Wednesday, May 14, 2008

HIDUP KITA ADALAH DRAMA. BERTOPENG ADALAH PILIHAN AKU.


Saya masih belum kuat. Masih belum cukup keberanian. Masih belum cekal hati.

Biasanya, rancangan yang saya rancang memang tidak akan berjalan dengan lancar ataupun tak pernah jadi langsung. Entah la, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin memang belum masanya lagi.

Sungguhpun tidak berpeluang untuk bertemu sebelum cuti akhir semester ini kerana komitmen masing-masing yang lebih ke arah kemas bilik dan berehat. Nampak gayanya kena ditunda lagi agenda saya ini. Jadi saya telefon sahaja dengan menggunakan perkhidmatan hotlink super saver. Puas berborak, keberanian masih juga belum kunjung tiba. Jadi saya SMSkan sahaja hasrat hati. Sampai sekarang tiada SMS balasan. Sungguhpun saya suruh dia melupakan sahaja SMS saya yang terdahulu, namun tetap tiada balasan. Serba salah jadinya.

Tapi bila difikirkan, pilihan hati saya sejak dahulu lagi sememangnya dari rakan-rakan rapat saya sendiri. Dan bila saya mula menyampaikan hasrat hati, persahabatan kami mula renggang dan akhirnya, putus. Saya tidak mahu perkara yang sama terjadi lagi kali ini. Sayang rasanya. Persahabatan yang dibina bertahun lamanya punah ranah disebabkan hasrat hati saya yang kerdil ini. Tak berbaloi.

Apa boleh buat? Suatu hari nanti saya akan gagal jua. Anda rasa anda di pihak yang benar, Bal9at?

Mungkin kata-kata Ilya ada betulnya, "Hidup sorang adalah lebih baik."

6 comments:

  1. marahnye aku..

    belum mule apa2 dah ngaku kalah..

    ape ni win?

    ReplyDelete
  2. alaa wiwin

    lain orang lain caranya

    ada yg bahagia bile sorang

    ada yang bahagia bile berdua

    wiwin,

    bila sorang laki dh beri hatinya pada sorang perempuan dia tak bole putus asa

    chaiyok2

    ReplyDelete
  3. ok.. aku pun pernah gagal...semua org pernah gagal...


    bila la berpeluang main perut ko lg ni...

    ReplyDelete
  4. jgn kat rumah aku lagi..

    rumah aku dah ada katil baru..

    hahahah..

    ReplyDelete
  5. si dia yg pernah kau suka telah kembali solo. apa lagi wiwin? wink!

    ReplyDelete
  6. Naikkan semangat beta!!!

    Thank you. Step by step ok...

    ReplyDelete

Komenlah Aku