Friday, June 06, 2008

APA BOLEH BUAT? BENDA DAH JADI.

Selepas pengumuman kenaikkan harga minyak petrol oleh Perdana Menteri kita, banyak betul komen-komen yang saya baca di mana-mana, di media bercetak mahupun media elektronik. Semua orang memperkatakan benda yang sama, implikasi kenaikkan ini ke atas harga barang.

Yang paling saya hairankan, kebanyakkan akhbar-akhbar tempatan yang saya baca, komen-komen dari para orang kaya Malaysia dan segelintir golongan berpengaruh yang banyak duit, menyatakan bahawa tindakan menaikkan harga minyak adalah wajar. Tak kurang juga ada yang mengatakan bahawa kita dah lama hidup dengan subsidi dan sekarang kita perlu berdiri atas kaki sendiri.

Ada duit boleh la depa kata lagu tu. Kalau suruh depa masuk realiti TV yang dia buat ini, hangpa ingat depa berani ka?

Kenapa tidak mengambil komen-komen dari rakyat berpendapatan rendah atau sederhana yang perlu menampung makan minum anak bini yang ramai? Bagaimana perasaan golongan yang berkeluarga besar? Setakat ini, tiada lagi media yang mengutarakan masalah mereka ini selepas pengumuman dibuat. Sepanjang pemerhatian saya lah. Kalau yang terlepas pandang tu, harap maaf la banyak-banyak.

Mereka kata, kita perlu tengok dari sudut yang positif. Ini akan membantu mereka untuk mengagihkan subsidi kepada sumber makanan rakyat Malaysia pula. Kita sebagai rakyat harus faham keputusan yang mereka terpaksa lakukan.

Ok, fine. Bagi saya, ini bukan suatu isu yang baru. Tapi terbit rasa kasihan saya melihat mereka yang berpendapatan rendah. Anak-anak mereka. Dengar kata, tambang bas sekolah akan dinaikkan sebanyak RM50. Itu satu hal la. Makanan di kantin sudah pastilah naik harga. Paling tidak, akan naik RM0.20. Kuih-muih jika dahulu 3 biji RM1.00, lepas ini dah jadi sebiji RM0.50.

Kasihan juga saya kepada para lelaki bujang yang hidup merempat di perantauan. Makanan sudah tentu semakin mahal. Makan nasi berlaukkan ayam sahaja, harganya dah mencecah RM3.50. Bila masa nak kumpul duit untuk kahwin? Nak buat persediaan berumahtangga lagi. Nak fokus pada kerjaya lagi. Lain benar dengan para wanita. Di dalam waktu para lelaki ini pening dan mengikat perut, mereka masih lagi mampu untuk makan dan minum di tempat-tempat mewah. Almaklum la, bukan mereka yang nak kena bayar duit hantaran.

Ini bukan kata kosong. Ini hasil pemerhatian saya. Kalau tak puas hati, bungkus dan simpan elok-elok rasa tak puas hati itu sebab saya ingin nak tahu.

Akhbar hari ini ada menyatakan harga gula akan mula naik tak lama lagi. Itu baru harga gula. Mana tahu elok atau lusa, berita kenaikkan harga tepung atau ayam pula. Tunggu dan lihat. Saya pasti akan ada kenaikkan.

Ini sebelum bermulanya bulan Ramadhan al-mubarak. Belum lagi masuk bulan Syawal. Belum lagi musim orang nak menantu. Worst case scenario, kita ambil pada musim bulan puasa nanti. Musim orang tiba-tiba pandai berniaga di bazaar Ramadhan. Jangan kita harapkan makanan murah tahun lepas, dengan harga yang sama. Paling-paling kurang pun, akan naik harga RM0.50. Lepas tu, bendanya takdelah banyak mana pun. Silap-silap, Ramadhan tahun ini, orang dah tak mahu berniaga sebab tak mampu yang keluar duit modal.

Alahai...

Duduk-duduk lepas makan tengahhari tadi, tiba-tiba pula saya terfikir, adakah ini satu deja vu? Adakah peristiwa tahun 1998 akan berulang semula? Barang naik harga, orang kena buang kerja sana sini. Yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya. Zaman inflasi kembali lagi dan kempen inflasi sifar serta kempen belilah barangan buatan Malaysia kembali bermula. Minta simpang malaikat 44.

Bukan mahu protes atau membangkang, Cuma ingin berkongsi perasaan. Manalah tahu, ianya berguna.

Kita bising-bising pun, bukannya waktu akan berputar semula. Hu hu hu...

8 comments:

  1. nak tau lauk makan tengahari saya tadi apa?

    nasi sepinggan, ayam masak merah, sayur kekacang yang kachak bersama tempe, telur asin + air suam

    rm 7 tau...


    baru kdai buruk jek tu...



    haih...


    nmpknya,

    saya perlu diet.

    ReplyDelete
  2. huhu lepas ni RM100 dah macam siggit jela kan huhu

    ReplyDelete
  3. Ain, kalau taknak diet pun xpe. Cari keje kat JB ni. Lupakan keseronokan yang dikecapi di KL tu.

    Ujie, lepas ni kau balik sebulan sekali je la. Tak boleh nak balik tiap-tiap minggu. Minyak lagi.... Sian...

    ReplyDelete
  4. hoh..tu ar..aku pon rase nak balik johor..btw, ko ckp mcm la ain tuh org johor..diorg melaka ar..suh die blk melaka la..hikhikhik

    ReplyDelete
  5. share skit rezeki negeri kita dengan dia. Tmpt dia nanti dok bawah ketiak bapaknye je plak nanti

    ReplyDelete
  6. aku pn xleh blk everyweek camni

    ReplyDelete
  7. kita patut rase bertuah dpt P.M yg bijak mcm paklah...krisis 1998, memang btol kite mengalami kegawatan ekonomi....tapi semua benda masih lg terkawal....tapi kali ni semua benda dh tak terkawal...mcm mane nak kawal inflasi kalo semua benda naik termasuk barangan buatan malaysia...terima kasih bebanyak pd PM & konco2 nya....

    ReplyDelete

Komenlah Aku