Tahun ini saya berkesempatan untuk menghadiri pesta buku yang diadakan di Kuala Lumpur tempohari walaupun beberapa kejadian penipuan berlaku pada hari yang sama yang menyebabkan saya terkandas di McDonald The Mall selama 4 jam dalam keadaan hujan yang teramat sangat lebat.
Oh, bukan itu yang saya ingin perkatakan!
Ini pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke majlis ini. Pertama kali tiba di what-so-called PWTC. Sesat juga bila mencari pesta buku di The Mall. Ha ha ha. Maklum la, bukan orang Kuala Lumpur. Nasib baik arus perjalanan orang kuat ke arah PWTC. Jika tidak, mahu sahaja saya naik LRT semula kemudian terus pulang ke Plaza Rakyat.
Oh, ini juga bukan perkara yang saya ingin ceritakan!
Misi saya ke situ adalah untuk mendapatkan beberapa buah buku yang telah saya senaraikan di dalam wish-list saya. Juga ingin menunaikan permintaan seorang sahabat yang bakal menjadi tunangan orang pada Hari Pekerja nanti (Adoyai, melepas! Ha ha ha). Apa salahnya menunaikan permintaan seorang sahabat kan?
Oh, ini juga bukan perkara sebenar yang saya ingin sampaikan!
Saya bergegas ke booth Karangkraf untuk mendapatkan 2 naskah buku terbaru abang Ramlee Awang Murshid bertajuk Cinta Sufi dan 1 naskah Mikail untuk saya hadiah kepada sahabat saya sebagai kenangan hari lahir. Kemudian saya bergegas ke booth PTS yang jauh nun di seberang sungai untuk mendapat buku yang telah diiklankan di internet. Buku yang paling lazat, Karipap-Karipap Cinta dan buku brader Naga, Stingarden. Selain dari tertarik dengan karya kedua-dua penulis, diskaun sebanyak 30% untuk pelajar IPT juga menarik minat saya untuk beli buku di booth PTS.
Oh, melalut lagi. Ok, kejap lagi baru tujuan sebenar cerita ini saya tulis!
Dalam meranjang-mata melihat beratus-ratus buku, saya tertarik kepada satu buku yang berupa paras buku tulis sekolah kulit coklat. Was-was juga pada mulanya. Tak kan PTS jual buku terpakai pula. Saya capai. Saya belek. Erm... Diari Mat Despatch. Font yang digunakan juga menarik. Siap ada garis ala-ala buku laporan sains. Buku berkulit hadapan aneh dan menarik ini ditulis oleh Bahrudin Bekri.
Pada mulanya, saya ingat buku ini cenderung ke arah penceritaan kehidupan seorang Mat Despatch. Tapi memang betul ia tentang kehidupan Mat Despatch seperti mana tajuk novel ini, Diari Mat Despatch. Kisah ini lebih "real-life". Tentang cita-cita besar seorang Mat Despatch, kisah orang sekelilingnya, kisah perempuan.
Saya belajar sesuatu tentang mencari jodoh dari novel ini. Ia bagai kisah motivasi (walaupun tajuk novelnya macam kisah jenaka ringan).
Sebelum kita mencari pasangan, terlebih dahulu kita kenal siapa diri kita. Apa yang kita mahu. Apa yang kita suka. Apa yang kita cari. Kemudian baru cari pasangan yang ada apa yang kita cari. Sudah tentu bukan mencari kesempurnaan kan?
Bila kita sudah kenal diri kita, apa yang kita suka buat, apa yang kita tak suka buat, berapa tahap kesabaran kita, apa baik buruk kita, baru-lah kita dapat cari pasangan yang dapat bertoleransi dengan diri kita. Contoh : Jika kita seorang sahaja yang berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik tetapi pasangan kita buat derk tak kisah. Percaya-lah, kamu lebih layak memiliki yang lebih baik.
Macam tak percaya, dalam Diari Mat Despatch boleh ada semua ini.
P/S : Ini bukan promosi. Hanya untuk makluman untuk adik-adik supaya dibaca dan boleh tulis dalam buku NILAM. Hehehe.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku