Friday, October 31, 2008

PICTURE (1) - THE LAST CURTAIN

Aku ada muat-naik beberapa gambar dari kamera kawan aku.

So, klik link ini kalau nak tengok banyak-banyak gambar.

Thursday, October 30, 2008

BENDA YANG TERJADI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG TIDAK KITA SEDARI

Setelah aku habis menonton DVD dokumentari atau DVD Programme : The Secret tempohari, aku baru sedari bahawa apa yang mereka perkatakan di dalam siri itu sebenarnya benda yang terjadi pada setiap dari kita. Cuma kita sahaja yang kurang bijak untuk menyedarinya.

Mungkin korang semua masih termangu-mangu atau malas nak buka wikipedia untuk mencari sendiri apa yang terkandung di dalam naskah The Secret yang diterbitkan oleh Rhonda Byrne ini. Jadi aku terangkan serba ringkas tentang ini dan berkongsi kefahaman aku dengan korang.

Buku ini pada asasnya ditulis atas persefahaman sekumpulan manusia yang berpegang kepada Hukum Tarikan (Law Of Attraction) sebagai pegangan untuk mereka lebih berjaya dalam karier dan kehidupan harian mereka.

Hukum ini menyatakan bahawa jika kita sentiasa berfikiran positif, maka perkara-perkara yang positif itu yang akan datang kepada kita. Begitu-lah yang berlaku sebaliknya jika kita berfikiran negatif. Contoh: Kita kena sentiasa berfikir tentang kerja kita yang baik, kawan-kawan yang baik, kehidupan yang bagus dan family yang sempurna walaupun ianya tidak sebegitu. Jika kita sentiasa terbayangkan perkara-perkara ini, perkara-perkara ini akan benar-benar terjadi. Seberapa cepat ianya akan tercapai bergantung kepada kesungguhan kita. Allah juga berfirman di dalam Al-Quran "...Aku tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri...".

Mungkin ada dari kita yang menganggap ini adalah nonsense atau ini adalah propaganda orang barat dalam menyesatkan kita, tapi bagi aku selagi benda ini membawa kebaikan, why not kita cuba mendalami rahsia ini. Tak salah kalau kita mencuba selagi kita masih lagi berpegang kepada pegangan agama kita.

Apa yang membuatkan aku lebih dahagakan maklumat tentang The Secret dan Law of Attraction-nya?

Ada beberapa kisah yang membuatkan aku lebih percaya bahawa law of attraction ini benar-benar boleh berhasil jika kita benar-benar mengikuti langkah-langkah yang diperkatakan di dalam DVD ini.

Kisah 1 : Bapa Aku Sendiri
Kehidupan zaman muda bapa aku dahulu tidak sesenang anak-anaknya sekarang. Segalanya perlu berangan bak mat jenin dahulu. 5-6 tahun kemudian baru-lah dapat direalisasikan. Suatu hari, ketika beliau mahu pulang dari kerja, terdapat selitan iklan tentang pelancaran MPV Toyota Unser di wiper Iswaranya. Beliau mula pasang angan-angan lagi. Dengan memotong keratan MPV di iklan itu dan menampalnya di work-station-nya, setiap pagi beliau akan berangan memandu Unser di tempat duduknya itu. 4 tahun kemudian setelah 3 kali bertukar majikan, akhirnya beliau berjaya memilikinya tanpa menyedari bahawa ini adalah kereta idamannya satu ketika dahulu.

Kisah 2 : Iklan Merdeka Petronas Aiman Oh Aiman
Mesti semua pernah tonton iklan pertama yang diarahkan oleh Afdlin Shauki ini kan? Terngiyang-ngiyang lagi dialog lucu "...Bukan setakat kereta kayuh, kereta kebal pun abah boleh belikan...". Mesti semua antara kita perasan yang "abah" ada menampal gambar motorsikal idamannya di dalam kotak duit. Setelah bertahun lamanya, akhirnya "abah" dapat juga.

Sebenarnya, benda-benda ini adalah kebiasaan terjadi, cuma kita sahaja yang lampi untuk faham bagaimana ianya terjadi. Sememanglah ianya ketentuan Ilahi. Tapi setiap yang berlaku mesti ada penjelasan kan?

Kita sama-sama fikirkan. Dan. Sama-sama cuba.

Yok!

PASCA - THE LAST CURTAIN

Alhamdullilah. Berkat Hari terakhir bulan Ramadhan, majlis yang diura-urakan sejak zaman berzaman akhirnya berjaya berlangsung walaupun tanpa kehadiran kebanyakkan ramai rakan-rakan batch banjir. 60 orang ni pun dah best dah!

Semuanya berjalan dengan lancar atas bantuan lawan-kawan lain selain "kepala-kepala" majlis yang huru-hara sibuk lagi membeli barang-barang last minute. Bantuan hadirin yang datang awal turut dihargai dengan proses pengupasan epal sebanyak 60 biji.

Yang datang lebih awal dari epal tiba di lokasi pula berkesempatan belajar buat cocktail yang didemonstrasikan oleh Liza dan pembantunya, Oli.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan Sime Darby yang menolong membasuh 12 ekor ayam (and willing to teach Muffler how to wash chicken), bantu memikirkan cara untuk mengisarkan bahan perapan, bantu sama-sama mensebatikan bahan perapan dan ayam, bantu menghidupkan api di kala angin sedang bertiup kencang dan membantu bantuan yang lain.

Syukur juga pada Yang Maha Esa atas cuaca yang gilang gemilang cemerlang cerah pada sebelah petang dan menganugerahkan hujan lebat pada sebelah malamnya yang membantu kami untuk tidur dengan lebih nyenyak.

Terima kasih juga kepada para hadirin yang datang memeriahkan majlis yang tak semengah mana tapi cukup makan (malah terlebih makan).

Gambar aksi sepanjang majlis berlangsung akan dimuat-naikkan pada masa akan datang.

Yeah!

Tuesday, October 28, 2008

POSTER - THE LAST CURTAIN

Tolong saya untuk sebarkan poster ini ya. Tarikh luput sehingga 29 Oktober 2008 je. Caranya mudah sahaja.

1) Klik gambar untuk gambaran yang lebih jelas
2) Klik kanan pada tetikus
3) "Save as" ke dalam pendrive anda.
4) Print di mana-mana alat pencetak yang berdekatan.

Mudah kan? Terima kasih kerana membantu!

CURRENTLY ADDICTED TO

Aku ada try nak baca buku The Secret tapi aku rasa seksa macam telan kaca pula. Punya la susah nak faham. Bahasa Inggeris SPM dulu pun cukup-cukup makan je. So, aku nak juga tahu pasal The Secret ini. Aku try pula tonton dokumentari pasal The Secret ini. Erm... Berkesan. Korang nak jugak?

Monday, October 27, 2008

ANOTHER LONG AND BORING TAG

Aku potong mana yang aku tak nak. So, jangan cari yang tiada ok?

THE SELF
[01] Real name: Mohamad Fikri b. Misti

[02] Nickname: Wiwin, Ucop, Uhop, Aben, Hensem
[03] Status: : Single
[04] Zodiac Sign: Scorpio
[05] Gender: Male
[06] Age: 25
[07] High School: SMKA Segamat
[08] College: Politeknik Port Dickson, Universiti Utara Malaysia (UUM)
[09] Height: 169cm
[10] Weight: 120 kg (kot?)
[11] Do you like yourself: Very much!
[12] Piercings: Nope
[13] Right or left: N/A
[14] Are you a freak : Sometimes
[15] Hair: Nice short
[16] Skin: Sawo matang
[17] Allergic: None
[18] What are you doing now: Sleeping (?)
[19] What will you doing 1 hour later: Still sleeping.
[20] What will you doing 10 years later: Still sleeping (sleeping handsomy)

THE FAMILY
[21] Live with mother/father/parents/family: Family
[22] Siblings(included you): 3
[23] Eldest: Me
[24] Youngest: Mohamad Farid
[25] Love/hate your family: Love, of course!

