Saturday, June 21, 2008

KISAH MALAM JUMAAT

Sejak aku mula duduk rumah, sepanjang cuti semester kali ini, semakin hebat aku pergi ke masjid pada waktu Maghrib dan Isya'. Perangai liar aku boleh dikawal. Semacam disumbatkan jiwa aku ke dalam rehab.

Malam Jumaat yang lalu, macam biasa. Macam yang di masjid-masjid yang lain adakan, acara membaca yasin mengambil tempat selepas selesai semuanya solat sunat ba'da maghrib.

Lepas itu, kaki aku mula rasa sengal-sengal. Pedih. Macam kena semut-semut. Aku ambil keputusan untuk ambil ubat dalam kereta.

Suasana luar masjid agak suram dan gelap, hanya dilimpahi lampu neon dari dalam masjid sahaja. Selangkah aku keluar, dapat aku rasakan ada sepasang mata yang memerhatikan aku. Aku jadi gerun.

"Mungkin perasaan aku je kot" Kata hati menyedapkan perasaan.

Aku menuju ke kereta yang aku parkir di tempat biasa aku parkir. Aku menjolokkan kunci ke lubangnya. Remote kereta ini sudah lama rosak. Nak tak nak, aku guna cara manual.

Aduh.. Aku jadi panik. Kereta ni buat hal lagi barangkali. Baru minggu lepas enjinnya buat hal. Kini pintu pula nak buat mogok. Aku cuba 2,3 kali.

Sah, pintu kereta rosak!

Sedang aku mula menyusun ayat berdalih yang aku perlu hujah pada ayah aku nanti, aku mundar mandir aku di tepi kereta. Keringat sudah mula berjujuran. Tiba-tiba, aku perhatikan rim kereta.

"Eh, bila masa pulak rim kereta aku ni jadi buruk?" Aku mula berfikir, hairan.

Tiba-tiba bunyi tingkap kereta diturunkan dengan janaan automatik. Terpacul satu kepala!

"Adik salah kereta kot. Ni kereta akak ni." Kata akak tudung kuning, dengan muka tahan gelak.

"Er... sori ye kak" ujar aku dengan muka yang amat malu.

Sial, walaupun tingkap kereta sudah ditutup, aku masih boleh dengar kekekan gelak tawa akak tadi. Tak henti-henti sampai la azan berkumandang.

Hilang rasa sakit kaki, timbul pula sakit hati.

4 comments:

  1. agak sengal jgk kan ko?
    lau aku jd ko msti da trjun lombong akibat kemaluan yg terlampau!
    hahaa...ko pkai spec x tyme 2???
    =)

    ReplyDelete
  2. hehehehehehehehe.. nasib baik x de crew wakenabeb muncul dr mana2.. hahahahahahahaha..

    ReplyDelete
  3. seperti si ayam meninjau tingkap kereta ustat saupi di depan dewan lepas prep malam.

    ReplyDelete

Komenlah Aku