Banyak kali mahu dipanggil oleh berita di dada akhbar pada hari ini. Semuanya memeningkan kepala saya. Tapi apa sudah jadi dengan berita ini. Juga dikatakan wajar dan berpatutan?
Minggu lepas, harga ayam masih lagi berada di lingkungan harga yang biasa-biasa sahaja walaupun kenaikan harga petrol yang melonjak tinggi. Masih pada harga RM6.50 per kilogram.
Semalam, berita memaparkan harga ayam sudah naik ke harga RM8.00 per kilogram. Lambat betul kenaikkannya. Dan harga ini berpatutan? Lepas ini harga apa lagi yang patut naik ye?
Untuk sahabat yang berada jauh di perut ibu kota metropolis. Tukar menu anda untuk makan tengahari. Jangan lagi makan daging ayam. Pasti harganya bukan lagi RM3.50 sepinggan. Jika memang teringin sangat-sangat nak makan lauk ayam, cuba makan telurnya sahaja. Mungkin lebih jimat.
Selepas ini, anda perlu rajin untuk menghadiri mana-mana kursus yang disediakan oleh syarikat tempat anda bekerja. Pasti makan tengahari anda lebih mewah dengan lauk pauk indah dan enak. Atau pulang ke tanah air sendiri yang kos taraf hidupnya lebih rendah dari di metropolis?
Jika ini berlarutan, mungkin juadah majlis perkahwinan akan bertukar. Dari lauk-lauk berasaskan ayam dan daging ke makanan berasaskan produk tempatan. Seperti makan ubi rebus cecah sambal totok ( JP mesti suka makan ni), atau makan tempe goreng berempah cecah sambal kicap, atau sup tauhu.
Lebih murah, lebih jimat!
Salam keruk pun kita bayar paling banyak pun RM10.00 per salam. Kita makan dah dekat RM6.00 seorang, belum masuk makanan berkatnya lagi, bunga telur lagi, cemil-cemilan atas meja makan lagi. Isk... Memang patut harga salam keruk pun naik sekali!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteErr...awak salah tempat mengomen ni. Ni cerita pasal ayam.
ReplyDeleteJangan salah lagi ok? :P
alamak... hahahahahaha
ReplyDelete*malu*
training aku aritu bernilai 2500usd.. berbaloi ke?
ReplyDeleteterpaksala aku beli cerek elektrik.. dan mulai minggu hadapan aku akan cuba2 makan mee maggi pula utk hidangan malam..
mungkin ada sedikit penjimatan dapat dilakukan. insyaAllah..
Kau bayar pakai duit kau ke USD2500 tu. Tak kan? So, tak rasa berbaloi ke?
ReplyDeleteaku dah lama plan nak hidang nasi ayam masa aku kawen nati. nmpk nye kena tukar plan. aku rasa baik aku hidangkan lauk kampung mcm kawen ning baizura tu je la. huhu..
ReplyDeleteerk..mungkin kite semue patut menjadi vegetarian..so..tak yah makan ayam..hohoho..mari makan vegie..dapat badan yang sihat dan kuat..huhuhu
ReplyDeleteah, sudahlah pox! aku cabar ko mkn sayur (yg biasa2, x mahal & selain brokoli, cendawan, bunga kobis dan yg sewaktu dgnnye). bole?
ReplyDeleteapok nak jadi veggie?
ReplyDeleterasenye haritu baru je die kutuk aku jadi kambing :P
Ok la tu hidang veggie je.
ReplyDeleteNak murah sikit, letak ulam-ulaman je atau cabut je mane rumput tepi jalan tuh.
hahahaha...tu lah pasal..nk pengsan...kene makan vegie..hahha
ReplyDelete