THE LOVE
[26] You found your another half: Not yet
[27] If yes, who is he/she: N/A
[28]Who you want he/she to be:
[29] Time(s) you in relationship: N/A
[30] Ever woo boy/girl: In progress
[31] Anyone woo you before: No
[32] Did anything wrong to your other half: N/A
[33] What was/were the wrong you had done: N/A
[34] Ever argue with your other half: N/A
[35] You with your other half since: N/A
[36] Are you straight/Lesbo: Kadang-kadang straight, Kadang-kadang gay. Entah la.
[37] Reasons you love your other half: N/A
[38] You and your other half in which stage: N/A
[39] You woo he/she or he/she woo you: .....
[40] Ever think of marry he/she: ......

THE FRIEND
[41] Your first best friend: Ibrahim Shapiai
[42] Your first enemy: Man
[43] The friends you love the most: NTMTTS
[44] The enemy you hate the most(1only): Along kot... Hehehe....
[45] Your most beautiful girl friend: Sama cantik, sama padan
[46] Your most handsome boy friend: ....
[47] The kind of girl you hate the most: Perangai macam "Si Pemancing"
[48] The kind of boy you hate the most: Ego berlebihan
[49] You fall in love with your close friend before: Once
[50] Your best friend is your ex-lover: Not yet
[51] If your friend backstabbing you: Gua sabar
[52] If your friend betray you: Gua masukkan dalam blog gua
[53] If your friend woo your lover: Go ahead.
[54] If your friends fall in love with you: You will be pleased my dear

[55] If you fall in love with your best friend: Rezeki... Hehehe...

THE STUDIES
[56] Are you a good student: No
[57] You always done your homeworks/assignments: Selalu
[58] The teacher/tutor you love the most: Cik....
[59] Always late to school/college: No
[60] Your class: Class of 2005/2006
[61] You love your seniors: No
[62] Senior who you love the most: None
[63] Your classmates good/bad: Okay la
[64] Excellent result classmate: Ramai

[65] Laziest classmate: Lagi ramai

THE PREFER
[76] Lip or eyes: Eyes
[77] Hugs or kisses: Kisses, of course
[78] Shorter or taller: Shorter
[79] Hesitant or spontaneous: Sponteneous
[80] Nice stomach or nice arms: Nice stomach
[81] Listener or talker: Talker
[82] Romantic or rich: Romantic
[83] Good husband or Good Father: Father

THE FUTURE
[84] Age to get marry: 35
[85] Numbers of kid(s): 5
[86] Career: Student
[87] Salary: RM6,500 per year
[88] Retirement age: Unlimited
[89] Properties value: My ass
[90] Wishes: come true

THE VICTIMS
[91] Let me finish it here. Done. I killed the tag. Here. Fin

Sunday, October 26, 2008

SESUATU YANG KURANG PADA SESETENGAH DARI KITA

Aku bukan nak cakap aku ini bagus sangat dan cukup segalanya. Aku cakap ini sebab aku prihatin. Aku nak kita semua jadi sempurna. Atau. Sekurang-kurangnya lebih sempurna dari biasa. Dari orang lain yang tidak tahu. Yang belum sedar lagi.

Ini sekadar pemerhatian dari sudut mata aku. Dari sudut hati aku. Tanpa rasa ingin menjatuhkan atau memalukan mana-mana manusia. Kongsi sama-sama okay?

Aku nampak ada segelintir pelajar yang masih kurang mahir menggunakan aplikasi internet dan surat elektronik (e-mail). Mereka cuma menggunakan internet ini sebagai medium untuk mencari bahan-bahan rujukan (atau bahan plagiat) dan untuk meng"update"kan pasukan bola sepak maya (fantasy football) sahaja. Selain itu? Tiada. Malah, ada segelintir (bukan semua) yang masih tiada akaun e-mail. Nak attached file melalui e-mail pun tak tahu. Meskipun bidang korang tiada kena mengena dengan penggunaan komputer tapi aplikasi dan perubahan dalam atmosfera pengkomputeran mesti ambil tahu. Kerja sekarang segalanya bergantungan kepada ini. Ini juga sebagai salah satu nilai tambah (value added) di dalam CV (curriculum vitae) kita nanti.

Banyakkan membaca. Juga yang bukan dari bidang korang. Kalau boleh baca sesuatu yang korang suka selain dari bahan bacaan berkaitan bidang / kursus korang. Biar la orang kata ianya mengarut dan gila. Paling kurang korang membaca sesuatu. Korang dapat sesuatu pengetahuan di luar bidang korang. Jika hendak dapat pengetahuan dalam bidang korang, baik pergi ke kelas dan tanya pensyarah korang. Korbankan-lah sedikit wang saku dan masa untuk membaca majalah atau buku atau komik. Aku tengok rata-rata pelajar hanya tahu study dan baca buku pelajaran sahaja. Aku yang tengok pun boleh naik pening. Hish!

Cuba wujudkan satu hobi. Aku tengok rata-rata pelajar tiada hobi yang benar-benar hobi. Lupakan hobi untuk mengumpul setem. Cuba wujudkan hobi lagak orang dewasa sedikit. Hobi yang boleh meningkatkan daya produktiviti kita. Maksud aku, hobi yang boleh memberi manfaat secara tidak langsung untuk kita bagi mendapatkan kerja kelak. Seperti contoh hobi menulis. Mana tahu bidang penulisan ini menjadi sumber pendapatan sampingan korang masa bekerja nanti. Siapa tahu kan?

Ada lagi yang aku ingin katakan. Tapi nanti-nanti sahaja-lah aku tambah-tambah. Yang ini pun belum tentu korang nak ikut / baca.

Fin.

Saturday, October 25, 2008

FRIENDSHIP TIME BOMB

Gosip! Woh!

Banyak rupanya gosip-gosip panas yang aku baru tahu. Lepas sesi pecah ais (ice breaking) dengan rakan-rakan, selepas beberapa lama memeramkan diri di bilik sebab nak siapkan tugasan, baru aku tahu apa yang terjadi di sekitar set sosial aku. Yang selama ini aku ingatkan aku tahu segalanya. Tapi tidak.

Aku jadi sedih bila dapat tahu. Marah pun ada. Kecewa pun ada. Kenapa di akhir-akhir semester ini banyak sangat berita celaka yang berlaku? Apakah ini semua berlaku kerana balasan oleh-Nya? Atau ini semua disebabkan mulut-mulut busuk yang menghasut dari telinga ke telinga?

Kisah orang sini gaduh dengan orang sana sebab tugasan akademik. Ops...ini bukan kisah aku. Aku tak gaduh pasal tugasan akademik. Very not macho-lah. Ini cerita pelajar wanita (tipikal?). Bukan aku nak belah-kan pada mana-mana pihak tapi kita boleh fikir sendiri-lah. Masing-masing dah besar. Kalau bagi suami, masing-masing dah boleh mengandung. Tak kan benda-benda picisan begini pun, boleh buat tarik-tarik muka. Masam-masam muka kot. Dah kawan dekat 3 tahun kot. Tak kan-lah tak kenal hati budi masing-masing.

Cam'on-lah. Kalau korang nangis-nangis sebab pensyarah tolak tugasan korang, aku tak dapat nak bagi pinjam bahu. Sorry. Tapi aku faham perasaan korang. Dah salah masing-masing sebab tak nak buat sejak awal-awal lagi. Dah salah masing-masing sebab lambat sedar. Dah salah masing-masing sebab buat derk sejak awal. Jangan la tuding jari pada mereka yang cool. Yang macam buat tak tahu tapi tetap prihatin. Yang penting sekali, jangan la dengar berita dari 1 belah pihak. Kalau nak macho lagi, tanya la direct to the person.

Rasa macam kelakar pula bila persahabatan selama 3 tahun tetiba musnah sebab benda-benda picisan dan bisikan-bisikan jahat. Mungkin kamu dah lama makan hati, tapi apa salahnya tunggu 1 semester je lagi. Lepas tu dah tak jumpa lagi. Masing-masing ada haluan masing-masing. Why not you create sweet damn memories before get lost from this bloody damn place?

Tak-kan kamu semua lupa kenangan manis buat surprise birthday party, buat tugasan bersama, makan malam bersama.

Penat-nya "sekolah"kan bakal-bakal isteri orang ni. Rasa macam M (dalam siri Goda) pula. Cuma ini versi pelajar. Bukan versi cinta.

Dah. Aku dah penat nasihat. Tepuk hati tanya jiwa. Pandai-pandai fikir sendiri. Masing-masing 3.00 pointer kan? Hehehe...

Ok, let's put a smile on that face.

BINCANG PAGI DI NEW DELHI

Aku terasa macam nak bersarapan pada pagi ini. Almaklum la, study week sudah bermula. Tugasan dah dihantar keseluruhannya. Maka, mana pelajar yang duduk dekat-dekat sini, ramai yang dah balik rumah. Kononnya nak ambil berkat ibubapa sebelum peperiksaan bermula.

Aku memang terasa sangat betapa kosongnya kolej aku semalam dan pagi ini. Sehinggakan kawanan kera tanpa segan silu dan takut, membongkar tong-tong sampah di sekitar blok aku. Mana tak hangin. Bangun-bangun pagi, aku ingatkan dapat dengar kicauan burung dan menghirup udara segar (kata duduk dalam hutan, aku jangkakan semua ini!)., tapi apa yang aku dapat? Najis dan bunyi bising kera. Cis!

Aku hidupkan motor. Aku pergi Subai. Ingatkan nak try sarap roti pisang. Cis, Tak sedap!

Sedang aku dok masyuk layan channel Animal Planet, tetiba datang 2 orang "makcik". Kenalan aku. Baru kenal semester ini walaupun dah jadi rakan se-batch selama 5 semester. Ntahapeapentah!

Kami berborak la macam-macam. Termasuklah perihal kerja dan penempatan ke organisasi praktikal.

Aku hairan. Kenapa perempuan (especially 2 orang "makcik" ini) memilih bidang perakaunan sebagai bidang mereka, sedangkan mereka tidak mahu menggalas risiko sebagai pengamal perakaunan?

Sepatutnya, sebagai pengamal perakaunan (accounting practitioner), kita perlu tahu risiko yang bakal kita tempuhi seperti pulang kerja lewat tanpa mendapat gaji kerja lebih masa, kehidupan bersosial yang terhad, perahan tenaga kerja yang melampau, dimaki client, diherdik boss. Benda ini benda biasa yang bertujuan untuk mendewasakan dan memantapkan skill kehidupan dalam bekerja (walau hakikatnya, tidak!).

Aku tak kata fikiran mereka itu salah. Mereka rajin (ulat buku [BWB?]), aku tak sangkal. Tapi itu belum lagi memenuhi kriteria untuk terjun ke bidang perakaunan. Rajin, tahan maki, anti-sosial, sihat tubuh badan dan macam-macam lagi, yang perlu dipenuhi.

Aku rasa korang boleh, dude! Cuma kurangkan korang punya kerek je. Hehehe...

Terima kasih kerna membaca.

Friday, October 24, 2008

THE LAST CURTAIN

Ayuh kawan-kawan mana yang duduk atas kerusi di luar kampus atau duduk bersila di kawasan kampus!

Mana yang terbaca pengumuman ini, mana yang terbuka blog ini, sila sebarkan kepada rakan batch banjir yang lain. Ini penting!

Satu pesta makan-makan berbayar akan dianjurkan oleh kawan-kawan kita juga. Ini bukan berorientasikan wang semata-mata seperti kebiasaan pelajar. Ini Betul-betul mahu tolong kawan-kawan.

Sila realisasikan harapan ini!

THE LAST CURTAIN - MAKAN-MAKAN SEMPENA SEMESTER AKHIR KITA BERSAMA
Tarikh : 29 Oktober 2008
Hari : Rabu
Masa : 5pm (kalau nak datang awal, tolong masak-masak, adalah dialu-alukan.)
Dresscode : Baju Batch Banjir
Bayaran : RM8 per orang

Sila konfemkan kehadiran anda (serta bayaran sekali) kepada wakil-wakil kami sebelum 27 Oktober 2008, Ahad ini.

Hubungi : Muffler (Sime Darby), Norman (Sime Darby), Jiji (Sime Darby), Sham (Eon), Ucop (MISC), Athori (Sime Darby).

Pengangkutan tidak disediakan.

REALISASIKAN TAU!

CERMIN DIRI 3 KAKI

"...dia kate dia aku berubah.. agresif? aku x pasti.. yg aku tau sejak aku putus dgn “x” aku jadi seorg serius.. aku lebih focus on target aku tuk capai misi aku.. aku x peduli semua tue.. but kalu mengarah? ops! i tig i’m not.. may b aku jenis cepat gerak group...."
(perlu ada akaun friendster dulu ya!)

Dude, aku ada cerita kelakar. Kamu semua kena baca cerita ini. Kalau tak, kamu semua jadi lost. Jadi katak bawah tempurung lutut. Tak tahu pasal dunia kampus hari ini.

Dude, kalau kita mahu tahu macam mana perangai sebenar kita, kita tak perlu beli cermin muka panjang 3 kaki. Aku ada cara lebih mudah. Kau tahu apa guna kawan-kawan selain bantu siapkan tugasan dan buat air kopi?

Kalau nak tahu perangai sebenar kita, kita tanya kawan-kawan tentang diri kita. Kita dengar cakap mereka tak kisah-lah benda baik atau benda buruk. Sebab itu-lah yang sebenarnya. Tentang dIri kita.

Kita tak boleh nak nilai diri sendiri. Dah confirm-confirm kita akan jadi bias. Sebab kita ada conflict of interest. Tak faham-faham lagi?

Aku tak peduli apa kau mahu letak dalam blog kau. Ada aku kesah? Tapi aku mahu mengajar kau something yang kau tak sedar. Dah lama.

Jangan banyak sangat bangga diri, dude. Jangan cepat sangat salahkan orang lain. Lagipun takkan kat sekolah dulu, cikgu kau tak pernah cakap "masakan pokok bergoyang kalau angin tak bertiup"? Orang tak-kan cakap kalau benda yang kau buat itu betul.

Dah, dah. Aku malas nak layan feeling sedih melampau kau ni. Pandai, pandai sendiri. Kalau setakat kena tegur pun dah melenting, baik duduk kutub je.

Hish, tak pasal-pasal dah 2 orang merajuk. Apa nak jadi?

Wednesday, October 22, 2008

TUGASAN AKADEMIK : SUATU PENGEDITAN

Memang sudah menjadi tradisi untuk set sosial kami, memang jarang sekali kami menyiapkan tugasan akademi lebih awal dari tarikh yang diperintahkan.

Biasakan, tugasan ini akan diselesaikan dalam masa 24 jam sebelum tarikh akhir, walaupun pensyarah dah bagi sejak awal sesi pembelajaran.

Last week, aku dengan ahli kumpulan yang lain menikmati detik-detik bersejarah kami dalam proses pengeditan satu tugasan yang agak penting.

Walaupun kekurangan seorang ahli, proses ini masih lagi seronok dengan pelbagai kisah sengal dan biol sepanjang 10 jam proses berlangsung.

Sila klik ke link ini untuk laporan bergambar seterusnya.

BLOGGING KE BLOGTHING?

Aku pun tak tahu apa yang mereka gemarkan sangat pasal benda ini. Aku layankan sahaja. Zas!


Your Blogging Type is Zany and Charming



You're a popular blogger with a flair for getting attention.

But you're not all fluff - in fact, you're far from it.

Your blog is full of interesting ideas and fun finds.

You're a fascinating person, and it shows through on your blog.



.
.
.

Tuesday, October 21, 2008

MERDEKA!

Setiap orang mempunyai cara sambutan merdeka yang tersendiri. Begitu juga kami di sini, yang jauh dari pelbagai punca hiburan.

Cuba tengok kat sini. Antara gambar-gambar yang aku ambil ketika menikmati malam ambang merdeka tempohari.

Check It Out!

Monday, October 20, 2008

DEFINISI GENG BUDAK SEKOLAH

Mungkin tiada apa yang istimewa tentang mereka ini. Tapi golongan seperti ini masih lagi wujud, lebih-lebih lagi di dalam alam universiti. Geng ini biasanya wujud di kampus-kampus yang menerima kemasukkan pelajar lepasan matrikulasi.

Bukan aku nak cakap, semua pelajar lepasan matrikulasi adalah golongan geng-geng budak sekolah. Tidak. Dan bukan pula aku mahu cakap geng budak sekolah ini golongan yang jahat. Tidak. Aku tak berniat begitu. Aku sedar dengan kehadiran mereka, dapat mewarnakan satu warna baru dalam siri kehidupan di kampus.

Geng ini biasanya bergerak dalam 4 - 5 orang sekumpulan. Mereka ini biasanya terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai pointer yang baik. Purata 3.00 ke atas. Atau mungkin ada seorang dua yang lost. Mereka ini jenis-jenis macam anak emak la. Actually, mereka ini baik, sopan santun, berbudi bahasa, hormatkan senior, tak suka kacau orang lain, suka buat hal sendiri dan tak suka buat bising.

Apa yang menjadikan mereka ini menjadi bahan umpatan orang ialah gaya set sosial mereka ini dikatakan kurang sesuai diterapkan dalam kehidupan pelajar universiti. Iye-lah, pelajar universiti biasanya dikenali dengan pakaian yang ranggi, rambut boleh simpan panjang, mesti dah ada awek, gajet yang mahal, tak kasut pallas jazz, tak pakai beg sandang belakang dan pelbagai identiti lain.

Tapi pada geng budak sekolah ini, mereka masih lagi menerapkan nilai-nilai persekolahan diadunkan dengan nilai-nilai kehidupan universiti. Seperti kelas setiap hari, untuk setiap semester bermula jam 8.00am. Mereka juga masih lagi mengamalkan berbeg sandang belakang, berkasut hitam ala pengawas, rambut sikat tepi (minyak rambut Byrllcream atau Code 10), muka jambu (pakai bedak), pegi kelas pukul 7.00am bersama-sama geng-geng mereka dan pelbagai lagi.

Mereka juga sering kelihatan bersama-sama untuk setiap aktiviti seperti makan-makan, pergi makmal komputer, pergi kelas, pergi mandi, pergi basuh baju dan banyak aktiviti lain. Jika ada seseorang yang ketinggalan, nescaya kawan yang tertinggal itu akan merajuk.

Apa yang aku harapkan agar mereka lebih matang lagi dalam menempuhi dunia yang semakin hari semakin kejam ini.

Keep it up, dude!

Saturday, October 18, 2008

PESTA KONVOKESYEN

Seperti kebiasaannya, kampus ini akan mula dikunjungi oleh ramai pelawat apabila tibanya minggu konvokesyen. Pelawat yang terdiri daripada peniaga-peniaga, bekas pelajar, ibubapa bekas pelajar, penduduk sekitar kampus dan juga artis-artis (?).

Jualannya setiap kali pesta konvo adalah sama. Gerai makanan yang terdiri dari nasi ayam (madu, madura, biasa), mee sup (gear box, daging), keropok lekor, air-air warna warni dan pelbagai makanan berkolestrol yang lain, seakan sudah menjadi juadah tetap untuk para pengunjung.

Apa yang aku suka sangat pesta konvo ini? Bila kolej aku mula dilimpahi dengan bekas-bekas pelajar yang akan konvo. Belanja makan :) Get it?

Cuma pesta konvo kali ini agak suram sedikit. Cuaca seakan tidak setuju dengan aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam. Sejak malam pembukaan, tiap-tiap malam hujan akan turun dengan lebatnya.

Bagi aku, mungkin tema pesta konvo kali ini ialah:

"Girang di kala siang, suram di waktu malam."

Friday, October 17, 2008

PILIH**RAYA 2008 : SELEPAS KEPUTUSAN KELUAR

Seperti sudah menjadi tradisi kampus ini, dalam tiap-tiap pilihanraya kampus, penerima undi terbanyak biasa wanita yang mempunyai rupa paras menarik dan agak seksi (?). Tahun ini juga. Sama macam tahun lepas. Penerima undi terbanyak dan popular adalah wanita.

Kenapa dia boleh jadi popular dan menang pula?
Kebanyakkan calon tahun ini, seperti yang aku katakan sebelum ini, adalah dari mereka-mereka yang aku tak kenali (Atau mereka memang kurang terkenal). Bukan aku sahaja. Mereka lain yang mengundi, juga tak mengenali calon undian mereka. Jadinya, pertimbangan yang dibuat oleh pengundi semasa proses mengundi ialah:

a) Bangsa.
Bukan aku maksudkan mereka di sini ialah racist. Tetapi setiap bangsa mahukan wakil mereka berada dalam hierarki tertinggi pucuk kepimpinan sebagai wakil kepada suara hati mereka. Sebab itulah ia merupakan pertimbangan utama mereka di sini.

b) Rupa paras (Bagi calon wanita)
Kebiasaan bagi pengundi (lelaki) yang tak ambil port sangat tentang perbalahan pihak-pihak berkepentingan dalam pilihanraya, mereka lebih suka memangkah calon-calon wanita yang bagi mereka, tergolong dalam kelompok "wanita cantik". Biasanya, ianya sekadar suka-suka sahaja.

c) Flyer-flyer mini selit celah pintu.
Bagi adik-adik semester satu yang masih belum pernah ada pengalaman mengundi (Kampus mahupun Umum), ini merupakan detik mengelirukan untuk memilih calon mereka. Jentera-jentera setiap wakil calon akan sibuk cucuk-cucuk adik-adik ini dengan memomok-momokkan mereka dengan pelbagai denda mengarut i.e Buang kolej, kena dengki. Jadinya, mereka turut sahaja flyer-flyer mini ini.

d) SMS "Undilah calon ini"
Sama seperti (c) cuma dalam versi elektronik.

Aku harap selepas pengumuman jawatan kelak, mereka yang berjaya menduduki pangkat MPP ini akan menjalankan tanggungjawab sebenar mereka untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan pelajar dan bukan mengikut kata pihak-pihak yang berkepentingan sahaja.

SELAMAT BERTUGAS.

Thursday, October 16, 2008

RAYA KAT MALAYSIA JUGA SAMA MACAM RAYA DI PERANTAUAN

Kolej aku menganjurkan majlis sambutan hari raya yang dikelolakan oleh mereka yang bukan muslim. Aku sebenarnya tak berapa nak kesah tentang siapa yang kelolakan. Asalkan majlis berjalan lancar, itu sudah memadai.

