Monday, May 17, 2010

SAMBUT SETAHUN SEKALI MACAM HARI ISTIMEWA YANG LAIN, CUMA TAK DAPAT CUTI JE.

Fakhrul memandang redup di luar jendela. Lambaian langsir lusuh menari-nari dalam bola anak matanya. Suara pengawas bertugas kedengaran jelas. Seminit kemudian suara pelajar lain mengalunkan Asma Al-Husna. Kadang kala mulut Fakhrul juga terkumat kamit mengalunkan dalam diam. Mata tetap pada Majalah APO? keluaran terbaru. Rembat dari bawah tilam Nawi malam semalam.

Angin pagi itu sangat nyaman. Walaupun hanya berlengging dan bertuala labuh warna biru, angin nyaman tadi langsung tidak terasa sejuk. Sandarannya ke kekisi pintu nampak utuh. Tiada langsung tanda-tanda pintu mahu patah. Sekali sekala mata merahnya menjeling Kuchai, pelajar tingkatan 2 yang turut tak turun perhimpunan pagi itu. Terketar-ketar macam minta kena bantai. Lantas, disuruhnya Kuchai jaga line di hujung blok A aras 3 sehingga dia selesai membaca Majalah APO?.

Sedang sedap-sedap Fakhrul gelak layan komik, Kuchai sudah pandang dia lain macam. Semacam mata dendam.

************

"Chai, ustaz naik bagitau aku weh!" Jerit Fakhrul separuh jerit. Kalau jerit kuat-kuat, takut Patail dengar pula.

"Apa ustaz-ustaz?" Kedengar suara garau dari belakang sampai menghayunkan rotan nipis ke betis bulu-bulu Fakhrul.









Pagi itu hampir-hampir Fakhrul pergi perhimpunan dengan bertuala labuh biru. Dan Kuchai telah lama hilang ke mana. Sembunyi dari dikesan Kokang.


P/S : Sekarang, Fakhrul telah berjaya menjadi seperti ustaz kesayangan cuma di tempat yang berbeza.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BEKAS GURU SEKOLAH KAMI.

6 comments:

  1. bile terjadi?
    macam mane aku tak perasan?
    kucai yang selangu mengigau malam tuke?

    ReplyDelete
  2. Kucai yang tu la...
    Kucai mana lagi....

    Kucai yg kita selalu mintak nombor tu... Hehehe

    ReplyDelete
  3. fakrul=sundang?

    kalau mcm tu mase tu kucai form 1 la

    ReplyDelete
  4. Hahaha... Lebih kurang la.... Tak silap aku, masa tu dia pura-pura demam kot...

    Kau mesti menyesal sbb tak dpt sebat kucai kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  5. cis!dah tmbh ajinomoto nih..

    poji, 'Fakhrul' tu bkn sundang tau. Fakhrul lain..

    ReplyDelete

Komenlah Aku