Tuesday, June 10, 2008
TIADA WARNA BERTERBANGAN MENGHIASI LANGIT
"Fish, lu dah tengok result belum? Ok tak?"
"Kwn2! Result dah kuar. Silalah tengok."
"Adui la... Result teruk mcm gampang. Kau punya ok tak?"
"Wei, kau ada sangkut tak? Takkan repair lagi kot."
Itu adalah sebahagian dari teks mesej yang saya terima 2,3 hari kebelakangan ini. Keputusan peperiksaan yang lalu sudah pun keluar. Saya amat gementar. Saya dapat rasakan kehangatan gred "D" dan "F" melalui beberapa siri mimpi ngeri malam-malam kebelakangan ini yang disulami mimpi-mimpi basah. Ehem... Ehem... Jangan difikirkan sangat.
Alhamdulillah. Keputusan agak baik jika dibandingkan dengan usaha saya dan perangai-perangai pensyarah yang tidak terduga. Dan keputusan ini agak memalukan jika dibandingkan dengan keputusan Sue dan Ilya. Alahai, malunya.
Tak perlu lah saya tunjukkan keputusan saya di sini. Cukup la sekadar saya seorang yang tahu. Cukup lah sekadar saya boleh tamatkan sesi pengajian di sini, dengan cemerlang atau kurang cemerlang. Yang penting tidak tertangguh.
Bukan apa, telinga ini sudah bingit mendengar leteran ibubapa yang membebel tiap kali saya meminta duit belanja per"sekolah"an. Hish, umur dah 25 tahun tapi minta duit dekat ibubapa macam budak sekolah. Apa boleh buat, nasib badan. Bukan saya tak mahu cari kerja sambilan tapi bapa saya menhalang. Katanya, kalau belajar tu belajar je la. Tak payah kerja. Tapi bila minta duit, dia marah. Saya pun tak faham. Kamu, tak payah susah-susah nak fahamkan ya!
Cukup lah penderitaan telinga dan hati saya ini. Saya mahu tamatkannya segera. Saya mahu kurangkan dosa dengan ibubapa saya (dengan marah-marah dalam hati). Give me LIFE!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sue dgn ilya jek? ain 3.6 gak tau.
ReplyDeleteaku bukan idola wiwin...
ReplyDeletenama aku mane masuk dlm list die...
huhuh...
tp, jgn lah jadikan aku idola kau,
sesat barat nanti!
wakakaka...
wiwin..xpe..itu dugaan ko..untuk prepare yourself di alam pekerjaan nnti..haha..nnti ko dah keje dengar orang lain bebel lak..so kire mende neh sebenarnye nak train ko..sekian sayembara saye..
ReplyDeleteAin, kau masih belajar lagi ke?
ReplyDeleteKalau dah abes, kau dah out of list.
Ni antara yang masih lagi belajar jek.
Sekian, sayembara saya.
Ngok...
wiwin, nombor2 tu cuma atas kertas je, bukan kayu ukur kejayaan seseorang tau?
ReplyDeletegood luck :D