Poster kutipan bayaran majlis juga sudah ditampal. Hanya menunggu mereka yang berkewajipan datang memungut. Tetiba dia datang.

"Abang, saya datang mahu kutip duit majlis hari raya." Dia kata.

"Berapa?". Aku tanya. Pura-pura tak tahu.

"RM5 sahaja". Dia kata. Dengan muka confident.

"Banyaknya kau songlap duit? Poster kat luar tu, kata RM4 je.". Aku kata. Sedikit herdik.

"Saya tak tahu la bang. Orang suruh saya kutip ja. Macam ni la. Kalau ada lebih nanti saya pulang."

"La, kau ingat aku duduk sini baru semalam ke? (Dalam hati: Kau ni macam palat jugak kadang-kadang). Aku bayar RM4 je. Kalau ada orang tak puas hati, bagitahu aku"

Itu satu hal-lah. Ini satu hal yang lain.

Bila time ambil makanan malam tu, aku sedikit terharu. Tetiba teringat pada rakan-rakan yang beraya di luar negara. Di perantauan. Air mata hiba aku turut mahu mengalir. Tapi aku tahan-tahan juga. Tak macho-lah kalau menangis. Ye tak?

Agak-agak korang, di negara mana ek yang sambut hari raya dengan makan nasi ayam, pisang sebiji dan sirap segelas? Mahu tak nangis aku. Beraya negara sendiri tapi hidangan raya sebegitu rupa. Raya ke tu?

Hish, menci.

PILIH**RAYA 2008: SEMASA AKU MENGUNDI

Pengundian sesi kali ini, bagi aku, amat berlainan dengan tahun-tahun yang dahulu.

Keadaan memang hambar. Terlalu hambar. Calon-calon tidak kelihatan berlegar-legar di sekitar kampus, berpura-pura ramah dengan pelajar-pelajar. Demi untuk meraih undi.

Jika macam tahun-tahun lepas, sebelum pengundian, boleh la dengar kata-kata kutuk oleh calon kepada calon lain. Kira macam meriah juga-lah. Dengan perang poster yang kaw-kaw hebat.

Jika macam tahun-tahun lepas, boleh dilihat calon-calon mula berinteraksi dengan pelajar-pelajar melalui beberapa pendekatan. Samada di masjid atau di sekitar kawasan kampus. Paling kurang, kita tahu dan pernah nampak calon yang akan bertanding.

Berlainan sama sekali dengan tahun ini.

Dari 19 calon yang aku pangkah untuk sesi ini (untuk kerusi umum dan fakulti), tiada seorang daripada mereka pun yang aku kenali. Mungkin aku yang kurang bersosial hinggakan tak kenal mereka. Tapi apakah aku seorang yang tak kenal mereka? Serius.

Calon-calon yang bertanding pun sikit sahaja. Untuk 11 kerusi umum, hanya 13 calon. Kira okay-lah tu sebab takde-lah ramai sangat yang kecewa sebab tak menang.

Serius. Aku tak kenal bakal pemimpin kampus yang aku pangkah kali ini.

LUBUK DUIT

Zaman sekarang ini, segalanya perlukan duit. Nak makan, kena guna duit. Nak beli itu ini, gunakan duit. Nak masuk jamban pun kena guna duit. Dan. Sebab duit inilah manusia sanggup berbuat apa sahaja. Menipu, merampok, salahguna kuasa. Macam-macam la.

Dan. Aku tahu satu lubuk duit. Itu pun kalau kamu mahu. Tak kan la buaya nak tolak kalau ada bangkai terhidang depan mata, kan?

Apa kita kalau kita sama-sama anjurkan satu majlis atau satu kejohanan.

Mana yang dikatakan lubuk duit?
Kita minta diwajibkan semuanya menghantarkan satu pasukan dan kita letakkan harga yuran pendaftaran kaw-kaw tinggi. Let's say kita minta RM300 untuk satu kejohanan.

Eh, aku tak nampak lagi la mana yang dikatakan lubuk duit?
Kan kita akan dapat ribu-ribu dari yuran pendaftaran tu. Kira dah kaya la tu. Kos pentadbiran kejohanan bukan banyak sangat pun. Setakat duit pengadilan dan hadiah sahaja. Untuk hadiah, kita jangan bagi banyak sangat. Alah, budak zaman sekarang nak kan title pemenang je. Kita bagi duit sikit dan piala pusingan. Settle-lah. Yang lain tu, kita masuk poket kita. Kita tong-tong dengan sek-sek kita. Tapi kena ingat. Biar pecah perut, jangan pecah di mulut.

Lagi pun, sekarang ni dah akhir semester. Masing-masing dah kering. Masing-masing nak cari duit. Tak kira-lah cara halal atau cara haram. Orang kalau dah terdesak, memang lain macam sikit. Aku pun sesak. Apakah....?

Wednesday, October 15, 2008

PILIH**RAYA 2008 : SEBELUM MEREKA MENGUNDI

Malam semalam. Sudah bermula perang poster. Sedari jam 12am. Jentera-jentera mula beroperasi menghiasi sekitar kampus dengan muka-muka bakal pemimpin kampus. Dari gantungan panjang poter hingga ke poster-poster tunggal. Waktu tidur diabaikan demi mempromosikan calon masing-masing. Demi kemenangan masing-masing.

Tidak cukup dengan poster-poster bersaiz A4 yang bergantungan, diselitkan pula flyer-flyer bersaiz mini di celahan pintu bilik. Satu demi satu. Calon demi calon.

Bila menjelang tengah malam, telefon pula sibuk berbunyi. Bunyi teks mesej masuk mencurah-curah. Pelbagai mesej pencalonan aku dapat. Dari pelbagai nombor yang tidak dikenali. Ada yang memohon. Ada yang memberi amaran. Ada yang mempromosi.

"Selamat mengundi, buatlah pilihan yang bijak & terbaik! Sebagai muslim wajib kita utamakan lelaki muslim sblm wanita muslim utk menjadi pemimpin & haram bg org muslim memilih bukan muslimsebagai pemimpin mereka kecuali dalam keadaan memaksa @ darurat. Berani berubah!" -pemimpin-yang-konon-alim-tapi-makan-duit-rasuah-tak-ingat-banyaknya-

"Hi, jangan lupa pilih calon pilihan XXX ye. Sila sebarkan. Tq" -pemimpin-penggemar-aksi-ranjang-sejenis-

Haih, aku pening nak pilih yang mana satu.

Tuesday, October 14, 2008

KUASA KATA

Aku jadi semakin pelik kebelakangan ini. Macam-macam benda terjadi. Sama ada benda baru atau dejavu kenangan lampau. Dan. Aku juga baru sedar kuasa kata. Seperti yang penulis-penulis dahulu selalu perjuangkan. Bagaimana kata dapat mempengaruhi peribadi seseorang.

Aku. Sejak dahulu, amat meminati bidang penulisan. Tapi minat tanpa bakat, tiada gunanya juga. Dah banyak medium aku cuba kembangkan minat aku. Tapi satu pun tak sangkut. Dan tahun lepas, aku diperkenalkan dengan medium penulisan melalui blog.

Sejak aku menulis di blog ini, aku mula menulis tentang pelbagai cerita. Ada yang cereka. Ada yang mengarut. Ada yang sebenar.

Dan sejak ada blog ini, aku makin gembira. Jika ada yang buat aku marah, aku lepaskan di blog ini. Jika sebelum ini, aku asyik makan hati atas pelbagai perbuatan orang, tapi sekarang, aku dah berubah.

Keadaan dah terbalik.

