Tuesday, October 26, 2010

RASA MACAM NAK BUAT EURO TRIP. SIAPA NAK JOIN?


Pada mulanya, aku ingat menjelajah sebahagian dari Eropah memerlukan kos yang sangat besar, masa yang terlalu lama dan jati diri yang tinggi. Ini semua berasal dari bacaan-bacaan tentang pengembaraan bangsa Melayu ke bahagian dunia yang sana. Buku-buku yang aku baca.

Buku pertama yang aku baca dan aku terasa macam aku sendiri yang pergi ikut penulis mengembara ialah buku Enrique Mengundang Jauh tulisan H.M Tuah Iskandar terbitan Utusan Publication. Tentang Melayu yang mencari jejak-jejak Melayu di Eropah berdasarkan cerita lama yang tiada bukti sahih tentang Panglima Awang atau nama eropahnya Henry The Black atau Enrique of Melaka yang kononnya telah membantu armada Ferdinand Magellan berlayar mengelilingi dunia, ironinya Ferdinand Magellan tak berjaya pun mengelilingi dunia sebab mati diserang rakyat pribumi di Filipina. Tapi namanya diangkat sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia dan membuktikan bahawa bumi ini bulat.

Hey, ini cerita kalau korang baca, memang korang tak payah pergi Eropah pun dah boleh bayangkan korang di Eropah. Pengembaraan Mazil ke Eropah digambar sekitar tahun 1960 ke 1980. Masuk dari Turki dan menempuhi pelbagai halangan komunikasi, politik, birokrasi, budaya dan ekonomi. Pelbagai kejadian berlaku disetiap persinggahan. Pengembaraan ini dilakukan semata-mata mahu menjejak tinggalkan Melayu di Eropah. Bermula dari beras, senjata seperti keris, dokumen dan pelbagai lagi. Tak terkecuali, nama yang berasal dari Tanah Melayu. Tahulah kamu ada tempat di Sepanyol yang dinamakan Malaga yang kononnya diangkat dari nama Melaka kerana masa itu Melaka adalah pelabuhan terkenal dan nama ini diangkat kononnya macam "ambil berkat" la.

Cari buku ini dan cuba baca.

Aku fikir ini semua mustahil untuk dicapai jika aku bukan orang kaya yang paling-paling tidak bergaji RM5,000 sebulan. Tapi selepas mendapat tahu berita kejayaan setahun yang lepas, aku mula teruja semula.

Tempoh hari, aku bertemu dengan seorang kawan sekolah rendah. Tak sangka pula setahun yang lepas, dia berjaya menjelajah sebahagian dari Eropah dengan hanya berbekalkan RM8,000++ untuk keseluruhan trip selama 15 hari itu secara bagpacking. Ini bermaksudnya, tidurnya tak selesa, makannya tak menentu dan mandinya belum tentu. Ha, ini adventure yang aku cari.

Aku dalam proses untuk temubual dia. Korek sikit pengalaman dia.

Mudah-mudahan dalam jangka masa 2 -3 tahun lagi, aku berjaya buat macam dia. Insya-allah kalau Allah beri rezeki lebih. Tulis travelog sikit ke. Kongsi pengalaman dalam bentuk tulisan dan gambar ke.

Ish, banyaknya berangan! Tapi takpe, berangan dulu. Hehehe.

2 comments:

  1. terbayeekkkk la bro..once experience in your life..

    ReplyDelete
  2. Thank bro... Akan ku interview ko sikit hari lagi.

    ReplyDelete

Komenlah Aku