Wednesday, June 11, 2008

MARI BERCERITA TENTANG MIMPI ANAK DARA SUNTI BERGETAH


Di suatu petang, di dalam kamar seorang dara pingitan,

"Warghhh....!" Tiba-tiba kedengaran suara halus menjerit ketakutan. Menggelabah.

Pak...Pak...Pak... Bunyi tapak kaki. Berlari ke arah bilik itu.

"Kau dah kenapa ni Lela?" Tanya Mak Tungkik sambil menguakkan daun pintu bilik anaknya. Kehairanan. Tidur siang pun boleh mengigau ke?

"Lela mimpi ngeri la mak. Geli sangat-sangat." Ujar Lela dengan ekspresi muka kegelian. Termengah-mengah. Peluh keluar dari setiap liang roma di wajahnya.

"Apa yang kau mimpi ni, Nak?" Tanya Mak Tungkik benar-benar ingin tahu.

"Lela mimpi ada dua ular melingkar dekat kaki Lela. Hee....Gelinya!" Jawap Lela sambil mengambil gebornya dan mengibas-ngibas kakinya. Geli betul dia.

"OOwwhhh...Tu tandanya anak mak ni ada 2 orang yang minat..." Tersenyum 'ja Mak Tungkik. Telahannya mengalahkan Nujum Pak B'lalang pulak. Nostradamus pun kalah!

"Memandai je mak ni. Mak penah mimpi jugak?" Tanya Lela dengan mengukir senyuman sinis.

"Mak dulu lagi handal." Mak Tungkik mula buka cerita, "Dulu mak mimpi ada 10 ekor ular lilit-lilit badan mak ni...".

Tersenyum 'ja Mak Tungkik bercerita. 'Ular' anaknya belum setanding 'ular'nya ketika muda dahulu. Ketika itu Mak Tungkik belum lagi tungkik. Masih lagi bergetah dan steady. Masih ada suntinya. Tapi sekarang bukan ular, malah ulat pun belum tentu mahu masuk mimpi Mak Tungkik. Ceh!

1 comment:

Komenlah Aku