Sekarang, mereka yang dahulunya rajin usik dan buat aku makan hati pula yang makan hati. Aku jadi hairan. Kalau usikan itu, kata mereka satu gurauan, aku pula kata, blog ni adalah satu gurauan.

Jangan ambil hati. Atau takut hendak bergurau dengan aku lagi. Aku perhatikan ramai yang jauhkan diri dari aku. Haih, kenapa begini?

Kini, baru aku sedar kuasa kata. Kalau silap sikit, pasti binasa. Kalau salah kata, hati kan terluka. Kalau tak diperhati, ada yang makan hati.

Monday, October 13, 2008

SIRI CINTA BUSUK PTUIH! : PUTUS SUDAH KASIH SAYANG

Dunia kita ini kecil sahaja. Tak sempat kita nak kalih belakang, kita tetap jumpa orang yang sama. Komuniti kita ini tak pergi jauh. Pusing-pusing jumpa yang itu juga.

Tapi kalau sebab perempuan, mereka putus kawan, mereka tak bertegur sapa, mereka dah tak kenal sesama sendiri, mereka dah duduk jauh-jauh, ini dah jadi bahan lawak. Gentlemen-kah itu?

Pasti ramai yang terkecewa. Tapi aku tidak. Aku dah cuba membina kesombongan, keegoan dan keplastikkan dalam diri. Dan aku harap berjaya.

Jangan cakap kita tak perasan. Jangan cakap kau tak apa-apa. Itu sama macam lawak tolol badut-badut yang tak kelakar.

Tapi kalau kau ego, kau dah boleh mula cari komuniti kau yang baru. Kau dah boleh buang komuniti kau yang lama. Cuma tinggalkan mereka-mereka yang kau boleh perkudakan di kemudian hari. Kau mula bina Utopia kau sendiri. Dunia di mana kau jadi diktator berkuasa veto. Dunia di mana orang tak kenal kau.

Tapi adakah kau rasa dengan tindakan itu kau makin menjauhi realiti?

BANGUN!

SIRI CINTA BUSUK PTUIH! : PEMANCING TERHEBAT

Aku belajar something hari ini. Selain belajar subjek MALAN. Kami cuba mengaitkan topik subjek ini dengan keadaan sekeliling. Aku jumpa satu mangsa.

Kami cuba kaitkan dengan "Bagaimana subjek MALAN dapat mempengaruhi kehidupan seorang Player."

Jawapan : Pemancing terhebat.

Bagaimana? Apa tu?
Biasanya, pemancing yang baik akan menggunakan pendekatan "Catch & Release" dalam setiap pemancingannya. Bagi seorang player pula, mereka lebih selesa dengan penambahan beberapa proses dalam memancing. Dengan ini, mereka digelar pemancing terhebat kerana tak ramai yang berani mencuba pendekatan ini dan mereka yang menggunakannya telah nampak buah-buah kejayaan.

Mereka menggunakan pendekatan "Catch, Fry & Dump". Dengan menggunakan pendekatan ini, mereka mempunyai lebih keuntungan. Proses yang perlahan dan mengambil masa yang agak lama ini amat berkesan untuk memancing mangsa-mangsa dari golongan berada. Walaupun, mengambil masa yang lama tetapi ianya berbaloi.

Kekadang kita susah nak faham pendekatan ini. Mungkin ianya mengambil sedikit masa untuk pemahaman yang jitu. Tapi, tak apa-lah. Bukan masuk exam pun.

PILIH**RAYA 2008 : GEBANG-GEBANG ORANG

Aku dengar semalam adalah hari penamaan calon. Aku tak pernah datang majlis penamaan calon. Dan tahun ini (Insya-Allah) tahun terakhir aku untuk mengundi dalam pilihanraya kampus.

Aku dengar. Semalam ada orang cari 2 lagi calon. Untuk jadi kambing hitam pada hari penamaan calon. Mungkin mereka tak cukup calon yang berwibawa. Atau mereka ada agenda tersendiri. Aku tak tahu.

Tinggal 2 hari lagi untuk hari undi. Aku tertunggu-tunggu. Mereka juga. Pengumuman rasmi pembatalan kelas sempena hari pengundian. Macam biasa-biasa. Macam dulu-dulu.

Itu sahaja yang seronok tentang hari pengundian.

Saturday, October 11, 2008

PROLOG : DEMAM NAK PILIH**RAYA

Sekarang. Masa ini. Hari ini. Kampus ini bergegar dek jentera-jentera yang mengaum. Bukan jentera berat nak buat rumah. Tetapi jentera pilihanraya nak pilih calon.

Ya, macam tahun-tahun lepas, peranan jentera-jentera ini bermula sejak dari pengumuman pihak universiti mengenai tarikh pilihanraya kampus. So, yang veteran akan tarik sikit-sikit generasi baru untuk meneruskan kesinambungan generasi jentera-jentera pilihanraya untuk sesi yang akan datang.

Apa yang aku hendak lihat kali ini, agar pemimpin yang kita pilih adalah terdiri dari mereka yang benar-benar berkebolehan untuk memperjuangkan hak pelajar. Bukan dari mereka-mereka yang sampah dan semata-mata untuk berkepentingan politik dan pangkat.

Ingat, bukan salah pemimpin yang mentadbir tapi salah kita pilih calon pemimpin yang salah.

TIPS MARI BERCINTA

Kepulangan aku ke kampung halaman tempoh hari, di sambut baik oleh sepupu aku, seorang lelaki ala-ala playboy perangainya. Aku berborak tentang banyak perkara. Dan. Aku minta pendapatnya tentang cinta. Lantas dia berbisik, merendahkan desibel suaranya.

"Kalau kita berjumpa dengan wanita yang sama, di tempat yang sama, tanpa di rancang, insya-allah kita ada jodoh dengan dia."

So, Girl out there. Selalu-selalulah terserempak dengan aku ya!

Friday, October 10, 2008

HIDUP INI MEMANG PALAT, TAPI KAU LAGI PALAT

SALAM SEJAHTERA MAT JAMBU!

Hari itu, aku dah beli tiket wayang cerita "KAMI". Tapi baru 10 minit aku tonton, aku dapat panggilan dari emak. Berita kehilangan Pak Usu aku terima. Aku bergegas keluar meninggalkan seat yang belum panas. Umur Pak Usu masih panjang. Hari itu, Allah masih memanjangkan usia lagi. Berita kehilangan Pak Usu adalah berita palsu.

Tapi 3 hari kemudian, Allah lebih menyayangi Pak Usu. Dia meninggal pada jam 9.00am 8 Oktober 2008 di HSAJB kerana penyakit yang tidak diketahui.

Aku repeat nak tengok cerita "KAMI" pada hari semalam. Kerana terpedaya dengan reputasi drama sirinya, aku pergi menonton seorang diri (macam biasa) pada hari semalam.

Cerita ini pada kasarnya mengisahkan perihal remaja bandar yang mempunyai masalah keluarga, secara tipikalnya. Tapi apa yang mantapnya filem ini, setiap karektor dibekalkan dengan isu-isu remaja yang tipikal tetapi berbeza cara penyelesaiannya.

Ok, kita mulakan dengan watak Lynn. Dalam cerita ini. Masih meneruskan lagi karier sampingan (utama?) sebagai penulis/ pengkritik tapi kali ini bukan untuk Fanzine KAMI tapi untuk majalah JUNK sebagai freelancer. Masalah lamanya kembali menghantui apabila Boy cuba meluaskan karier sebagai Drug Dealer di kota metropolitan Kuala Lumpur. Dia paksa Lynn jadi Pusher kembali dengan ugutan akan kacau kawan-kawan Lynn dan beritahu pasal kegiatan lama Lynn di kampung (As a Pusher). Very naughty boy.

