Saturday, May 14, 2011

ZAMAN MANUSIA KEMBALI KEPADA ASAS

Tahun 2057

Pada zaman ini manusia sudah kembali ke zaman asas. Tiada lagi bangunan tinggi yang menggaru langit. Tiada asap-asap karbon monoksida yang menyesakkan rongga hidung. Tiada lagi jalan raya aspal dihenyak pelbagai kenderaan darat. Tiada lagi remaja yang bershuffling di tengah ibu kota. Tiada lagi muzik yang membingitkan.

Zaman ini zaman manusia kembali ke zaman asas. Jalan yang hanya diturap batu chipping cuma dihenyak oleh hentakkan sepatu kuda dan roda-roda kereta kuda. Sesekali dicemari dengan najis haiwan itu. Tapi apa ada hal, itu semuakan benda semulajadi. Bukan mencemarkan bumi. Kediaman rata-rata hanya dibina menggunakan jerami di bahagian dinding dan daun nipah sebagai atap. Walaupun begitu, tiada kes-kes mengendap dilaporkan.

Zaman ini zaman yang aman. Tiada lagi bangunan tinggi yang menggaru langit. Cuma. Ya, bangunan yang paling besar zaman itu adalah sebuah muzium. Manusia datang dari semua pelosok bumi untuk mengunjungi muzium. Ada yang mengatakan bahawa ini adalah bangunan kedua yang banyak dikunjungi manusia selepas bangunan beribadat.

Ada yang datang menaiki kuda, menaiki tongkang, menaiki gajah, menaiki pedati dan tak kurang juga yang sanggup berjalan. Sungguh taksub mereka dengan muzium ini. Musim padat muzium ini adalah pada cuti sekolah. Bayangkan seluruh sekolah di bumi berlumba-lumba menempah kedatangan tetapi ramai yang kecewa. Dengar khabarnya, ada yang terpaksa menempahnya sejak 2 tahun lepas tetapi masih lagi diletakkan dalam senarai menunggu.

Apa yang membuatkan muzium ini menjadi tempat tumpuan manusia?

Bersambung... (Kalau aku rajin)

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku