Saya terpanggil dengan berita muka hadapan ini di dalam Utusan Malaysia (Maaf, saya tidak membaca akhbar NST).
Selama pemerhatian saya di dalam kampus saya, memang terdapat perbezaan ketara di antara 2 jantina ini walaupun kemasukkan golongan Nyah atau Bapok ke kampus meningkat dari tahun ke tahun.
Pada apa yang dapat saya fahamkan, golongan lelaki zaman sekarang memang agak kurang rajin untuk kembali ke alam pembelajaran selepas tamat zaman persekolahan. Bagi mereka, zaman persekolahan adalah zaman terakhir untuk mereka duduk di kelas dan menghadap buku serta menjawab peperiksaan. Apatah lagi mendengar leteran guru kelas dan menghadap muka bengis guru disiplin.
Saya ambil contoh yang terdekat iaitu adik saya sendiri. Dia tiada sebarang ikhtihar untuk mencari atau mengisi mana-mana borang kemasukkan ke mana-mana institut pelajaran. Apatah lagi jika hendak suruh dia cari sendiri tempat yang dia mahu belajar. Haram... Hendak di ketuk, baru la nak jalan. Bila di suruh kerja, asyik la bertukar-tukar kerja. Contoh, bulan lalu dia bekerja di kantin sebuah pejabat dan matlamatnya hendak membeli sebuah telefon bimbit baru. Setelah matlamatnya tercapai, lalu dia terus berhenti kerja dan menjadi penganggur terhormat kembali di rumah sambil duduk-duduk menghabiskan sisa gaji kerja yang dahulu.
Ramai juga anak remaja di persekitaran taman perumahan saya yang tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut pengajian walaupun telah mendapat peluang. Bagi mereka, mereka lebih selesa untuk terus kerja selepas tamat Sijil Pelajaran Tinggi (SPM). Biar la mula dengan gaji bawah RM500, asalkan dapat pegang duit sendiri dan berjoli dengan duit itu. Mereka lebih selesa mengumpul harta. Saya tidak nafikan bahawa ia suatu usaha yang baik dan rezeki tuhan memang ada di mana-mana sahaja, tetapi bagi saya, terasa sayang waktu muda saya disia-siakan dengan kerja berat semata-mata untuk kepuasan nafsu muda mereka.
Apa-apa pun, zaman sekarang, kemahiran terhadap sesuatu kerja amat diperlukan kerana pelajaran juga bukan segala-galanya. Jika keputusan cemerlang mana sekalipun tetapi jika tak boleh nak buat kerja, tiada gunanya juga. Memetik kata-kata perangsang oleh seorang sahabat "Keputusan peperiksaan cuma atas kertas sahaja.". Yang penting, kesungguhan dalam melakukan pekerjaan.
Kita sama-sama ambil ikhtibar dan mari kita ramaikan kembali kaum adam di seluruh IPTA!
mcm kenal je ayat perangsang tu... hehehe
ReplyDeletetapi betul la kan? result cun utk qualified pegi interview je. once kite dah duduk depan interviewer, all that matters is ourself ;)
budak2 laki ni x pk panjang kot, pk nk dpt duit instant je. sbb tu malas nk sambung stadi...
p/s: komenku dah kembali ke jalan yg benar
anda fikri bin misti seharusnya berasa bersyukur ya...
ReplyDelete