Tuesday, June 03, 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HOSPITAL PAKAR JOHOR KPJ

Hari Jumaat yang lepas, saya dan Cikgu Amin sempat melawat Saudara Poji Basar yang sedang menjaga ibunya. Buat pengetahuan semua, ibu Poji Basar baru sahaja selesai pembedahan membuang ketulan breast cancer. Poji Basar juga ada kisahkan penderitaan ibu dalam entry ini.

Suasana hospital itu seperti waktu-waktu dahulu. Bau hospital. Memang saya alah sejak kecil lagi. Mungkin sebab itu, saya gerun untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan nasihat kesihatan. Selangkah saya ke dalam persekitaran hospital, hati sudah mula bergetar. Apa yang buat saya gagahkan hati untuk meneruskan perjalanan ialah kemanisan wajah-wajah jururawat muda di situ. Dengan berbekalan senyum mengancam dan sut biru tua, sudah cukup buat saya jadi gagah, biarpun sementara.

Kami tak masuk ke dalam wad sebaliknya kami menyarankan Poji Basar untuk keluar dari wad bagi bertemu dengan kami. Sedikit sebanyak lawatan ini menyedarkan kami bahawa dunia merupakan tumpangan semata-mata, bila-bila masa sahaja nikmat kesihatan ini boleh ditarik balik.

Poji Basar seorang anak yang baik. Tak rugi jika ada sesiapa wanita yang berkenan dengannya. Di kala anak-anak lain sibuk bekerja, dia seorang sahaja yang menemani ibunya sambil membacakan ayat-ayat suci Al-Quran di sebelah katil ibunya. Walaupun dia sedang membina kerjaya sebagai guru tuisyen, majikan yang baik hati sanggup memberi cuti tanpa had kepadanya sehingga keadaan ibunya pulih.

Tujuan entri ini ditulis hanyalah untuk memuji Poji Basar semata-mata tanpa mengaut apa-apa keuntungan dari tuan punya nama. Entri ini juga cuba mempromosikan Poji Basar bagi mendapatkan calon isteri yang sesuai. Ini adalah disebabkan kesusahan menjaga ibunya yang saya lihat dengan mata saya sendiri, di hospital itu. Waktu malam, dia tak dapat temani ibunya di wad kerana wad wanita hanya boleh di jaga oleh penjaga wanita sahaja. Jika Poji Basar sudah ada teman wanita atau isteri, mungkin mereka boleh tolong tengok-tengokkan keadaan ibunya pada waktu malam.

Begitulah sedikit sebanyak kisah seorang anak yang baik. Saya berharap Poji Basar dapat mencari kerja di sekitar Johor Bahru. Mudah baginya untuk pulang ke kampung untuk menjenguk-jenguk ibunya.

Nota Hujung Kaki : Insya-Allah, esok ibunya akan keluar dari wad. Mari kita sama-sama doakan agar ibunya cepat sembuh. Amin.

3 comments:

  1. bukan susah nak cari suami yg baik rupanya..

    ReplyDelete
  2. Komen anda sangat gampang sekali.

    Definisi susah dan senang antara kita memang berlainan.

    ReplyDelete
  3. oiiii
    kau takde benda lain ke nak tulis wiwin ooiiii

    ReplyDelete

Komenlah Aku