Thursday, May 29, 2008

JANGAN TIDUR MAGHRIB. KISAH BENAR.

Hari itu memang hari malang bagi Kamal. Kerjanya mula awal hari ini. Seawal burung nak keluar sarang cari makanan. Seawal jam 6.30am lagi, dia sudah pecut kereta kancilnya menuju lebuhraya untuk ke Kuala Lumpur. Ada kerja lapangan (fieldwork) yang perlu dihabiskan sebelum boss besar mahu lihat laporan mengenai projek itu. Haih, penatnya.

Sebelum Kuala Lumpur menjadi sesak, Kamal cepat-cepat menyelesaikan segala kerjanya. Fikirnya mahu keluar dari metropolis ini seawal mungkin. Takut sesak dan lambat pula sampai di Johor nanti. Segala perkakasan sudah dimasukkan dalam bonet kereta dan selepas minum petang sekadarnya bersama dengan kontraktor, dia terus pecut keretanya pulang ke Johor. Nasib baik kereta belum mahu banyak. Lengang sikit highway, kata hatinya. Kamal berhentikan keretanya di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban untuk mandi dan tukar baju. Baju kerjanya sudah berbau semacam ikan kering Mak Som Kampung Nelayan. Nak dijual, takde harga pulak. Ha! Ha! Ha!

Perjalanannya diteruskan. Hari semakin gelap tapi Kamal masih mahu teruskan perjalanannya. Dia mahu sampai di Johor Bahru sebelum jam 10.00pm kerana dia ada temujanji dengan kekasihnya pula. Takut-takut merajuk kekasihnya nanti.

Jam menunjukkan sudah pukul 7.00pm. Matanya mula memberat. Haih, time-time gini la mahu mengantuk, bisik hatinya. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, Kamal masuk ke susur keluar ke Tangkak. Dia memparkir kereta di bahu jalan berdekatan dengan Kg Bemban sebelum melelapkan matanya. Belum sampai 15 minit, dia terasa bahunya dicuit dan menyebabkan dia terjaga. Ermm..tiada pula orang disebelahnya.

Tut..tut...tut... Tersentak dengan bunyi penggera telefon bimbitnya yang telah diselaraskan untuk berbunyi jam 7.30pm. Jadinya, bukan mimpilah dia terbangun disebabkan dicuit tadi. Dengan perasaan bercampur-baur, dia teruskan perjalanan sambil mengesat-ngesat matanya yang mengantuk. Memujuk-mujuk supaya jangan tertidur lagi.

Di lebuhraya, dia cuba lupakan segalanya. Sedang dia memandu, bas di jalan bertentangan menalakan high beam. Celaka! Dia mencarut. Mentang-mentang la kau besar. Belum sejuk hatinya, kereta dibelakang pula menalakan high beam. Cel... Eh aku kat lorong kanan rupanya. Dia masuk lorong kiri untuk beri laluan kepada kereta itu. Tapi kereta itu masih beri isyarat high beam. Pelik. Kenderaan-kenderaan seterusnya pun begitu. Kamal mula rasa seriau. Seram. Cuak. Dia berhenti di R&R Pagoh. Tiba-tiba seorang pemandu kereta menyapanya, “Bang, tak perasan ke?”.

“Benda apa?” Tanya Kamal.

“Benda atas kereta abang tadi.” Jawab pemandu itu dengan wajah seram.

“Serius ke?” Kamal sudah mula takut.

“Rupa saya ni ada macam crew wakenabeb ke bang?” Jawab pemandu tadi sambil berlalu. Bengang agaknya.


***


Jali KWSP, Nuar CIMB, Poji Johorland, Malu JPM tercengang-cengang. Melopong-lopong.

“Benda apa tu Mal?” Tanya Jali KWSP.

“”Benda” tu la. Selama aku kat highway, dia ada atas kereta aku dowh” Jawab Kamal bersungguh-sungguh.

“Dah la, jangan cerita lagi. Every month aku lalu situ nak balik kampung tau,” Ujar Poji Johorland keseraman, “Tapi aku tak kena macam kau kot.” Sambungnya.

“Kau jangan berlagak Ji” Kata Nuar CIMB.

“Ye la. Kau tengok kereta Kamal tu,”kata Poji Johorland sambil menjuihkan bibirnya ke arah kereta Kamal, “Ariel panjang sangat, tu yang benda tu tersangkut tu. Ariel aku pendek aje”

Nota Selit Kaki : Jangan tidur masa maghrib dan hati-hati ketika lalu di kawasan lebuhraya sekitar Pagoh dan Tangkak. Jangan dapat nasib macam Kamal.

7 comments:

  1. apa yg ko cuba nak sampaikan ni pundek?

    ReplyDelete
  2. Dah...dah...dlm blog ni, aku je boleh mencarut. Aku cili mulut korang berdua ni karang!

    ReplyDelete
  3. seriyes aku xpaham..


    tp dulu aku pernah ada pengalaman jugakla lalu highway dekat ayer keroh.. x caya tanya jane..

    ReplyDelete
  4. ingat filem 7 perhentian ker?

    shial la korg...

    ReplyDelete
  5. Kau ingat yg kamal kena cuit? Ada something follow dia dr tempat dia kena cuit tu la. Tapi something tu bertenggek atas kereta, so, kamal tak nampak. Org2 lain yg nampak.

    Ada fehem?

    ReplyDelete

Komenlah Aku