Friday, June 20, 2008

ANOTHER "HAND FRUIT" FROM KABIR


Baru-baru ini banyak digezetkan sedutan-sedutan filem yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan. Terpulang kepada kita untuk menonton filem-filem yang bergenre ikut peribadi kita sendiri. Ada filem seram, komedi romantik, suspen, kelakar dan pelbagai lagi.

Filem tempatan yang sedang giat menjalankan promosi sekarang ini ialah filem terbaru arahan Kabir Bhatia, SEPI yang bakal menjengah penonton pada 26 Jun 2008 ini serentak seluruh negara. Tarikan utama saya dalam filem itu ialah Afdlin Shauki! (buat ombak!)

Mungkin kebanyakkan rakyat Malaysia masa kini tidak begitu gemar menonton filem tempatan kerana dakwa mereka, filem tempatan mempunyai olahan cerita yang sangat tipikal dan boleh mengagak kesudahan cerita tersebut. Tidak kurang pula ada yang menyatakan bahawa ke"anti"an mereka terhadap beberapa orang pelakon yang wajahnya kerapkali menghiasi layar perak. Muak katanya.

Tapi bagi saya, tidak semua filem tempatan bagus dan tidak semua juga yang tidak bagus. Mungkin mereka mempunyai idea cerita yang sama tetapi olahan dan garapan yang kreatif memberikan cerita yang sama itu suatu kelainan.

(Winamp sedang memutarkan lagu APOLOGIZE - Timbaland Feat One Republic)

Sejak menonton filem CINTA di pawagam tahun lepas, hati saya begitu teruja untuk menonton buah tangan Kabir yang lain. Walaupun ada orang yang beranggapan filem ini meniru filem "Love Actually (2004)" arahan Richard Curtis (Four Wedding And A Funeral, Bridget Jones's Diary, Notting Hill), tetapi gaya penceritaan ala Malaysia memberikan suntikan kelainan dalam filem itu. Saya yang sememangnya peminat besar filem "Love Actually" menjadi lebih teruja apabila mengetahui filem Cinta adalah seolah-olah filem itu.

Kebanyakkan filem tulisan Richard Curtis dilakonkan oleh Hugh Grant. Favourite actor or what?

Saya harap saya tidak mempunyai sebarang aral untuk menontonnya pada hari pembukaan kelak. Saya hanya menonton filem di pawagam pada hari kerja kerana saya berpeluang menggunakan kad pelajar untuk mengurangan harga tiket disamping keadaan pawagam yang lengang dan selesa sebab tidak ramai pengunjung.

Harap anda dapat menontonnya juga.

P/S : Kabir, jangan lupa panggil saya untuk berlakon dalam filem kamu yang akan datang, ya?

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku