Showing posts with label Tekanan. Show all posts
Showing posts with label Tekanan. Show all posts

Monday, May 05, 2008

KEPALA TERHANTUK, HATI TERSENTUH, MULUT MENGELUH. TERIMA JE LA.

**Kala ini akal aku bagaikan abstrak

2 hari yang berlalu ditempuhi bagaikan neraka. Kena tempuhi walaupun pelbagai dugaan menggoda rasa rajin aku. Cairan ilmu dah mula mengalir keluar dari gegendang telinga. Mengalir perlahan menunjukkan tahap kelikatan cairan itu. Mata dah berkaca mintak direhatkan kerana sudah pening membaca gumpalan huruf bergelut dengan pelbagai jenis lukisan diagram.

Aku dapat rasakan bahawa daya ingatanku makin lemah. Semakin penat aku menghafal pelbagai jenis diagram dan teori projek pengkomputeran. Tiba masa sebenar, berterabur segala jadual, diagram dan teori yang aku hafal. Errghhh....Tekanan. Aku kursus akauntansi, mengapa perlu bersusah payah mengkaji ilmu kursus lain sedangkan ilmu kursus aku pun masih lagi tersentap-sentap. Adakah aku akan berjaya seperti Balgat sekiranya aku lulus cemerlang subjek ini?

Peperiksaan semalam betul-betul menduga kesabaran. Dewan yang super chill, jaket tak bawa, soalan macam haram, perut minta makanan. Aku jadi bercelaru. Mengapa masa ini semua benda bergantung pada aku? Segala nama-nama kes dan seksyen-seksyen Akta Syarikat 1965 yang aku hafal semalam, setelah otak aku berhenti proses ilmu SAD pagi semalamnya, hilang bagaikan dibuai bayu. Sedikit demi sedikit aku baca soalan, sedikit demi sedikit jugalah hafalan aku hilang. Bagai ditiup bayu.

Aku jadi hangin satu badan. Soalan macam pelaq. Pensyarah yang jaga pun macam nak'har...un. Bukan aku masuk universiti ni nak jadi peguam cemerlang macam Jane,aku cuma nak jadi akauntan. Kenapa aku perlu bergelut juga dengan 2 subjek yang jauh lebih susah dari subjek kursus aku sendiri? Hakikatnya, aku penat. Akal jadi kurang waras. Jika kena maki, jangan marah ya!

Lantas hari ini, selepas 2 hari berturut-turut menempuhi hari bagaikan neraka, aku mengambil keputusan untuk menonton filem lelaki besi, Tony 'Ironman" Stark, di pawagam terdekat. Kononnya nak hilangkan tension la nih.

Friday, April 18, 2008

KASIHKU BER"BARE-BACK" HITAM PLASTIK YANG SEXY

**Kalau ada yang berkenan, jangan hubungi saya ok.
Saya bukan agen mereka.

Para kekasih yang dikasihi,
Ku curahkan rasa sayang ini,
Untuk kau hayati,
Betapa aku sayang kamu,
Cinta aku belum pernah pudar,
Biar kamu jadi kelam,
Biar kau jadi miskin,
Tapi kamu,
Kaya dengan fesyen,
Kamu anggun,
Itu kamu!

Monday, April 14, 2008

MEREKA MENCARI HIDUP MASING-MASING. HALUAN SENDIRI.


Kampus ini sudah memasuki zon peperangan. Pelajar sudah sibuk memenuhi kawasan perpustakaan dan kawasan-kawasan sunyi yang lain untuk mula menyediakan diri bagi menghadapi perang saraf ini. "Eye-bag" juga sudah menjadi trend masa kini. Tidur lambat. Dah rupa mata Gaara.

Kawan-kawan sekeliling juga sudah melangkah satu tapak ke hadapan dalam fasa kehidupan masing-masing. Sudah boleh nampak haluan masa depan sendiri. Jalan yang mereka pilih, aku harap adalah jalan yang tidak sia-sia.

Taqir, sibuk dengan projek "rollercoster" dan Konsert Amal Kasih Jamal dan Saleemnya.

Shahfler, sibuk dengan "khatib" kesayangannya dan pembacaan buku Art Of War, Sun Tzu-nya.

