kita akan tunggu pula masa yang sesuai untuk menangkapnya sedangkan kita tahu bahawa peluang tidak akan datang selalu. Kita akan melengah-lengahkan masa. Seperti, jika kita sudah ada seseorang yang istimewa dalam hidup dan kita tahu yang dia amat menyayangi kita tetapi kita tidak melamar dia sebab kita tahu yang dia tetap akan suka kita walaupun kita tidak melamarnya. Kita terlalu pasti yang dia milik kita. Tapi kita kena ingat, dia itu manusia dan manusia itu sangat subjektif.

Kadang-kadang.

Kita tidak perlu menunggu sehingga peluang itu mencari kita. Kita perlu mencipta sendiri peluang untuk diri kita. Sesuatu akan menjadi lebih menarik jika dilakukan tanpa perancangan (tidak semua perkara). Sesuatu yang dilakukan secara spontan boleh menjadikan kita orang lebih berani. Dan misterius.

Yang penting adalah usaha kita untuk mendapat dan mencipta peluang.

1 comment:

  1. yezzzahh wiwin.

    pasni kalau ade peluang amik je terus.

    perasaan tu takkn selamanya kekal.jika sayang itu ada berpuluh tahun sekali pun kalau disia2kan boleh ilang jugak.

    takkan ade lg peluang walaupun terlewat sesaat selepas tu.

    ReplyDelete

Komenlah Aku