Kadang-kadang benda yang kita tidak nampak itu adalah sesuatu yang kita perlu percaya akan kewujudannya. Tiada dalam bentuk fizikal menyebabkan kepercayaan kita rapuh. Mata kita memerlukan bukti fizikal untuk membenarkan hati untuk mempercayai. Sudah menjadi lumrah manusia untuk bertindak sedemikian. Arakian, sehingga ke hari ini, manusia masih lagi mengamalkan peraturan kuno itu. Masih lagi mempertikaikan kewujudan yang tidak nampak. Walhal sejarah telah menunjukkan bukti.
Sir Isaac Newton membuktikan kewujudan daya graviti sedangkan graviti itu tiada bentuk fizikalnya. Beliau hanya nampak kesan kewujudan daya graviti sahaja, bukan daya gravitinya.
Apa yang ingin saya terangkan di sini ialah nilai persahabatan. Tali silaturrahim. Nilai kewujudan kita diukurkan dengan nilai persahabatan selain hubungan kekeluargaan. Bukan pakej percintaan. Bukan helaian wang ringgit. Bukan kuasa magis menakluk alam. Bukan itu semua. Apa yang penting dalam kehidupan ialah bagaimana kita wujud dalam hati orang. Bagaimana perbuatan kita boleh berbekas ke dalam hati orang ramai. Bagaimana kita membina kenangan silam bersama.
Mungkin tak ramai yang menyedari betapa berharganya nilai persahabatan ini. Sebab ianya bukan dalam bentuk fizikal, sebaliknya dalam bentuk "intangible". Sebab ianya tiada nilai pertukaran matawang ataupun untuk diperdagangkan. Jika tidak, sudah tentu kita boleh lihat ianya bersepah di pasaraya terkemuka ataupun menjadi mangsa cetak rompak. Betul tak?
Sesetengah orang akan rimas jika hidupnya sering diperhatikan oleh orang lain. Rimas jika setiap gerak geri sering menjadi persoalan. Mereka ingin hidup bebas. Bukan seperti artis terkenal. Tanpa mereka sedari, jika setiap gerak geri mereka diperhatikan, itu membuktikan kewujudan mereka di mata masyarakat. Sekurang-kurangnya masih ada yang ambil peduli tentang mereka. Masih ada yang ambil berat tentang mereka. Masih ada yang mahu mereka terus berada di dalam set sosial. Masih ada yang sayang.
"Mind your own business" bukanlah sesuatu yang baik di dalam membina nilai persahabatan. Dalam bersahabat, istilah "solo" atau "jangan masuk campur hal orang lain" adalah sifat negatif. Sebagai sahabat, kita perlu mengambil berat tentang yang lain. Perlu menjaga tepi kain orang lain. Sebab kita tak boleh nak nilai diri kita sendiri. Tidak boleh nak pandang diri kita sendiri. Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawap sahabat untuk menegur apa yang salah, apa yang kurang, apa yang lebih. Boleh kamu nyatakan sifat sebenar kamu sendiri? Semestinya sifat mahmudah sahaja kan? Bagaimana dengan sifat mazmumah? Adakah kamu insan yang baik hingga tiada nilai negatif?
Nilai sahabat itu berdiri kerana rasa percaya. Saya bersahabat dengan kamu atas nama cinta. Atas nama NTMTTS. Atas nama kita bersaudara. Sahabat tidak diukur dengan masa. Tidak diukur dengan perasaan cintakan dunia. Tidak diukur dengan harta dunia. Setelah ada ikatan persahabatan antara saya dan kamu, hingga mati ia terus terikat.
aku completely agree!!! friendship is all about sharing kan... huhu
ReplyDeletetiada komen kerena kamu MUNGKIN lebih mengerti..
ReplyDeletesharing is caring
ReplyDeletesharing is caring? benarkah ilya?
ReplyDelete