Jimbet, sibuk dengan karier baru, model iklan ubat gigi dan rantai manik.

Zan, sibuk dengan aktiviti "Hubby-Honey"nya.

Tomoq, sibuk dengan tugasan IF-nya,

Tutot, sibuk dengan penjualan penghabisan stok tudung-tudung bawalnya.

Mat Pen, sedang mabuk dilamun cinta kali kedua,

Judin....judin bukan kawan aku...

Jadinya sekarang, aku sahaja yang masih di takuk lama. Masa lapang aku diisi dengan blogging. Tak pun dengan menonton movie dan drama yang tak habis-habis lagi. Peperiksaan sudah berada di hujung selekoh. Kesedaran tak kunjung tiba lagi. Apa nak jadi?

Tuesday, April 08, 2008

WRITER’S BLOCK #1 : IDEALISME PENULIS BARU YANG KESANGAPAN


Biar pun aku bukan seorang penulis profesional tetapi aku tetap penulis, di dalam blog ini. Dan sesekali akan mengalami terencat idea. Secara tiba-tiba minda tidak berfungsi secara eloknya. Hilang fokus. Kuasa kosmos jadi tak seimbang. Tergelincir dari titik keseimbangan.

Malam tadi nak buat tugasan pun tak boleh. Hilang semangat. Hilang punca kuasa. Minda kosong. Aku bancuh segelas besar Penang Kopi-O. Hitam likat pekat berbuih gelap. Dah macam ekspresso. Cuma ianya versi aku. Versi bujang suku abad.

Terlentang kesunyian ditemani lagu yang baru habis dimuatturun dari internet. Saja mahu uji bunyi. Kebanyakkannya lagu jiwang karat mendayu yang menguasai pemain media window aku. Aduh, malas pula nak bangun tukarkan koleksi lagu. Aku rasa aku mahu yang lebih kuasa. Lebih hentak. Lebih goreng. Malas nak layan fikiran yang buntu.

Aku ambil buku nota etika perniagaan yang masih kosong di ruangan halaman belakang. Aku conteng ikut jiwa aku. Tak luak pun buku ni kalau aku conteng. Semester dah nak habis tapi nota ciput jek. Aku bayangkan diri aku jadi Chairil Anwar. Tulis poem yang jadi lagenda. Seketika lagi aku jadi Rangga, menyajak sombong puisi ciptaannya. Seketika pula aku jadi Encik Amir, pensyarah FALAN 1 aku yang suka merapu, bagi mengelakkan pelajar mengantuk. Aku rapu, rapu, rapu. 3 halaman aku conteng. Entah, aku sendiri tak faham. Bahasa jiwa. Memang susah nak faham.

Wahai mata. Kantuklah kamu. Esok masih banyak agenda penting yang perlu dibereskan. Aku belum mahu orang ternampak bulatan gelap bawah mata aku. Ia mengurangkan kadar kemanisan muka aku. Wajah jadi kelat. Tapi tak sekelat wajah muncung MonaLisa yang plastik senyumannya. Monalisa atau Leonardo Da Vinci? Biar bijak pandai yang kaji. Aku cuma tertarik dengan kesimpulan mereka. Tak kuasa aku nak simpul sendiri.

Mata yang degil tak mahu terkatup. Minda jadi nakal semakin kesangapan. Toleh kanan. Ternampak kad jemputan kahwin yang aku tak dapat hadir. Aku lekatkan di papan kenyataan bilik. Toleh kiri. Roommate dah tidur. Gelap. Takut. Aku toleh kanan semula. Terbayang-bayang keindahan malam pertama mereka. Harap-harap indah. Aku jadi cemburu. Minda jadi sangap. Suku abad tanpa teman wanita. Satu pencapaian terbaik sepanjang karier aku sebagai manusia dan rekod ini memecah tradisi keluarga. Mata degil jadi sayu. Jadi sangap seperti minda.

Tekup bantal dan jerit, “BILA AWEK NAK KAT AKU!!!”. Jangan kuat-kuat. Nanti roommate mengigau lagi. Letih layan minda, mata jadi marah lalu mencebik. Malas mahu layan.