Sunday, October 26, 2008

SESUATU YANG KURANG PADA SESETENGAH DARI KITA

Aku bukan nak cakap aku ini bagus sangat dan cukup segalanya. Aku cakap ini sebab aku prihatin. Aku nak kita semua jadi sempurna. Atau. Sekurang-kurangnya lebih sempurna dari biasa. Dari orang lain yang tidak tahu. Yang belum sedar lagi.

Ini sekadar pemerhatian dari sudut mata aku. Dari sudut hati aku. Tanpa rasa ingin menjatuhkan atau memalukan mana-mana manusia. Kongsi sama-sama okay?

Aku nampak ada segelintir pelajar yang masih kurang mahir menggunakan aplikasi internet dan surat elektronik (e-mail). Mereka cuma menggunakan internet ini sebagai medium untuk mencari bahan-bahan rujukan (atau bahan plagiat) dan untuk meng"update"kan pasukan bola sepak maya (fantasy football) sahaja. Selain itu? Tiada. Malah, ada segelintir (bukan semua) yang masih tiada akaun e-mail. Nak attached file melalui e-mail pun tak tahu. Meskipun bidang korang tiada kena mengena dengan penggunaan komputer tapi aplikasi dan perubahan dalam atmosfera pengkomputeran mesti ambil tahu. Kerja sekarang segalanya bergantungan kepada ini. Ini juga sebagai salah satu nilai tambah (value added) di dalam CV (curriculum vitae) kita nanti.

Banyakkan membaca. Juga yang bukan dari bidang korang. Kalau boleh baca sesuatu yang korang suka selain dari bahan bacaan berkaitan bidang / kursus korang. Biar la orang kata ianya mengarut dan gila. Paling kurang korang membaca sesuatu. Korang dapat sesuatu pengetahuan di luar bidang korang. Jika hendak dapat pengetahuan dalam bidang korang, baik pergi ke kelas dan tanya pensyarah korang. Korbankan-lah sedikit wang saku dan masa untuk membaca majalah atau buku atau komik. Aku tengok rata-rata pelajar hanya tahu study dan baca buku pelajaran sahaja. Aku yang tengok pun boleh naik pening. Hish!

Cuba wujudkan satu hobi. Aku tengok rata-rata pelajar tiada hobi yang benar-benar hobi. Lupakan hobi untuk mengumpul setem. Cuba wujudkan hobi lagak orang dewasa sedikit. Hobi yang boleh meningkatkan daya produktiviti kita. Maksud aku, hobi yang boleh memberi manfaat secara tidak langsung untuk kita bagi mendapatkan kerja kelak. Seperti contoh hobi menulis. Mana tahu bidang penulisan ini menjadi sumber pendapatan sampingan korang masa bekerja nanti. Siapa tahu kan?

Ada lagi yang aku ingin katakan. Tapi nanti-nanti sahaja-lah aku tambah-tambah. Yang ini pun belum tentu korang nak ikut / baca.

Fin.

2 comments:

  1. saye setuju
    adakah kamu mahu menulis secara serius?

    ReplyDelete
  2. Ya. kadang-kadang saya rasa kasihan bila kawan-kawan sendiri tak dapat kerja sebab benda2 kecil.At least, ini salah satu benda picisan yang boleh membawa kejayaan.

    ReplyDelete

Komenlah Aku