Kira-kira setahun lebih yang lalu, waktu itu darah tengah panas. Orang ada awek, kita pun nak ada awek. Tak boleh orang lebih sikit, kita pun nak lebih lagi. Ye-lah, masa itu muda lagi. Orang keliling-keliling pun muda lagi. Masing-masing tengah kemaruk. Air masing-masing dah naik kepala.
Bila jumpa awek lawa sikit, masing-masing mula pasang angan-angan. Dengan kawan-kawan kita saling betting mem-betting. Tengok siapa dapat nombor telefon awek itu dulu. Yang menang dapat banggaan, yang kalah kena kutuk. Perkara biasa kalau tak dapat. Perkara luar biasa kalau dapat.
So, waktu itu sibuk la buat kontes untuk diri sendiri. Untuk saja-saja bagi motivasi pada diri sendiri. Kononnya, kalau semua orang boleh buat, kita pun boleh buat.
Bermula dengan kontes jangkapendek, "30 Hari Mencari Cinta" ala-ala filem indo itu. Tapi tidak berapa sukses. Eh, bila aku ingat-ingat, tak sukses langsung pun. Takut nak tegur.
Kemudian diikuti dengan kontes "3 Bulan Mencari Cinta" yang bermula kira-kira 3 bulan sebelum semester terakhir aku di kampus utara bakal berakhir. Yang ini baru boleh dikira sebagai kurang sukses sebab ada-lah sedikit usaha. Kalau tak, putih mata juga. Dalam masa 3 bulan itu, macam-macam aku fikir. Last-last, akhir semester aku bagi sebuah botol kaca yang dipenuhi dengan origami bintang berwarna warni kira-kira 500 biji. Ha ha ha. Siot la, gila segan gua nak cakap!
Kemudian, setelah tamat semester, aku anjakan kontes ini kepada "3 Tahun Mencari Cinta" pula. Waktu aku mulakan kontes ini, aku sebenarnya tiada "buruan" langsung. Kalau diibaratkan macam pemburu, memburu dalam hutan tanpa tahu apa yang diburu. Faham? Tak? Suka hati kau la labu...
Kemudian ada satu hari itu, ada sahabat menegur. Apa salahnya tukar nama kontes menjadi "3 Tahun Mencari Isteri Solehah". Aku tanya kenapa nak tukar? Sebab sekarang dah masanya kita mencari Isteri Solehah berbanding dengan masa muda-muda dulu nak cari awek.
Waktu itu aku terfikir. Laaaaammmmmmmeeeeee...... sangat aku terfikir.
Aku tukar.
Voila!
Kira-kira 1 Tahun 11 Bulan lagi aku perlu menamatkan kontes ini. Kalau tak menang juga, aku dah tak nak masuk mana-mana kontes lagi. Penat.
P/S : Jumpa seorang kawan zaman politeknik dulu. Lama tak jumpa. Soalan pertama dia "Kau dah awek ke belum?". Aku gelengkan kepala sambil senyum. Kemudian dia jerkah, "Ini sudah zaman 2010 lah bang! Takkan tiada peningkatan kot?"
Dalam hati aku cakap kuat-kuat, "CILAKAK!"
all the best la bro.
ReplyDeletehaha