Sofie. This girl is very sweet. Dia ni pun remaja bermasalah sebab dia kiut sangat. Dia sebenarnya suka pada Ali tapi Ali anggap dia macam biasa-biasa saja. Dilema dia bertambah apabila emaknya sorokkan surat tawaran further study-nya. Hangin la dia. Tapi masalah dia biasa-biasa ja. Takde la kronik sangat.

Adii. Awek ni nampak macam kasar tapi kome tenung lama-lama, boleh tahan cute jugak. Dalam versi filem ini, tiada satu scene pun yang melibatkan ibubapanya. Dia mempunyai masalah mencari jodoh via internet. Pada mulanya, banyak juga dia dapat pakwe-pakwe internat tapi macam biasa, semuanya hampeh. Sebenarnya, dia masih menunggu someone with nickname "Vanilla ais". Tapi tak jumpa-jumpa. Macam mana nak jumpa, mamat tu sebenarnya dah mati dan mamat tu sebenarnya abang Abu! Ini maslaah Adii ini is very typical. Too typical sebab aku rasa pernah tengok cerita yang lebih kurang gini la.

Ok, Ali. Memang dia paling bermasalah. Tertekan dengan keluarganya yang makin pincang. Emaknya yang dah mula cari balak baru selepas bercerai. Dengan ayahnya yang busy dengan business dan kerjanya yang sucks. Tambah-tambah lagi dengan Teka Teki punya kritik band The Disaster (Band Ali) dalam Majalah JUNK. Dengan dia tahu masalah lama Lynn. Dia sebenarnya suka pada Lynn tapi nampak gaya macam Lynn boh layan je.

Abu. Best sidekick ever. Bring humour in every single appearance. Lari dari pusat pemulihan. Masalah dengan bapak dia, tak bertegur sapa. Tak banyak masalah actually sebab sering ditutupi dengan humournya. The sad thing is akhirnya Abu mati kena tikam dengan Boy.

Dalam cerita ini aku banyak belajar bahasa inggeris yang mudah tapi macam best.

Skrip yang selamba dan bersahaja, macam budak-budak biasa guna, memantapkan lagi cerita.

Aku bagi 4 dari 5 bintang.

Thursday, October 09, 2008

AKU SKANDALISME

Jika kita hendak menyingkap kembali dalam lipatan sejarah, skandal memang sudah jadi macam kelakuan wajib untuk sesetengah pihak mencapai matlamat jahat masing-masing.

Zaman aku sekolah juga terjadi perkara-perkara skandal ini. Contohnya Cikgu Ehem-ehem yang ada "Adik-angkat" lelaki. Memang masa tu semua pelajar (lelaki) berebut-rebut nak jadi "Adik-angkat" Cikgu Ehem-ehem ni. Kaum hawa memanjang berzikirkan kata keji dan maki hamun bila tengok Cikgu Ehem-ehem ni. Berbulu.

Banyak woo kelebihan kalau jadi "Adik-angkat" cikgu ni. Boleh ikut dia keluar ke bandar naik kereta kancil dia. Kadang-kadang tu dia hantarkan balik kampung. Tapi bagi aku, part yang best bila dia selalu belanja makan.

Apa boleh buat, nasib orang tak kiut (macam aku), tak berjaya aku nak jadi salah seorang koleksi "Adik-angkat" dia.

Tapi di peringkat universiti ini, aku ingat kegiatan tak bermoral ini makin berkurangan. Almaklum la, masing-masing dah ada akal fikiran yang rasional. Belajar pun pandai-pandai. Siap dapat anugerah macam-macam. Pointer pun cun. Tapi bab akhlak, hancus.

Kalau setakat aku dengar cerita, memang aku susah nak percaya kejadian ini. Tapi nasib baik la 2 mata ori dan 2 mata artifisial aku ini menjadi saksi kejadian tak bermoral ini berlangsung. Bagi mereka, mungkin ini bukan satu tindakan yang tak bermoral. Setakat hubungan biasa pengajar-pelajar. Tapi apa kata orang lain yang melihat.

Aku tak kisah. Mungkin pendapat aku salah, tapi orang lain mengata. Orang memberi pendapat. Orang menyebarkan pendapat.

Tapi kalau bagi mereka perbuatan mereka okay dan relationship mereka memang sekadar pengajar-pelajar, just go on je la. Just tanamkan dalam hati, "Go to hell la dengan orang lain". Pegang ini sebagai pedoman.

Tapi ingat, jangan sampai terlajak pula. Nanti, tak pasal-pasal malu nak pergi farmasi sebab nak beli pregnancy test kit. Ambil langkah bijak je. Zaman sekarang ni, macam-macam boleh jadi tahu.

:p

SIRI CINTA BUSUK PTUIH! - 3 PASANG MATA RABUN

Aku patutnya pulang ke Sintok pada hari Ahad lepas. Tapi malangnya, tiket aku hilang. Kasihan la pula pada aku. Tapi lain kisahnya pula yang terjadi pada Sipolan ini. Lagi haru biru.

Biasanya, jika dah dinamakan tiket balik kampung, betul-betul kita sayang pada tiket itu. Kerana pada tiket itulah kita sandarkan seluruh harapan kita untuk pulang ke kampung. Lebih-lebih lagi untuk pulang berhari-raya. Tak kira-lah kita naik kenderaan apa, kapal terbang mahupun cruise, kita tetap akan menghargai tiket itu.

Tapi mereka yang pulang menaiki kenderaan sendiri, pada mereka "Pergi mampos-lah pada tiket-tiket ni.". Harga diri tiket pada mereka tersangat murah. Langsung tiada tempat di hati mereka. Sampai suatu tahap, mereka jenis ini, sanggup mengoyakkan tiket balik kampung orang lain. Agresif. Punya-lah benci pada tiket. Lebih-lebih lagi tiket keretapi.

Akhir kalam, hargai tiket anda. Tak kira-lah ianya tiket apa sekalipun, hatta tiket wayang sekalipun. Jangan jadi macam aku. Atau kawan aku. Yang suka mengoyakkan tiket. Orang lain.

Tuesday, October 07, 2008

SEMINGGU SELEPAS BERPUASA PENUH 30 HARI

Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki semula ke bumi Sintok nan permai. Dan ini bermakna sakit kepala aku pun kembali menyerang. Dalam minggu ini sahaja dalam 4 tugasan perlu diselesaikan. Kerja menimbun lagi. Aduhai...

Suasana ramadhan masih lagi terngiang-ngiang di fikiran aku. Dengan kuali dan bahan masakan penuh dan berselerak di bawah katil, sebaik aku melangkah kembali ke bilik aku, pagi tadi. Pinggan mangkuk, bekas-bekas plastik, jug-jug air masih lagi penuh atas meja aku. Peninggalan sebelum cuti raya tempoh hari. Entah bila la bebudak ni nak kutip balik harta-harta mereka ni.

Aku duduk di birai katil Terjenguk-jenguk bilik yang aku tinggal seminggu yang lepas. Takut-takut ada berlaku pecah bilik. Macam bilik kawan aku yang kehilangan cakera keras komputernya. Ok, semua ada.

Pukul 9pagi masih lagi awal untuk roommate aku bangun tidur. Lepas letak barang sesuka hati, aku buka bekas plastik yang emak aku bekalkan malam tadi. Bee Hoon goreng. Makan lebih kurang seorang diri. Aku toleh pula pada kotak kertas A4 Double A yang emak aku bekalkan. Banyaknya kerepek dan kueh raya yang emak aku bekalkan. Jajan-jajan penambah lemak hasil dari hamper-hamper yang bapa aku terima, turut disumbatkan dalam kotak. Siapa nak habiskan semua ini?

