Monday, May 12, 2008

MAJLIS MOHOR BESAR RAJA-RAJA MENGISYTIHARKAN......ESOK HARI RAYA KAMI!

Suasana kolej pagi tadi sangat tenang seawal jam 5.00am lagi. Mata saya memang degil. Tidak mahu juga lelap walaupun dah golek-golek hampr 1 jam lamanya. Letih. Akhirnya kegigihan ulangkaji semalaman pada hari semalam membuahkan hasil. Peperiksaan pagi tadi dijawab dengan tenang walaupun target untuk mendapat A telah tersasar kerana carry mark yang agak rendah. Dapat B pun dah dikira bonus dah kerana gred itu lebih tinggi dari gred Tom[oq] iaitu C+. Yay!

Pulangnya saya dari peperiksaan dan makan tengahhari, lagu-lagu hari raya, lagu nyanyian Sudirman dan lagu-lagu nasyid berunsurkan perpisahan sudah mula kedengaran disegap pelosok kolej. Lagu-lagu yang raya, balik kampung, hari kemerdekaan dan perpisahan yang menjadi simbolik kepada tamatnya peperiksaan mereka. Tapi bukan pada saya. Dan juga roommate saya. Masih berbaki 1 subjek pada esok pagi yang memberi kesan "tidak tidur malam ini" kepada kami. Mungkin lagu-lagu itu akan mula kedengaran pada esok tengahhari di bilik saya. Atau petang. Atau malam. Sebab pelbagai rancangan susulan selepas tamatnya peperiksaan hari esok.

Makan tengahhari kami esok akan ditaja oleh seorang sahabat bernama Muaz. Makan di rumah atoknya di Jitra. Makan berlaukkan ala-ala kampung. Minum ayaq kelapa muda noo... Pasti segar! Berlegar-legar di Jitra Mall mungkin. Cuci-cuci mata. Habiskan sisa duit. Luangkan masa senggang dengan rakan-rakan lain sebelum mula bercuti panjang.

Dan upacara penting esok malam ialah penentu kepada penamatan status bujang saya untuk semester hadapan. Jika "peperiksaan" ini lulus, pecah la rekod bujang selama 25 tahun yang saya pegang selama ini. Jika gagal, maka bertambah la 1 semester lagi hidup bujang di kampus ini. Doakan ya!

1 comment:

  1. ko nak try iwa ke?

    aku dgr iwa dah single skang..

    ehehe.. selamat mencuba, jangan gopoh ye wiwin..

    wink!!

    ReplyDelete

Komenlah Aku