Monday, May 05, 2008

KEPALA TERHANTUK, HATI TERSENTUH, MULUT MENGELUH. TERIMA JE LA.

**Kala ini akal aku bagaikan abstrak

2 hari yang berlalu ditempuhi bagaikan neraka. Kena tempuhi walaupun pelbagai dugaan menggoda rasa rajin aku. Cairan ilmu dah mula mengalir keluar dari gegendang telinga. Mengalir perlahan menunjukkan tahap kelikatan cairan itu. Mata dah berkaca mintak direhatkan kerana sudah pening membaca gumpalan huruf bergelut dengan pelbagai jenis lukisan diagram.

Aku dapat rasakan bahawa daya ingatanku makin lemah. Semakin penat aku menghafal pelbagai jenis diagram dan teori projek pengkomputeran. Tiba masa sebenar, berterabur segala jadual, diagram dan teori yang aku hafal. Errghhh....Tekanan. Aku kursus akauntansi, mengapa perlu bersusah payah mengkaji ilmu kursus lain sedangkan ilmu kursus aku pun masih lagi tersentap-sentap. Adakah aku akan berjaya seperti Balgat sekiranya aku lulus cemerlang subjek ini?

Peperiksaan semalam betul-betul menduga kesabaran. Dewan yang super chill, jaket tak bawa, soalan macam haram, perut minta makanan. Aku jadi bercelaru. Mengapa masa ini semua benda bergantung pada aku? Segala nama-nama kes dan seksyen-seksyen Akta Syarikat 1965 yang aku hafal semalam, setelah otak aku berhenti proses ilmu SAD pagi semalamnya, hilang bagaikan dibuai bayu. Sedikit demi sedikit aku baca soalan, sedikit demi sedikit jugalah hafalan aku hilang. Bagai ditiup bayu.

Aku jadi hangin satu badan. Soalan macam pelaq. Pensyarah yang jaga pun macam nak'har...un. Bukan aku masuk universiti ni nak jadi peguam cemerlang macam Jane,aku cuma nak jadi akauntan. Kenapa aku perlu bergelut juga dengan 2 subjek yang jauh lebih susah dari subjek kursus aku sendiri? Hakikatnya, aku penat. Akal jadi kurang waras. Jika kena maki, jangan marah ya!

Lantas hari ini, selepas 2 hari berturut-turut menempuhi hari bagaikan neraka, aku mengambil keputusan untuk menonton filem lelaki besi, Tony 'Ironman" Stark, di pawagam terdekat. Kononnya nak hilangkan tension la nih.

1 comment:

  1. wiwin..

    tony stark belajar SAD utk tau flow..cuba lihat diagram2 dan jadual2 prototaip iron man...

    subjek komputer bukan sekadar teori.. lebih kepada logik..


    good luck!

    ReplyDelete

Komenlah Aku