Aku sebenarnya cuba menyesuaikan diri selepas bulan ramadhan di kampus ini. Rasanya macam sekejap sangat puasa di sini berlalu. Lepas ini nak kena kemas bilik pula. Mana la tahu ada kawan-kawan kolej lain nak datang beraya di bilik aku. Ala-ala rumah terbuka gitu...

Malas la nak pergi kelas esok! Huh!

Saturday, October 04, 2008

LAWATAN SOSIAL KE BANDAR CHA'AH, PEKAN LABIS DAN BANDARAYA KLUANG.

Tanpa disangka-sangka, panggilan dari sahabat yang mempelawa aku untuk mengikutnya untuk pergi beraya. Tanpa melengahkan peluang, aku terus setuju tapi unfortunately terdelay masa sikit sebab masalah teknikal. Maaf kepada mereka-mereka yang tertunggu-tunggu samada dalam kereta atau di rumah masing-masing dengan masakan yang enak-enak tu. Dan kali ini, aku ke rumah mereka yang tidak pernah aku berkesempatan nak pergi selama ini.

Perjalanan beraya aku agak thrill sedikit berbanding pengalaman pergi jemputan Boyak kahwin tempohari. Bermula dengan menumpang kereta Famizah yang menunggu aku di Tol Simpang Renggam pada jam 10.56am. Kemudian Pais (Selaku pemandu) cuba memandu dengan sepantas mungkin kira-kira 120km/j hingga 140km/j (Cik-Pengamal-UndangUndang jangan ambil tindakan ye) selepas panggilan desakan dari beberapa rakan yang cair make-up dan blusher lepas tunggu lama di rumah.

Bermula di rumah Arfa. Tanpa apa-apa hidangan istimewa :) Minuman air oren, sepiring kek batik dan beberapa potong cerita yang di kongsi bersama oleh ibu Arfa kepada kami. Tak sangka pula, Rashid Ithnin (kami penggil dia Se-pam) senior kami di SMKAS, rupa-rupanya sepupu Arfa. Kantoi!

Seterusnya ke rumah Afzan yang berada nun jauh di kayangan (?)... di Felcra Bukit Kepong. Agak sukar untuk ke rumahnya kerana beberapa petanda yang disebutkan oleh Afzan terlalu subjektif. Tapi kira ok la sebab kebingungan kami ini terubat juga dengan hidangan Bee Hoon Goreng Putihnya yang lazat sekali. Lebih-lebih lagi bila digandingkan dengan sambal kicap. Dia punya pergi.... Pergh.... Tapi aku agak tertanya-tanya juga, ini Afzan yang masak-kah? Sebab ianya terlalu enak.

Hahaha...

Seterusnya kami berpatah semula ke Kluang untuk ke rumah Soraya yang tertunggu-tunggu kami sedari jam 12.00pm lagi. Masakannya juga telah sejuk. Maaf! Hidangan raya menanti kami. Nasi himpit daun pisang dah lama tunggu kami dengan pasangannya, serunding kelapa, sambal kacang, ayam masak kicap (kot) dan kuah lodeh. Boleh tahan la dia punya air minum. Pergh...memang terangkat dia punya umph. Secret reveal. Mungkin sebab dah lama sangat hidup merantau, Afzan tidak pernah tengok nasi himpit daun pisang. Kasihan....

Port seterusnya, kami ke rumah Anom, seorang pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu. Agak lewat ke rumahnya. Maaf sekali lagi. Hidangan Bee Hoon Gorengnya sepatutnya membuka selera aku seluas-luasnya. Tapi sayangnya, kesihatan perut tidak mengizinkan. Tapi sempat la jamah sedikit supaya tak termimpi-mimpi di kemudian hari.

Next. Ke rumah Saadah. Jiran aku di taman aku. Walaupun tak pernah bertegur sapa dengannya (sebab aku kan orang perantau), sejak sekolah sampai la sekarang, dia jemput juga aku ke rumahnya. Siap makan Laksa Johor lagi. My favourite. And again, secret reveal. Mungkin sebab dah lama sangat hidup merantau, Afzan tidak pernah lihat Laksa Johor. Apatah lagi merasanya. Kasihan....

Itu je la kot pengalaman beraya ke rumah wanita-wanita sekitar Johor yang belum lagi aku buat lawatan sosial selama ini. Bukan apa, jika mereka berkahwin nanti, tidak la aku sesat pusing-pusing nak mencari rumahnya.

Thursday, October 02, 2008

HATI-HATI MAKAN KETUPAT, MINTA MAAF MANA YANG TERUMPAT

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya pada sesiapa yang membaca blog aku ini.

Terutamanya, pada mana-mana insan yang namanya pernah tersiar secara langsung atau tidak langsung di dalam blog ini.

Bukan maksud untuk mengeji atau memuji, sekadar memuaskan diri mana yang sepi.

Kira 0 - 0 lah ye?

Memandu tanpa pengaruh alcohol atau mana-mana punca kemabukkan di musim perayaan ini ya!

Wednesday, October 01, 2008

SIAPA YANG KAYA PADA HARI RAYA?

Maybe tak semua orang (yang jadi kaya pada musim raya ini) tetapi sepanjang pemerhatian aku di kawasan kampung aku (di Pontian), inilah yang berlaku. Aku pada mulanya pun tak nak percaya, tapi adik-adik aku (sebab aku tak tahu nak tanya siapa lagi) pun setuju dengan pandangan aku (bukan sebab takut tak dapat duit raya dari aku).

Tauke Kedai Ais
Macam tahun-tahun lepas, 1 Syawal amat terik sekali. Berlainan pada tahun ini sebab sepanjang malam raya sampai la ke pagi raya, hujan la pula. Tapi ais tetap popular sebab mungkin orang penat berjalan dan *seret makan biskut raya banyak sangat, mereka lebih gemar minum air sejuk yang seger. Lagi pun, yang datang beraya ni biasa budak-budak je banyak. Mana dorang suka minum air panas.

Tauke Kedai Bunga
Yang ini cukup popular. Asal malam raya je, confirm penuh orang yang kedai bunga Jalan Taib. Samada beli bunga untuk ditaburkan atas pusara atau untuk dijadikan perhiasan meja pada pagi raya. Ye-lah, kedai bunga tak banyak. Yang sikit tu la yang jadi tumpuan ramai.

Tauke Kedai Gambar.
Yang ini cukup suka bila tiba pagi raya. Lepas sembahyang raya, sebelum orang ramai memulakan lawatan untuk menziarahi sedara mara, mereka yang kebiasaannya sekeluarga ini akan singgah di kedai gambar untuk buat potret keluarga. Kalau kat Pontian ni, cuma 2 kedai je yang popular sebab tepi jalan besar. Senang orang nak singgah. Nama kedai tu Kedai Gambar Orient. Kedai ni memang dah otai sebab bapak aku kata kedai ni memang wujud sejak dia sekolah rendah lagi (kira-kira 40 tahun lepas).

Tauke Kedai Sarapan
Masuk je pagi 2 Syawal, orang dah muak nak makan lauk raya macam rendang, sambal goreng dan lodeh. Jadinya, satu kampung pakat nak sarapan kat luar. Ada satu kedai makan ni kat Kayu Ara Pasong. Memang dorang buka masa raya kedua dan seterusnya. Dan tukang-tukang tebar roti canai semuanya adik beradik dorang juga. Aktiviti hari raya dorang ialah jual sarapan pagi. memang ramai orang. Bayang-lah kalau dah ada 3 penebar roti canai dan setiap penebar roti ada 6 orang yang beratur dan setiap orang order untuk 20 keping roti canai?

*seret - tercekik