Tuesday, May 27, 2008

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR #18


Duduk di rumah sejak saya mula bercuti 2 minggu lepas, merubah aktiviti harian saya sepenuhnya. Jika di kampus, saya ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dan sememangnya seronok. Tetapi apabila berada di rumah, segalanya tersekat. Maklum la, duduk dengan keluarga. Segalanya kena ikut peraturan yang boss besar tetapkan.

Sistem diet juga terpaksa diubah. Jika di kampus saya bebas untuk makan apa sahaja yang terlintas di kepala asalkan ada duitnya. Tetapi apabila di rumah, apa yang emak masak itulah yang dimakan. Nak makan di luar pun, bukan ada duit sangat pun. Apabila ada waktu senggang, sewaktu tangan menyuap longlai nasi ke mulut, saya mula terfikir betapa bernasib baiknya makanan saya ketika ini jika dibandingkan dengan makanan di asrama dahulu. Sekurang-kurangnya, lauk-lauk yang emak masak cukup masin masamnya. Cukup pedas manisnya. Walaupun lauknya saya kurang berkenan.

Sebelum bermulanya saya duduk di asrama, pada mulanya saya terfikir juga, apa sangat lah lauk saya bakal jamah di dewan makan asrama jika kadar bayaran yang perlu dibayar ialah RM1 sehari? Sedap sangatkah? Pada mulanya, saya dimomok-momokan dengan usikan saudara-mara saya yang menyatakan makanan di asrama tak sedap, makan nasi kawah, makan ikan jeket. Tak kurang juga ada yang menyatakan “Kurus la kau bila balik nanti”. Sarkastik sungguh.

Sebenarnya ianya tidak seburuk sangat seperti yang disangka, Cuma saudara-mara saya mungkin cemburu dengan kejayaan saya menempatkan diri di sekolah asrama, fikir saya begitulah.

Terdapat beberapa hari sahaja menu yang disediakan kurang menepati citarasa anak tekak saya. Kebanyakkan harinya, selera saya sentiasa terbuka. Seperti contohnya makan malam hari Rabu. Antara lauk-lauk yang masih lagi segar rasanya dalam tekak saya ialah sayur kobis goreng, telur rebus dengan kuah gulai, ikan bilis goreng dan buah. Sangat tidak menarik. Saya berharap menu ini akan diubah. Sarapan pada pagi Isnin juga kurang saya minat kerana cuma makan roti kering bersapukan mentega dan kaya seadanya. Fahamkan maksud seadanya di sini. Sama maksud dengan “asal ada rasa dan warna”. Kadang-kadang ada cicah dengan sardin. Itulah gambaran awal kami. Sebenarnya bukan sardin pun, cuma sambal dicampur-adukkan dengan isi ikan goreng lebihan lauk semalam.


Bagi menyedapkan sarapan roti kami itu, sewaktu saya jadi senior, selepas ambil roti di dewan makan, saya akan singgah di bilik rehat (bilik gosok baju) terlebih dahulu, sebelum naik ke dorm saya. Saya akan mengendeng-ngedeng junior-junior saya untuk pinjam seterika. Pastikan ada 2 buah seterika untuk kepantasan maksimum. Anda tahu apa yang perlu dilakukan kan? Ya, saya buat roti bakar dengan seterika. Langkah bijak untuk ubah makanan biasa ke luar biasa.

Oh ya, hampir saya lupa. Menu minum penting yang jarang sekali saya makan ialah Kuih Telur Katak yang warna merah jambu tu. Sangat tidak suka. Kalau suap ke dalam mulut sahaja, otak akan melayang teringatkan lendiran telur katak dalam longkang belakang asrama. Eiyuuuu!

Antara lauk-lauk yang ditunggu adalah seperti hari Isnin tengahari iaitu lauk ayam sambal, kuah dalca dan buah. Memang marvelous la masa tu. Siap mintak sambal lebih lagi pada abang dewan makan tu. Nak minta ayam lebih, memang pasti tak dapat, melainkan saya ni kroni-kroni Exco Dewan Makan atau saya ni gadis comel. Konfem dapat la.

Kalau sarapan pula, biasanya memang sedap je. Samada nasi goreng, nasi lemak, beehoon goreng atau mee goreng, selera saya memang sentiasa terbuka. Jika pada zaman junior, saya amat takut untuk ambil 2 kali. Takut kalau kantoi dengan exco, nanti kena marah, kena bantai, sebab junior tak boleh lebih dari senior. Tapi masa zaman saya senior, saya peduli hapa. Ada kalanya, ketika datang selera saya, saya makan 3 pinggan nasi/mee. Junior nak ambil 10 pinggan pun, saya peduli hapa. Dorang lapar jugak kan?

Tapi yang paling heaven la, kalau sarapan pada hujung minggu. Saya memang jarang turun ke dewan makan. Ke surau apatah lagi. Celik-celik mata dah jam 9.00am. dewan makan dah tutup. Tapi saya tenang. Dengan muka tenang dan suara garang, saya suruh la anak buah dorm saya ambil sarapan untuk saya sambil saya menghulurkan bekas makanan saiz sederhana. “Isi penuh” pesan saya. Dalam dorm tu, cuma ada 2 orang senior sahaja. Ketua dorm, yang bernama Waras, upper 6 dan saya, form 5. Kalau saya bangun dulu, saya yang akan suruh mereka ambil makanan. Jika Waras bangun dulu, dia yang akan suruh mereka ambil makanan. Begitulah adanya.

Adakalanya, pada waktu tengah malam, kita akan terasa lapar. Atas pemerhatian saya terhadap beberapa orang junior dorm saya, saya dapati jalan penyelesaian mereka amat menarik dan menjimatkan. Pada waktu petang, ketika dewan makan dibuka untuk makan malam, mereka akan mengambil nasi putih secukupnya dan disimpan di dalam bekas makanan. Langkah kedua ialah selepas kelas prep malam, kantin akan dibuka dan mereka akan order telur goreng. Zaman itu, Along yang jaga kantin sekolah. Sambal tumis dia memang no.1 pada untuk jualan waktu malam, dia akan cairkan sambal secair-cairnya sebab dia tahu pelajar sekolah ini memang obses dengan sambalnya. Untuk penjimatan, katanya. Jadinya, telur goreng itu akan dicampurkan dengan sambal cair itu (sebagai kuah) dan makan dengan nasi yang diambil pada sebelah petang. Kos hanya RM0.50 sahaja.

Bijak betul anak buah saya ni. Macam seniornya juga. Sejak malam itu, saya akan tempah telur goreng itu pada junior saya dan makan bersama nasi yang mereka ambil pada sebelah petang.

9 comments:

  1. kita sama..

    suka ayam hari isnin.....

    ReplyDelete
  2. ha..

    patut dulu aku pelik, apsal korg order telur mata jek bila g kantin lpas prep.

    ada moreh rupenye..

    hukhukhuk...

    ReplyDelete
  3. Biasa la. Kami, nafsu makan macam nafsu kuda. Mane bole skit2. Hahaha....

    ReplyDelete
  4. aku penah nmpk jibam beli makanan tuk tujuh org kot pastuh setengah pastuh turun beli lg

    kantoi..aku skodeng kantin..hahaha

    ReplyDelete
  5. tu namanya kena buli para senior yang baik hati....

    ReplyDelete
  6. aku ske ikan jacket..aku suke sume jenis ikan..huhuhuu..telur rebus kari tuh pon sedap..huhuhuu..kobis gureng..wow mantapnye...aku lapo la plak~~

    ReplyDelete
  7. aku suke makan..haha..aku suke sambal udang mkcik dewan makan..suke gak kat goreng pisang mkcik kantin...

    ReplyDelete
  8. sgt nyer die ske mkn!

    ReplyDelete

Komenlah Aku